Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, May 17, 2009

Jalan-jalan cari makan


Sejak otak da serabut dgn kerja, saye mmg da plan utk bercuti.
yati : partner in crime turut mengajak pergi bercuti.

kebetulan 4 Mei 09, Saye diminta oleh teman baik, Pn. x (bukan nama sebenar) utk menjadi saksi kes perbicaraan cerainya. So sambil menyelam sambil minum air. alang-alang nak ke sana, baik jalan2 terus ke Penang. Yati pun setuju utk ikut sama...

Memandangkan 1 Mei cuti umum, kami bercadang utk ke Melaka dulu. sbb nak makan ikan bakar di Umbai. start cuti 29 April - 4 Mei. Lama kn.. hehehe.

29 April:
Check in di Hotel Hallmark kt town. RM84. okla tu... Malam pi makan kt Umbai. tp x memuaskan hatila... x sodap!

30 April :
jalan2 kt Banda Hilir. Jalan kaki je dari hotel. lalu lorong2 blakang. syiok jugak. snap banyak pic :-)..... Petang 2pm bertolak ke Penang plak. smpi Penang 12am! hahaha sebab banyak benti makan. Rupenya Yati ni lebih kuat makan dari saye. badan kecik! menginap di Sungai Ara. Rumah makcik saye....

1 Mei :
1pm...
Berusaha mencari nasi kandar Line Clear. Siap beli map tuh! hahaha. Da jupe berpeluh2 makan sbb tempat tu panas. wahaha. tp mmg bestla.
gi Chow rasta beli jeruk. sedap...sedap....

2pm...
meneruskan misi ke Balik Pulau. Yati nak makan laksa sedap! smpi kol 3pm laksa lum siap lg. huhuu... lebih kurg setgh jam, melantak laksa plak. serius saye kenyang tahap gaban. tp Yati bole relaks je... tapau plak lagi 5 bungkus laksa. Yati nak simpan kt umah autie. muahahaha. dia memang hantu laksa!

balik singgah tgk view kt atas bukit. posing2 jap. pastu naik keta blk.. benti plak bila nampak replika durian. yati nak makan durian Balik Pulau! beli yg da siap kopek. 3 bekas RM20...

petang gi pasar malam je... malam cuma berehat di rumah sambil melayan daniel...

2 Mei :
pagi tiada aktiviti menarik. hantar makcik saya yang sarat mengandung ke hospital. dia tidak sht... jam 1pm baru semua selesai. makcik saya belanja makan kari kepala ikan. serius sedap mengorek2 kepala ikan. hehehehe... pas makan sume tumbang! :p

petang gi Batu Feringgi.. tp kami smpi kol 8mlm....nak shopping! makan dulu sblm bershopping. ngabiskan duit beli vcd! huhu. tp x sekronik yati. beli VCD smpi RM120! huhu... hbs shopping kol 10.. gi Padang Kota plak.. melahap pasembor, sotong kangkung, kerang bakar dan mee udang! seperti biasa, yati menjadi tukang habis makanan.. hehehe. blk pun da 12lbh.... zzzzzzz.....

3Mei :
Misi mencari baju kurung. dek kerana terlalu fokus utk bercuti, terlupa plak perlu ke mahkamah syariah. saya dan yati tidak membawa walau sehelai baju kurung. huhuhu. terbang plak duit beli baju kurung di Bukit Jambul.

tgh hari Yati beli lagi kari kepala ikan. seperti biasa.... pas makan sume tumbang! :-p

Petang bertolak ke Sg Petani plak. tiba jam 10mlm....

4 Mei :
Ke Mahkamah Syariah. agak cuak jugak sbb belum pernah jadi saksi. huhu. Peguam terpaksa bagi penerangan 2x sbb terlalu panik. hehehe.. Bicara selesai kol 11am.

respek pd sahabat baik saya kerana kuat mhadapi dugaan. bergelut melalui perbicaraan penceraian sedangkan dia baru sahaja melahirkan bayi pertama.

selesai kes, terus pulang ke seremban........smpi seremban 10pm..

sok keje dlm keadaan kepenatan. hahaha..
apa pun percutian mmg besh. duit terbang pun besh! huhu..

3 comments:

sambal hijau..cream cheese said...

sedaaaapp nya makan cik fadhlina oiii..buat terliuq ja pepagi buta ni

sambal hijau..cream cheese said...

cik fadh..anda telah di tag..sila ke blog saya..utk mendapatkan award and Tag

Shaza Creative Enterprise said...

Lain kali kalau nak makan ikan bakar kat melaka, yang sedap hanyalah kat Ikan Bakar Alai, Muara Sungai Duyung dan Anjung Batu... Serkam pun buleh tahan... Umbai? Hmpphh... Hampehhh...
Lagi satu, kalau pg utara lagi, nt suh Adiza bawak pg makan Char Kuey Teow kat BM (Blkg Alka RianBM).. satu2nya kat Malaysia...