Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Jus buah paling best!

satu perkara yang paling saya suka duduk di serdang ialah jus buah! yes. jus buah kt serdang ni mmg paling fresh dan sgt2 murah bagi kitorg. almaklumlah majoriti adalah pelajar. jadi harga xleh la nak mahal2. kalau nak dibandingkan jus buah sebegini yg di jual di tempat lain semuanya melebih rm5 segelas. kat sini kalau mix buah pun x sampai rm3!

lokasi : Flat ikan sri serdang


tengoklah deretan buah - buah yang ada kat kedai tuh. ada macam2 jenis buah.
pilih je nak mix dgn apa.




kalau korang semua dtg kat gerai jus buah ni, korang mesti rambang mata nak pilih buah apa. antara buah - buah yang ada :

1. lemon
2. orange
3. jambu
4. tembikai
5. epal
6. mangga
7. carrot
8. tembikai susu


itu senarai buah2 yang biasa kita minum. ada juga yg luar biasa untuk diminum

1. kedondong (campur dgn serbuk asam) pernah try...not bad!
2. tomato ----> errrr belum teringin nak try lg
3. batang saleri ----> erk! lagi tak teringin nak try! huhuhu
4. pisang (campur dengan susu) sedap!
5. peria -----> oh no~! xmo2 huhu
6. betik ---> lum ada hati nak try lg


banyakkan senarai buah2 dia. boleh mix2 lg. kalau skrg ni datang upm atas urusan kerja, mmg akan singgah sini untuk beli. rugi rasanya kalau x beli. huhuhu. awatlah kat tempat lain xde macam nie. minuman sihat ni!



Monday, October 10, 2011

satay willy

satay adalah one of my fav food. terutamanya satay ayam yg ada lemak2 kulit ayam. ho yeaah! okeh tau lemak itu tidak bagus. huhuhu.


sumber : pakcik google


kalau dolu2 paling best adalah sate samuri. tp semenjak dua tiga menjak ni, sate dia da x best. x rasa pun rempah2 perap tu. rasa manis gula ja.... cuma masih lg membeli sbb kuah dan sambal dia. uih.. sambal plg best. x jumpa kat kedai sate lain sambal mcm tuh.

sate samuri pun kdg2 aku rasa da x berkualiti. nasib x baik, dptla yg x sempurna masak. mentah beb! aih.. bisnes da maju tp kualiti makin mundur. ape cer.

muncul plak satey station. fuh bila muncul je kat area ampang waterfront, bersorak girang. tp....
errrr... mahal kot! secucuk 90sen. kalau makan sorang dua mungkin x terasa. bayangkan kalau makan satu family ramai2. tambah2 kalau ahli family tu comel kiut miut macam aku ni ha. confirm paling sikit sorg 5 cucuk. darab dgn 6 orang. bape dah? er... itu belum kita air. pun agak mahal. so sesekali bolehla. rasa? mmmmm bolehla.

hr tu dlm misi pencarian sate sbb ada tetamu nak dtg, ayah aku suh beli kt sg ramal. dia kata dgn dgn restoran yus. aku tergaruk2 gak kt ne sbb x familiar dgn kajang. tp dia x sebut sate apa. aku pun malas nak pk. susah2 beli je kt samuri.

tp tgh drive masuk ke kajang, eh eh aku ternampak restoran yus tuh. terus aku masuk simpang tuh. toleh2 kanan, ternampak sate willy. aku pnh dgr org cerita kesedapan dia. so call ayah tanya sate kt rest yus ke atau sate willy. ayah aku ckp sate willy!




dgn hati penuh excited aku pun membeli. ramai siut... yg membungkus pun bukan sikit2. x main belas2. sume puluh2. mcm aku gak la. sekali order 80 cucuk! hihi.

and ada jugak ketupat comel2. bukan nasi impit ye. ketupat.

aku mmg x sbr nak smpi umah. ha la dr kajang nak blk ampang di waktu ptg hari bekerja. tambah nak tunggu adik aku hbs keje kt bengkel dia kt kajang tu + jammed lg. korang bygla mcm mana traffik di waktu ptg di kawasan cheras leisure mall tuh. disebabkan ketidaksabaran, aku mkn secucuk. whoooaaaah sedap gilos! x cukup secucuk. 3 cucuk aku tibai! hahahaha.

ok pastu buang bahan bukti. lempar luar tingkap. hahahaha.

tp serius mmg sedap. terasa segala bahan2 perapan sate. satu family aku ckp sedap. x rugi korang beli. so pasni jom ramai2 pakat cari sate willy!

lokasi : sg ramal junction. (blkg restoran yus, dkt2 dgn sek. maahad hamidiah)

Thursday, August 25, 2011

Red Wok mesti cuba!

Di hujung2 ramadhan ni mula kemalasan nak memasak berbuka puasa. x mcm masa awal2 dlu, aku dgn osmet sgt eksited mencuba pelbagai resepi. bila da mggu akhir ni, hampir setiap hari x berbuka di rumah. majlis berbuka di kolej, pastu kolej belanja berbuka di hotel, pastu berbuka di luar dgn student dan kawan2.

semalam aku dgn osmet buat date dgn ex-officemate. kami rindu nak makan2, borak sama2. so we decided to break our fast @ Red Wok. kena booking awal sbb sentiasa penuh. menu pun boleh check online. so mmg da dlm otak la list apa nak makan nnti. hihihi.

menu boleh check kt SINI

Red Wok


kami gerak ke Red Wok lepas habis perjumpaan staff di kolej. dapat duit raya dan bonus giteewww... Alhamdulillah.... ;-)

smpi di sana dlm 5.30, kami order dlu menu. sbb awal lg jadi nak jalan2 perabih duit kt CK Rahim. borong tudung dan shawl lg. huhuhu....

so menu utk berbuka :

1. tom yam bangkok bersusu
2. Butter Crispy Prawn
3. Marmite Chicken
4. Sizzling Tofu
5. Baby Khailan with Osyter Sause
6. fresh orange, Longan & Sour sop

menu mmg marbeles!! sodap gilers! kt red wok ada saiz2 hidangan s, m dan l. mcm baju gitu ;-)
mula2 ingat nak amik s je, tp tamak haloba sbb tgh lapa kan. so amik saiz m. haaa kau mmg nak pecah la perut makan. hihihi... harga consider ok. total mlm tu RM104. yang pasti kami akan datang lagi utk cuba menu lain plak!

so jom layan gambar


Butter Crispy Prawn



Marmite Chicken



longan, fresh orange, sour sop




Tomyam bangkok bersusu




Baby Kailan Oyster Sause





Sizzling Tofu




muka da tak tahan tgk makanan. hahaha




kami...



Saturday, June 11, 2011

Menu Arab! layaannnn.....!

salam, hai hai hai...

so apa menu hari ni? pernah tak korang semua jemu dengan menu yang sama hampir setiap hari. gi cafe mamak, balik2 kari. gi cafe pakcik ali (bukan nama sebenar ;-p) pun hari2 asam pedas, kicap, sambal belacan dll... kadang2 bila g cafe, menung lauk lama2 sbb da x tau nk mkn pe. jemu nok! hahaha.

macam tu jugakla aku kadang2. bila ke dapur, buka peti ais menung sejam. pe nak masak eh. kadang2 da pening nk masak lauk pe. balik2 asam pedas, balik2 sup, xpun lemak cili api, xpun kari, tak pun bening...atau sambal. nak masak lauk pelik2, lidah aku je boleh telan. lidah mak bapak? harap maaf la mmg tak terima. pening tau pikir nak masak pe. ha tengok ko ingat senang nk jadi suri rumah berjaya. hehehe. tu masa zaman aku jadi penanam anggur berjaya.

tapi menjak2 da menyewa sendiri ni, jarang bebenor da masak. balik koje da penat. kalah orang da kawin. hahaha. pernah sekali aku dan osmet berborak2 sambil melepek tgk tv selepas balik kerja tentang isu memasak untuk dinner di hri bekerja buat anak2 dan suami jika kami da berkahwin sok. fuhhh! lu pikir la sendiri yer.

kebiasaannya untuk dinner kami beli bungkus jer. almaklumla balik keje pun kdg da lwt petang. perut da berkeroncong... kepenatan.... lagi pun beria masak, pastu makan berdua jer.huhu. so slalunya mmg balik kerja, mulalah bersms dengan osmet mlm nak makan pe. ngada nak bersms padahal staffroom sebelah2 jer.hahaha.

so ada satu hri tu kami decide nk try menu arab yg ada di area rumah sewa kami. nama kedai tu Baghdad Kafe. pernah nampak kuar paper. kalau x, aku pun tak perasan sbb dia tersorok skit. kalau x silap aku, tokeh kedai ni perempuan melayu yg kawin dgn lelaki arab.

so mlm tu kami pun menjengah lah ke Baghdad Kafe.



tempat tu agak tenang. orang pun x ramai. sangat santai dan selesa. x mcm kedai2 tomyam biasa tuh. dalam penat balik keje tu, best gak la dok di sofa yg empuk. ;-)


suasana cafe


menu? mmmmm of coz la menu arab. berminat nak try lamb mandy but then too expensive. menu yg sama di Al Rawsha cuma rm27. kt sini harga dia rm35. tp dorg ckp boleh share 2 orang. xpelah. tukar menu... so aku order menu special skit. lupa plak pe nama menu tuh. tp menu tu nasi yang disalut dengan roti! roti agak crunchy. sedap. nasi pun sedap. disertakan sekali dgn kebab ayam kalau x silap. harga not bad. rm13...kenyang gilos la.. apa x, da nasi, roti lagi! huhuhu

nasik ku....


taraaa dalam roti ada nasi ;-p


okeh utk osmet dia x order lamb mandy tp dia order lamb kabsa. portion dia kurang skit la so sesuai utk sorang mkn. pun not bad jugak rasa dia. harga pun rm15 jer..


lamb kabsa

malam tu kami kekenyangan... blurrrpppp! alhamdulillah... perot kenyang hati senang! hahaha. balik umah dengan happy. terus nampak bantal dan katil ;-p burok perangai! actually menu yg ada di Baghdad kafe x byk pilihan. sgt terhad kalau nak compare dgn Saba. so xleh la kerap dtg. kalau Saba tu leh la kerap datang cuba mcm2 menu. cumanya duit la x kerap datang. hahaha. anyway BK ni bolehla untuk sesekali tukar selera.

so u olls... x nk try ke? hehehe... sesekali dapat menu arab, layaannnnnzzzzz!! ;-p








Saturday, February 19, 2011

macaron oh macaron

tercapai sudah hajat ku nak makan macaron. sebelum ni hanya kenal macaron melalui blog2 jer.
masa baru kenal macaron, mcm2 dok pikir.

"macaron?? menatang pe tuh?"

bila semua org dok kata gila meroyan kat macaron....

"sodap bonar ke macaron tuh?"

ada 2 blog yg aku baca tentang kesukaan dorg pada macaron.

http://nurulism.com/2010/07/23/macarons

http://1001resepi.blogspot.com/2011/01/macaroon-and-forty-two.html

so sejak tu aku mula la meroyan jugak nak merasa macaron. yang aku tau macaron ni hanya ada di cafe2 elit je yg harga rasa nak tercekik kalau tengok. mahel! cancel! berkecai hati ku. huhu.

alhamdulillah akhirnya keinginan tu tercapai jugak. rupanya ada org jual macaron secara online. canggih gitu... dunia moden skarang. sebut je apa nak. semua ada di tenet2 nie. heheee

so dpt jugak la beli macaron dgn harga yg affordable. 16 biji rm35. oklah tuh. beli kat


http://www.facebook.com/fadhlinaghani?v=wall&ref=notif&notif_t=share_wall_...create#!/profile.php?id=100001631126667

serius mmg sedap tp agak maneh la jugok tp sgt yummy! bak kata tekoh "oh macaron"

"when u bite it ...melt in ur mouth so so yummylicious"

serius. korang try la yer.


macaron saya! cute kan! ;-)



ada 2 flavor utk filling yg sy beli ni
blueberry dan vanilla. sgt yummy ok!



google kt tenet.

Thursday, February 3, 2011

Marche

marche?? pe tuh? huhu actually marche adalah restaurant di The Curve. seriously aku pun x penah jejak. so bila one of my friend bg tau mini gathering akan di buat di marche, i was like "eerrr... apa tuh?" hahaha haruslah kan. aku bukan golongan2 elit yg slalu g mkn kt The Curve. destinasi kedai mkn aku slalu mamak, kedai2 mkn tepi jln, paling2 grand pun kfc, domino's... ;-p nak makan kedai2 elit ni mungkin setahun tu boleh dikira dgn jari. habeh duit tak elit. hahaha.. opppss.. bersyukur dgn pe yg ada ;-) ala kdg2 bila duit elit pun, x terasa nak g kedai2 mcm tuh. i x biasa you! hihihi...



inilah dia marche. ada banyak kaunter2 makanan



aku amat excited nak g gathering. ala bukan ramai pun. 5 org jer. geng aku masa zaman blaja kt upm dolu-dolu. sai, Chai yen, ying ying, li san and me! yeah! sangat rindu zaman2 blaja dulu okeh! g kelas sesama, gap kelas 2 jam sempat g tgk wayang kat mines pastu bekejar2 nak masuk klas balik. haha. sakit2 otak wat assignment sama2, tolong2 sign attandence kalau ada yg ponteng kelas.. heeeeee ;-p kenangan terindah weh!


sai, yen, li san, wei ye, ying & me


oh ada tambahan korum. wei ye.. tp dia bukan geng masa blaja upm dulu. dia adalah ying's bestfriend. kami mmg da kenal rapat dgn dia.


our table telah di reserved atas nama ying ying


okeh kat marche ni ada byk kaunter2. kaunter minuman, kaunter pencuci mulut, kaunter main course, kaunter soup dll. rambang mata beb! tp harus sedar diri okeh. duit di poket tidak rambang. huhuhu. each of us akan dpt 1 helai kertas mcm kt bawah ni.


ini form kena hulur kat each kaunter yang kita order makan.
dia akan cop apa makanan yg kita order kat kolum yg berkenaan.


food dia?? ok! sedap2. aku mkn mix grilled, mushroom soup, garlic bread & iced lemon tea. and it cost me rm50++. still afordable dan reasonable la kan. ;-)


okeh ni main course aku. amacam menarik x?


mushroom soup yg sgt marbelos!!



licin! blluuuurppp! alhamdulillah ;-p


okeh selesai makan, biasalah sesi2 bergambar. haruslah kan. nak gather mcm ni bukan senang. masing2 da ada komitmen sendiri. so apa lagi, snap snap! ;-)




Sunday, January 31, 2010

eating out : william

yeah akhirnya dapat jugak bertandang semula ke william. lama gilerz mengidam. bawak skali housemate. dorang x pernah dtg tp da slalu dok dgr aku citer pasal william. so dorg pun teruja nak makan seperti mana aku teruja bercerita kt dorang. hehe. malam tu mmg layanzzz ar mkn. perot kenyang x hengat. bulan depan da plan nak g lagi. heheheee



kak da & me


ita & kak da



daging premium



spageti olive seafood



meatball lasagna yg sgt besh!!



fresh oren, blueberry youghat, mango