Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, October 25, 2009

sultan ditabalkan, rakyat berpoya2.

heh hari ni Tuanku Muhriz ditabalkan sbg Yang di-Pertuan Besar N9. jadi hari ini cuti umum bagi rakyat N9. rakyat N9 leh berpoya2..... yeay cuti lg! aktiviti utk hari ini....

1. bangun pagi konon2 nak gi jog kt City Park. yeaahhh akhirnya aku dgn kak da wat kuak lentang atas katil. hahaha. ah xpe... ptg ada leh gi. ngeh...ngeh...ngeh...

2. gi klinik. sakit tekak gila babas. nak telan air liur pun sampai terangkat2 kepala. tonsil aku da membesar bak juara smpi aku semput nak bernafas. bak kata doktor hospital ampang yang kerek merawat aku dulu ms aku sesak nafas, "cuba kalau saya letak epal dlm tekak awak mesti awk xleh nafas kan." hampagas tul!

3. konon2 nak gi tgk movie kt TGV jusco seremban 2. ropanya movie kami nak tgk tu da lama di pasaran. kesian kami kan ketinggalan LRT. jadik ubah plan. marathon citer korea la plak. DVD aku beli kt Batu Feringgi berabad kurun dulu x tengok2 lg. chaiyok2.

4. apa lg? ohhh terlupa plak.. wat kertas soalan final exam. lagi 1 minggu kena submit. adeh... malas tul!

itu aje ke aktiviti hari ini??? mmmmm dipikirkan lg.

Monday, October 19, 2009

aku si kaki besar

Sape si kaki besar??? Aku la!
Da ditakdirkan sejak azali aku ni kaki bersaiz giant. Dari zaman kanak-kanak ribena lg mak aku akan pening kepala bila tiba time nak bukak skola and time raya. Pening pikir nak cari kasut aku. Hehehe. Sampai satu tahap aku da xleh pikir kasut lawa2 atau fesyen2 da. Yg penting ada kasut saiz aku. Corak mcm mana pun x kisah da. Masukkedai kasut soklan mak aku senang jer "kasut saiz besar ada x? Adik kuar kan je mana2 kasut saiz besar.“
Huhu sian aku kan...

Dan skrg ni aku pun tiap kali cari kasut, mana yg aku berkenan, soklan aku senang jer.
"saiz paling besar bape? Sy nak saiz plg besar.“ Huhuhu

Kt kl ada satu kedai yg mmg byk saiz besar. Dkt2 area sogo. Central shoes. Tp aku pun tataula.. agaknya kaki saiz besar ni xleh wat yg cantik2 eh kasut dia. Buruk sungguh.
Dah tu bapak mahal. Cianla org2 mcm aku ni yg x berduit…. Huhuhu.

Gi dkt semua house plak, sandle biasa je… yg saiz kecik harga x lebih rm50. tp bila tiba saiz besar harga pun besar. Pada hal corak sama je dgn saiz kecik. Sepasang sandle tu mau rm60-rm80…gile ke apa.. pd hal beza saiz tu xla besar mana pun. X phm sungguh.

Skrg ni mmg x nafikan la byk kedai kasut da ada saiz2 besar... nak cari saiz 9 @ 10 x susah... jenama cleef...bonia...hawkey...vinci pun da ada jugak. Awal2 dulu aku rasa mcm aku muat la pakai saiz2 nie. Skrg ni mcm x phm la plak kan nape kasut2 ni nombor je besar tp sbnrnya kecik. Aku x muat dowh! Hanya cleef je yg aku leh masuk.

Tolong la wahai pengeluar2 kasut. Dgrla rintihan si kaki besar ini. Huhuhu... cian kami tau. Tawaf 10 kedai kasut, mungkin 1 kedai adalah saiz. Kalau nasib x baik, x jupe la yg muat pun. Pilihan pun x byk. Redha je la dgn corak yg terhad....Kalaula aku ni kaya raya, da lama aku wat kilang kasut sendiri. Aku bukak satu kedai kasut khas utk org2 berkaki besar mcm aku nie. Uhuk... uhuk... angan2 je la kan.


p/s : ni sbnrnya tadi pi carik kasut kt jusco wangsa maju. hangin kerana x dpt beli kasut :-p

Saturday, October 10, 2009

Banyaknya agenda setiap weekend di bulan Oktober

Salam Aidilfitri untuk sume kawan2. sorrylah kalau terlewat. lama benar da x update blog nie.
bz..+ malas. heheheeee

Bulan raya = Bulan makan la kan.
yezza! so setiap minggu banyak jemputan open house. plus jemputan kawin kekawan juge.
sampai nak wat open house sendiri tergaru2 carik tarikh yang sesuai. aiihhh....
mcm xde tarikh je. huhuhu.

satu lagi yg sakit hatinya bila bulan raya nie, weekend je confirm jalan akan jammed! giler bapak jammed! betul la org kl ni cuma beraya pada hujung minggu jerk. hari tu dari Puchong nak ke Gombak, LDP da mmg jammed la kan. so the altenative way is using Duke. aku pun tataula mana cik Yati bawak round satu kl. masuk shah alam, then nampak plak sign sg buluh, ipoh, pastu jln duta pengakhirannya baru nmpk Duke. huhu . serius aku pun konpius giler jap. yg pasti minyak keta aku yg ptt cukup terpaksa di isi semula. niat hati da nak cancel da jemputan di Gombak. tp x sampai hati plak kan. member da beria jemput. walau la hati sakit dgn jalan raya kan tp bestnya ialah perot aku mmg full giler with food. huhu.

itu last week punya citer. semalam ada jemputan kawin Yasmin. one of my classmate masa kat BBGS. congrats Min! semoga berbahagian ke akhir hayat :-)
semalam pun actually ada plan to buy birthday present malamnya. but end up dgn keseronokan berborak di open house kawan. hehee... yg seronoknya gi open house ni bila berjumpa dgn kwn2 lama yg da berabad lama giler x jumpe. so haruslah bersidai di rumah open house tu berjam2 lamanya. nasibla tuan umah yer.hehehe... for today pun still ada jemputan ptg nnti. ok diana, nantikan kemunculan aku yer. makanan tu simpan skit untuk memenuhkan perotku. heheeee...
And today the plan is to go to Midvalley! yeay!! lama gilos x gi since dok seremban. nak tengok Papadom! few friends telling me that the movie was so great! cant wait to watch that movie. kalau nak tunggu kat seremban nak tgk mmg hampes la kan. xde partner nak gi tgk. so Yati jom movie marathon! hehehee.... aiyahh.... berjalan je. keje x siap lg. aaaahhhh forget about work. time to release the tension! heheheheee..

next week pulak Mira's Wedding. and im sure the BBGSian will having a mini reunion @ Mira's place. syonoknya nak jupe kawan2 skolah. utk open house plak xde lagi utk next week. ade sape2 nak menjemput ke? hehehehe...

tarikh yg pasti ditunggu2 oleh BBGSian is on 31st Okt. yezzaaaaa... our reunion class of 99. uhhh da 10 years ye... tuanya kite. hukhuk.. vanue @ Prince Hotel. tp a day before that kena blk muar. majlis nikah sepupu yg chomel. like me! yeaaaahhh... hehehe. utk majlis sanding sabtunya tu x smpt nak tunggu lama as me having the reunion. x gi rugi beb. nak jumpe kwn2 lama plus da byr rm150. huhuhu.

see betapa setiap weekend di bulan Okt ini sentiasa dipenuhi jadual makan. heheheeeeeee.
oh diet eh.. uhuk2 dikecualikan di hujung minggula kan. :-p
iza jgn bebel kt aku eh. hahahahaa