nak jadi cerita, bbf sy cik lin ni mmg peminat tegar aaron aziz. tp belum pernah lagi kami buat keje tergedik menjejak aaron aziz. almaklumla dia pun da jadi bini org dan ibu kpd 2 org cahayamata. haha. tp ntah mcm mana masa puasa hari tu, tetiba cik lin kita ni ajak join program aaron aziz. beria ajak. bila tengok program tu program amal dgn anak yatim, terbuka jugala pintu hati nk join. mmg suka aktiviti mcm ni. kalau program aaron aziz tu stakat hiburan semata2 , mmg x mau le nk join. haha
ini la cik lin bbf saya tuuu. masa ni tengah tunggu aaron dtg.
program ni pun terbuka hanya terhad pd 40 - 50 fan club aaron. jd hati tu ringan skit nk g sbb x la terlampau ramai. malas nk bersesak2. so i setuju aje... tp alih2 cik lin kita kata kena daftar jd aaronators. ahhh sudah. tetiba plak kan daftar jd fan club aaron aziz. hahaha. so registerla online jd aaronators gitu....
mengikut tentatif, program bermula di giant kota damansara. giant da sediakan 30 petak parking untuk konvoi kami untuk bershopping. setiap group perlu peruntukan rm200 - rm300 setiap troli untuk beli brg keperluan rumah anak yatim. pihak anak yatim minta kami beli toiletries dan pencuci yg mana menurut mereka itulah keperluan yg memerlukan kos tinggi setiap bulan. so kami diperuntukan satu jam untuk bershopping sebelum berkonvoi ke rumah anak yatim.
aaron dikeremuni aaronators
so bershopping la kami dgn troli masing2. ramai gak aaronators dok kerumun aaron aziz. kami malaih eh nk kerumun2. terus p cr brg yg dsenaraikan oleh organizer. tp lagi kami x kerumun, lagi aaron kejar kami. mana kami pergi, situlah aaron dtg. ececeh... x caya? tgk gambar bawah ni. ekekekeke
aaron nk amik gambar kita, tp kita malu :p
shoppinggggg...
shopping lagi...
cik lin kita dgn wife aaron
ok selesai shopping di giant, kami ke rumah anak yatim yang pertama. ikut program ada 2 rumah untuk diagihkan barang. satu di sg buluh, satu di subang. berkonvoi beramai2 sampai tersesat2, tertinggal2 ahli konvoi. dok berhenti2 menungguh ahli konvoi yg tersesat @ tertinggal.
alhamdulillah kami dpt mengagihkan brg2 tersebut kepada kedua2 buah rumah. walaupun hanya sekejap kami singgah, namun wajah2 anak2 yatim yg gembira dgn kehadiran kami sangat membuatkan kami insaf. kadangkala bila kita bergembira bersama ahli keluarga, kita lupa pd mereka yang kurang bernasib baik. sronok adik2 tu bersalam dgn kami. sedikit ralat sbb x dpt lama berbual mesra dgn mereka.
insyaAllah jika ada rezeki lain, nak juga sy singgah lagi dan hulurkan kek2 kpd adik2 tu. mesti seronok. insyaAllah itu hajat yg perlu dilaksanakan.
apa pun program hr tu mmg best. walaupun tujuan utama nk jumpa aaron aziz hehe tp dpt juga kami beramal jariah walaupun nilainya x seberapa. itu shj yg termampu kami berikan. moga kami diberi rezeki yg lebih untuk dikongsi bersama mereka.
sebelum balik, kami mengekor aaron aziz sbb nk bergambar. yelah kami ni pemalu. org lain dok sibuk bergambar, kami dok tengok je. bila da nak hujung2 mula panik sbb lum bergambar. keh keh keh. nasib baik dpt bergambar. kalau x, mau cik lin kita gila bayang. hahaha.
No comments:
Post a Comment