Salam ollsss!
Allah lama
betul blog ni tak ber update. Last update 2015! MasyaAllah… kesibukkan dengan
kehidupan seharian smpi takde masa dah nk update blog. Tp kali ni mmg terasa
nak sangat2 update blog sebab post kali ni saya nk bercerita ttg trip ke
Guangzhou. Nak menulis ttg trip ni kerana masa sebelum nk ke Guangzhou, kami
mencari tips dan info dr blog2 org lain. Byk info yg kami dapat tp tidak
spesifik kepada info pusat2 borong. insyaAllah sy cuba nak bantu uolls utk bg
info berkenaan pusat2 borong di Guangzhou. Tp info sy ni mungkin tidak lengkap
sbbnya ini pun kali pertama kami ke sana. Sesat2 tu takyah cerita lah. Sebab kami
pun main redah je.
Alkisahnya terjebaknya
kami ke Guangzhou ni sebab nak pergi sendiri ke pusat2 borong kt sana. Maklumlah
semua org dok gebang kt sana murah2 belaka kan. Jd memandangkan kami ni full
time berniaga, maka mestilah perasaan nk ke sana tu berkobar2. Kebetulan masa
Air Asia tgh promo, tiket dpt dlm RM400+. Maka kami grab terus. Masa offer tu
sept 2016. Flight kami 14mac 2017 lepas.
Disebabkan sibuk
dgn segala macam urusan, kami x byk masa nak google info berkenaan trip borong.
Selama ni pun kalau trip bagpack mmg blog2 la yg kami jengah untuk dptkn info. Bila
dah nk dkt2 tarikh baru masing2 sibuk cr info di blog2. Tp x byk info berkenaan
nama2 pusat borong. Maka kami ambil keputusan untuk join kursus borong china. Ada
beberapa kursus yg kami senaraikan. Lepas dah buat pilihan, maka kami ke kursus
tersebut 2minggu sebelum trip kami. Masa tu hotel pun kami x booking lg dengan
harapan segala maklumat berkenaan hotel dan pusat borong kami dpt dr kursus tu.
Malangnya kursus tu terlalu general. Info2 yang kami dah dpt dr en.google dan
blog2 itulah yang diterangkan dalam kursus berkenaan. Adalah tambahan info dan
pengalaman2 mereka dlm trip borong ke china. Tp info berkenaan hotel dan pusat2
borong tiada! Kami bertanyakan tentang hotel. Organizer berat nk menjawab. Diberi
jawapan selamat, boleh booking melalui mereka. Ada juga peserta yang tanya
tentang pusat2 borong. Jawapan mereka “oh itu rahsia syarikat. Jika nak tau kena
ikut trip borong kami ke china” ohhhhhh mcm tu pulak. Kami hadir kursus ini
berbayar. Bukan percuma. Sedih okeh. Kami pulang dengan hati membara.
Masa dah
suntuk. Maka kami terus booking hotel selepas google maklumat. Dr info blog2,
hotel ni mmg dah jadi tumpuan org Malaysia yang memborong di sana. Oh ya salah
satu perkara penting yg korang kena ambil kira ialah pastikan hotel berkenaan
memberi keizinan untuk meletakkan brg2 borong korg di lobi hotel. Almaklumlah korg
mesti borong mcm2 kan. Xmuat bilik! Huhu. So kami booking Hotel Clivia. Oh hotel
ni tiada dalam agoda mahupun trivago hihi. Call booking je ye 😝
hotel kami di Guangzhou
haaa korg kena cari hotel yg izinkan korg letak kotak2 ni.
sumber dari blog : http://kkshakira.blogspot.my/2013/04/guangzhouchina.html
Pagi petang
kami menelaah di internet cari pusat2 borong. Alhamdulillah byk juga info
berkenaan pusat2 borong yang kami dapat. So kami terus screenshot dan simpan
siap2 dlm hp dan tab. Kena ingat di sana google tidak boleh digunakan tau. Haremmmmmm
hahaha. Dulu2 whatsapp pun katanya xleh. Tp skrg dah boleh dah. Instagram dan
facebook pun haremmmmmm katanya. 😝
Oklah sebelum
kita nk citer2 pasal trip kami tu, meh la kami bg beberapa info penting dan
perkara2 yg korang kena buat sebelum ke china.
Cuaca / musim
China ada 4 musim tau uollss.
musim sejuk : Dec - Feb (4-16celcius)
musim bunga : mac - may (15-22celcius)
musim panas : jun - ogos (20-29celcius)
musim luruh : sept - nov (19-22 celcius)
korang jgn pergi musim sejuk kalau nk memborong. kalau sekadar nk jln2 takpelah. sebabnya kalau pergi musim sejuk, nak bekerja pun tak selesa. memborong tu kira bekerjalah ye. hihi. lagi2 kalau korang nk borong pakaian.itu adalah waktu yg salah! sebabnya sepanjang musim sejuk korang akan jumpa winter coat sahaja! cuaca masa kami ke sana hari tu sedang2 elok je. suhu sekitar 15-17 celcius. sejuk2 dingin. sronok memborong waktu mcm ni. takla rasa lesu. psssttt padahal penat gila nak mati sampai seret2 kaki hahaha
oh ya satu lagi tidak sesuai ke sana masa Canton Fair sebab segalanya mahal.
1.
Ahkak sejuk dik. huhuhu. suka sgt kt pokok ni. ni kat metro station berdekatan hotel kami
1. Waktu / waktu solat dan kiblat
Waktu di China adalah sama di Malaysia. So takyah nk susah2
ubah jam korang. Or takyah nk perasan jet lag. Haha. Tp kena ingat waktu solat
tak sama ye. Mereka lebih cepat mcm di sabah. 12.30pm dah zohor. 6.30pm dah
maghrib. So kena alert dgn waktu solat. Kiblat kami di hotel dah mudah. Ada
arah kiblat. Agaknya ramai sgt org Malaysia dok situ, maka dorg letak arah
kiblat. Selebihnya kami tumpeng kedai makan untuk solat.
1. Matawang
Matawang China dipanggil Yuen atau RMB. Tukar siap2
kt Malaysia. Masa kami pergi tu 100yuen bersamaan RM64. Sila alert dgn
kalkulator. Oh ya diingatkan banyak kes2 duit tipu di Guangzhou. Kena hati2.
Byk kes yg selalu kami baca, bila kita bagi duit, tanpa kita sedar mereka tukar
dgn duit palsu lepas tu ckp kita bg duit palsu. Mereka sebut palsu = copy.
Mereka selalu ingatkan supaya masa urusniaga mata jgn lepas
bila kita bg duit.jgn dok sibuk dok belek barang lain masa buat payment. Mereka
ni cekap bab menipu. Tp sepanjang kami di sana, alhamdulillah belum lg terkena
kes mcm ni. Mmg kami slalu dok tgk kat duit bila buat payment. Untuk kesan duit
palsu, mudah je. Korang gosok2 jari kat kolar baju presiden yg ada kat duit
kertas tu. Kena rasa kasar. Kalau licin semacam mcm kertas A4 tu, duit
pelesuuuu la tu.
ni matawang China
yg ahkak bulatkan tu la kolar presiden yg korang kena rasa utk pastikan palsu atau tak.
1. Pengangkutan
Kat sana pengangkutan utama adalah Metro. Mudah,
pantas dan murah. Korang xyh nk tunggu lama2 mcm korang tunggu LRT kt Malaysia
ni hihi. Kebanyakkan tempat mudah akses Metro. Sanggup atau tak je nk menapak 😝
Manusia sentiasa penuh. Korang xyhla nk sopan
santun sgt ye sbb org2 dorg ni sume nk cepat dan redah je. So korang pun kena
gigih redah dan rempuh haha.
Tiket metro murah dalam 2 – 4yuen sahaja. Kami dr
airport ke hotel pun baru 7yuen. Murah tak murah haaaa. Setiap station ada
beberapa exit. Ada tu dr A sampai K exit dia. Hamekkkk. So pastikan korang tau
nk exit mana.
hah korg nampak tak betapa banyaknya exit dia
jgn risau metro mereka mudah untuk difahami. sebelum ke sana korg study la dulu map metro Guangzhou. download siap2 sebelum ke sana utk kemudahan korang.
Selain metro, teksi pun mudah sgt di Guangzhou.
Korg tahan je dan2 teksi berhenti tanpa kira di mana jua walaupun dorg belum
ketepi dan kereta belakang sedang ikut teksi. Hahaha. Nasiblah ye pemandu
belakang tu. Kalau korg nk jimat tenaga dan sayang kaki, maka naiklah teksi.
Mcm kami sayang duit, maka gigih naik metro walau kaki dan seret2 haha.
Pastikan korang ada name card tempat yg korang nk
tuju atau korang ada gambar tempat pusat borong. Sebab kalau korang sebut pun
dorg x paham. Pastikan salah seorang duduk depan dan masa byr tolong alert.
Takut isu duit pelesuuuu la. Bila nk turun, pastikan korang turunkan beg dlu
baru bayar. Takut teksi bawak lari barang borong korang. Nangis tak berlaguuuu.
Oh pastikan mereka guna meter. Setakat yg kami guna teksi biasa nya tambang dlm
10-20yuen. Paling jauh kami kena bayar 45yuen. Tu pun dengan pantas kami buka
google map bila kami rasa mcm tak sampai2. Terkantoi plak bila map berbunyi
hahaha. Lantak la asal x kena tipu. Nasib baik pemandu jujur haha.
Bas kami tak naik sebab semua tulisan cina. Tak paham! Nak
tanya driver jauh sekali. Mmg dorg pun x phm. Kita pun tak paham huhu.
1. Makanan
Ikut maklumat dr blog2, mereka ckp byk kedai
makan halal di Guangzhou. Taaaaaaaapi kami tidak bernasib baik sbb suuuuuuuusah
sgt nk jumpa kedai halal. Sama ada mmg xde atau kami dah terlalu penat sampai
tak nampak tulisan halal. Huhu. Byk jugak nmpk McD dan KFC. Tp tak halal ye
uollsss. Masa lapar tu meleleh je air liur. walaupun susah dpt jugalah sekali dua kami merasa local food mereka. selebih nya kami makan je di hotel. masak nasi dan bukak tin makanan huhu
Kad
Okeh ini sgt penting. Bila sampai hotel, sila
ambil kad hotel banyak utk kemudahan korang. Sebab kalau naik teksi, korg
tunjuk je kad hotel. Driver mudah fhm. Kalau korang memborong dan nk minta
mereka htr brg korang ke hotel, hulur je kad hotel. Tak yah susah2 nk bagi nama
hotel atau alamat hotel. Dorg x phm. Hulur kad, selesai masalah. Mcm tu jugak
kalau korang memborong, pastikan korg ambil name card mereka. Sebabnya kalau
korg nk pergi balik ke tempat tu, hulur je kad pd teksi. Dengan pantas mereka
bawak ke situ. N satu lagi kad juga penting untuk korg deal lepas balik
Malaysia. Masa di Guangzhou x beli pun takpe. Amik je name card. Nnti balik
Malaysia, korg add wechat mereka. Pastu boleh dah berurusniaga. Semua kan di
hujung jari! Jgn sebut name card sebab dorg x paham. Sebut ‘ka pien’ dengan
pantas mereka hulur name card dan stapler. Haaaa utk apa stapler? Korg stapler
la kt buku nota. Tulis nota skit tu name card kedai apa. Apa dorg jual, harga
barangan. Supaya korang x lupa. Almaklumla semua dalam Bahasa cina. Korang
paham? Jgn nnti balik Malaysia terkebil2 tengok kad x phm hahahaa
.
paham idok? ahkak pun x phm hahaha.
1.
Wechat
Okeh ini sgt penting. Kenapa? Sebab wechat adalah
paling famous di sana. Mereka x guna whatsapp. Ada tp tak ramai. Dan wechat
sebenarnya memudahkan korg utk berkomunikasi. Kenapa? Sebab wechat dorg boleh
translate. Dorg akan taip dlm Bahasa cina, kita akan translate dlm BI. Mcm tu
jugak bila kita taip dlm BI, dorg akan translate dlm Bahasa cina.
Google translate susah nk guna. Walaupun korang dah
download awal2 application tu, tp bila internet xde, xleh guna. Lg pun kat sana
kan google tarak!
Mcm kes kitorg, member dah hamper fade up nk
cari kain sebab masuk2 kedai semua tak paham apa kitorg ckp. Nk guna google
translate plak xleh sebab roaming problem masa tu. Last2 kami masuk je kedai
kami tunjuk wechat. Lepas dorg scan code, kami tunjuk wifi. Dorg akan key in
password wifi kedai dorg. Taraaaaaaa bermulalah sesi dealing dgn wechat! Dok
depan2 tp tangan dok tekan wechat. Hahaha.
1.
Visa
Untuk ke china korg kena apply visa. Pastikan korg
buat segera sebab nk siapkan visa ambil masa 4hari bekerja. Kalau korg nk
urgent boleh tp silalah bayar harga yg mahal. Harga normal utk 4 hari bekerja
RM88+ untuk single entry. Org2 biasa mcm kita ni single entry je la. Hihi.
Borang korang boleh download di website. Isi siap2. Dan pastikan lengkap dengan
segala requirement dorg nak.
a. 2 keping gambar passport (background putih) korg
ckp je kt kedai gambar tu nk gmbr buat visa. Taula dorg
b. Passport asal yg aktif. Ingat sekurang-kurangnya
6 bulan dr tarikh tamat tempoh
c. Salinan fotostat muka depan passport (yg ada
gambar kita)
d. Salinan tiket kapal terbang
e. Alamat hotel
f. Intenerary korang atau list tempat2 korang nk
pergi
Borang dah siap isi berserta dokumen
yg diperlukan korang gi kt alamat ni:
Chinese Visa Application Service Center
Kuala Lumpur,
Level 5 (Application) & Level 6
(Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission :
(9am -3pm)
Collection : (9am-4pm).
Pantas dan laju je kaunter dorg. Nk apply kt
tingkat 5. Bayar masa nk collect visa. Dlm masa 4 hari bekerja korang boleh dtg
collect di tingkat 6.
1. Shipping
Ini sgt penting bg yg nak memborong. Korg takkan
nk pikul berkilo2 naik kapal kan. Berat satu hal, nk byr luggage dah satu hal.
Nk lalu kt kastam pun dah berhal-hal hahaha. So saranan adalah korg cari agent
shipping. Korg kena daftar di Malaysia sebelum pergi ke Guangzhou. Ni kalau
korg bawak duit riban2 dan mmg memborong untuk berniaga. Stakat korg beli utk
family, abaikan je.
Keperluan diri
Kasut : SANGAT penting utk guna kasut yang sesuai. no high heels yee. sila bawa flat shoes atau sport shoes yg selesa sebab korang akan baaaaaanyak berjalan.
international adapter : kemudah korg nk charging hp nnti. sana x sama dgn malaysia. tp kalau dok clivia hotel xyh susah2 sebab dorg dah selaraskan bagi sama.
bag : bawalah beg yg sesuai. xyh nk bergaya dgn handbag bagai. sakit leher!
power bank : korg paham2 sendiri la ye hihi
ubat : panadol, pil chi kit tek aun, charcoal tablet atau apa2 ubatan yang lain. sakit kita xleh nak jangka kan.
baju : bawaklah yg sesuai. nasib baik bawak sweater hr tu. sejuk pagi2.
tisu / wipes / botol kosong : toilet di sana tiada paip. so bawakla botol kosong ye
makanan : kami bawa mini rice cooker dan makanan dalam tin
hah comel tak selipar ahkak. ceritanya kasut yg dibawa tu x selesa. dok cengkam ibu jari. sudahnya sakit kaki. ni selipar dlm bilik hotel. kita gunalah sebab selesa. hihi. maap hotel!
hah nampak handbag tu. mana nak angkut barang, mana nak kendong handbag, dah la berat sebab buh telekung bagai. sakit leher iollss huhu
hah dah beli bag galas kan. so kita usung bag galas. legaaaaa. hehe
okeh dah puas bebel pasal tips. nnti sambung next entry ttg trip kami ya!
1.
oh ya Alhamdulillah setelah setahun, kami dah menjadi personal shopper tegar Guangzhou. alhamdulillah juga kami setiap 2-3 bulan akan ke Guangzhou untuk urusniaga. so nak tau service kami?? ok check it out!
service kami :
1. Servis carian contact supplier
2. Servis belian borong
3. Trip backpakers Guangzhou.
nak tau detail?
boleh tgk ig kami @borongretailchina
atau
whatsapp kami 0137138646