Rasanya da lama jugak blog ini seolah2 menjadi ibarat pepatah hidup segan mati x mau. Kejap update, lama sepi. Sedih jugak sebenarnya. Hari2 jengah tp hati itu tiada untuk mengupdate. Tak taula apa punca menyebabkan kemalasan melanda untuk mengupdate blog ni. Sama ada saya kekurangan idea, kemalasan tahap kronik atau fokus telah beralih arah kepada facebook. Burn buddy, pet society dan agenda facebook lebih kuat memangil2 berbanding nak memerah otak menaip untuk blog.
Dah tu kenapa sekarang baru saya tersedar eh untuk mengupdate blog?? Haaaaaaa ni kerana pengaruh 1 blog yang mmg menjadi ikutan ramai. Sangat best ok! Blog ni diperkenalkan oleh adik saya. Dan dek kerana terlampau best blog ini sampai beliau mendapat jodoh hasil penulisan blog itu. Eh eh jgn salah anggap yer. Saya tidak bermaksud nak menjadi seperti beliau. Mengangan-angankan kisah fairytail itu akan berlaku jugak dalam kehidupan saya. TIDAK ye. Jodoh dan maut itu ditangan Allah. Tp kalau ye pun apa salahnya. Ahaksss! Ohoooo tidaklah. Cuma setelah menjadi penagih tegar blog beliau itu, maka timbul kesedaran untuk mengupdate kembali blog ini yang telah lama menjadi ladang tandus. Saya menjadi penagih tegar ni pun gara2 kelapangan masa yang menimbun2 dek kerana student sume cuti sem. Maka setiap hari saya mempunyai sedikit ruang (sikit ker??? Haha) untuk membaca blog beliau bermula dari tahun 2007! 2007 ok! Jadi bygkan betapa julingnya mata saya setiap hari membaca blog beliau. Tp mmg sgt best. Setiap hari itulah hiburan sensasi saya. Setiap hari saya akan tesengih2, tergelak2 di cubicle sy yg mmg cute itu seorang diri. Tp senyuman itu akan termati bila ada staff lain lalu lalang di cubicle saya. Pura2 membuat kerja. Hahaha kantoi sudah!
Ok ini blog orang itu. Selepas ni jgn salahkan saya jika anda semua menjadi penagih tegar juga. Heheee
http://nurulism.com/
dan juga jangan salahkan saya kerana saya akan menjadi rajin mengupdate blog. hehe
Terima kasih... Kedai runcit?
6 years ago