being a full time student with lots of comitment in your life, is seriously very challenging!
betul~! x tipu! tambahan jika pilihan kita adalah sepenuh masa tesis.
it requires a lot of dedication, hard work and comitment plus moral support from ur family.
fuhhhhhh~
tp bila keputusan di ambil untuk sambung ke peringkat siswazah, dan pd masa yg sama ketika kita telah diikat dengan pelbagai komitmen kerja, hutang bank, tanggungjawab keluarga. itu adalah cabaran yg sgt besar. once u decide to futher ur study, means u have to sacrifice a lot of things.
kerja dan belajar adalah dua perkara yg berbeza. jika mampu untuk melakukan kedua - duanya sekali, hebat! boleh tetapi memerlukan komitmen yg sgt jitu, semangat juang dan iltizam yg kuat untuk melaksanakannya. kerja swasta + belajar, i would say BIG NO unless company anda boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa serta MEMAHAMI.
sy suatu ketika dahulu kerja dan belajar. tetapi 90% adalah kerja, hanya 10% shj belajar. walaupun KONON company kata menggalakkan pekerja sambung belajar, tp dusta semata! walaupun pemberitahuan scr rasmi dibuat kpd company bahawa kami sdg melanjutkn pelajaran dan memohon pertimbangan dr pihak company untuk memberi sedikit ruang, tp macam hareeeeeeeeemmmmmm! tiada waktu fleksibel. malahan kami diminta utk amik half day leave jika hendak hadir kuliah 2 jam di universiti. jika kelas 2x seminggu, sebulan da bpe annual leave kena ambil? cuti sudahlah ciput! nekad akhirnya sy kemukakan surat perletakkan jawatan 3 bulan notis.
apabila jobless dan full time belajar, financial sudah tentu terumbang ambing. tambahan kereta perlu dibyr bulan2. alhamdulillah... allah kurniakan sy satu lagi bakat yg sy baru shj terokai. baking! so sy mula menjual homemade cake untuk menampung kehidupan sy. ye mungkin pendapatan bulanan tidak menandingi gaji bulanan dahulu (walaupun berapa je sgt company byr.) tp sekurangnya sy tidak membebankan keluarga dengan hutang kereta. and of course skrg ni no more lavish! kalau dahulu sy kerap membuat food hunting, skrg ni home cooking je... jika dahulu setiap bulan online shopping, skrg ni sy pula bisnes online. sekarang berbelanja mengikut kemampuan. xpe. bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. insyaallah...
lately ni sy agak tertekan dengan dugaan yg dtg. dgn tesis yg sgt lambat progres.. bukan salah sesiapa. salah diri sendiri yang tidak boleh fokus. dengan tekanan di sekeliling yg tidak dpt sy ungkapkan di sini, sy semakin rapuh. jiwa sy tidak kuat. emosi sy bergolak - golak sehingga kdg kala menyebabkan individu di sekeliling sy terkesan dengan tingkah laku sy. sy menjadi pemarah, menjadi pemikir yg sentiasa memikir masalah. malahan ada ketika menjadi sedikit murung.
ada masanya air mata menjadi semakin murah. jika dahulu sy seorang yg kuat. sy tidak mudah menangis. dan tidak akan menangis di hadapan org. tp skrg, sy kerap menangis di bilik. dan sy sendiri tidak menyangka sy termenangis di hadapan penyelia tesis sy. adeh! hrp2 dia tidak menganggap sy meminta simpati. No! bukan itu niat sy. pd ketika sy berjumpa, sy tau sy bakal di marahi oleh beliau sbb salah sendiri yg tidak serius dgn belajar. tp masa di bebel tu, hati tersentuh. teringat segala dugaan yg perlu sy harungi. mmg mlm sebelumnya sy menangis.. jd bila esoknya berjumpa, perasaan malam tu sbnrnya masih ada. jd tanpa sy sangka, air mata sy bergenang teruk! x mampu nk tahan2 da. huhuhu. sorry dr bib!
Allah... kuatkanlah hati hambamu ini. tabahkan jiwa ku.berilah aku semangat baru untuk menhadapi segala cabaran sedang aku lalui ini.
mmg kdgkala aku lalai. lupa untuk berdoa dan memohon dr Mu. tp aku tahu, walau apa jua yg terjadi, Kau tetap ada di sisi hambamu. thank you Allah!
yes of course i want to be happy. sedang bernekad untuk melakukan perubahan demi masa depan sy!
doakan sy ye! :-)