Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, May 8, 2011

saya sayang mak saya ;-)

hari ini adalah hari ibu. Happy mother's day mak! sayaaaaang mak sangat2! mak adalah segala - galanya bagi aku.


For all those times you stood by me ......For all the truth that you made me see ....For all the joy you brought to my life.....For all the wrong that you made right ......For every dream you made come true .......For all the love I found in you .......I'll be forever thankful .......You're the one who held me up ......Never let me fall ......You're the one who saw me through .......through it all


serius aku sedih bila dgr lagu celion dion kat hot fm pagi tadi sempena hari ibu. mak da banyak berkorban untuk anak2 dia. x kirala wang ringgit ke, masa, tenaga dan mcm2 lagi. tak termampu untuk aku balas segala pengorbanan mak.

aku masih ingat masa aku sekolah, mak berusaha mcm2 cara untuk jadikan aku pelajar cemerlang. walaupun mak sibuk, mak akan pastikan aku buat latihan dan kerja sekolah.sambil masak, aku kena bukak buku sebelah dia. mak hantar aku tusyen sebab result aku teruk. mak sanggup berhabis hantar anak dia ni yg pemalas. huhu. berkat usaha mak, aku dapat 4A (serius aku sendiri tak sangka akan dpt result gempak mcm tuh. huhu)

bila nak exam, mak tau aku cepat panik. confirm aku akan kembung perut. muntah2 cirit birit. mak lah yg jaga aku. mak jugak berusaha turun naik pejabat pendidikan semata - mata nak masukkan aku ke sekolah menengah gred A.

bila aku x dpt mana2 ipta, mak la yang panjat tangga uitm buat rayuan. bila dpt, aku plak x yakin. mintak plak upm. alhamdulillah dapat. bila aku ada event kat upm, mak x pernah hampakan aku bila aku ajak dia dtg. walau majlis kecil, mak akan berusaha dtg untuk bagi sokongan.

bila aku sambung master, mak yg hulurkan duit yuran. walau akhirnya aku sia-siakan pengorbanan mak tu sebab x habis blajar. mak x marah. aku yg kecewa ;-(


mak, along tau ada masa along moody. termarah mak sama ada secara sedar atau x. buat perangai merajuk. walaupun mak terasa hati, tp mak mengalah. bercakap dgn aku seolah2 takde apa yg berlaku sedangkan mak sendiri terasa hati dengan tingkah laku aku.

mak sentiasa tau apa makanan kegemaran anak2 dia. bila mak masak bihun goreng, mesti mak masak asing untuk aku sebab aku tak suka tauge. bila anak2 nak balik, mak mesti masak sedap2. bila beli ketam ke, sotong ker, mak mesti masak bila anak2 ada kat umah.

bila aku x cukup duit, mak x pernah lokek. walaupun aku tau sepatutnya aku yg belanja mak skrg nie. tp sebab situasi semasa skrg kewangan x mengizinkan, mak selalu hulur duit. blanje aku macam2.

mak, along mintak maaf kalau selama ni banyak melukakan hati mak. kadang2 ego along buat mak terasa hati dengan along. along saaaayang sgt kt mak. kalau boleh hari2 nak duduk sebelah mak. peluk mak hari2. gomol mak hari2 macam kita slalu buat, cium mak hari2. hari2 along rindu kat mak...

*sedih....*

selamat hari ibu mak. semoga mak sihat selalu.

You taught me everything
And everything you’ve given me
I always keep it inside
You’re the driving force in my life, yeah
There isn’t anything
Or anyone I can be
And it just wouldn’t feel right
If I didn’t have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You’ll always be you always will be the girl
In my life for all times

Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you’re the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin’ you is like food to my soul
You’re always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin’ me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You’ll always be
You will always be the girl in my life















Tuesday, May 3, 2011

Take Home Chef

makan dan masak adalah aktiviti kegemaran aku. mcm tu jugak bila tengok tv. channel fav aku kalau bukan channel 104, 701 dan 702 adalah food channel.


pakcik aku berbangsa US (sbb makcik aku kawin dgn mat salleh la. ;-p) pernah bertanya pada kami2 masa dia balik malaysia, kenapa kami2 ni suka tengok mat salleh masak.


masak2 melayu ni kami da teror la uncle. biarlah kami jadi international skit. hihihi


berkurun berabad jugaklah tak tengok astro. almaklumlah kat umah sewa lama, x serasi dgn osmet. jadi terperuk je la dlm bilik walaupun kat hall ada astro. bayar tiap2 bulan tp tengok sekejap je. kat umah sewa baru ni macam malas nak pasang astro. umah sewa baru ni asyik nak tdo je sbb terlampau cozy kot. huhu... jadi mcm rugi je kot pasang astro.


so satu hari yang indah, masa balik ampang terpasanglah food channel.

masa tu tayangan Take Home Chef....




aku tak taula kalau ni citer lama kan. tp bagi aku chef baru ni. hehee. phegghhhh! encem siot....




bayangkan kalau ini lah tok guru korang nak blaja masak. hati berdegup kencang. haha

aku rasa bawang ke mana, tomato ke mana silap2 jari yang kena cincang dengan pisau. haha




alahai hensem nya kamu.......


kesimpulan :


mmg lebih kepada hati dan perasaan daripada belajar masak! hahaha


soalan Peksa

untuk DPM, ni adalah contoh soalan SKP 2404

1. bincangkan tentang kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia, dari segi komposisi etnik, anutan agama dan sosio budaya masyarakat pelbagai etnik di Malaysia

2. bahasa kebangsaan, islam sebagai agama persekutuan, keuddukan istimewa orang melayu dan bumiputera serta pemerintahan beraja merupakan empat unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan. huraikan dua sahaja empat unsuru tersebut.

3. terdapat pelbagai bentuk cabaran hubungan etnik dalam konteks negara majmuk seperti Malaysia. bincangkan dua sahaja cabaran etnik, sama ada dari segi sosial, eknomi, politik dan lain - lain

4. terdapat enam asas - asas hubungan etnik dalam konteks agama di Malaysia, seperti berkenal-kenalan, persefahaman, bekerjasama, persaudaraan, berkasih sayang dan saling menjamin. huraikan tiga asas sahaja.

5. jelaskan tentang peranan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) dalam usaha memupuk keharmonian dan perpaduan etnik di Malaysia, serta huraikan dua sahaja strategi JPNIN.


jawab empat soalan sahaja