Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, March 23, 2009

Majlis Pertunangan

Sebulan lebih berhempas pulas, alhamdulillah majlis tunang Dila terlaksana sudah :)
Selama sebulan ini kami the Ghani’s daughter menjadi superwoman. Abah juga tiap hari menyiapkan kerja – kerja mencantikkan rumah. Sampai kadang2 tu risau juga kerana x nak pisang berbuah dua kali. Dulu masa adik ku Safwan nak bersunat, kami bertungkus lumus nak wat kenduri. Kesudahannya kenduri berjalan tanpa abah di rumah. Terlantar di hospital gara-gara terlalu kuat bekerja sehingga disyaki terkena sakit jantung. Tp sbnrnya sakit dada sbb stress jer.. Safwan pulak meraung-raung masa majlis sbb abahnya xde.

Nasib baik kali ini tidak terjadi perkara yang sama. Banyak kerja abah, kami anak2 perempuannya yg merupakan power puff girl tolong settle kan. Hehehehe.. wani org yg paling kuat kerja memandangkan dia yang dok kt ampang.

Sampai hari yg dinantikan, dila ckp dia xleh tdo malam tu. Siap mimpi buruk lagi tuh… mimpi pe?? Ttuuuuttt…rahsia! Hehehehe. Nak tau tanya sendiri kat adik aku tuh :)
Ni baru tunang, belum kahwin. Tp majlisnya macam majlis kawin. Almaklumlaaa… saudara mara pun sangat ramai. Belum masuk jiran dan kawan2. x jemput nnti kecik hati plak.

Paling best adalah cupcakes & kek hantaran. Cupcakes tu sgt sweet! Kek yang auntie Jah bagi pun SANGAT CANTIK eh! Siap beli tiket bas utk harga budak semata-mata nak bawak kek tu dr JB ke KL. Cupcakes plak order kt Paroi. Nasib baikla azhar merangkap bakal adik ipar aku tu baik hati hulur skit kt kitorg esoknya. Dpt gakla rasa kek2 itu. Walhal rasanya tetap sama dgn kek2 lain tp kepuasan itu tidak sama. Hehehe.

Masa majlis tu pun aku da x mampu nak jawab soalan2 sumbing!

"Alongnya biler lagi?"
"Laa ingat along tunang, rupanya dila.."

adoi aku x mampu nak jawab soalan2 itu kerana aku tiada jawapan utk soalan itu.
insyaAllah... ada rezki sok aku xkn luper jemput. ok!

So Dila, pasni simpan2 la duit tu eh. Setahun itu tidak lama…. Pejam celik pejam celik kejap je… nak kawin lagi besar belanja. Anyway congrats dear! Jaga Azhar tu baik2 eh :)
Cik Dila & Azhar

Hantaran Pihak Dila

Hantaran Pihak Azhar

Di Bilik

5 comments:

DilaGhani said...

sape edit gmbr2 tu?mcm menarik!! kau lupe tepak sirih azhar.heheheeh..maceh kakakku!! muaaahhhhhhhhhhhhh

sambal hijau..cream cheese said...

Salam..tahniah untuk adik hang...soalan maut tu..hahah..kalau aku...aku akan jawab.."sekarang pukul berapa ehh..ohhh insyaAllah lagi 3 minit saya kawin la, kalau yang kat atas tu kata kun-fayakun..jemput la datang ye nanti"..ahhah..ada berani..sure lps tu org akan fikir 100 kali nak tanya..heheheh

adaziza said...

woihhh..takkan sekeping ja pic dila and tunangannya tu?i want more..i want more..i want more!..

Shaza Creative Enterprise said...

wah, nmpk mmg meriah...nt kenuri kawen jemput la km...mau jgk mkn nasik minyak...yela, nk tggu fadh punya majlis tatau lg bila...upload la lg pics tunang tu... :-)

adaziza said...

erkk..mcm aku kenai ja si shaza tu..jeng3...