Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, May 18, 2015

Cuti - Cuti Kemboja : Day 2 part 2

masih ingatkah dengan cerita cuti-cuti kemboja yang lepas? haaa kau dah dekat setahun baru nk hapdetttt story hahaha!

ok jom sambung hari kedua episod kedua hik hik. ok kalau ikut entry lepas kt SINI khidmat Salleh cuma sampai tgh hari shj. sbb tgh hari tour guide kami pula akan ambil alih.Lepas check out hotel, tour guide kami dah menunggu. pakej ni kami ambil muslim tour dan kami sebenarnya x pasti berapa ramai yg akan ada dlm tour ni sbb menurut travel agency kt Malaysia, mereka pun tak tau sbb tertakluk kepada travel agency di Phnom Penh. oklah x kisahlah. so tour guide kami nama dia Rich. ok si Rich ni pun hangkut lah beg2 kami ke kereta. wahhh rupanya hanya kami berdua je. n kami dibawa menggunakan kereta Honda. kerlasssss ko! haha. memandangkan dah tiba waktu lunch, maka Rich terus bawa kami ke tempat makan. ok mak stresssss. sbb bawak kami makan ke Malaysian Halal Food. adehhhhh. kt tmpt org kita nk la makan local food. apa jadah nya makan makanan malaysia balik. huhuu. telan je laaaaaaaaa....



settle makan. Rich bawa kami ke dua tempat iaitu ke Royal Palace dan Silver Pagoda. Rich ni bagus nya dia melayan kami punya soalan. Kak Ju mmg suka bertanya. mcm2 dia tanya. aku ni lebih suka memerhati, merenung hehe. so semua pertanyaan kak ju dia jawab dgn seronoknya. cuma satu aku x berkenan dgn si Rich ni, dia ni jenis big size. aku dok perati dia ni suka jalan seret kaki jenis mcm org malas berjalan. ehhhh rimas mak jemah tengok huhuhu. xpelah Rich oi.. asal ko layan kitorg bagus kira oklah tuh.



depan royal palace ni ada org jual buah. sebenarnya aku pun xtau buah apa ni. tp kak ju mmg jenis suka mencuba. so dia pun beli buah ni n rasa dia aduhmak x kena dengan tekak aku la. huhu

masa kitorg sampai royal palace tu, pintu belum bukak lagi. so ramai jugaklah yg menunggu depan pintu. langit plak masa tu dah makin gelap. adehhhh.. ditakdirkan tgh round meneroka palace tu, hujan pun turun......... maka tersangkutlah kami agak lama di palace. stresssss. habis masa kt situ. agak hujan dah reda skit kami paksa Rich redah hujan haha. mana bleh tunggu, masa x cukup nk meronda tempat lain.

 manusia dok menunggu depan pintu palace



 ni entrance nk ke palace. angin kuat masa ni...


 laluan nk ke palace



 kami :-)
tq Rich tlg amik gmbr hehe



 peace :)



 dalam ni dia buat muzium. 



 silver pagoda



 aku dan silver pagoda



 ada cerita disebaliknya tp ku dah lupa. kuang..kuang..



 ada cerita juga berkenaan jam ni tp ku lupa haha



ok selesai pusing2 kt Royal Palace, Rich bawa kami ke Russian Market. tp x macam Salleh yg follow kami kemana kami shopping, Rich lepaskan kami shopping sendiri. kami janji nk berjumpa semula jam 6 di shopping mall yg Rich drop kami. kami ok je.lg seronok. hehe. tp kali ni kami x shopping banyak pun sebab dah shopping gila2 pg td dgn Salleh di Russian Market. ngeh..ngeh.. cukup masa kami call Rich. 


 kt sini mcm2 adaaaaaaa...



 baju ada...tali pinggang ada...pinggan mangkuk ada....toys ada....



 bahagian ni batu2 permata. hati2 jgn kena tipu udah la ye..



ok settle urusan di Russian Market, dinner time! ok si Rich bawak kami balik ke Restoran Wau. menu apa? menu malaysia! huhuhuu. so kami tanya aktiviti malam tp Rich kata service dia smpi situ je utk hr tu.ceittt. bih tu takkan malam nk melanguk kt bilik hotel. rugilaaaa. so kami kata kt Rich lepas dinner boleh tak drop kami kt night market. balik nnti kami balik sendiri je ke hotel. dia ok jaaa asal x susahkan dia.hik hik.


 dinner time!


lepas dinner, Rich drop kami kt night market. saja menghabiskan sisa2 waktu malam sebelum nk melelapkan mata. rugi wooo merap kt bilik hotel je. jauh dtg so kenalah guna setiap waktu dgn sebaiknya. tak gitu. hehe. kt night market xde shopping sgt pun. berjimat cermat amalan mulia. keh keh... nak balik kami carik tuk tuk yg mmg sedia ada kt situ. jgn lupa ye tawar menawar sekiranya mereka meletakkan harga yg tinggi. dr pembacaan aku kt blog2, rate sepatutnya dlm USD 2. so kalau dorg mintak lebih, ko kena keraskan hati menawar. mlm tu driver tuk tuk nk mintak USD5. amboi mentang2 la kami berdua ni big size ko up harga x hengat. so keraskan hati mintak USD 2. tp sudahnya jd USD 3 huhuhu. 

pengalaman naik tuk tuk yg ni mmg dahhhhhhsyat! fuh rempitan dia tu mcm ko naik roller coster. tambah2 kt kemboja ni ada traffic light ke seropa tak ada! main pakat redah je! simpat empat besar tu sume main pakat jalan. ada masanya ko tgk tuk tuk ni main jalan n mcm nk rempuh aliran traffic bertentangan. fuhhhhhh! naik atas divider jalan toksah citer la kan. u-turn sesuka hati. puas lah aku dgn kak ju menjerit2, tergelak2. si driver ni dok toleh2 senyum2. elok smpi hotel dia pun bersuara :

" are you happy madam?"

happy??? aduh mcm nk putus urat jantung tau!fuhhhhh! nasib baik selamat smpi hotel.haha. sampai hotel terus mandi2, solat n sesi nak merehatkan badan. oh ya membasahkan tekak dgn air tebu sedap! beli kt night market. mlm tu juga aku beli air labu. errrrrrrr tak kena dgn tekak.haha. tido! tdo! esok pagi nak travel 6 jam ke Siem Reap! next entry yaaaaaa! 



 the famous Phnom Penh Night Market



 banyak street food tp mostly x halal



air tebu dan air labu. 
tebu jugak terbaikkkk!