Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, November 21, 2008

otak serabot dgn soalan-soalan remeh!

hari-hari yg mendatang ni aku rasa otak aku da semakin serabot! serabot kerja da satu hal. lepas tu serabot dgn manusia-manusia ni yg gemar menalipon dan bertanya soalan-soalan remeh nak mampos!

Kolej Negeri ada jwtn kosong and dorang iklan kt Harian Metro. so sape2 yg berminat meh la anto resume. (tp aku xla mgalakkan. atas sebab apa?? mmmm.... korang selidikla sendiri.)

so slps je iklan tu tersebor ke serata Malaya, maka aku mulala menerima panggilan tepon yg remeh temeh.
(kalau korg nak tau task aku skrg ni bukan ngajor je, rekod pun aku, kutip yuran pun aku, peksa pun aku... operator tepon pun aku! tgk betapa multi tasking nya aku! huhuhu)

"cik nak apply jwtn ni mcm ne ye"
"cik sijil perlu di sahkn ke"
"cik disini dinyatakan perlu tulis jawatan di sampul surat, mcm mana tu ye?"
"cik, perlu bagi gambar ker?"
"cik, sijil perlu di sahkan ke? nak sah kn di mana?"

tiap2 hari soklan yg sama je aku kena jawap.
so korang rasa apa aku perlu jwp? rasa mcm nak lempang je orang2 ni. da la aku stres dgn kerja yg bertimbun. korang-korang ni x penah mintak kerja ker?
aku sendiri pun dlu time 1st time nak mtk kerja x perlu tanya soklan2 nie.
hantar jer la resume dgn sijil2 tuh. dlm resume tu kn ltk gambar. so perlu lagi ke aku jwb soalan2 mcm nie??? arghhhh!!

Thursday, November 20, 2008

student's assignment

this week adalah mggu akhir sesi pembelajaran.
so nak x nk aku kena sepantas yg mungkin menanda tugasan student.
banyak beb! bygkn 8 subjek. rasa nak muntah da baca karangan2 yg aku tau sume cilok dari internet! sume pun hampir sama je isi kandungan. ces!
tp dalam kepeningan menanda tu, adalah 1 tugasan utk subjek Hubungan Etnik ni menarik perhatian. mampu jugaklah membuat aku ketawa jap dlm keserabutan. muahahaha. korang baca eh

Penghargaan :
Salam perpaduan dari kami sekumpulan, iaitu rakyat Malaysia yang mempunyai intergriti yang unggul dan suka bekerjasama. lalu terciptalah satu hasil yang dapat membanggakan para pensyarah serta rakyat Malaysia, iaitu tugasan ini pada waktu yg ditetapkan. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kolej kerana memberikan kami peluang untuk meneruskan jihad di kolej ini. walaupun begitu kami masih merasa tugasan kami belum cukup sempurna untuk dihidangkan kepada para pensyarah yang bijaksana. tidak lupa kepada pensyarah subjek Hubungan Etnik kami yang 'sempoi' kerana memberikan kami tugasan ini supaya kami dapat mengetahui banyak perkara tentang ketidakseimbangan eknomi di negara kita. "

begitulah ceritanya penghargaan dorg.
ada ke kata aku pensyarah sempoi. ces!
huhuhu

Thursday, November 13, 2008

5 things

Things I love:
1.my family
2.my friends
3.my students
4.my self
5.my laptop

Things I wish I have:
1.my own car
2.new hp
3.own a house
4.own a kindergarden
5.my soulmate

Things I hate:
1.darkness
2.pendesak
3.perempuan gedik
4.org yg unstabil dia punya emosi.
5.org yg perasan diri dia bagus, tp wat kje lembap, dah tu ckp slalu mcm org xde ilmu!

Books I love:
1.love story by alaf 21
2.motivation
3.magazine
4.al-Quran
5.beauty

Movies I love:
1.Cinta
2.Sepi
3.transfomers
4.Madagaskar
5.what happens in Vegas

Most played songs:
1.agnes : matahariku
2.SO7 : Betapa
3.fergie : Clumsy
4.pink : so what
5.DMasiv : Cinta ini membunuhku

Places I want to go:
1.Sarawak
2.Australia
3.Mekah
4.Bandung
5.China

Thursday, November 6, 2008

Renungkanlah....

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi"

Wednesday, November 5, 2008

Talian dipotong?? apa kes...

hari ini dah mula duduk di bilik rekod.
kena plak mangku tugas pegawai rekod yang cuti bersalin...
tugas den sendiri pun x tersiap2 lagi! huh..
cepatlah kak nis habis pantang! den x lrt dok bilik ni lama2! waaaa

" cik Fadh, nak guna tepon la."
"gunalah.." (Aku tgh bz.. nak guna,guna jelaaa)
" Harap maaf.. talian tetap anda telah dipotong untuk sementara waktu. Sila jelaskan bayaran bil anda"

apa kes???
orang akaun sila jawab. muahahahaa

orang Jomon??

Hari Khamis adalah hari yang paling tidak digemari..
kenapa?
yeeeee.. kerana Khamis adalah hari subjek Tamadun Asia!
serius aku mmg x gemar subjek ni.. kalau da aku x gemor, mcm ne anak murid aku?
dorang lagi besh.. x dtg kelas langsung!!
muahahahahaha (da gelak mcm org giler)
ni tgh membuat nota & handout untuk student2 ku yang manje2 nie...
lagi pun utk persediaan aku nak ngajor gak.. so keluarlah perkataan-perkataan yang sgt asing bagiku... sbb zaman study dlu pun bukan aku fokus sgt kt subjek ni :-p
rupenya baru aku tau orang Jepun ni terdiri dari orang Ainu & orang Jomon. Jomon?
mcm jawe je... hahaha
ye murid-murid.. mari kita mengenal pasti apakah sumbangan putera Shitoku Taishi terhadap kerajaan Nara... heheeheee
(mulut menguap2 ni kengantukan!)

Sunday, November 2, 2008

Gaji Day!

akhirnya penantikan kami ini berakhir.
jam 11am td berita telah disebarkan menyatakan bahawa gaji sudah masuk..
yeah!! shoppingggggg....

"malam ini kita g Tesco tau!"
"Fadh, Jusco baju murah2. Tgh Sale 50% - 70%"

wuuuuuuu.... mcm cukup je gaji tu nak shopping sakan.
adakah itu sifat perempuan??
lu fikirklah sendiri... hehhehe (angguk2 kepala :p)

Saturday, November 1, 2008

Rumah Terbuka Kolej Negeri


Rumah Terbuka Kolej Negeri
Date : 25 Oktober 2008
vanue : Rumah Felo Perempuan











raye da sampai penghujung tp aku rasa banyak lagi jamuan raye tiap2 mnggu. so kolej negeri pun kononnya nak meraikanlah. konsep gotong royong berkampung utk msk sempena rumah terbuka.
so terbentuklah AJK yg akan melaksana. aku? mcm biasalah akan dimasukkan ke AJK jamuan. almaklumlaaa.. badan yg montel mcm nie kn. huhu

ketua AJK adalah Dato' K. why kami gelar Dato' K?? sbb nama dia Dato' Kamaruzaman and kebetulan pun muka dia mcm dato' k. hehehe







dari kiri : Dato' k, Huda, Aida, En.shidi & aku
(so apa pendapat korang ttg dato k? sejibik x? hehehe)






Dato k ni bpengalaman luas dlm perhotelan. siap pakai baju chef lagi tu.. hehee
so apa menu hari tu?
mmmm menu bajet la...
soto.... rendang ayam.. lemang... kuah kacang... puding... sate (sponsor) and fried yee mee with black mushroom (fuh! menu dato k ni tau)

so mula msk kol 9mlm... till 3am! tu pun da terlentok2 siat ayam.. dato blk je sume pakat bungkus ayam tuh. x larat da beb.. sok pepagi kol 7.30 bangun da. siat ayam lagi... jamuan mula kol 11am.
11am : tahlil dan yasin sempena masuk umah felo.
pastu baru acara makan2.
acara hbs 3pm. tu pun pgl student makan sbb byk lebihan makanan.
acara paling best adalah menganiaya orang. hehehe
hr tu adalah birthday en. shidi & en. shufri.
mlm nya en. shidi da kena siram dgn air pandan...
(maafla yer. jadikanlah ia sebagai kenangan terindah. hehehe)
tp en.shufri da dpt tau so dia lari. tp ptg jamuan tu kami pakat ramai2 kenakan dia...
bila da berkumpul, kami pakat tuang tepung kt dia.. cian dia.. tp dek kerana balas dendam, habis sume org kena baling tepung. ces! nasib kena skit jer...
tu nasib x kena tuang air sup. kalau x meraung en.shufri sbb baju da lawa x gitu.. hehe
to en.shuf & en.shidi:

selamat ulang tahun. semoga dimurahkan rezki dan diberi kesihatan yg baik..

amin...









tengah mencuci ayam...










ratu-ratu kolej negeri :)





en. shuf berebut tepung dgn cik dayah

Siapakah Menteri Kewangan?

Seminggu sebelum test, students mintak tips.
so dgn baik hati bagilah segala tips utk subjek Pengajian Malaysia.
kemudian ingatkan students ttg menteri.
"Jangan lupa nama-nama menteri sbb saya akan tanya dalam ujian"
"menteri apa cik?"
"itu da soalan bocor namanya. tp ingat je menteri2 atas. kamu tau x sape menteri kewangan? jgn lupa peralihan kuasa sedang berlaku"
"tau cik... Najib cik..."
budak lain : "yeke najib??"
aku : " ye, skarang ni Najib da menggantikan Pak Lah"
"oooooo"
di akhir kelas sekali lagi tanya kt students sape menteri kewangan.
dorg beramai2 jwn Najib. dan aku pun tersenyum girang...

sewaktu ujian......
ujian berjalan selama 1 jam..
salah satu soalan..

siapakah Menteri Kewangan Malaysia?
a. Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi
b. Dato Najib Tun Razak
c. Dato Hishamudin
d. Dato Azalina Othman.

hasilnya....
ada lagi yg jwb pak lah
dan yg paling best, ada juga yg jwb Hishamudin atau Azalina..
apa kes????
geleng kepala aku...

Friday, October 31, 2008

makan adalah topik yg besh! hehee
tp kt seremban 2 ni sedih plak aku carik makanan.
lunch hour kdg2 pening pikir nk mkn per...

yeap blakang kolej ada 3 gerai makan.
tp hari2 mkn situ pun bosan jugak. lauk sama jer...
(makcik.. tukarla menu... )
Huda bagi tau ada kedai best kt Oakland.
oklah kite serbu. waaaa.. mmg besh. ada mcm2 lauk.
tp agak mhl skit la. xpe asal puas hati.
tp da lama skit, bosan lagi.. huhu
gerai lain xde ke Huda? xdela..... :(

nak besh skit gi Jusco.
tp Jusco hari Jumaat la yg syiok gi..
leh ronda2 cuci mata. tp blk mesti hati sakit punya..
kenapa? sbb hanya boleh cuci mata. x tau zaman bila boleh beli..
bos... bila gaji nak naik? :o

Thursday, October 23, 2008

New Job, New Life...

skrg dah keje baru. x kje vads lagi.
jawatan? mmmm merasa la gak aku jadi lecturer walaupun kt kolej kecik. hehee.
so lps ni xdela keje syif mcm dlu lg. back to normal life... huhu

kt sini ngajar pengajian umum. ditakdirkan aku kenala ajar pengajian malaysia, kenegaraan, hubungan etnik, tamadun asia. ada rasa bosan x? hahaha sangap aku nak recall blk silibus tu.
zaman blajar dlu pun bukan ske sgt subjek membaca nie.

tp aku ada gak ajar beberapa subjek lain lagi. subjek2 ni aku ske. etika profesional, perkembangan kendiri & kaunselor siswa. ni mmg kena dgn bidang aku ler...

student sini sume ok2 belaka.
cumanya konsep sini jauh beza konsep masa blaja dlu. almaklumla sini kolej swasta kn.
masa mula ngjr kt sini, kejutan budaya gak la.
kita dlu time blaja, kita cari lecturer... kita tunggu lecturer dlm kelas.
tp sini, lecturer yg carik student... lecturer yg tggu student dlm bilik kuliah.
dorg ni suka suki je x dtg kls.
ada sorg student ni, 2 bln x dtg kls. aku gak kena call carik.
dia leh jwb.. ooo sy tertinggal bas, pastu sy demam. logik x 2 bln berturut????
huh. ikut hati aku xnk je bg test. tp sok dia x lulus aku gak kena menjawab.. susah...susah...

satu lg dorg ni jenis outspoken juga dlm kelas. giler2... aku ngajar leh wat lawak2. tp okla. cuma teringat zaman study kt upm dlu bila lec tanya sume diam je x berani angkat muka. tp dorg ni tanya kdg2 ngarut & lawaks je lebih. tp okla.. ceria la skit kn. :)

satu lagi bab assignment. huh suka suki je cari kt tenet pastu print pastu terus htr kat aku. plagiat namanya tu. ces budak2 nie.... aku pulang blk sume and kena explain satu-satu cara wat assignment. ish ish ish...

skrg ni kalau mak aku sibuk2 suh cr keje lain, aku mmg xnk. da happy da keje skrg. officemate pun muda mudi yg sekepala dgn aku. hehehee

Saturday, May 17, 2008

L.O.V.E

sabtu : 18 mei 2008

5pm:
jln2 kt midvalley utk menghabiskan duit.huhu
gi kt jusco and jupe satu barang yg sgt comel dan menarik.
tp yg lebih menarik adalah tulisan yg ada di brg itu...

" Love is patient, Love is kind, Love endures all things"


Love..
Fadhlina (",)

Bella oh Bella..

x best!
that was my first impression masa episod awal2.
dan langsung x follow.

tp lately aku tengok mak aku bersemangat follow bella.
asal balik keja, kecoh nak tgk bella. ayat dia hari2 bila smpi umah "eh mak nak sembahyang ni. jap lagi nak tengok bella."
dek kerana keterujaan emak ku itulah mendorong aku utk join sama.
best sgt ke? itu ler yg bermain kt otak aku.
then baru aku terperasan yang bella ni da ujung2 agak syiok jugakla.
akhirnya kerana pengaruh mak aku ni, aku pun da addict!

this month shif hbs kol 6.30pm
so kena rush back utk kejar bella. huhu
setiap hr aku hanya berkesempatan tengok bella setengah jam je.
smpi kondo kelam kbt msk umah and join my housemate tgk bella :-p

and part yg plg x best sekali bila tiba last episod, shif hbs kol 7pm!!
sakit hati giler! sure sgt kalau merempit pun smpi umah 7.30pm.
redha jelaaaa...
yg plg aku nk tergelak dgr,mak aku siap lepak umah kwn dia sbb tkt x smpt smpi umah
nak tgk bella. ms tu dia otw back ke kl dr segamat. aku call umah, adik aku ckp mak aku kt bangi tengok bella. muahahaha! itulah penangan bella!

but anyway bella mmg best.
thanks to tv3 sbb sediakan online show utk aku tgk blk last episod yg aku terlepas tu.
tu pun thanks to my friend yg bg tau aku psl online show ni. dia pun tiap mlm tgk bella online sbb x smpt tgk ptg.
and bkn citer je best... lagu time ending pun best.
serius sape2 yg byk buat jahat tu dgr2 la lagu kumpulan indonesia nie. mau insaf tau! :-p
kumpulan opick tjk lagu Taubat & bila waktu telah berakhir
leh dgr lg2 dia kt http://mp3-terbaik.blogspot.com/

Saturday, May 10, 2008

berpoya-poya..!

sejak keje kat vads ni social life jd tungang langang!
aku cuti orang keje, orang cuti aku keja.
luckily this month off day jatuh pada setiap ahad.

this month pun shif mmg pagi je.
hidup hr2 blk keje, lepak kt umah.
mcm pnt nk berpoya di mlm hari.
tp kdg2 mmg rasa bosan gak hidup mcm nie.

last friday, me and nazlin went for a movie..
dpt shif awl kol 7am so kje hbs 4.30pm. blk mandi, then jumpe nazlin kt jln tar.
terkezut gak la jln clear and 30min je da smpi kl.
so shopping skit kt jln tar.
pastu pi klcc tgk movie kol 9pm.
nazlin da booked citer WHAT HAPPENS IN VEGAS.












this is the synopsis:

Two strangers awaken together to discover they've gotten married following a night of debauchery in Sin City. . . and that one of them has won a huge jackpot after playing the other's quarter. The newlyweds devise ever-escalating schemes to undermine each other and get their hands on the money - only to find themselves falling in love amid the mutual backstabbing.

serius lawak and besh! hero pun, aduuuhhhh amat encem! sora hero pun menusuk kalbu!
:-p (aku merindui mu... ting tong! hahaha)
x rugi tengok tau. ececeh promote filem orang. hehe
at least hlg gak tensen kje.

hbs movie, msh x sedar diri lagi tuh da kol 11.15
pi merenggong kt uptown danau kota lak.
cik nazlin beli present for his mom. mother's day la plak kn.
mmm me pun x pk nak beli pe lg ms tu.
tengok brg kt uptown tu pun mcm da kelabu asap.
penat siut non stop dr 7am smpi 12am!

smpi umah dlm 12.45am
ingat kot nak online sat tgk email jap.
tp mata da xleh bukak da.
dengan selamatnya aku lena... zzzz
mimpi bersama ashton! ~huhu~

hukm

last tuesday i had an appointment with hukm. so that day i kena puasa sbb nak amik darah.
i decided not to take MC. banyak benor da mc aku amik. sok2 kena terminate plak. uhuhuhu
cukupla aku amik time slip jer. so i came to hukm as early as i can. 7.45am da ada kt sana sbb 8am da bole cucuk jarum.

after the first session, nurse suh aku minum air glukosa then kena wait for 2 hours for 2nd session.bila aku telan je air tu, serius muka aku kelat giler! manis giler maut. terkulat2 aku nak hbskn. sib baik berjaya gak. then nurse ckp msh kena puasa lagi. hanya bole minum air kosong.
gi cafe nak beli mineral, tgk makanan sungguh menyelerakan smpi merembes2 air liur aku!
so aku berazam pas 2nd session aku nak menibai kt cafe. hehehe.

10am aku jupe blk nurse tuh. korang tau x dia pi cucuk blk kt tmpt pertama dia cucuk aku. sakit siut! then aku bg tau nak time slip. aku ckp leh x letak time tu lama skit. ( kalau korg nak tau, lunch aku 1pm. so aku berangan nak masuk kje blk kol 2pm.hehehe)
tapi hampes tul nurse tu. ada ke dia kata dia cuma bole bg aku smpi 10.30 je. and korang tau x time tu da kol bpe? 10.10 tau! within 20mins aku nak smpi damansara dari hukm! giler ape! dgn pns hati aku blah dr hukm. musnah impian aku nak menibai kat cafe.
aku pun ape lagi. kl drift la. hahahaha. merempit ke damansara.
sampai ofis dan 11.15 terus jumpe team leader aku. nasib baik dia baik.dia suh aku isi borg. then aku pun dengan toya nya msk kje kol 12. hehehe.

bila aku tanya kwn2 aku rata2 ckp yg dorg slalu dpt time slip smpi lunch hour. hampes tul hukm nie. tak berperikemanusian pada insan2 yang berhati mulia nie. hehehe.
xpela.. apa pun lunch hour tu aku menibai gak kt cafe ofis :-)

Monday, May 5, 2008

my first time...

monday : 5th may : 10.49pm

hallu!!
im gonna start my new blog now.
Previously i used to write in my friendster' blog but because i was too busy with my life so the last time i wrote was in marc 2008..actually not so busy..hehehe. i dont have internet access in damansara. malas beb nak pi cc. online only when im at my parents house in ampang. so because of the limited time to access the internet la malas nak active writing the blog.

working with streamyx but dont have internet access!! klakar kan. mmmmm..
tu la padahnya bila dapat company kedekut. they not giving us free account! only can get staff monthly rate. still have to pay la walaupun dorg da kaya raya. x nak berbudi langsung pada staff mereka yang berdedikasi ni.. ( yeke?? hehehe)

today's story :

mmmm... disebabkan aku da kebosanan tahap cipan, so biarla aku bercerita. hehehe
actually today is my off day. but as usual, off day will be my boring day because everybody is working! yala today is monday not sunday dear! huhu.. this morning i went back to damansara because i need to get all the hukm form. sok ada appointment hukm. nak amik darah! huhu..
then 12pm baru ingat nak pi meronda, tetiba dapat called from my mom. dia nak blk kje awal sbb x sht. tu la degil.aku ckp da dpt mc 2 hr tu rehat2 je la kt umah. nak gak pi ofis.
so amik mak kt ofis then blk. da smpi umah tetiba rasa malas plak nak kuar meronda. mata pun da tinggal separuh je... blk tido. petang bangun tengok bella. hehehe. so apa hasil aku hari ni??
xde hasil pun. sungguh bosan hidup aku ni kn.... tula.. life is complicated.....

da la.. enough for today. mata pun da miong tgk screen dr td.

will be continue.......

tatatititutu

love,
fadh