sekarang ni aku menjadi seorang yang sensitif. terlebih sensitif daripada biasa.
bermula dari tahun lepas, banyak peristiwa sedih yang berlaku dlm hidup aku.
yes aku bukan jenis manusia yang pandai meluahkan emosi di hadapan orang. aku lebih selesa beremosi sendirian. aku suka nangis sendiri2 di bilik. di depan orang, aku lebih menunjukkan aku cool, ceria. ntah. x pandai nak menangis depan orang. kadang2 orang kata aku xde perasaan, kadang2 orang kata aku baik sbb tidak kisah walau dibuli/dianiaya. dimarah. aku mampu menunjukkan wajah yang ceria. tp dalam hati, tuhan saja yang tahu.
kenapa? x tau. itu sifat semulajadi. mungkin kerana aku anak sulung. mungkin! atau mungkin aku da terbiasa berdikari. mungkin! mungkin juga aku tidak ramai kawan/teman baik. mungkin!
semuanya mungkin
tapi tahun lepas, aku di uji dgn pelbagai masalah hidup yang hebat! sangat hebat!
sehingga aku sendiri tak daya nak menepis lagi kesedihan. sebagai anak, aku kena tabah, kena kuat walau hati aku sakit sangat. aku x boleh menangis depan mak aku. aku kena kuat. sedangkan jiwa aku semakin hari semakin rapuh.
skarang aku semakin takut dengan diri aku. jiwa aku da lemah. aku mudah mengalirkan air mata. walau di tempat awam. walau di dalam kereta, walau di ofis.... kecewa semakin mendalam. aku takut satu hari nanti aku semakin membina tembok benci dalam diri aku. pada hal aku di didik, di ajar untuk menjadi seorang yang menghormati/tidak kurang ajar. tapi pada masa yang sama aku kecewa dengan apa yang terjadi, dengan sikap/perbuatan keji yang terpampang di depan mata aku. bagaimana lagi aku untuk menjadi insan yang kuat. aku x mampu.
pagi tadi, air mata aku tumpah lagi. i need a shoulder to cry on.
ya Allah.. berikanlah aku kekuatan & ketabahan untuk hari - hari yang mendatang.
Terima kasih... Kedai runcit?
6 years ago
3 comments:
nangis je la.. apa lagi guna bilik dan kereta kalau bukan untuk nangis?
ko sentiasa bole mengadu paa orang. tapi ko yang pilih tak nak mengadu. sebab ko tak nak org tau yg ko x secool yang org tgk. mana aku tau? sebab aku pun camtu.. haha..
cadangan aku, mengadu secebis di sana, secebis di sini. jadi, org tu x delah pegang semua rahsia ko.. hehe (taktik aku tu)
wah.. dah macam tulis kat blog sendiri.. haha
hahaha x cool eh? ntah maybe kot. ;-p
haha.. bajet cool. hehehe
Post a Comment