Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, September 4, 2010

SOGO macam nak runtuh!

huaaaaaaa... tengok title pun da tau kan nak citer pasal pe. sooooooooooooooooooping! hehee. masa merdeka hari tuh kuatkan semangat, cekal kan hati untuk menongkah arus manusia di sogo! ikut hati mmg malas bila mikirkan jutaan manusia di sogo. tp rasa mcm x best plak bila rata2 orang ckp "sogo sale! sogo sale!" tp aku x jejak lg. (mmg dasar perempuan yg suka shopping kan aku ni. hahaha) maka dengan penuh keberanian aku pun menjejakkan kaki ke sogo masa cuti merdeka hari tu walaupun mmg telah jangka sogo akan penuh manusia sebab cuti umum + baru dapat gaji + nak raya!

siyes aku smpi depan sogo sebelum 10am. pintu sogo pun x buka lagi tp manusia da berduyun tiba! (ala2 juliana banos nyanyi. hehe)sape kata orang malaysia meleset ekonomi?? huh manusia kt dlm sogo tu da macam orang sawan! kadang2 troli barang pun aku da x nampak. penuh dengan manusia. mcm hurung emas je lagaknya. ish ish ish...




dek sebab manusia da mcm ulat aku tgk kt sogo ni, naik rimas la plak kan. mood nak tgk barang pun da merudum jatuh. tp dalam dok rimas2 tu hati da berkenan kat satu beg. bila dok tgk barisan cashier yg sgt panjang, huh lupakan je la. sempat snap pic handbag tuh. akan ke sogo dlm mggu depan. hrpnya masa ni manusia2 sekalian telah pulang ke kampung halaman.



ni la beg aku minat. comel kan! hehee

last2 aku g kat department yang x ramai org. cadar! memandangkan member aku nak beli cadar baru untuk anak2 dia, aku pun terbeli satu cadar yg sangat comel! tadaaaaaa...





sekian terima kasih ;-)

Thursday, July 29, 2010

Jom Shopping!

hai uolsssss!

huh walaupun sebelum ni pernah cakap nak aktif balik kt blog ni kan, tp x jugak aktif2. Sampai kena tegur dek student. huahuahua....

ok. ni bukan nak citer bab blog nie. ni nak citer kewujudan blog baru saye! dolu2 alkisahnya saya ni aktif la juga meniaga2 ni. almaklumlah da mmg minat dari kecik. dulu masa zaman kanak2, main pasar2. guna daun konon2 ikan dan sayur. habis daun2 pokok mak saya hihihi. masuk zaman skolah, jual batang lidi ngaji plak. habis plak batang pokok bunga mak saya kena potong2. hihi. masuk zaman universiti, da xde da guna pokok2 ni. ni da start meniaga kecik2 kt UPM. zaman awal2 keje dlu pun da wat satu blog dan jual2 dgn kawan. pastu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama stop meniaga. banyak kekangan waktu dan modal.

so kali ini nak war-war kan pada anda2 semua, cik fadhlina ni telah aktif kembali berniaga. tgk kawan2 sume pun da makin aktif berniaga di FB dan blog, hati dan perasaan saya pun sama2 terkinja nak berniaga balik.

tapi disebabkan saya ni tidak mahir IT, bukan buta IT yer ;-) online blog saya yang lama tu telah terdelete di atas kesilapan sendiri yang main klik x baca arahan. tetiba kuar mesej "akaun deleted" errkkk! so terpaksalah wat balik blog baru. huhu

ok kawan2 so bila ada masa terluang nanti, sudi2la jengah ke blog ni yer

http://www.chintabutik.blogspot.com/


Wednesday, June 2, 2010

terpengaruhkah saya????

Rasanya da lama jugak blog ini seolah2 menjadi ibarat pepatah hidup segan mati x mau. Kejap update, lama sepi. Sedih jugak sebenarnya. Hari2 jengah tp hati itu tiada untuk mengupdate. Tak taula apa punca menyebabkan kemalasan melanda untuk mengupdate blog ni. Sama ada saya kekurangan idea, kemalasan tahap kronik atau fokus telah beralih arah kepada facebook. Burn buddy, pet society dan agenda facebook lebih kuat memangil2 berbanding nak memerah otak menaip untuk blog.

Dah tu kenapa sekarang baru saya tersedar eh untuk mengupdate blog?? Haaaaaaa ni kerana pengaruh 1 blog yang mmg menjadi ikutan ramai. Sangat best ok! Blog ni diperkenalkan oleh adik saya. Dan dek kerana terlampau best blog ini sampai beliau mendapat jodoh hasil penulisan blog itu. Eh eh jgn salah anggap yer. Saya tidak bermaksud nak menjadi seperti beliau. Mengangan-angankan kisah fairytail itu akan berlaku jugak dalam kehidupan saya. TIDAK ye. Jodoh dan maut itu ditangan Allah. Tp kalau ye pun apa salahnya. Ahaksss! Ohoooo tidaklah. Cuma setelah menjadi penagih tegar blog beliau itu, maka timbul kesedaran untuk mengupdate kembali blog ini yang telah lama menjadi ladang tandus. Saya menjadi penagih tegar ni pun gara2 kelapangan masa yang menimbun2 dek kerana student sume cuti sem. Maka setiap hari saya mempunyai sedikit ruang (sikit ker??? Haha) untuk membaca blog beliau bermula dari tahun 2007! 2007 ok! Jadi bygkan betapa julingnya mata saya setiap hari membaca blog beliau. Tp mmg sgt best. Setiap hari itulah hiburan sensasi saya. Setiap hari saya akan tesengih2, tergelak2 di cubicle sy yg mmg cute itu seorang diri. Tp senyuman itu akan termati bila ada staff lain lalu lalang di cubicle saya. Pura2 membuat kerja. Hahaha kantoi sudah!

Ok ini blog orang itu. Selepas ni jgn salahkan saya jika anda semua menjadi penagih tegar juga. Heheee

http://nurulism.com/


dan juga jangan salahkan saya kerana saya akan menjadi rajin mengupdate blog. hehe

Thursday, May 27, 2010

Q & A about love....

I was asked by a friend about love……


Friend :
how u feel when u are in lurv??


My answer :
Feel that he completes me.. having someone special besides me.. The one that i can always depend.
Sharing everything – happiness and sadness. You know who u can find when you are happy or sad. He will always listen to you…

Ada tempat bermanja bila sakit atau susah. A person who will always care for you…

Love can make us want to be a better person and Sometimes can make us crazy.
Tul x…

Kenapa crazy?? Sbb you will think about him all the time, “butterfiles” feeling, jelaousy, worry too much about what we look like. Tp semua itu indah kan.


Friend :
Should we find our love or just wait for the love..


Me :
aiyah…. Definitely la we kena find our true love. Love doesn’t come easily. Unless you are the lucky one…


friend :
sounds that you’re in love now..


Me:
No lah. Me still single and available. Awat? Hang ada calon ka nak kenal kan. Hihihi


Friend :
Nanti aku cuba tengok list...
Offline…..


Huik… list? Rasa mcm kawan aku ni da bukak agensi cari jodoh jaa… hahaha

Wednesday, March 31, 2010

tershopping plak..

alamak dalam kemiskinan ni bleh plak tershopping...huhu

aku mmg da lama crazy kt 1 online shopping blog for cuties! baju dia trendy dan lawa.
paling penting ianya mmg khas utk kami2 yang extra chomel. hehehee
almost every week aku akan menjengah ke blog ni. mmg slalu updated with new items la. tp disebabkan kemiskinan tegar kan, jadi hanya mampu meleleh air liur la.. last week ada booked 1 cardigan but have to cancel. sbb tetiba laptop rosak + bateri keta kong. it cost me rm400... adeh.... terpaksala cancel booking..... ;-(
and today accidently terbrowse kt blog ni lg.. (Da tau miskin p jugak jengah)
x tau nape aku tersuka dan terminat dan mmg nak sgt kt baju nie. and the price is affordable. rm25! by hook or by crook aku mmg nak jugak! so bulan ni makan baju je k. hahaha. and baru je beberapa minit tadi aku telah TERTRANSFER duit baju tu ke akaun tuan punya blog... hahahaha so its mine!!!!! yehaaa.. sedang menanti parcel yg akan tiba 2-3 hari lg.ehekssss.. ;-p


g

ni la baju yang aku TERSHOPPING. huhu. xtau nape aku mnt sgt....

Thursday, March 18, 2010

jadik tongong bila laptop takde

aduyai...
masuk ni kali kedua da screen laptop wat hal.
laptop ni sbnrnya hari pertama beli screen dia da giler...
tp dek kerana kemalasan, biar je. da nak hjg2 waranty baru g htr kat Acer.
aku pun da x ingat pe punca screen tu problem. acer bg tau aku dgr mcm angin lalu je. hehehee...

ni dia wat hal lg... sblm ni kalau on laptop mmg dia gulita je.. kena bukak tutup screen supaya dia dlm standby mode then klik blk baru dia ok. tp skrg ni terus gulita. ketuk2 manja kt screen pun x nak nyala2...uwaaaa tension siot.

xde laptop ibarat patah tangan tau! bnyk benda xleh wat..
1. xleh prepare lecture note
2. xleh nak buka dokumen bagai kt dlm laptop
3. xleh dgr lagu..
4. xleh nak YM!!
5. xleh nak FACEBOOK!!!

kat ofis pun melanguk je la.... nak guna pc @ tenet kenala guna staffroom punya. tu pun kena share.. bukan leh guna 24jam.. :-(

uwaaaaaaaaaaa nnti nak gi htr ke kedai kawan aku kt Low Yat. adoi rabak la poket ku lg. huhuhu

Wednesday, March 10, 2010

fobia dan trauma

Slalu sgt dgr citer2 ragut kt tv, suratkhabar. xla terpikir will happen to me....well pepatah selalu ada ckp “sediakan payung sebelum hujan. In my case, terlupa bawak payung kot. Haha lawak pe jadah ntah ;-p It happened to me last week. reached home @ 11pm after sending friends at Putrajaya. (ok da beberapa kali balik lmbt after 10pm. Rasa selamat la konon walaupun da dgr byk kes ragut kt area rumah)

So lepas park kereta (kereta perlu di parking di hujung lorong kerana banyak kereta2 di depan rumah : kereta sendiri, kereta jiran2…) nampak ada motor… si pembonceng itu turun moto smbl buka topi keledar. Ok kalau korang nampak adegan ni, korang xkan pk itu peragut. Ingatkan nak balik rumah member hantar ke apa kan... so xla pk negatif pun. Bila tgk lagi skali, moto tu da lesap.

Bila bukak kereta terasa ada org kat blkg keta. Toleh2 nampak ada lelaki dgn muka xleh blah, dengan aksi yg mcm nak menerkam. Confirmla aku terkejut kan. Lelaki ni pun terus terjah sblm sempat aku kuar kereta. Terus terang aku ckp masa tu giler terkejut badak. Menjerit bagai histeria sbb terpikir dia nak culik @ rogol.huaaaaaaaaa gile takut beb! Bersilat2 dalam kereta sbb dia nak capai handbag kat belah kiri. Yg kita ni dok menepis2 tgn dia smbl dok terjerit2. siap ada backup singer lagi.. 3 ekor anjing jiran2 pun sama2 naik semangat menjerit dgn aku. Huhuhu.. apa jela anjin tu bleh wat kan selain dari menjerit. Bila terperasan yg lelaki tu berusaha menarik handbag, so dgn perasaan takut, lepaskan je la handbag tu. Dpt je dia terus blah.

Apa jadi kat aku? Lucky that i was not hurt! Syukur giler. Tp kuar kereta mengigil xleh blah… terus gi kat gate tekan loceng. Bila abah tanya sape..

“abah…. Along….” Sambil menggogoi nangis. Bapak aku pe lagi la kan terkejut badak tgk anak dia ngs memalam buta. Mak aku pun sama terkejut sbb tgk aku ngs mcm org giler.

Mau x nya.. trauma siot. Kalau aku kena ragut masa tgh jln tu xla trauma sebegini teruk. Smpi sekarang pun aku masih terbayang muka xleh blah mamat tuh.

Dan skrg aku menjadi agak fobia…. Nampak moto takut... bila ada org jln mendekati aku, takut... nak kuar rumah tgk keliling2.

Berhati2la ye skrg ni.. manusia malas bekerja dan terdesak nak duit. Apa2 pun dorg sanggup buat...