Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, January 30, 2009

MutE!

Alkisahnya aku rase da lebih 2 bulan laptop ni wat hal. Sound problem. kejap kecik kejap beso..
sampai 1 masa dia terus diam. puas aku besar kecik volume tetap bisu... tapi yg heran bin ajaib, bila aku on YM dia berbunyi plak. hmmm.... terdetik kt hati aku, ni mesti keje virus!
aku sgt sedih sbb byk lagu da download termasuklah lagu wonder pet! :-p

sampailah pagi ni aku msk ofis, sewaktu aku on laptop, tetiba aku terperasan kt volume ada tanda merah... MUTE????? apakah??

sangat sengal!

pagi ini dgn bahagia aku boleh dgr lagu... hahahaha

Wednesday, January 28, 2009

Rindu...

sbnrnya apabila saya duduk termenung buat2 xde keje (walau sebnrnya kerja bertimbun2), banyak benda yang saya rindui.

saya sgt rindu pada anak-anak kecil saye.. ye anak-anak sewaktu saya mengajar di sekolah komuniti rohingya. walaupun dulu2 bila tiba time setan muncul dlm hati, saya tanpa sengaja telah mengutuk rupa paras dan juga kedaifan mereka, tetapi hakikatnya saya sangat syg mereka.... sebagai manusia biasa yg telah terbiasa lahir dalam persekitaran yg senang, aman dan selesa, kita lupa akan kedaifan org lain... apabila saya perlu mengajar kanak-kanak pelarian ni, mule2 dlu mmg pernah terdetik di hati "busukla budak nie" "kotornye".

ye.. kanak-kanak yg sungguh suci ini sangat berkobar2 dtg ke sekolah untuk menuntut ilmu. dlm keadaan sekolah yg serba daif & kekurangan, saya sgt sedih melihat kesungguhan mrk. sungguh! jika nak dibandingkan dgn anak-anak malaysia, mmg sgt bertuah.

Pertama kali sy menjejakkan kaki ke sekolah tu, saya perlu mencuci rimbunan taik tikus di sekitar kelas. geli kan? yer... itulah yg saya alami sehinggalah saya semakin lali sbb tiap minggu perlu mencuci taik tikus2 yang x reti masuk jamban nie..
seperkara lagi kedaifan sekolah ni, pantang hujan turun lebat sikit. maka seluruh kelas akan banjir dek air hujan. kamilah cikgu2 (ada 2 je pun) yg terpaksa membuang dan mengelap banjir2 tuh.

apabila tiba time rehat, kamilah cikgu2 yg akan membuat air teh dan mengagihkan biskut utk anak-anak kecil kami. sungguh sy mmg sedih bab2 makan ni. (sbb badan pun da menunjukkan terlebih makan. hehehe) kalau kita pergi sek2 lain, budak2 mkn nuget, fries... tp anak-anak kecil kami hanya mkn biskut. hanya apabila kami cikgu2 ada rezki lebih sedikit, dptlah belanja dorg mkn nasi lemak. seronok tgk dorg mkn...

saya juga sgt terharu betapa ibu bapa anak-anak kecil ini sgt menghormati guru2. sungguh kalau anda seorang yg tidak tahan lasak, jgnlah mengajar anak-anak rohingya. kerana mereka ini sgt hyperaktif, sgt lasak, sgt ganaz & serba serbi sgtla :-) pertama kali masuk kelas, saya demam seminggu kerana stress. kalau nk tau, anak-anak kecil kami sume badan & kepala adalah besi! hehe. kenapa? ye... kalau bergaduh mesti guna kerusi. kepala hantuk dinding adalah normal. ibu bapa rotan sehingga lunyai rotan buluh adalah biasa. begitu jugalah ibu bapa mengharapkan cikgu2 nya akan merotan anak mereka jika degil. sy? saya hanya mampu rotan meja. x smpi hati nak rotan badan budak.

dr sekolah itu jugalah saya dapat mengenali NGO2 lain yg terlibat memberi bantuan kepada anak-anak rohingya ini. tp sy sgt sedih. kenapa? sbb majoriti NGO yg terlibat adalah non-muslim. sedangkan kita tahu anak-anak rohingya ini adalah beragama islam.. dan kita tahu mentaliti org melayu. "wat pe nak tolong org asing sedangkan anak-anak melayu ramai yg miskin" saya sgt sedih... sepanjang mengajar, saya bnyk berhubung dgn Malaysian Care & Haverst Centre (non-profit Christian organization committed to serving the poor and needy) see... bagaimana kristian membantu org islam. sedangkan org islam sendiri berpeluk tubuh melihat kesusahan.

dan melalui mereka ini jugalah saya dapat memberikan sesuatu pada anak-anak kecil kami.
betapa anak-anak saya ini sgt suka pada bola sepak ttp kerana kedaifan, mereka hanya mmpu melihat shj. dan betapa mereka sgt gembira apabila saya dan rakan-rakan NGO lain berusaha melaksanakan impian mereka. ye.. akhirnya Faisal Cup Tournament berjaya diadakan.
sesungguhnya saya sgt rindukan kesibukan menguruskan Faisal Cup berbulan2 lamanya.
saya juga rindukan aksi-aksi anak-anak kecil saya terutama jamal semasa sesi latihan bola bersama Brazil Football Centre. saya juga sgt rindukan reaksi anak-anak kecil saya setiap kali kami mendapat penaja2 hebat seperti adidas. saya juga rindukan gelagat2 anak murid saya yg terpaksa bangun seawal 6.30 pagi supaya saya dpt menghantar mereka ke Gombak utuk sesi latihan bola sepak. walau dimarah dan dibebel oleh saya kerana kelewatan mereka (maklum sajalah betapa teruknya kesesakan jln Ampang jika jam menunjukkan 7am), mereka tetap ceria.
saya juga rindukan ekspresi wajah mereka jika mereka menang @ kalah dlm perlawanan bola sepak. dan saya juga rindukan rajukan mereka jika saya batalkan sesi latihan bola. lihat... betapa melalui mereka jugalah saya banyak terlibat dgn bola sepak sedangkan saya sgt tidak berminat dgn bola sepak.

untuk hari kecemerlangan sekolah pula, dalam kekurangan wang kami masih mampu mengadakan majlis dan memberi hadiah pada pelajar cemerlang. walau hadiah yg diberi x seberapa, tetapi anak-anak saya tetap gembira. ibu bapa mereka tetap berbangga dgn anak-anak mereka. betapa anak-anak saya bersemangat membuat persembahan walaupun semasa sesi latihan bermacam ragam terpaksa saya tempuhi. sungguh saya hanya mampu membuat persembahan yang biasa-biasa sahaja. selain tiada bakat :-) tahap keaktifan anak-anak saya menyebabkan saya tidak mampu membuat aksi2 yg hebat. hehe. tetapi walau biasa-biasa, saya sgt bangga melihat persembahan anak-anak kecil saya.

sungguh setelah hampir setahun saya meninggalkan sekolah rohingya, saya sentiasa merindui anak-anak kecil saya. betapa saya sedih kerana terpaksa meninggalkan anak-anak saya demi masa depan saya. jika hendak dibandingkan dgn anak-anak malaysia, sungguh kita sepatutnya bersyukur dgn kesenangan yg kita dpt.
teringat zaman kecik2 dulu... setiap tahun nak beg baru, kasut baru... alatulis serba baru...
sungguh jika saya bandingkan dgn anak-anak saya, saya sgt sedih.
bila melihat rumah kecil mereka, betapa kedaifan menyebabkan mereka perlu berkongsi beberapa family dlm 1 rumah yg kecil. saya? alhamdulillah dapat berlindung dlm kediaman yg serba selesa.

kenapa mereka menjadi pelarian? kuasa! kerana kuasa, anak-anak kecil yg x bersalah terpaksa menumpang di tempat org.. kerana kuasa juga anak-anak kecil ini kehilangan bapa @ ibu. kerana kuasa jugala mereka hidup dlm kedaifan.
dan sekarang isu Palestin pulak. saya membayangkn bagaimana anak-anak Palestin ini akan menjadi seperti anak-anak kecil saya nnti.......



Saturday, January 24, 2009

DiEt |l KuRus

Kurus itu Cantik.... Kurus Itu menawan...

Itulah mentaliti, stereotaip & pandangan org Malaysia.

daripada stereotaip maka ia akan menjadi diskriminasi. sebenarnya aku baru je bagi lecture kt student aku konsep2 stereotaip dan diskriminasi.

disebabkan streotaip & diskriminasi inilah maka setiap tahun aku akan membuat 1 benda.

i was trying to reduce my weight since dr my teen age lg. Hasilnya?? masih maintain. haha.

sewius aku x tipu! :-0


kerana pandangan itu jugalah aku penah menyalahkan bibik aku. sbbnya menurut mak aku dlu bibik ske sgt sumbat botol susu bila aku ngs. sewius aku x tipu! :-0


tp masa aku kecik2 dlu kemontelan dan kecomelan aku ni menjadi pujian.

"waaa cutela!" Sewius aku x tipu :-0


tp bile da besar, aku terbiasa dgn bermacam2 panggilan.

debab, gorila, gumuk, montel, tembun... sewius aku masih x tipu! :-0


dan kerana mau mengikis imej ini, aku buat mcm2 cara utk kurus. Hasilnya? aku masih bahagia berbadan sebegini. sewius aku mmg x tipu. huhu


------------------------------------------------------------


cara 1

Dolu2 bila aku blk sekolah aku terpaksa menapak dari Bukit Bintang ke Kotaraya. sbb bas2 metro, cityliner & intrakota (dolu2 xde rapidKL) bernombor 848, 176 & 56 hanya ada di Kotaraya. walaupun la satu KL da banjir dgn peluh aku, aku tetap maintain badan aku. Hasilnya aku tetap x kurus! :-p


Cara 2

aku x pasti sape yg memperkenalkn pd aku teh jamu Nona Rogay. tp yg aku pasti tiap hari blk sekolah aku mesti akan minum 1 cawan teh jamu. sewius teh itu sgt tidak sedap. smpi terpaksa menutup hidup bile nak minum. sbb nak kurus punya pasal, aku telan gak. Hasilnya aku tetap x kurus dan aku mendapat migrain! huhuu...


cara 3

mase aku kt UPM, housemate aku Kak Rini beria2 memberi testimoni ttg kejayaan menurunkn berat badan hasil minum teh org kampung. aku pun apa lagi... tiap2 hari mesti minum & tiap2 hari aku akan sakit perut serta cirit birit. sampai pedih bontot aku. huahuahua. smpi aku da x lrt kuar masuk toilet. Hasilnya?? masih lagi bahagia berbadan montel! haha


cara 4

kali ni mak aku bwk aku gi Mayfair... aku redha jelaaa... mak aku ckp dia nak sponsor aku wat treatment. sekali lagi aku redha je la.... harge?? toksah citer sbb aku mmg x mampu bayar walau installment. nnti aku kurus bukan sbb wat treatment tp sbb x mampu beli makan :-p

1st day : aku hanya diberikan consultation. Beautician bagi aku jadual suh aku cati pe aku mkn. 5 hr sebelum mula treatment aku disuruh kurgkn mkn nasi. sewius aku turun 5kg. itu belum treatment lg tuh! aku pk2 blk, baik aku xyh mkn je. x perlu byr mhl2 kn.


sewius mase aku nk g treatment, aku rase sangat kerdil je. lawo2 siut... so apa treatment yg aku kena wat...

1. Cilli treatment : satu badan aku dilumur chilli cream. apa aku pakai? toksah la korg tanya. paham2 jela. sewius aku rase aku xnk angkt muke mase aktiviti ini dilakukan. lepas hbs lumur, badan aku kena wrap plak dgn plastik wrapping makanan tuh. sewius aku da jadi mcm mumia.


2. hot blanket : lepas kena wrap, beautician suh aku baring atas katil. huh dgn badan da kejung mcm mumia suh aku baring?? dgn bersusah payah aku baring. pastu badan aku kena selimut plak. 10 min berlalu.... oklah... 15 min kemudian mula tergedik2 hidung aku gatal, telinga aku gatal. sengal betul. lps 30 min baru hbs.


3. yg ni aku x tau pe nama treatment dia. ada 2 jenis mesin. mcm2 dia tmpl wayer kt perut, peha, betis aku. pastu tergedik2 benda ni geletek2 badan2 aku. huh.


Hasilnya?? hahaha aku masih mcm nie......


Thursday, January 22, 2009

Azam & Jodoh

sehari sebelum 2008 tamat, ainul telah berYM dgn aku. "oit lagi berapa jam kita da nak 27 thn!"
serius aku agak terasa gak tp bukan terasa dgn ainul. but then aku baru realise bahawa aku telah tua and yet im still single. aku pun tau yg sbnrnya ainul nak mengingatkan aku serta juga diri dia betapa usia kami telah meningkat tetapi kami ini masih belum berkahwin. well... we still young dear.. jgnla rush nak kawin cepat2. (ayat penyedap! hahaha)
so aku pun sound dia "jgn ingatkan aku ttg angka usia."

sebenarnya aku da mls nk dgr bab kawin. close the story k..
-----------------------------------------------------------

2009....

ainul : "kita da 27 tahun"
ces x abih lg minah nie..
me : "yee aku tau kita da 27"
ainul : "azam tahun baru carik calon suami." :-)

oh cik ainul, cukupla mak aku je yg slalu sebut bab kawin...
kalau kita nak kawin tp yg sebelah pihak x beria nak kawin pun xkn jadi. mcm tu jugalah kalau cik ainul belum berjupa mr.right pun xkn jadi. so kesimpulannya isu kawin bukan mudah.

--------------------------------------------------------------

ceritera...
alkisah suatu petang, tuan puteri bertanya kpd hero hatinya bilakah heronya berhajat untuk menghantar rombongan meminang. lalu dengan yakinnya hero berkenaan ckp menjelang raya akan dibawa tuan puteri berjumpa dengan keluarganya.

dgn girangnya tuan puteri menanti sehinggalah menjelang hari raya. tuan puteri tertanya - tanya bilakah hero hatinya hendak membawanya ke rumah bakal mertuanya. Hari raya berlalu sudah sehinggalah hari raya haji ttp heronya masih mendiamkan diri. maka tuan puteri sangat sedih.

dan kini hero hatinya sekali lagi mengulang janjinya. heronya akan meminang tuan puteri di penghujung tahun.. Tuan puteri terpaksalah menanti lagi.........

so releven ke azam tahun baru adalah mencari jodoh???

Wednesday, January 21, 2009

Rumahku Terbakar!

ptg td dgn santainya aku blk dari keje dgn Ju. smpi umah mcm heran jap. nape mcm ramai org berkumpul tepi umah aku eh. siap ada bdk masuk lagi kt garaj umah... dgn herannya aku bertanya "ada apa dik?'
tetiba ada makcik cakap " belakang rumah terbakar! "
aku pun mcm panik jap. terbakar???
aku pun berlari ke belakang.
tetiba makcik tu bersuara " pokok serai tu terbakar"
pokok serai?? ces ku pikir dapur umah terbakar.
tp pokok serai blkg umah tu mmg merimbun pun. x sempat aku nak tebas da togel terbakar. elok la tu... menurut kate makcik2 tu api menjulang jugak la td. huahuahua siap ada uncle cina tu tolong simbah2 air guna baldi lagi. thank u uncle! :-)
tu la adik2 ni main api pi lontar kt pokok serai aku. nasib baik pokok serai jer. kalau umah x ke naya...
rumah terbakar panggil bomba.... eh silap pokok serai! hehehe

Sunday, January 18, 2009

Syorga makanan

rasanya da lame beno x menulis kt blog nie. sesungguhnya saya teramat sibuk dgn kerja - kerja di kolej yg mmg xkn pnh surut! huhuhu

last weekend saya telah mencutikan diri ke JB. actually nak menziarahi makcik yang sedang sakit di KPJ JB. so apabila ke JB, saya pun nak la meneroka syurga makanan yang selalu diheboh2 kn oleh sepupu sepapat sy yang sememangnya org JB :-)

saya tiba di JB dgn naza yg sgt sarat! abah, mak, wani, adik, aunti is, makcik ani & saya. serius bontot saya menjadi batu sesampai di JB huhuhu... smpi JB jam 10mlm. auntie is ajak pepagi sok g ke Pasar Tani. katenya banyak makanan! wawawa...so mlm ni harus cukup tdo utk bgn pagi2 ke pasar tani! hehehe

7.15am :
kami kaum2 hawa bergerak ke Pasar Tani. Kaum Adam? mcm biasalah kembali meneruskan pelayaran ke alam khayalan. haha
sesampai di PT, saya amat maklum yg mak sayalah org pertama yang akan hilang di celah2 gerai. hehehee... mcm nak lepas gian je gamaknya. mak da menjadi rambang mata. kami2 ni da tergelak melihat gelagat mak. wani kate biar jelah nnti merajuk pulak. dan pg itu kami pulang dgn pelbagai makanan! Sarapan mak pada pagi itu adalah nasi ambang & laksa johor. itu belum campur lagi ubi rebus, kuih muih dan juga roti canai. muahaha...

12.00pm...
tgh hr plak kami beramai2 ke satu food court. lupa la plak kn pe nama food court tuh. tp food court tu berdepan dgn bus stand.
auntie is kata makanan kat sini sangat sdp. kami menurut sahaja asalkan tembolok2 naga ini berisi :-p
so smpi kt food court tu, rambang mate jugakla. hampir sume menu Johor. ada sotong kangkung, tahu bakar, mee rebus, soto, nasi ayam, sate & jugak kacang pool. kacang pool???
mcm menarik... dan sememangnya menarik. roti bakar yang dimakan bersama daging ala stew. serius tgh hari tu sekali lagi kami memboroikan diri. order ABC & wani order bandung special. mmg sgt special! bandung ada aiskrim...ada coklat ... wawiwu... ABC pun besh!
menu tgh hari utk 7 org...
1. nasi ayam : 2
2. mee rebus special : 2
3. kacang pool : 2
4. sotong kangkung : 2
5. rojak singapore : 1
6. rojak petis : 1
7. soto : 1

bayangkanla perut kami tgh hari tu! hahaha