Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, November 21, 2008

otak serabot dgn soalan-soalan remeh!

hari-hari yg mendatang ni aku rasa otak aku da semakin serabot! serabot kerja da satu hal. lepas tu serabot dgn manusia-manusia ni yg gemar menalipon dan bertanya soalan-soalan remeh nak mampos!

Kolej Negeri ada jwtn kosong and dorang iklan kt Harian Metro. so sape2 yg berminat meh la anto resume. (tp aku xla mgalakkan. atas sebab apa?? mmmm.... korang selidikla sendiri.)

so slps je iklan tu tersebor ke serata Malaya, maka aku mulala menerima panggilan tepon yg remeh temeh.
(kalau korg nak tau task aku skrg ni bukan ngajor je, rekod pun aku, kutip yuran pun aku, peksa pun aku... operator tepon pun aku! tgk betapa multi tasking nya aku! huhuhu)

"cik nak apply jwtn ni mcm ne ye"
"cik sijil perlu di sahkn ke"
"cik disini dinyatakan perlu tulis jawatan di sampul surat, mcm mana tu ye?"
"cik, perlu bagi gambar ker?"
"cik, sijil perlu di sahkan ke? nak sah kn di mana?"

tiap2 hari soklan yg sama je aku kena jawap.
so korang rasa apa aku perlu jwp? rasa mcm nak lempang je orang2 ni. da la aku stres dgn kerja yg bertimbun. korang-korang ni x penah mintak kerja ker?
aku sendiri pun dlu time 1st time nak mtk kerja x perlu tanya soklan2 nie.
hantar jer la resume dgn sijil2 tuh. dlm resume tu kn ltk gambar. so perlu lagi ke aku jwb soalan2 mcm nie??? arghhhh!!

Thursday, November 20, 2008

student's assignment

this week adalah mggu akhir sesi pembelajaran.
so nak x nk aku kena sepantas yg mungkin menanda tugasan student.
banyak beb! bygkn 8 subjek. rasa nak muntah da baca karangan2 yg aku tau sume cilok dari internet! sume pun hampir sama je isi kandungan. ces!
tp dalam kepeningan menanda tu, adalah 1 tugasan utk subjek Hubungan Etnik ni menarik perhatian. mampu jugaklah membuat aku ketawa jap dlm keserabutan. muahahaha. korang baca eh

Penghargaan :
Salam perpaduan dari kami sekumpulan, iaitu rakyat Malaysia yang mempunyai intergriti yang unggul dan suka bekerjasama. lalu terciptalah satu hasil yang dapat membanggakan para pensyarah serta rakyat Malaysia, iaitu tugasan ini pada waktu yg ditetapkan. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kolej kerana memberikan kami peluang untuk meneruskan jihad di kolej ini. walaupun begitu kami masih merasa tugasan kami belum cukup sempurna untuk dihidangkan kepada para pensyarah yang bijaksana. tidak lupa kepada pensyarah subjek Hubungan Etnik kami yang 'sempoi' kerana memberikan kami tugasan ini supaya kami dapat mengetahui banyak perkara tentang ketidakseimbangan eknomi di negara kita. "

begitulah ceritanya penghargaan dorg.
ada ke kata aku pensyarah sempoi. ces!
huhuhu

Thursday, November 13, 2008

5 things

Things I love:
1.my family
2.my friends
3.my students
4.my self
5.my laptop

Things I wish I have:
1.my own car
2.new hp
3.own a house
4.own a kindergarden
5.my soulmate

Things I hate:
1.darkness
2.pendesak
3.perempuan gedik
4.org yg unstabil dia punya emosi.
5.org yg perasan diri dia bagus, tp wat kje lembap, dah tu ckp slalu mcm org xde ilmu!

Books I love:
1.love story by alaf 21
2.motivation
3.magazine
4.al-Quran
5.beauty

Movies I love:
1.Cinta
2.Sepi
3.transfomers
4.Madagaskar
5.what happens in Vegas

Most played songs:
1.agnes : matahariku
2.SO7 : Betapa
3.fergie : Clumsy
4.pink : so what
5.DMasiv : Cinta ini membunuhku

Places I want to go:
1.Sarawak
2.Australia
3.Mekah
4.Bandung
5.China

Thursday, November 6, 2008

Renungkanlah....

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi"

Wednesday, November 5, 2008

Talian dipotong?? apa kes...

hari ini dah mula duduk di bilik rekod.
kena plak mangku tugas pegawai rekod yang cuti bersalin...
tugas den sendiri pun x tersiap2 lagi! huh..
cepatlah kak nis habis pantang! den x lrt dok bilik ni lama2! waaaa

" cik Fadh, nak guna tepon la."
"gunalah.." (Aku tgh bz.. nak guna,guna jelaaa)
" Harap maaf.. talian tetap anda telah dipotong untuk sementara waktu. Sila jelaskan bayaran bil anda"

apa kes???
orang akaun sila jawab. muahahahaa

orang Jomon??

Hari Khamis adalah hari yang paling tidak digemari..
kenapa?
yeeeee.. kerana Khamis adalah hari subjek Tamadun Asia!
serius aku mmg x gemar subjek ni.. kalau da aku x gemor, mcm ne anak murid aku?
dorang lagi besh.. x dtg kelas langsung!!
muahahahahaha (da gelak mcm org giler)
ni tgh membuat nota & handout untuk student2 ku yang manje2 nie...
lagi pun utk persediaan aku nak ngajor gak.. so keluarlah perkataan-perkataan yang sgt asing bagiku... sbb zaman study dlu pun bukan aku fokus sgt kt subjek ni :-p
rupenya baru aku tau orang Jepun ni terdiri dari orang Ainu & orang Jomon. Jomon?
mcm jawe je... hahaha
ye murid-murid.. mari kita mengenal pasti apakah sumbangan putera Shitoku Taishi terhadap kerajaan Nara... heheeheee
(mulut menguap2 ni kengantukan!)

Sunday, November 2, 2008

Gaji Day!

akhirnya penantikan kami ini berakhir.
jam 11am td berita telah disebarkan menyatakan bahawa gaji sudah masuk..
yeah!! shoppingggggg....

"malam ini kita g Tesco tau!"
"Fadh, Jusco baju murah2. Tgh Sale 50% - 70%"

wuuuuuuu.... mcm cukup je gaji tu nak shopping sakan.
adakah itu sifat perempuan??
lu fikirklah sendiri... hehhehe (angguk2 kepala :p)

Saturday, November 1, 2008

Rumah Terbuka Kolej Negeri


Rumah Terbuka Kolej Negeri
Date : 25 Oktober 2008
vanue : Rumah Felo Perempuan











raye da sampai penghujung tp aku rasa banyak lagi jamuan raye tiap2 mnggu. so kolej negeri pun kononnya nak meraikanlah. konsep gotong royong berkampung utk msk sempena rumah terbuka.
so terbentuklah AJK yg akan melaksana. aku? mcm biasalah akan dimasukkan ke AJK jamuan. almaklumlaaa.. badan yg montel mcm nie kn. huhu

ketua AJK adalah Dato' K. why kami gelar Dato' K?? sbb nama dia Dato' Kamaruzaman and kebetulan pun muka dia mcm dato' k. hehehe







dari kiri : Dato' k, Huda, Aida, En.shidi & aku
(so apa pendapat korang ttg dato k? sejibik x? hehehe)






Dato k ni bpengalaman luas dlm perhotelan. siap pakai baju chef lagi tu.. hehee
so apa menu hari tu?
mmmm menu bajet la...
soto.... rendang ayam.. lemang... kuah kacang... puding... sate (sponsor) and fried yee mee with black mushroom (fuh! menu dato k ni tau)

so mula msk kol 9mlm... till 3am! tu pun da terlentok2 siat ayam.. dato blk je sume pakat bungkus ayam tuh. x larat da beb.. sok pepagi kol 7.30 bangun da. siat ayam lagi... jamuan mula kol 11am.
11am : tahlil dan yasin sempena masuk umah felo.
pastu baru acara makan2.
acara hbs 3pm. tu pun pgl student makan sbb byk lebihan makanan.
acara paling best adalah menganiaya orang. hehehe
hr tu adalah birthday en. shidi & en. shufri.
mlm nya en. shidi da kena siram dgn air pandan...
(maafla yer. jadikanlah ia sebagai kenangan terindah. hehehe)
tp en.shufri da dpt tau so dia lari. tp ptg jamuan tu kami pakat ramai2 kenakan dia...
bila da berkumpul, kami pakat tuang tepung kt dia.. cian dia.. tp dek kerana balas dendam, habis sume org kena baling tepung. ces! nasib kena skit jer...
tu nasib x kena tuang air sup. kalau x meraung en.shufri sbb baju da lawa x gitu.. hehe
to en.shuf & en.shidi:

selamat ulang tahun. semoga dimurahkan rezki dan diberi kesihatan yg baik..

amin...









tengah mencuci ayam...










ratu-ratu kolej negeri :)





en. shuf berebut tepung dgn cik dayah

Siapakah Menteri Kewangan?

Seminggu sebelum test, students mintak tips.
so dgn baik hati bagilah segala tips utk subjek Pengajian Malaysia.
kemudian ingatkan students ttg menteri.
"Jangan lupa nama-nama menteri sbb saya akan tanya dalam ujian"
"menteri apa cik?"
"itu da soalan bocor namanya. tp ingat je menteri2 atas. kamu tau x sape menteri kewangan? jgn lupa peralihan kuasa sedang berlaku"
"tau cik... Najib cik..."
budak lain : "yeke najib??"
aku : " ye, skarang ni Najib da menggantikan Pak Lah"
"oooooo"
di akhir kelas sekali lagi tanya kt students sape menteri kewangan.
dorg beramai2 jwn Najib. dan aku pun tersenyum girang...

sewaktu ujian......
ujian berjalan selama 1 jam..
salah satu soalan..

siapakah Menteri Kewangan Malaysia?
a. Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi
b. Dato Najib Tun Razak
c. Dato Hishamudin
d. Dato Azalina Othman.

hasilnya....
ada lagi yg jwb pak lah
dan yg paling best, ada juga yg jwb Hishamudin atau Azalina..
apa kes????
geleng kepala aku...