Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, February 23, 2009

Birthday!

many thanks to my friends & especially to my family who wishes me and celebrating my birthday. yeap 6/2 was my birthday. Im already 27!

thanks to ju and others yg susah2 bought me a cake! and also tq Alin & Yani for the secret recipe's cheese cake! so terharu... thanks a lot friends!

to nazlin, iza, yana & erin, thanx for the wishes!
kamu2 memang x pernah lupa tarikh ini. muah!

untuk makcik, thank you so much for the card.
walaupun jauh di US, tetap ingat tarikh hari jadi kami2.
miss ya!

masa birthday, mak called "mlm ni abah nak belanja makan"
hehehe..so after work me rushed blk kl.

Me and my family had a dinner on top of Bukit Langat! tu sebenarnya adalah lookout point.
Can see the whole KL kt atas bukit tuh. for those yg nak having candle light dinner, tempat ni besh.


ni mase posing kt tepi bukit.

thanks Abah for belanja us makan!
kami makan di arabian restaurant.
me, mak & dila ordered chicken grill. abah of course la beriani lamb die! hehe
ordered jugak beriani with 1 whole chicken. serius bapak banyak.



sesi makan - makan

ni la meal saya malam itu


ni la nasi beriani tu.. sooooodap!


ni tatau air pe wani order

oh, sangat kenyang!
sooooo happy. dpt 2 hadiah yg sgt besh from my parents & my siblings.
Really love that present!
thanks abah,mak, wani, dila & my dear adik bujang kesayangan Safwan!


sesi membuka hadiah :-)

ni lah hadiah saye dpt dr family & ju :-)

Thursday, February 19, 2009

Bila nak holiday ni!

aku sudah penat bekerja.
7 hari seminggu bekerja for 2 weeks. aahh.. im not a robot! i need rest!

last week involved with VTO induction & this weekend gonna have teambuilding camp for student in Astel Mambau.
From this month till May plak need to attend VTO classes every Saturday and also every Monday, Wed & friday night. aiyooohh cepatlah May datang.

so semasa merehatkan otak kt office, minda ini melayang seketika waktu cuti2 Malaysia dulu. wah syioknya kn. that was when me not so busy la.. and that time duit da tatau nak spend kt mana. hahaha

so here are some snap shots mase cuti2 Malaysia dulu

Langkawi...

ni merenung mase depan kt Cherating :p


Masjid Kristal, T'ganu


arhh nak cuti2 Malaysia lagi! Feel soooooooooo malas nak keje! Actually me da plan 2 trip holiday. Yay! mcm aku ni banyak duit eh. ikat perut seh!

1. Kulim (March) : wedding ceremony iza's bro. Pakcik Azizan which is adiza's beloved daddy will sponsor the fuel and tol. sooo baik hati. thank you uncle! xpe. saya kan anak angkat pakcik. hehehehe

2. Bandung trip (May) : oh cant wait for this trip! me of course la nak shopping! hehe.

actually aku pun teringin nak p Singapore & China. xpe2. pasport mati lagi 5 thn. hehehe. still have time nak saving duit. oh excited nya nak bercuti. *wink wink*

end of story. tata :)







Wednesday, February 18, 2009

Hug & Kisses to my best friends..

friends...
always come and go..
i've lot of friends.. but only a few yg menjadi sahabat sejati.
we laugh and cry together. we sharing everything...

whenever me become lonely, we spend time together..
whenever me no money, we share the meals..

so this entry is actually for my best friend ever.
a friend who will be forever true
my dear Adiza Azizan & Nazlinsha

Thank you so much for the friendship. It means so much to me...
Thank you for being beside me when i needed someone..
Thank you for the times together we shared.
Thank you for holding me tightly when there was a need i had to cry
Thank you for always smiling when i couldnt smile at all
Thank you for the friendship

May Allah bless you
forgive me friends if im doing anything wrong to you
may you always remains as my friends

lots of love..
Fadhlina

Tuesday, February 17, 2009

Tak Faham

Manusia mmg x sama. Tp aku rasa walau x sama, but we should respect others.
Setelah aku hidup selama 27 tahun di atas muka bumi ni, ketidaksamaan manusia ni membuatkan byk benda yg aku tak paham…

Tak paham bila org perasan diri dia sgt bagus sehinggakan org lain x bleh bg pendapat..

Tak paham bila ada org suka double standard bila dia boleh melakukan kesalahan tp bila org lain buat salah, salah itu nmpk besar sgt.

Tak paham bila ada org yg x bleh nak respect bos dia. Boleh eh mcm tuh??

Tak paham bila ada org x penah beli brg makanan tp suke menghabiskan makanan org lain.

Tak paham bila bos2 melayu ni x suke menjaga kebajikan pekerja2 dia seperti mana bos2 cina menjaga kebajikan pekerja dia..

Kenapa eh. Aku sungguh tak paham

Peace…

Sunday, February 15, 2009

Lawak Bodoh Vs Lawak Gile!

Mggu lepas aku kje 7 hari seminggu! Sabtu Ahad ada Kursus Induksi VTO. Malas tul beb. Bila masa nak merehatkan otak.

Ni nak citer la kn. Aku ni dlu2 peminat setia Hindustan. Korg tanyala family aku mcm mana aku giler tgk citer Hindi. Aku ske sgt kt hero2 lama mcm Shammi Kapoor, Shashi Kapoor dan segala Kapoor lg la. Kemudian aku giler kt Shah Rukh Khan. Aku mmg xkn miss citer hindi tiap Sabtu & Ahad. Smpi kdg2 aku beli kaset lagu soundtrack movie. Hhahaha.

Amar, Akhbar, Anthony
Yaadon Ki Barat

Ni beberapa title filem Hindi lama2. kalau nak list mesti x cukup.
Hari Sabtu hr tu aku blk dr induction kol 4. blk2 tgk housemate aku tgh tgk hindi. One thing yg aku nk ckp, aku sgt benci tgk citer hindi skrg. X best langsung!
Tp sbb kwn aku da tgk, so aku pun join la. Nak tgk gak kot2 terbest ker. Tetiba terjadilah satu babak yg aku rasa lawak bodoh nak mampos.

Si Hero : aku ada sesuatu nak bagi tau.

Trenggggg….. si hero bertukar menjadi superhero… yg si siheroin plak pun teruja.

Heroin : aku pun ada sesuatu nak bagi tau kau tp x tau mcm mana nk bg tau.

Treengggg… si heroin pun bertukar menjadi superhero.

Dua2 jadi ala2 batman dgn batwoman la konon! APAKAH????

Aku terguling2 mengelakkan kebodohan cerita. Kak Da tgk citer apa ni kak????
“ntah, akak pun baru tgk” “Tukar2!”

------------------------------------------------------------------

Geng Upin Ipin

Ye aku tau skrg fenomena Upin & Ipin. Rata2 org akan citer ttg movie ni. So aku & member2 ofis da plan nak tgk Upin & Ipin.

Yezzaaa… beli tiket utk 9 org! rombongan Cik Kiah nak g tgk Upin Ipin. Hehehe.

Date/time : 14 Feb/ 9.35pm
Vanue : TGV Jusco Seremban 2

Okies. Janji 8pm kt jusco sbb nk gi makan pizza. Smpi kt jusco, mcm curious gak nape jusco sgt ramai manusia mlm nie. Carik parking pun payoh. Gi kt pizza beratur panjang. Wallaweh… KFC, McD sume penuh.

Ala.. lupe la plak. Rupenya Valentine’s Day. So kitorg pun decide xyh mkn dlu. Alas perut dgn roti pas wyg baru lepak gerai. Baru 8.30… lepak2 dpn TGV, bosanla plak.
Kak Da ajak p MPH. nak follow sbb nk tgk buku besh! Hasilnya… melayang duit aku beli buku self help. Title : Setengah Berisi, Setengah Kosong (RM25)

Yg lain gi karaoke. Sempat lagi tuh! Mak ai.. bilik sendat. Mau x nya 9 org sekali masuk 1 bilik. Paling x lupe en imran nyanyi lagu Broery Marantika. Huh. Meremang bulu roma. Hbs nyanyi terkedek2 sume berlari gi TGV.

Yeah En. Imran belanja kami pop corn. :-)
Serius aku mmg ske giler movie nie. Lawak! Terkekek-kekek sume org. paling x lupa ayat rajoo time nak jatuh gaung : Ingat mase depan!

Watak oopet pun ada walaupun la bak kata kak da, ckp mcm org jepun je. Haha
Tp cumanya rase rajoo lebih menyerlah dr Upin Ipin. Yeah goooo Sappy! :-)
Mmg puas hati la. Tp hampeh tul en imran. Ada ke tdo dlm wayang!
Anyway tabik spring la kat citer nie! Terasa nak tgk lagi sekali jer.
Betul.. betul..betul.. :p

16 facts about me.

1. Sangat suke menjadik Cikgu. Memang cite2 aku dlu nak jadi cikgu. Aku penah konon2 buat tuition masa aku darjah 4. sape student aku? Budak2 darjah 1 yg juga kawan2 Dila. Bayaran? 10sen! Hahahaha…

2. Aku sangat tidak ske tgk action movie @ citer hantu macam citer The Lord Of The Ring @ I know what u did last summer! Apa aku ske? Aku ske tgk citer romance @ komedi. Sbb bg aku sbnrnya bile tgk movie adalah time aku nak hilangkan tension. So wat per tgk citer2 yg memenatkan otak..

3. Ske sgt baca novel. Of course la love story. Peminat Alaf 21!

4. Ske baca buku2 self help, motivation…. Tp sedihla buku2 ni sgt mahal. Terbaru aku baru beli La Tahzan : Jangan Bersedih Lagi dan jugak buku bertajuk Setengah Berisi, Setengah Kosong.

5. kalau org yg aku x bpe kenal, mesti ingt aku ni sombong. Sbbnya aku xkn bercakap sgt. Tp jgn ingat aku ni x pandai bercakap. Akulah akan menjadi org paling byk bercakap kalau aku mmg rapat dgn org tu. X caya? Tanya family aku. Mak aku slalu ckp aku ni mcm2 cerita ada kalau blk umah.

6. Aku jenis x pandai marah. Kalau aku marah aku bebel2. konon bila marah, nk mrh lama2 tp x tau nape hati aku cepat sejuk. Kalau aku marah pun biasanya aku akan tetiba jadi pendiam….

7. aku seorang yg penggeli. Hanya kawan2 aku yg tau mana part sensitif aku yg korang x leh sentuh. Kalau korg sentuh walau telah di warning oleh aku, slp hari bulan tanpa sedar aku akan tampar korg. Aku ada sorg kwn yg kena free tampar oleh aku sbb xnk dgr ckp aku.haha.

8. aku seorg yg ske panik. Tp korg jgn risau. Aku panic bukan smpi aku akan jadi clumsy. Mcm ne aku panic? Haaa aku akan jadi berdebar2, loya2 slp2 boleh muntah. Mase kecik2 lagi teruk. Aku akan kembung, muntah2 & cirit birit. Nasib baik da besar x mcm tuh lagi.

9. aku x ske gi konsert. Aku pnh gi konset. Pertama dan mungkin yg terakhir. Nape? Sbb dari awal smpi hbs, mcm2 mslh aku dpt. Pertama sbb aku panic. Yelah gi konsert x bg tau mak… so confirmlah aku tkt2. sudanya aku kena sindrom panic. Hahaha. Keduanya aku x leh dgr muzik kuat2. aku rase jantung aku nak jatuh. So jadi blk sindrom panic. Hahaha. Ketiganya aku x ske tempat yg sgt ramai org kerana akan jadi sindrom panic gak. :-p

10. mase kecik2 aku ada byk gelaran. Tp aku plg x lupe sorg kwn kt sek keb serdang name Faizal. Dia panggil aku kingkong, aku pgl dia gorilla. Tp last2 bila bj sek aku kotor sbb jth, aku kena pjm baju kemeja sek dia. Hahaha.

11. aku kecik2 slalu lelah. Tp skrg semput sbb gomok je

12. aku zaman skolah slalu migrain. Skrg jrg2. Tp kdg2 wat2 migrain sbb nk MC :-p

13. Tido mengiring. Sgt tkt tido telentang sbb slalu sgt dgr citer kwn2 kena hempap mase tdo.

14. sgt ske mkn sup & tomyam. Paling lazat, sup ekor! Nyum nyum..

15. seorang yg penakut terutama citer2 hantu. Sbb aku ske bygkn benda2 tu kalau pas aku dgr cerita atau tgk cerita. :-p

16. aku x pandai ngs depan org. kalau ada kematian sedara pun aku ssh ngs. Tp aku akan ngs sorg2 dlm blk. Xtau nape jadik mcm tuh.

Saturday, February 7, 2009

Dasyatnya Malam Jumaat!

Alkisahnya Suatu Malam Jumaat.....
Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

"Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim,

Sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya.

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat....

Adekah korang rase tertipu?? hahahaha aku pun same.
ni adalah email yg aku terima dari kawan. so mcm syok plak nak share. :-p

Tuesday, February 3, 2009

Again Kebodohan Terjadi!

Me adalah hantu radio. biar xde tv asal ada radio.. dolu2 saye ske dgr Era Rentak Muzik Terkini. Tapi lately saye nak yg hangat! hehehe. saye telah beralih ke Hot Fm.

Alkisahnya saye x ingat bile terjadinya peristiwa ini. Ikhwan tanya same ada saya mahu mencuci kereta sbbnye ada student baru automotif. so seperti biasa student baru perlu mencuci kereta. saye dengan rela hati menyerahkan kereta untuk dicuci. almaklumla saye jarang mencuci kereta. hehehe.

saya sgt gembira pada hari tersebut kerana kereta saya sangat bersih! :-)
so mase blk, seperti biasa sy on radio. tp saya sangat musykil. kenape radio saye susah mendapat siaran eh. da macam2 butang saye tekan seolah2 saye sangat mahir.
kejap ada, lameeeeeeeeeee diam. aih, da jadi macam laptop saye kah? xkan ade virus kot.
seperti biasa, hati saye terdetik.
" ni ape agaknya budak2 ni sentuh smpi ssh dapat siaran"
tp dek kerana saye malas nk pk, saye biar je la. dengan harapan 1 hari yg tenang akan saye bawak kereta ini ke tokeh kedai untuk dibaiki.

nak jadi cerita, tgh hr td saye, Ju dan En. Imran gi lunch kt Garden Home. (ni name tempat eh. bukan name kedai makan yg canggih2 gitu. ahakss..) saye komen ttg radio saye pade en.Imran dgn harapan kot2 la dia leh tlg check. almaklumla dia ngajor automotif. tp dia x amik port pun.
balik dr mkn, tetiba en Imran menegur, ni nape antenna ni x tarik kuar?

huh??? sah ni mesti mase cuci keta bdk2 tu x tarik blk. ces!

skrg ni saye sgt gumbira dan bahagia kerana saye telah mendapat balik siaran radio saye!
huhu. Peace! :-p

Sunday, February 1, 2009

Mujahid & Cupcakes



Ini adaLah MujaHid! MujaHid Sangat ChomeL!! dan MujaHid Sangat Suke dgn Sayeee! :-)


hehehe... Besh betul bile ada baby. waktu ni saye di Bukit Expo. Menemani sahabat baik saye Adiza yg nak membuat photography sempena kehamilannyee... ye zaman sekarang amat canggih. bukan hanya kawin je yg buat sesi berfoto. org mengandung pun boleh. :-p

jadi sempena iza wat sesi berguling2 mengambil gambar & ibu Mujahid ni dok amik gmbr iza, saye dptler bermain bersame Mujahid. tp saye pun ada jugak termasuk dalam sesi bergambar dgn iza. menyebok skit. hehe. nnti bile da dapat gmbr tu dari photographer, saye upload kt sini eh.

----------------------------------------------------------

ni nak story lain plak.

dalam keluarge saye ada seorang adik saye... ye cubela anda teka siapa dia! muahaha.
adik saye ini bakal bertunang. jadik kami telah sepakat untuk menempah cupcakes sebagai hantaran. yeeeeeeeeeeeeeeeee CUP CAKES yg sangat CHOMEL!!!!


so now almost everyday saye akan surf internet mencari info ttg cupcakes. oppss jgn report same bos saye ye.. hehe.
sedang saye mncari info ttg cupcakes, rupenya officemate saye juga mau menempah cupcakes sempena birthday org tersayang. oppss.. sowi alin! terhebah plak. hehehe

jadik dia telah terjupe 1 website ttg cupcakes yg dibuat kt Paroi, Seremban.
so kami ni dgn berkobar2 pergi ke rumah tokeh tu untuk menempah.
hasilnya?? waaaaaaaaaaaaaaaaa SANGAT CHOMEL! diulangi eh... SANGAT CHOMEL!



kalau korg nak surf website tokeh cupcakes yg alin order tuh, ni website dier :