Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Wednesday, March 28, 2018

Trip borong ke Guangzhou - Day 1

MasyaAllah setelah setahun baru timbul nk sambung tulis ttg trip guangzhou! hahaha

Pd yg dok komen pd post lepas, sy minta maaf sebab mmg x jengah blog lamaaaa sgt dah. sebab nya terlalu sibuk dgn urusan bisnes dan peribadi. ampunnnnnn! alhamdulillah trip pertama kami yang kami anggap sangat gamble sebab trip terjah sendiri ke sana tanpa ada guide dr org2 otai, kami sgt puas hati sebab kami dpt juga cari pusat2 borong walaupun kami SUPER PENAT sampai seret2 kaki. itu pun sebenarnya kami dah buat persediaan awal dengan pergi ke gym selama sebulan hahahaha.

oklah. Dengan berpandukan ilmu yg kami gali di internet, kami dengan yakin nya terbang ke Guangzhou. Macam2 rintangan sebenarnya dengan nama kena blacklist dgn PTPTN. hahaha
hamekk. tula sape suh x byr dlu kan. saya x salahkan PTPTN. yelah dah pinjam reti2 la byr balik kan.
so utk lepaskan nama blacklist, saya kena bayar 6k instead of 12k masa tu selepas rayuan dibuat. okeh korek segala tabung... tabung cupcake, tabung ayam, tabung kwsp, tabung mak 😥
settlekan ujrah sekali so lepas ni bulan2 byr RM200 shj dgn PTPTN. settle bab ni.

flight kami jam 5am. oh ya kalau flight Air Asia biasanya ada tiga waktu. 5am, 4.35pm dan 8.10pm. so kami ambil flight 5am. perkiraan kami perjalanan 4 jam dan kami akan sampai jam 9am. sedang elok utk kami. boleh ke hotel htr brg dan check in. kemudian terus ke tempat borong. 

sampai di airport Guangzhou, kami naik metro. xnk bazir mahal2 naik teksi sebab ikut pembacaan kami di blog2, teksi mahal. puluhan ringgit jika x silap. naik metro cuma 7RMB shj. jimat sgt. 


muka ada sinyummmmm naik metro. pd hal mata masing2 rabak sbb xleh tdo dlm flight.



first time sampai area hotel, kami sgt2 termanggu dan terkapai2 hahaha. kami x jumpa hotel! meraban kami cari hotel. ikut map yg kami dah ready, gigih kami panjat jejantas ni. rupanya seberang jalan je dan boleh lintas bawah tu je! mengah mak!

tengok gigih tak kami 😅😅


alhamdulillah hotel boleh check in awal. hotel ni bukanlah hotel mewah atau hotel cantik. tapi selepas beberapa trip, kami mmg suka hotel ni. kenapa? nnti kami akan ulas entry khas ttg hotel ni :-)  
so selepas letak barang, kami decide nk terus ke pusat borong. rugi la kan jalan jauh2 dok dlm bilik je. misi mesti segera dijayakan 😁😁

so misi kami yang pertama ialah ke pusat borong pakaian. semestinya lah! sebab kami berdua adalah seller pakaian. saya jual plussize outfit dan rakan saya juga jual pakaian. Antara tujuan utama kami adalah utk cari stok pakaian di sini. so meredah la kami ke pusat borong pakaian. sungguh kami hanya berpandukan maklumat yg kami dpt dr google. naik metro menuju ke pusat borong pakaian. 

Pusat borong pakaian mereka SANGAT SANGAT SANGAT luas! keluar metro, kami termanggu nak menuju ke mana. pusing sana, pusing sini. ikut panduan yg kami dapat, yg famous adalah Liu Hua fashion wholesale market. tapi kami tak jumpa! terlalu banyak mall borong. Jadi kami masuk lah mana yang terlintas di hati. Dalam kami keluar masuk tu akhirnya jumpa juga Liu Hua! Fhewwww!
TAPI... kami agak kecewa. tiada yg menarik utk dibeli. kami x meneruskan penerokaan kami lagi sebab sedikit kecewa dan kami dah penat sangat. sebenarnya kami cuma teroka 10% je dari pusat borong pakaian tu. tak mampu nak explore semua. penat weih penat! korg kalau nk explore semua, makan masa seminggu juga tau. jadi kami decide utk balik. 


nampak tak ahkak penat! penat weih penat! 

Related image
ni lah Liu Hua!


masa decide nk balik, kami tercari2 kedai makan halal. ikut blog2, semua mcm mudah je jumpa kedai lamian atau mee tarik. tapi kami tak jumpa!! 😭😭   kami pasrah. jalan je lah tanpa arah. hahaha. Alhamdulillah tuhan mudah kan urusan kami. ternampak signage kedai halal. maka kami ikut lah signage tu. yeayyy! kami jumpa! perut dah gila berkeroncong. 



okeh utk order takyahlah korang susah payah nk tanya menu ke, apa isi lauk pauk ke, apa rasa ke. dorg mmg xkn paham 😂 korg paham2 sendiri je la ye tengok gambar. lepas tu tunjuk kt dorg mana yg korang nak. 


taraaaaaa. menu ahkak! oh sambal kering tu dan cili potong kami bawak dari malaysia. kahkahkah.


selesai makan, kami bercadang nak ke masjid. masjid ni famous juga lah. jd kami ikut map yg dah kami sediakan. dr point pertama kami bincang, kami pun berjalan lah. Dalam keadaan kaki dah berseret ye hahahaha. peha dah nak start cramp sebab terlampau penat. so kami jalan....jalan...dan terus jalan... tiba2 kami perasan, kenapa kami sampai balik ke point pertama yang kami bincang????? kah kah kah. okeh kami surrender! dah jom balik hotel! so berjalan lah lagi kami menuju ke metro. dan pulang ke hotel untuk berehat. huhu

hasil hari pertama? tiada hasil belian. hanya pengalaman dan kaki cramp! 😅😅


ini bilik hotel kami. simple tp kami suka sgt hotel ni.

balik hotel, jirus air panas kt kaki tanpa henti sbb nk bagi lega kaki hahahaha
lepas tu apa jadi? terdampar tidak sedarkan diri kahkahkah.
nantikan sambungan day 2.

oh ya Alhamdulillah setelah setahun, kami dah menjadi personal shopper tegar Guangzhou. alhamdulillah juga kami setiap 2-3 bulan akan ke Guangzhou untuk urusniaga. so nak tau service kami?? ok check it out!

service kami :
1. Servis carian contact supplier 
2. Servis belian borong
3. Trip backpakers Guangzhou.

nak tau detail?
jom singgah instagram kami : 
@borongretailchina

whatsapp : 0137138646

No comments: