Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, February 19, 2011

macaron oh macaron

tercapai sudah hajat ku nak makan macaron. sebelum ni hanya kenal macaron melalui blog2 jer.
masa baru kenal macaron, mcm2 dok pikir.

"macaron?? menatang pe tuh?"

bila semua org dok kata gila meroyan kat macaron....

"sodap bonar ke macaron tuh?"

ada 2 blog yg aku baca tentang kesukaan dorg pada macaron.

http://nurulism.com/2010/07/23/macarons

http://1001resepi.blogspot.com/2011/01/macaroon-and-forty-two.html

so sejak tu aku mula la meroyan jugak nak merasa macaron. yang aku tau macaron ni hanya ada di cafe2 elit je yg harga rasa nak tercekik kalau tengok. mahel! cancel! berkecai hati ku. huhu.

alhamdulillah akhirnya keinginan tu tercapai jugak. rupanya ada org jual macaron secara online. canggih gitu... dunia moden skarang. sebut je apa nak. semua ada di tenet2 nie. heheee

so dpt jugak la beli macaron dgn harga yg affordable. 16 biji rm35. oklah tuh. beli kat


http://www.facebook.com/fadhlinaghani?v=wall&ref=notif&notif_t=share_wall_...create#!/profile.php?id=100001631126667

serius mmg sedap tp agak maneh la jugok tp sgt yummy! bak kata tekoh "oh macaron"

"when u bite it ...melt in ur mouth so so yummylicious"

serius. korang try la yer.


macaron saya! cute kan! ;-)



ada 2 flavor utk filling yg sy beli ni
blueberry dan vanilla. sgt yummy ok!



google kt tenet.

Wednesday, February 16, 2011

emosi tidak stabil

sekarang ni aku menjadi seorang yang sensitif. terlebih sensitif daripada biasa.
bermula dari tahun lepas, banyak peristiwa sedih yang berlaku dlm hidup aku.



yes aku bukan jenis manusia yang pandai meluahkan emosi di hadapan orang. aku lebih selesa beremosi sendirian. aku suka nangis sendiri2 di bilik. di depan orang, aku lebih menunjukkan aku cool, ceria. ntah. x pandai nak menangis depan orang. kadang2 orang kata aku xde perasaan, kadang2 orang kata aku baik sbb tidak kisah walau dibuli/dianiaya. dimarah. aku mampu menunjukkan wajah yang ceria. tp dalam hati, tuhan saja yang tahu.

kenapa? x tau. itu sifat semulajadi. mungkin kerana aku anak sulung. mungkin! atau mungkin aku da terbiasa berdikari. mungkin! mungkin juga aku tidak ramai kawan/teman baik. mungkin!
semuanya mungkin


tapi tahun lepas, aku di uji dgn pelbagai masalah hidup yang hebat! sangat hebat!
sehingga aku sendiri tak daya nak menepis lagi kesedihan. sebagai anak, aku kena tabah, kena kuat walau hati aku sakit sangat. aku x boleh menangis depan mak aku. aku kena kuat. sedangkan jiwa aku semakin hari semakin rapuh.


skarang aku semakin takut dengan diri aku. jiwa aku da lemah. aku mudah mengalirkan air mata. walau di tempat awam. walau di dalam kereta, walau di ofis.... kecewa semakin mendalam. aku takut satu hari nanti aku semakin membina tembok benci dalam diri aku. pada hal aku di didik, di ajar untuk menjadi seorang yang menghormati/tidak kurang ajar. tapi pada masa yang sama aku kecewa dengan apa yang terjadi, dengan sikap/perbuatan keji yang terpampang di depan mata aku. bagaimana lagi aku untuk menjadi insan yang kuat. aku x mampu.


pagi tadi, air mata aku tumpah lagi. i need a shoulder to cry on.
ya Allah.. berikanlah aku kekuatan & ketabahan untuk hari - hari yang mendatang.



Friday, February 4, 2011

Queen Sized

hai uols!

so tgk topic pun da tau nak citer pasal saiz2 besar punya hal nie. okeh. aku mmg sejak azali da berbadan comel. apa taknya. bibik aku dolu2 suka sumbat susu bila aku nangis.
(okeh mula nak salahkan orang lain. habis yg kau ni tak reti2 nak kontrol makan bila da besar pe hal plak. hehehe)

pe yg aku nak sentuh kat sini adalah bab mentaliti semua manusia di dunia ni. x kisah la ko kat us ke, london ke, italy ke atau pun malaysia, mentaliti mereka semua sama.

orang gemuk = x cantik = diejek/dihina

waktu ko kecik2, bila ko montel... fuh melambung2 orang puji ko.

"eh comelnya budak ni"
"eeee rasa nak cubit2 pipi budak ni'
"alalala cute nya diaaaa"


dan segala macam lagi yg comel2, yg kiut2, yang geram2 manja. tapi cuba bila ko da besar dengan berbadan comel???

"ya Allah, bape tan berat ko ni"
"makan je..mana x gemok!"
"oi gemok"
"kingkong!, gorila!"

dan segala lagi kata2 yang menghiris kalbu. seolah2 orang2 comel ni xde perasaan.

waktu aku sekolah2 dlu, aku ada sorang kawan lelaki yang suka panggil aku kingkong. pada hal dia sendiri pun x sedar diri bersaiz comel. maka aku panggil dia gorila. puas hati aku. tp waktu tu aku xde pun perasaan dendam. kami tetap berkawan baik. mungkin pada waktu tu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

bila aku da mula masuk alam remaja, perasaan kekecilan hati aku terhadap kata2 hirisan kalbu semakin menebal. serius hati aku slalu mengecut-ngecut beb. tak tau ar mungkin hormon tak stabil. tambah2 bila kawan2 sekeliling da mula ada bf, dan bercouple2. hahaha rasa mcm terdesak sgt x aku ni. ehhhhh. ni perasaan semula jadi okeh. munurut pensyarah aku, waktu2 teenagers ni la hormon2 kegatalan kita mula mengalir2 dlm badan. jadi aku x salah okeh berperasaan begitu. ;-p

so aku mula mengedik2 di cyber cafe. wooo masa tu adalah zaman kegemilangan mirc beb! bukan aku sorg, malah kawan2 aku pun gila chatting. so bermula lah agenda blind date. okeh jgn risau sbb aku blind date mesti di tempat awam. kedai mamak, kedai makan, mines dan sewaktu dengannya. kat puduraya pun penah! tapi of coz ditemani kawan2 satu kereta. hahahaha betapa ghairah nya kami ber blind date. okeh entry chatting dan blind date akan menyusul kemudian. entry kali ni lebih berkisar bab queen sized. heheeee.

so bermula lah juga kata-kata dan tingkah laku menghiris kalbu dari teman2 chatting. yeah aku tidak seperti yang mereka harapkan. muka tidak se cun nasya aziz, erra fazira atau setidak - tidaknya maya karin. hahaha. muka aku ada lah aku lah! badan pun tidak cun ala2 model. yela badan comel kan.

so ramailah yang mendiamkan diri, malah ada yang tidak muncul2 di tempat yg dijanjikan walapun aku perasan ada insan2 yang memerhati dari jauh. malah yg lebih teruk ada yang caci2 dan maki2 aku. fuh giler kentang siut hati aku mengecil2. sifat rendah diri amat menebal dlm diri aku..*sob sob sob*

tapi semakin aku dewasa, aku banyak belajar erti hidup. banyak pengalaman hidup yang menjadikan aku lebih matang dan menerima kenyataan hidup. aku juga semakin yakin dengan diri aku sendiri. aku semakin lali dengan kata2 atau tindakan yang menghiris kalbu. x kisah da beb!

skrg pun aku masih chatting walau jarang2. dan jika aku perasan yg teman2 chatting ni terkedu dgn kecomelan aku, aku da kisah da.

alah lantak ko. tak leh terima sudah. yang penting aku happy dengan diri aku

sebab pada aku, kalau dia xleh terima aku sbg kawan, ramai lg yang boleh terima aku seadanya aku. ramai kawan2 dan family yang menyayangi aku dan bg support dlm hidup aku. aku tak perlukan insan2 yang membuatkan aku sedih dan kecewa.

aku juga sudah ada keyakinan diri dan berani tampil ke depan. alhamdulillah....
soal jodoh? aku tau kdg2 family bising aku x dpt jdh kerana kecomelan aku. mmmmm
sekarang aku berserah pada Allah. setiap insan mempunyai jodoh mereka. cuma lambat atau cepat jodoh itu yang kita tidak tau. ada jodoh, alhamdulillah. xde jodoh, aku redha.

eh eh. apsal entry aku makin mcm sedih2. huhuhu. dan kenapa tetiba aku wat entry yg beremosi ni. fuh. ni semua kerana td aku tertengok satu cerita kat astro. tentang ketabahan seorang gadis plus size yg slalu kena buli dan diejek. dan ada org nak menghina dia, dia di calonkan untuk menjadi queen dalam satu majlis. kerana nak membuktikan diri dia mampu, dia bangkit dan menentang kumpulan2 yg popular dan cun2 di skolah. akhirnya dia ditabalkan menjadi queen di skolah dalam satu majlis. tajuk citer ni "Queen Size"

comel kan dia??


serius aku sangat touching okeh tengok cerita nie. smpi nangis2 aku tgk citer nie. i adore u beb!



hai hai
sy fadhlina comel!
hihihi

Thursday, February 3, 2011

Marche

marche?? pe tuh? huhu actually marche adalah restaurant di The Curve. seriously aku pun x penah jejak. so bila one of my friend bg tau mini gathering akan di buat di marche, i was like "eerrr... apa tuh?" hahaha haruslah kan. aku bukan golongan2 elit yg slalu g mkn kt The Curve. destinasi kedai mkn aku slalu mamak, kedai2 mkn tepi jln, paling2 grand pun kfc, domino's... ;-p nak makan kedai2 elit ni mungkin setahun tu boleh dikira dgn jari. habeh duit tak elit. hahaha.. opppss.. bersyukur dgn pe yg ada ;-) ala kdg2 bila duit elit pun, x terasa nak g kedai2 mcm tuh. i x biasa you! hihihi...



inilah dia marche. ada banyak kaunter2 makanan



aku amat excited nak g gathering. ala bukan ramai pun. 5 org jer. geng aku masa zaman blaja kt upm dolu-dolu. sai, Chai yen, ying ying, li san and me! yeah! sangat rindu zaman2 blaja dulu okeh! g kelas sesama, gap kelas 2 jam sempat g tgk wayang kat mines pastu bekejar2 nak masuk klas balik. haha. sakit2 otak wat assignment sama2, tolong2 sign attandence kalau ada yg ponteng kelas.. heeeeee ;-p kenangan terindah weh!


sai, yen, li san, wei ye, ying & me


oh ada tambahan korum. wei ye.. tp dia bukan geng masa blaja upm dulu. dia adalah ying's bestfriend. kami mmg da kenal rapat dgn dia.


our table telah di reserved atas nama ying ying


okeh kat marche ni ada byk kaunter2. kaunter minuman, kaunter pencuci mulut, kaunter main course, kaunter soup dll. rambang mata beb! tp harus sedar diri okeh. duit di poket tidak rambang. huhuhu. each of us akan dpt 1 helai kertas mcm kt bawah ni.


ini form kena hulur kat each kaunter yang kita order makan.
dia akan cop apa makanan yg kita order kat kolum yg berkenaan.


food dia?? ok! sedap2. aku mkn mix grilled, mushroom soup, garlic bread & iced lemon tea. and it cost me rm50++. still afordable dan reasonable la kan. ;-)


okeh ni main course aku. amacam menarik x?


mushroom soup yg sgt marbelos!!



licin! blluuuurppp! alhamdulillah ;-p


okeh selesai makan, biasalah sesi2 bergambar. haruslah kan. nak gather mcm ni bukan senang. masing2 da ada komitmen sendiri. so apa lagi, snap snap! ;-)




facebook tutup??

facebook mau tutup???? Busitttt! (ooopppsss terlebih sudah! ;-p)

eh eh. hari tu kata rumors jer. aku pun pk xkn la mark zuckerberg tu nak tutup facebook kan. habislah mata pencarian dia. tp td aku dgr balik kerajaan yg nak haram kan facebook. sebab?

1. MELALAIKAN!

ini aku setuju jugakla. haha sbbnya aku sendiri terlalai. eh jgn salahkan aku eh. kerajaan yang menggalakkan cari duit guna internet. so aku bisnez la. ada gak side income kan. haaa aku lalai dan leka dgn facebook kerana mencari rezki lebih. hidup kt malaysia ni skrg huh sgt tinggi okeh kos sara diri. itu baru kos sara diri. lum lagi kos sara keluarga. hengat cukup ke kalau takat gaji 1k ke..2k ke... cuba up skit gaji tu 4k ke... 5k ke.. confirm ramai yg x curang dgn keje hakiki. hehehe

2. cerai -berai.

punca?? jupe kekasih lama atau dpt kekasih gelap. aisshhh... bab kekasih2 lama ni.... guna akal fikiran la beb. yg pergi gatai nak add gf/bf lama tu wat pe kalau da rasa diri xleh nak kawal. aku pun ada gak add bf2 lama. eceh mcm ramai je hahaha. tp ok jer. xde plak nak menggatal balik. bab kekasih gelap ni plak, no comment! hahahaha

2 ni jela sebab musabab yg aku dgr nape facebook nak diharamkan. tp pada aku, ada facebook ke, xde facebook ke, itu semua terpulang pada diri masing2. ada je xde facebook tapi cerai gak... lalai gak.... haih.. payoh!

tp yg pastinya kalau la betul facebook diharamkan, sadislah kan. bisnes aku nak agak stabil. ramai da kenal. eceh... so kerana memikirkan kebarangkalian facebook nak tutup, aku pun apa lg la kan. mengup grade kan balik blog bisnes aku. berjam2 kot ngadap blog sebab nak make over. godek sana...godek sini... almaklumlah separa buta it. hahaha.

akhirnya siaplah jugak make over blog bisnes aku yg simple itu. moh2 kalau sudi jengah

http://www.chintabutik.blogspot.com/