Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, January 2, 2011

Generation Y

setahun yang lepas masa zaman kelas malam utk VTO, pengajar ni slalu sebut tentang perbezaan generasi antara generasi the baby boomers (which is his generation), gen x dan gen y (inilah generasiku...)

ok jom lihat keunikan setiap generasi :

petikan dari :

www.perakini.net


1. ‘The Greatest Generation’
aitu generasi yang lahir dalam lingkungan tahun 1901-1920. Pada generasi ini lahir pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Winston Churcill, George W Bush dan lain-lain. Ramai di kalangan datuk dan nenek kita yang lahir pada zaman ini. Ada juga antara kita ibu bapa mereka lahir pada zaman ini.

2. Generasi kedua ialah ‘The Silent Generation’

Terdiri daipada generasi yang lahir pada 1921-1940. Disebut demikian kerana masa ini tidak melahirkan tokoh-tokoh besar.

3. Baby Boomer (1945-1964)

Baby Boomer adalah mereka yang dilahirkan selepas perang dunia kedua. Selepas perang berakhir, orang Australia, Kanada,New Zealand dan Amerika kelihatan seperti berlumba membuat anak sehingga kadar kelahiran meningkat mendadak dan dikatakan "boom."

4. Generasi X (1965 - 1979)

Dikatakan 50 juta manusia dilahirkan dalam jangkamasa ini. Dalam tahun 2010, mereka ini berumur sekitar 30an ke 40an. Mereka membesar sebagai kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana ibu-bapa yang sibuk bekerja atau ibu bapa tunggal.Dengan sebab itu, mereka adalah generasi televisyen, bersukan, independen, informal lebih matang dari sudut emosi dan mempunyai gaya hidup seimbang.

5. Generasi 'Y' (1980 - 1993)

Dianggarkan sekitar 70 juta orang. Mereka ini juga disebut sebagai generasi millenium Generation Next, Net Generation dan juga Echo Boomers yang terdedah dengan pelbagai elemen yang menyeronokan seperti, muzik, permainan video, aktiviti sosial, teknologi DVD, mp3, ipod dan sebagainya. Generasi yang hidup senang dan menjadi harapan besar ibu-bapa. Mereka lahir ketika komputer peribadi mula digunakan. Ketika mereka membesar, telefon bimbit telah menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Generasi ini tidak dapat lagi dipisahkan elemen hiburan seperti muzik dan video dalam gajet-gajet mudah alih mereka.



kesimpulan :

Secara sedar atau tidak kita dapat perhatikan Baby Boomer mementingkan kekeluargaan. Amalan makan bersama, luang masa bersama keluarga, solat berjemaah, menghormati orang tua, bersopan santun dan berbudi bahasa masih lagi menjadi leteran. Generasi X pula bekerja kuat dan kurang bersama keluarga tetapi masih mampu menetapkan jadual untuk pergi melancong dan bercuti bersama keluarga bagi menghabiskan cuti tahunan. Namun begitu gen X, kurang bersenam menyebabkan ramai yang mati megejut disebabkan masalah kesihatan. Generasi Y pula, tidak menghiraukan hal ehwal keluarga, lebih suka bersosial bersama rakan-rakan atau mengadap komputer bersosial secara maya.

Why do we call the last one generation Y?

I didn't know, until a cartoonist explains it eloquently below...

Learnt something new today!