Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, August 15, 2013

terjebak Aaronators dan program amal

Dah tua2 ni pun masih nk mengejar artis?? rasanya da lama sangat x wat kje2 macam ni. hahaha. kalau dulu2 zaman muda belia, pernah lah buat keje fanatik ni. tp dah berabad dlu.. zaman2 KRU tengah top dan masa tu pun zaman remaja tergediks! hihihi. sampai sanggup buat kad besar gedabak, jalan kaki kt keramat ke rumah KRU semata2 nak pastikan KRU dpt kad tu, mana kru buat show mesti kalau boleh nk jejak, . beli poster bagai, sampai berjaya dapat no tel rumah KRU. hebat tak hebat fanatiknya saya masa tu bersama partner in crime sy merangkap bff, cik lin kita. hihi. habis skola, masuk ipt, hilang da sifat fanatik. x kuasa da nak tergedik2 lagi. haha. kalau minat pun, minat gitu2 je.lg pun bila da makin tua, makin da x kuasa nak berhimpit2 dgn org ramai nk serbu artis.

nak jadi cerita, bbf sy cik lin ni mmg peminat tegar aaron aziz. tp belum pernah lagi kami buat keje tergedik menjejak aaron aziz. almaklumla dia pun da jadi bini org dan ibu kpd 2 org cahayamata. haha. tp ntah mcm mana masa puasa hari tu, tetiba cik lin kita ni ajak join program aaron aziz. beria ajak. bila tengok program tu program amal dgn anak yatim, terbuka jugala pintu hati nk join. mmg suka aktiviti mcm ni. kalau program aaron aziz tu stakat hiburan semata2 , mmg x mau le nk join. haha


ini la cik lin bbf saya tuuu. masa ni tengah tunggu aaron dtg.


program ni pun terbuka hanya terhad pd 40 - 50 fan club aaron. jd hati tu ringan skit nk g sbb x la terlampau ramai. malas nk bersesak2. so i setuju aje... tp alih2 cik lin kita kata kena daftar jd aaronators. ahhh sudah. tetiba plak kan daftar jd fan club aaron aziz. hahaha. so registerla online jd aaronators gitu....

mengikut tentatif, program bermula di giant kota damansara. giant da sediakan 30 petak parking untuk konvoi kami untuk bershopping. setiap group perlu peruntukan rm200 - rm300 setiap troli untuk beli brg keperluan rumah anak yatim. pihak anak yatim minta kami beli toiletries dan pencuci yg mana menurut mereka itulah keperluan yg memerlukan kos tinggi setiap bulan. so kami diperuntukan satu jam untuk bershopping sebelum berkonvoi ke rumah anak yatim.

 aaron dikeremuni aaronators 


so bershopping la kami dgn troli masing2. ramai gak aaronators dok kerumun aaron aziz. kami malaih eh nk kerumun2. terus p cr brg yg dsenaraikan oleh organizer. tp lagi kami x kerumun, lagi aaron kejar kami. mana kami pergi, situlah aaron dtg. ececeh... x caya? tgk gambar bawah ni. ekekekeke

 aaron nk amik gambar kita, tp kita malu :p

 shoppinggggg...

 shopping lagi...


 cik lin kita dgn wife aaron

ok selesai shopping di giant, kami ke rumah anak yatim yang pertama. ikut program ada 2 rumah untuk diagihkan barang. satu di sg buluh, satu di subang. berkonvoi beramai2 sampai tersesat2, tertinggal2 ahli konvoi. dok berhenti2 menungguh ahli konvoi yg tersesat @ tertinggal. 

alhamdulillah kami dpt mengagihkan brg2 tersebut kepada kedua2 buah rumah. walaupun hanya sekejap kami singgah, namun wajah2 anak2 yatim yg gembira dgn kehadiran kami sangat membuatkan kami insaf. kadangkala bila kita bergembira bersama ahli keluarga, kita lupa pd mereka yang kurang bernasib baik. sronok adik2 tu bersalam dgn kami. sedikit ralat sbb x dpt lama berbual mesra dgn mereka. 
insyaAllah jika ada rezeki lain, nak juga sy singgah lagi dan hulurkan kek2 kpd adik2 tu. mesti seronok. insyaAllah itu hajat yg perlu dilaksanakan. 

apa pun program hr tu mmg best. walaupun tujuan utama nk jumpa aaron aziz hehe tp dpt juga kami beramal jariah walaupun nilainya x seberapa. itu shj yg termampu kami berikan. moga kami diberi rezeki yg lebih untuk dikongsi bersama mereka. 

sebelum balik, kami mengekor aaron aziz sbb nk bergambar. yelah kami ni pemalu. org lain dok sibuk bergambar, kami dok tengok je. bila da nak hujung2 mula panik sbb lum bergambar. keh keh keh. nasib baik dpt bergambar. kalau x, mau cik lin kita gila bayang. hahaha.




Saturday, July 27, 2013

Cuti-cuti kemboja : Day 1

Jom sambung citer trip ke kemboja..

entry lepas (SINI) sy ada sebut kami ada beberapa masalah sebelum fly ke phnom penh. 2 minggu sebelum fly, tour agent call minta kami buat full payment. kami buat payment dan agent emailkan pada kami itenerary, voucher dan sedikit info ttg pnhom penh (waktu solat, currency dll). bila kami check itenerary, ada major perubahan yg sebenarnya agak merugikan kami kerana banyak aktiviti free & easy. setelah beberapa siri email, kami masih x puas hati sbb itenerary x seperti yg kami dpt di MATTA fair. jd kami ambil keputusan untuk dtg terus ke ofis tour agent. bila kami tjk kan itenerary sebenar, baru mereka sedar kesilapan tersebut. haishh... alhamdulillah masalah settle. masalah kedua, agent minta nama hotel yg kami booking sendiri. bila kami da bg, agent bg tau tiada reservation yg dibuat atas nama sy. haikkk... pd hal agoda sendiri da email confirmation booking. x boleh jadi ni... google web hotel. amik no tel, and sy cll hotel. hampa...pekerja hotel x boleh nk ckp english sgt. dia x phm apa sy ckp, dan dia pun x bole nk explain in english. apa yg sy fhm, dia kata boleh dtg terus ke hotel. haih... so sy print siap2 booking slip dr agoda. tawakal sajalaaaa...ok tiba harinya kami dgn excitednya ke LCCT. flight jam 3. kami smpi di LCCT jam 1pm dan solat dulu di LCCT sebelum drop luggage. flight ke kemboja ambil masa 2 jam. dan waktu kemboja adalah sejam lewat dr Malaysia. oh jgn lupa tukar siap2 duit ye. dr apa yg kami survey, peniaga sana suka guna matawang USD. so sy da siap2 tukar RM700 ke USD.

sampai di Phnom penh, tuk-tuk driver kami sudah menanti. en. Salleh Lee ni beragama islam. katanya dulu pernah duduk 7-8 tahun di terengganu belajar pondok. patutle fasih benor ckp melayu :-)
oh sebelum kami beredar, sy beli dulu local simcard utk memudahkan kami nnti di sana. roaming mahal tuuu.. sy pun nk gunakan kemudahan internet berbanding utk call. utk beli simcard harganya USD1 @ USD2 bergantung pd company. tp disebabkan sy nk tambah penggunaan internet so sy byr USD5 utk simcard + internet. bole guna internet untuk tempoh 2 minggu. wehoooo boleh whatsapp & fb unlimited!

perkenalkan driver tuk-tuk kami yang sgt suka bercakap... En Salleh lee  :-)


kami agak excited naik tuk-tuk ni. hehehe. kami singgah ke hotel dlu untuk drop beg. belum check in lg sbb en.salleh suh cepat2 sbb nk kejar ke Central Market (CM) sbb da nak tutup. di CM kami shopping sedikit cenderahati. beli tshirt, fridge magnet dan keychain. tp beli sikit dlu sbb xnk tergesa2. kak ju pula beli gelang tangan. oh ya bahagian dlm CM ni mmg ada bahagian khas untuk batu2 permata.tp hati2 ye sbb tkt terbeli yg tipu atau harga x berbaloi.mcm kami untungnya ada en.salleh so dptla bezakan. kebetulan di CM kami bertemu beberapa org M'sia. ada sorg tu beli gelang yg sama dgn kak ju. kak ju beli USD15 tp org tu beli USD25. huhuhu... jd hati2 la ye.sy x beli sbb x minat. pintu masuk CM ada 4-5.kdg2 boleh tersesat jugak sbb kita x biasa. tp xpe. sesat pun x memudaratkan. mundar mandir je la kuar masuk cr pintu betul. hehe


Central Market


okeh antara barangan yg kami aim di russian market backpack yg murah2. mcm2 jenama tp kami pilih jenama deuter. harga beg dr USD8 - USD15 ikut size. tp ingat bukan ori tau tp kualiti ok. kt sini pun byk jual peralatan dapur, baju2, kain silk dan tali pinggang. sy sempat rembat 1 beg deuter dan 2 tali pinggang :-)



 kami di CM


settle di Central Market, kami bg tau kami lapar. betul kami lapar sangat2. hehehe. jd en.salleh bawa kami ke kedai makan muslim. yeay! dpt rasa local food. mcm2 dlm menu. nasi goreng pun ada tau. mlm tu sy dan kak ju pilih sup siem reap dan daging masak loklak. pelik kan nama.tu sebab pilih. sj nk try. hihi.


haaa tu rupa makanan kami. rasa? terbaek...! sedap! sup tu sup ikan. ala2 pindang tp sedap. daging tu ala2 daging merah tp ada pencicah yg unik. serbuk perasa yg diperah limau. oh kalau mkn di kemboja, xyh order air sbb dorg mmg akan bg teh jasmin scr percuma. sedap!

 teh jasmin

oh lupa nk bg tau, masa en.salleh hantar ke hotel dia tanya ada nk jln2 ke.utk ke russian market dan night market ni kami dikenakan bayaran USD13 per trip bukan per person.kami on je.masa kami makan, en.salleh check itenerary kami. dia x berapa setuju dgn itenerary yg tour agent sediakan. sbbnya ada beberapa tempat pelancongan utama yg kami x pergi sedangkan itulah tarikan utama ke phnom penh. kebetulan esok pgnya en salleh free, dan kami pun xde apa2 program sbb wakil agent hanya akan pick up kami di hotel tgh hari, maka kami setuju dgn cadangan en salleh untuk bawa kami ke S21 dan Central Market dgn bayarang USD15 seorang. selesai makan, kami ke night market. ini satu lagi antara tempat yang patut pergi di phnom penh. ada shawl, silk, cenderahati dan local food. tp bg muslim, hati2 pilih makanan ye.

di night market kita akan nampak satu kawasan lapang yang dibentang tikar dan khemah untuk pengunjung duduk dan makan. agak menarik pemandangan tersebut :-)




di night market ada macam2 makanan tempatan tp x semua kita bole makan sbb x halal. en salleh suruh kami beli kuih seperti di gambar di bawah ni. kami kata halal ke? hehe. lupa pulak dia tu islam. en salleh kata mestilah halal. kalau x halal dia tanggung. ececeh... sedap jugak. ala-ala kuih onde2 kita juga cuma bezanya kita salut dgn kelapa parut. di phnom penh pula mereka tabur dgn hirisan kelapa muda.


ok satu lagi en. salleh suruh kami beli air tebu. katanya air tebu pnnom penh x sama mcm di M'sia. dalam hati sy dok ckp apa yg bezanya sbb tebu sama je rasa. huhuhu. tp bila minum.... fuuhhhhh! sedap weh! tebu kt sini diperah dgn limau nipis. serius sedap gilerrr! dan satu lagi turut dijual air labu. kami x beli mlm tu.


oh ya mlm tu juga kami di bawa ke Monument di tgh bandar. amik2 gambar je. cantikkan dgn lampu2 tu...


selepas selesai jalan2, akhirnya kami pulang ke hotel. dan alhamdulillah tiada masalah masa check in. balik bilik tidur dengan nyenyak!


Thursday, July 25, 2013

Cuti - cuti kemboja KUL - Phnom penh

Sebenarnya percutian ke phnom penh ni x pernah ada dlm list. hahaha. kebetulan pun sebelum beli tiket ke phnom penh, sy da beli tiket ke korea. korea ni pun takde dlm plan. alih2 member call bg tau tic tgh murah. mcm tu jugaklah kejadian phnom penh nie. tiba2 member lain lak call kata Air Asia tgh murah.

kak ju : "fadh, AA tgh murah ni. nak g phnom penh x?"
me : "haa?" (sebenarnya agak terkejut sbb mmg agak jarang nama phnom penh tu melintas di kepala. haha)

me like eeerrrr kenapa phnom penh. huhuhu. return tic lebih kurang RM280/pax (termasuk baggange) lebih kurangla. x bpe ingat sbb actually tic beli setahun awal.hahaha. tic beli may 2012. travel may 2013. hameekkk...
memandangkan tic beli setahun awal, kami pun rileks je. oh kami berdua saja yg pergi. plan asal nk backpack je. tp fikir2 balik, phnom penh ni belum kategori negara maju, maka kami x berani nk main terjah tambah2 kami berdua perempuan.so target nk survey kt MATTA fair mac 2013.

tic semua member yg tlg uruskan.sy cuma hulur duit.hihi. alih2 bila diberitahu tarikh, rasa nak fengsaaannnn! tarikh kejadian ke pnhom penh sgt dekat dgn tarikh kejadian ke korea! 5 hari ke phnom penh. balik dr phnom penh, seminggu selepas tu ke korea pulaaaakkkk... mata sy sudah berbentuk simbol duit..hadoi kena cari duit nih! keh keh keh. melancong mcm anak org kaya, pada hal poket koyak rabak. :-p

selepas hampir setahun berlalu....

ceh mcm drama tv. hehehe. so kami berdua ke MATTA fair. ada few pakej yg kami dpt cari. x banyak memandangkan phnom penh adalah tempat yang x fofulaaarrr... hahaha. apa yg kami dpt, pakej serendah RM690 hingga mencecah RM1k+. check setiap pakej punya itenerary utk sesuaikan dgn harga.

kami mmg nk cr muslim tour sbb phnom penh ni bukan kawasan islam. kebanyakkan pakej yg kami tanya x menyakinkan kami dr segi makanan. no Pork. bukan nya confirm halal. alhamdulillah kami dpt 1 pakej muslim dgn harga yg sgt reasonable. sebenarnya ikutkan kami ke sana 5hari 4mlm. tp memandangkan hari pertama tu flight kami smpi ptg, jd amat2 la rugi jika amik pakej 5h4m. jd kami pilih pakej 4h3m. pakej kami berharga RM680. so utk penginapan hari pertama kami akan booking hotel sendiri sbb bila minta tlg pd tour agent, dia mintak tambahan RM150 seorang HANYA utk hotel which pd kami sgt mahal. total 2 org RM300 hanya untuk penginapan. sy katakan pd kawan, NO!. kita cr hotel sendiri. hotel kami cr d agoda. selepas survey beberapa hotel di internet, kami booking new york hotel sbb kt hotel tu ada restoran melayu. harga? RM100 :-)  kongsi dua org baru rm50 sorg. bahagia sungguh rasa hihi.

kemudian kami terfikir pula siapa nak pick up dr airport ke hotel.hasil dr baca kt blog2, adalah few bloggers yg bg no tel tuk-tuk kt sana. tuk-tuk ni adalah main public transport di phnom penh.so sy email kpd 2 org driver tuk-tuk untuk dptkan harga khidmat dorg..oh selain amik dr airport, kami minta juga harga utk sight seing ptg tu di sekitar phnom penh. termasuk ke russian market.yela.kami smpi jam 3 waktu sana.xkn nk terperuk kt hotel.rugi kot dtg jauh2 cuma dok kt hotel. so  ok hasil dr email :

tuk-tuk 1 :
pick up airport : 9USD
sight seing full day : 40USD
sy email kembali dan bg tau kami akan smpi lewat.maksudnya half day tour only. dia reply bg tau rate half day 28USD

tuk-tuk 2:
pick up airport : 7USD
sight seing : driver ckp x sempat ke russian market sbb kami smpi ptg.hampir waktu untuk RM tutup.

melihat kepada rate yg lebih murah, dan kejujuran beliau bg tau kami xk sempat ke RM, maka kami amik driver tuk-tuk yg kedua.dan yg bestnya dia muslim. oh ya kami email dlm BI, dia reply dlm BM. lg kami seronok. hehehe :-)

ok tour pakej, hotel dan tuk2 da settle. tinggal tggu hari dan buat full payment seminggu sebelum terbang ke phnom penh.actually ada beberapa masalah sebelum kami fly.nnti sy ceritakan next entry ye!

to be continued....

Thursday, June 27, 2013

me and you





copy this from a friend.

"You meet someone. you two get close. It's all great for awhile. Then someone stops trying. Talk less. Awkward conversations. The drifting. No communication whatsoever. memories start to fade. Then that person you know becomes that person you knew."

It's not the "Goodbye" that hurts..... it's the flashbacks and the memories that follow....



hmmm napela tetiba teringat. syuhhh...syuhh.... emosi sila stabil blk :-(

Tuesday, June 18, 2013

percutian dan PAC

salam 1 Malaysia!
chewah. ni penangan ke PAC la ni nak salam 1 malaysia bagai. hihi

konon hr tu blog nak kembali ke jalan yang benar. tp lama gak x update. mmg agak pack sedikit kehidupan seharian. huhuu.18hb - 22hb bercuti ke cambodia. kemudian 2hb - 12hb ke korea pulak. bercuti mengalahkan org kaya x hengat hahaha.pada hal duit terkorek2 sampai bocor besar punya! :p
sekembali dr korea, busy menyiapkan tempahan kek walhal persiapan ke PAC x buat apa2 lg tuh. sedangkan 2 hari sekembali dr korea kena hadiri PAC tu....

bercerita pasal PAC ni, sbnrnya sebelum dipanggil utk PAC, perlu hadiri peperiksaan dgn SPA. okeh exam ni sebenarnya dr tahun lepas lg. bila dpt result da lulus exam mmg happy.tp terbantut kejap sbb dihujung surat diberitahu akan diadakan PAC. adehhh... dolu2 xde lak PAC. lulus exam terus interview. PAC dlu hanya utk PTD je. lomah skit nk p PAC ni. almaklumla bila da tua2 gini, da kurang cergas nak melibatkan diri dlm aktiviti2 mcm budak2 IPT. hihihi.tuggu..punya tungguu...tp surat PAC x kunjung tiba. 6 bulan menunggu! saat2 sehari dua sebelum nk p bercuti ke korea, dpt sms panggilan untuk PAC. ahhh sudah. time2 free xnk pulak panggil PAC. tgk tarikh, PAC akan diadakan 2 hari selepas sekembalinya sy dr korea. lega sedikit. tapiiiii.... sy mmg akan jangka persiapan ke PAC akan menjadi serabut. nk buat persiapan PAC sebelum ke korea, mmg x dan sbb sibuk persiapan nk ke korea. sepanjang bercuti ke korea,agak2 korang, ada ke keinginan nk study ttg PAC? haruslah tidak kan. hahaha. mahal kot byr percutian ni. musti mau happy2 tengok negara org. PAC tu confirm xde dlm itenerary :p

balik dr korea, hati da berbolak balik samaada nak g PAC atau tidak. cuma ada khamis dan jumaat utk buat persiapan.tengok surat, mcm2 persiapan. pakaian sukan, pengsahan sijil, resume, gambar pasport. masa tu mmg nekad x nk gi. dengan x study apa pun ttg PAC. dgn busy nk siapkan tempahan kek. tp khamis malam tu, bila mak sebut harapan dia supaya anak dia ni buat sungguh2 PAC, tiba2 x sampai hati pulak.huhu. maka jumaat tu memulakan misi persiapan PAC.

settlekan resume. terpaksa beli kasut okeh. yela semenjak setahun kerja sendiri ni, mana ada kasut bertutup. huhu. leburrrrr duit. g amik gambar passport. pastu blk bakar kek. ptg baru teringat sijil x buat pengesahan lg. kelam kabut telefon kawan. alhamdulillah beliau ada spare cop kt umah. siap dtg umah lg tlg copkan sijil. tq very much zuri! jasamu amat dikenang. malam isi2 borang, susun2 sijil. tshirt putih mmg x dan nk p beli. rembat tshirt ayah.hihihi. cr kat google kt mana institut latihan kemas kl. xde hokeh dlm internet.aaaahhh stress! dgn mak ayah buat2 tahu kat mana tempat. huhuhu. pastu teringat, x study apa lg ttg kemas. tp tgh dok struggle siapkan 3 biji kek.

nak jd cerita, malam tu kol 2pagi baru settle kek2 tu. nasib baik ada ayah dgn bestfriend yg bole tlg htrkan kek pd customer esok. esok pg2 kol 7 da kena gerak g PAC. serius esok pg2 cr info psl kemas, print siap2. oh lupa nk bg tau. PAC berjalan 2 hari. tido kt sana. 7.15 gerak keluar. berdoa sangat2 agar jumpa jalan. hahahaha. ayah da explain skit2 jln, kt google pun da tgk kt mana jln syed putra. jalan tu taula, tp celah mana bangunan kemas tu xtau.serius xde dlm google.huhuu...

dgn penuh debaran, memandu dgn berhati2, alhamdulillah selamat smpi jam 8am. bangunan tu tepi jln utama je. mudah nampak. melangkah masuk ke institut latihan itu dengan harapan yg besar. alang2 da sampai, usaha sehabis baik.

entry seterusnya nnti sy ceritakn perjalanan PAC ye. bole juga jd rujukan kepada yg nak ke PAC ni. serius sepanjang sy mncari maklumat, tiada satu pun ttg PAC pegawai pembangunan masyarakat. rata2 yg sy jumpa di google PAC utk penolong pegawai masyarakat. so hrp2 dgn next entry ni bole jd rujukan. sbbnya info yg SPA bg di surat tidak dinyatakan dgn jelas apa aktiviti yg akan dijalankan..selepas pendaftaran br dpt jadual yg sebenar dan taklimat baru diberitahu aktiviti. okeh. jumpa next entry ye! :-)

Tuesday, May 7, 2013

blog ke laut kembali ke jalan yang benar

hari tu bila semangat nk diet, nak hidup lebih sihat, maka blog ini diubah arah kepada fitness journey. tapiiiiii bila kehadiran beliau ke kl telah mengganggu gugat perjalanan diet. no more diet! no more fitness! sebab kata beliau x perlu diet2. sy pun selalu kena teman beliau makan dan minum. maka aktiviti diet terus pupus. dan aktiviti blog juga pupus sekejap. mula la entry jiwang sejak dari hari itu. haihhhh...

kemudian bila frust menonggeng ( oh sekejap je pun hihi ) masih lg dlm mood malas nak ubah balik setting ke  mood diet. itulah bila kita tengah semangat, tengah terkinja2 sape suh stop. bila da stop nak panaskan enjin balik mmg payah! huh!

okeh skrg rasanya wisel untuk angin perubahan sudah dibunyikan. maka sy telah membuka almari untuk melihat susunan susu2 yg dibekalkan oleh dietitian sy yg da tak terusik semenjak kehadiran beliau di kl. mulai esok susu tersebut akan mula digunakan. chaiyok fadhlina!

Tuesday, March 26, 2013

single

setiap apa yg berlaku itu ada hikmahnya. terima dgn redha dan senyum selalu agar hati menjadi tenang. ingat satu perkara, dia bukan dicipta untuk kita.

alhamdulillah hati ini dpt terima dengan tenang. bila difikir, banyak hikmahnya.

ok xperlu berduka lara. mari berhappy2! hehe.

so now fokus dgn trip holiday sy! phnom penh dan korea! yeay! sekarang hari2 cr info ttg korea dan phnom penh. yehaaa.. !

xde sedih2 ye :-)

Thursday, March 14, 2013