Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, August 20, 2009

nak makan kat William!!!

saya suka makan! muahaha! kat KL sangat mudah nak mencari tempat2 makan yang besh!
kat Seremban?? waaaa sedih! selalu buntu nak makan kat mana... di tambah xde rakan sekroni yang suka makan mcm rakan-rakan saya di kl.

tadi saya meng'explore' fb. tetiba terjengok ke blog lily. terjengok jugak entry beliau tentang william. ya! saya rindu nak makan kat William! besh siut......! amat syiok! tapi kalau hujung2 bulan tu jgn la pegi sana sbb confirm terkorek2 poket. saya pernah makan berdua dengan kawan saya. kami order 3 menu... daging preium (rm15) + black pepper steak (rm30) + meatball lasagna (rm20) + ice blended (rm6). X sedar dalam poket hanya ada rm65. tp jumlah kena bayar rm70!! terkial2 korek poket. bukan xde duit tp duit dlm bank! muahahaa.. dengan muka tebal ckp kt workers dia kami nak ke bank cucuk duit rm5. muahahaha. last2 dia bagi diskaun. muka tebal toksah citer la... tp mmg perut penuh giler. x hbs siap tapau lagi bwk blk.

kat william saya suka makan :

1. daging premium
2. steak
3. meatball lasagna
4. meatball carbonara
5. olive seafood
6. ice blended

itu je pun menu saya bila ke sana sbb saya xtau menu lain walaupun saya tengok org order macam2. kepala hanya terteleng2 tengok makanan orang lain sbb nak order xtau menu. huhu. thanks lily untuk menu yg dilistkan. next time leh order menu lain. muahahahah. tp bila??? huhuhu...

jom tengok blog lily kalau nak tau tentang William.siap ada gmbr lagi. gi la sana. x rugi! sodaaaaap! marbelos!

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

alamak sudah ada student Kolej Negeri yang mati kerana H1N1. kenapa sume org mcm rilex eh kt kolej nie. xpe2... pasni aku p cari topeng. takut la pulak kan... huhu

Sunday, August 9, 2009

Eryn's Big Day!

Selamat Pengantin Baru untuk Eryn dan Zurin! Sweet couple! ingat lagi masa kerja di Vads dahulu, 24 jam bergayut di telefon. Eryn adalah officemate merangkap housemate semasa di Vads dulu. a good friend of mine. senang berkawan dgn eryn. tidak pernah lokek dgn apa yg dia ada. tp awas! sekiranya anda adalah seorang pelokek, dia akan menjadi pelokek juga! hahaha.
eryn juga menjadi sahabat makan saya! minat kami adalah sama. we are food lover! hahaha. setiap bulan kami akan bermewah sekali sekala untuk aktiviti makan-makan. tp paling x lupa adalah setiap kali makan dia tetap menyatakan hasrat utk diet... tp kami tetap x diet. mulut tetap menyumbat makanan...haha...
perkenalan eryn dgn zurin diaturkan oleh kawannya. zurin seorg yg sgt baik. very nice person. selalu melayan celoteh erin memandangkan dia adalah seorang pendiam. padan la tu kan. hehe. dulu eryn slalu sebut... "ala fadh, dia x ensem.. tapi dia baik..." dan saya selalu sebut padanya "apalah yang ada pada rupa wahai cik eryn. baguslah kalau dia baik"

setelah hampir 9 bulan bersama susah dan senang, akhirnya saya dan eryn membawa haluan masing2. eryn bekerja di kl, manakala saya di seremban. namun persahabatan kami tetap tidak putus. sehinggalah eryn mengkhabarkan berita gembira. i was like..." Eryn! jadik juga ko dgn zurin! waaa congrats2!!" eryn tergelak besar melihat saya terkejut. i was happy for her. akhirnya dia berjumpa dgn prince charmingnya yang mampu membuat kan dia gembira dan bahagia. semoga mereka akan bahagia hingga akhir hayat.

dan majlis eryn ini juga menjadi medan pertemuan sahabat2 lama semasa berkhidmat di vads dahulu. sangat happy dapat jupe kawan2 lama... ada yg da berkawin, ada yg da bertukar kerja dan ada yg masing single mingle seperti saya.. hehehe

gembira melihat rakan2 bahagia bersama pasangan masing2. dan saya? masih menanti prince charming saya.. :-) doakan kebahagian saya juga ya!







Saturday, August 1, 2009

Demam

sekian lama saya tidak dilanda sakit demam yang teruk. sebelum ni pun demam biasa2 jer.
hari khamis da mula sakit tekak dan batuk2. gi klinik amik ubat then terus ke ofis. sejam dua kat ofis mula rasa x sedap badan.. pas makan ubat lagila mula kenoneng... x lama tu terus cabut blk umah. msg HR bagi tau saya MC. smpi umah mmg tido x ingt dunia la.. nasib baik ada cik alin yg baik hati membawa bubur Mcd. huhu.. pastu smbg tido lg.. ptg baru gi klinik. mlmnya da mula rasa makin teruk demam. walaupun mak offer nak amik kt seremban, tp x smpi hati plak nak suh dtg mlm2. Kak da suh saya blk kl. katanya sekurangnya2 family ada. boleh tlg jaga. kt seremban ni hanya ada saya dgn dia shj di rumah. soknya adik saya Dila dtg dr shah alam bw blk ampang. sakit toksah citerla.. kepala berdenyut giler, badan sakit2... ptg kena mrh dgn mak sbb x amik ubat demam. padahal badan panas. sblm gi klinik dila and mak tuamkan kepala.. mak pulak risau sbb almaklumlah skrg penularan H1N1.

g klinik doktor kata demam panas biasa... mak lega.. blk makan ubat, tido lg.... 2 hari ni mmg x daya nak pk apa pun... urusan kerja sume mtk tlg kawan coverkan. maaflah ye menyusahkan anda2 semua. hari ini baru rasa lega sedikit. . sudah boleh menjamah makanan kerana seblm ini lidah pahit. hanya mampu menelan roti bercicahkan milo. demam pun sudah kebah sedikit tp belum boleh bergiat cergas lg. hanya merehatkan diri di rumah...