Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Wednesday, January 28, 2009

Rindu...

sbnrnya apabila saya duduk termenung buat2 xde keje (walau sebnrnya kerja bertimbun2), banyak benda yang saya rindui.

saya sgt rindu pada anak-anak kecil saye.. ye anak-anak sewaktu saya mengajar di sekolah komuniti rohingya. walaupun dulu2 bila tiba time setan muncul dlm hati, saya tanpa sengaja telah mengutuk rupa paras dan juga kedaifan mereka, tetapi hakikatnya saya sangat syg mereka.... sebagai manusia biasa yg telah terbiasa lahir dalam persekitaran yg senang, aman dan selesa, kita lupa akan kedaifan org lain... apabila saya perlu mengajar kanak-kanak pelarian ni, mule2 dlu mmg pernah terdetik di hati "busukla budak nie" "kotornye".

ye.. kanak-kanak yg sungguh suci ini sangat berkobar2 dtg ke sekolah untuk menuntut ilmu. dlm keadaan sekolah yg serba daif & kekurangan, saya sgt sedih melihat kesungguhan mrk. sungguh! jika nak dibandingkan dgn anak-anak malaysia, mmg sgt bertuah.

Pertama kali sy menjejakkan kaki ke sekolah tu, saya perlu mencuci rimbunan taik tikus di sekitar kelas. geli kan? yer... itulah yg saya alami sehinggalah saya semakin lali sbb tiap minggu perlu mencuci taik tikus2 yang x reti masuk jamban nie..
seperkara lagi kedaifan sekolah ni, pantang hujan turun lebat sikit. maka seluruh kelas akan banjir dek air hujan. kamilah cikgu2 (ada 2 je pun) yg terpaksa membuang dan mengelap banjir2 tuh.

apabila tiba time rehat, kamilah cikgu2 yg akan membuat air teh dan mengagihkan biskut utk anak-anak kecil kami. sungguh sy mmg sedih bab2 makan ni. (sbb badan pun da menunjukkan terlebih makan. hehehe) kalau kita pergi sek2 lain, budak2 mkn nuget, fries... tp anak-anak kecil kami hanya mkn biskut. hanya apabila kami cikgu2 ada rezki lebih sedikit, dptlah belanja dorg mkn nasi lemak. seronok tgk dorg mkn...

saya juga sgt terharu betapa ibu bapa anak-anak kecil ini sgt menghormati guru2. sungguh kalau anda seorang yg tidak tahan lasak, jgnlah mengajar anak-anak rohingya. kerana mereka ini sgt hyperaktif, sgt lasak, sgt ganaz & serba serbi sgtla :-) pertama kali masuk kelas, saya demam seminggu kerana stress. kalau nk tau, anak-anak kecil kami sume badan & kepala adalah besi! hehe. kenapa? ye... kalau bergaduh mesti guna kerusi. kepala hantuk dinding adalah normal. ibu bapa rotan sehingga lunyai rotan buluh adalah biasa. begitu jugalah ibu bapa mengharapkan cikgu2 nya akan merotan anak mereka jika degil. sy? saya hanya mampu rotan meja. x smpi hati nak rotan badan budak.

dr sekolah itu jugalah saya dapat mengenali NGO2 lain yg terlibat memberi bantuan kepada anak-anak rohingya ini. tp sy sgt sedih. kenapa? sbb majoriti NGO yg terlibat adalah non-muslim. sedangkan kita tahu anak-anak rohingya ini adalah beragama islam.. dan kita tahu mentaliti org melayu. "wat pe nak tolong org asing sedangkan anak-anak melayu ramai yg miskin" saya sgt sedih... sepanjang mengajar, saya bnyk berhubung dgn Malaysian Care & Haverst Centre (non-profit Christian organization committed to serving the poor and needy) see... bagaimana kristian membantu org islam. sedangkan org islam sendiri berpeluk tubuh melihat kesusahan.

dan melalui mereka ini jugalah saya dapat memberikan sesuatu pada anak-anak kecil kami.
betapa anak-anak saya ini sgt suka pada bola sepak ttp kerana kedaifan, mereka hanya mmpu melihat shj. dan betapa mereka sgt gembira apabila saya dan rakan-rakan NGO lain berusaha melaksanakan impian mereka. ye.. akhirnya Faisal Cup Tournament berjaya diadakan.
sesungguhnya saya sgt rindukan kesibukan menguruskan Faisal Cup berbulan2 lamanya.
saya juga rindukan aksi-aksi anak-anak kecil saya terutama jamal semasa sesi latihan bola bersama Brazil Football Centre. saya juga sgt rindukan reaksi anak-anak kecil saya setiap kali kami mendapat penaja2 hebat seperti adidas. saya juga rindukan gelagat2 anak murid saya yg terpaksa bangun seawal 6.30 pagi supaya saya dpt menghantar mereka ke Gombak utuk sesi latihan bola sepak. walau dimarah dan dibebel oleh saya kerana kelewatan mereka (maklum sajalah betapa teruknya kesesakan jln Ampang jika jam menunjukkan 7am), mereka tetap ceria.
saya juga rindukan ekspresi wajah mereka jika mereka menang @ kalah dlm perlawanan bola sepak. dan saya juga rindukan rajukan mereka jika saya batalkan sesi latihan bola. lihat... betapa melalui mereka jugalah saya banyak terlibat dgn bola sepak sedangkan saya sgt tidak berminat dgn bola sepak.

untuk hari kecemerlangan sekolah pula, dalam kekurangan wang kami masih mampu mengadakan majlis dan memberi hadiah pada pelajar cemerlang. walau hadiah yg diberi x seberapa, tetapi anak-anak saya tetap gembira. ibu bapa mereka tetap berbangga dgn anak-anak mereka. betapa anak-anak saya bersemangat membuat persembahan walaupun semasa sesi latihan bermacam ragam terpaksa saya tempuhi. sungguh saya hanya mampu membuat persembahan yang biasa-biasa sahaja. selain tiada bakat :-) tahap keaktifan anak-anak saya menyebabkan saya tidak mampu membuat aksi2 yg hebat. hehe. tetapi walau biasa-biasa, saya sgt bangga melihat persembahan anak-anak kecil saya.

sungguh setelah hampir setahun saya meninggalkan sekolah rohingya, saya sentiasa merindui anak-anak kecil saya. betapa saya sedih kerana terpaksa meninggalkan anak-anak saya demi masa depan saya. jika hendak dibandingkan dgn anak-anak malaysia, sungguh kita sepatutnya bersyukur dgn kesenangan yg kita dpt.
teringat zaman kecik2 dulu... setiap tahun nak beg baru, kasut baru... alatulis serba baru...
sungguh jika saya bandingkan dgn anak-anak saya, saya sgt sedih.
bila melihat rumah kecil mereka, betapa kedaifan menyebabkan mereka perlu berkongsi beberapa family dlm 1 rumah yg kecil. saya? alhamdulillah dapat berlindung dlm kediaman yg serba selesa.

kenapa mereka menjadi pelarian? kuasa! kerana kuasa, anak-anak kecil yg x bersalah terpaksa menumpang di tempat org.. kerana kuasa juga anak-anak kecil ini kehilangan bapa @ ibu. kerana kuasa jugala mereka hidup dlm kedaifan.
dan sekarang isu Palestin pulak. saya membayangkn bagaimana anak-anak Palestin ini akan menjadi seperti anak-anak kecil saya nnti.......



No comments: