Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, October 25, 2010

Tugasan SOS 2021 : Praktis Kerja Sosial

untuk student kelas sos 2021, ni adalah tugasan yang perlu ada lakukan. submit pada saya pada jumaat (29 oktober 2010) sebelum jam 5 petang. sila print kan soalan sekali yer.

tugasan anda :


Anda sebagai pekerja sosial komuniti terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. Anda ditugaskan untuk mengendalikan sebuah penempatan sementara di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi. Penempatan ini menempatkan serama 620 orang mangsa banjir yang terdiri dari 110 buah keluarga yang terselamat. Lebih 80 orang daripada mereka ini terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Di samping itu juga, ada serama 33 orang kanak-kanak yang berumur dari 5 – 6 tahun. Penghuni di penempatan ini sudah menduduki penempatan tersebut lebih daripada seminggu dan kesemua mereka hanya tinggal sehelai sepinggang kerana semua barang-barang keperluan mereka telah musnah akibat banjir tersebut. Lebih menyedihkan lagi, air di kampong mereka semakin naik dan menyebabkan semua rumah di kampong tersebut tenggelam sama sekali. Anda perlu memastikan keperluan harian yang diperlukan oleh mangsang – mangsa banjir tersebut.

Berdasarkan scenario di atas :

I)Terangkan dengan jelas EMPAT (4) peranan anda sebagai pekerja sosial komuniti dalam
situasi di atas.

II)Terangkan TIGA keperluan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa tersebut pada ketika
itu mengikut Teori Keperluan Maslow.

Thursday, September 23, 2010

Markah Ujian

wahai student2 ku. ini adalah markah ujian.

SUBJEK : MPW 1133 / PENGAJIAN MALAYSIA
POGRAM : SSK AMBILAN MAC 2010




untuk Jannah, tahniah. jawapan awak mmg sangat menepati kehendak saya. sangat memuaskan hati and u deserve to get A for this subject. tp ini adalah markah belum rasmi yer. markah rasmi adalah selepas meeting senat. jika ada sebarang pertanyaan berhubung markah, jumpa saya yer

Tuesday, September 21, 2010

Penyanyi Paksa Rela

okeh esok ada Majlis Mega Raya Kolej Teknologi Timur. the best part is aku kena NYANYI!!!





habislah lagu dayangku intan sok aku kerjakan. sok dengarkan suara sumbang mambang aku yerk. kehkehkeh.

Sunday, September 19, 2010

Monday Blues!

oh esok isnin??? setelah cuti 10 hari, esok keje???? confirm jadi mcm pola bear nie! huhu


love in the air...

seronoknya tengok orang2 disekeliling bahagia bersama teman hidup masing2...




Friday, September 17, 2010

raya datang lagi

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA TEMAN2 BLOGGERS ;-)






citer raya akan ditulis kemudian. mood raya masih menguasai diri. jadi malas nak tulis panjang2 kt blog ;-) heheee

Monday, September 6, 2010

Beraktiviti di hujung minggu

hi uols!
hehe tergedik sat. sebenarnya kebosanan kt ofis ni. semua student da balik raya. tinggal cikgu-cikgi nya yang melopong xtau nak wat per. eleh bohong je xtau nak wat per. kertas exam banyak x tanda lagi. tp kemalasan sebab mood raya telah menguasai fikiran. kehkehkeh..

xde pe nak story mory sgt pun. cuma nak bercerita kt orang2 tentang aktiviti-aktiviti di hujung minggu. ceh mcm perasan je ramai yg baca blog ni ;-p

masa nuzul quran hari tu mak ajak blk kg. tp xleh ikut sebab ada majlis berbuka puasa gathering member masa darjah 6. rugi ooo x g! bukan senang nak kumpul ramai2. tp nak ditakdirkan Allah nak juga aku ni jumpa nenek kan. tula cucu derhaka. huhu. dapat berita nenek kena strok. sian nenek saya yg mmg da terlantar uzur di kg. semua sepakat bawak nenek ke Mahkota Medical Centre, Melaka. so jumaat tu terus ke Melaka. guna GPS sbb xtau hospital tu ktne. tp GPS mcm cipan! habis dia bawak aku tour 1 melaka. padahal hospital tu belakang Dataran Pahlawan je. merata sampai bukit katil, sampai kandang (nama tempat ni kandang yer! ) aku jelajah. hangin 1 badan! disebabkan keuzuran nenek, maka tiada apa lg yg boleh dilakukan. x perlu operation sebab da uzur. so mlm tu tido hospital sbb makcik2, pakcik2 dan mak ayah aku semua balik muar. tp sempat gak petang tu kaum2 wanita termasuk aku bershopping di Mahkota PArade yang bersebelahan je dgn hospital. bertuah punya anak dan cucu!! heheeee... ptg tu kami berbuka beramai2 di bilik hospital. ada lebih kurang 20 orang yer... diulangi 20 orang! buffet di hospital. hehe. ada nasi goreng, bubur lambuk, nasi lemak, roti john, otak2, ayam golek, kuih muih, air tebu. korang bayangkan kalau time tu doktor masuk. sure geleng kepala! sangat riuh rendah ok!




nenek saya terlantar di katil. bawah ni plak gambar2 makanan. layaaaannn!








masa jalan2 kt Mahkota Parade, duit mengalir toksah citer la kan. huhuhu
sempat rembat 2 pasang kasut yg cantik dan murah! almaklumlah sale.puas shopping, tetiba teringin bangat nak makan Burger King. so aku dgn dila pun p la Burger King. tp tetiba terstop at 1 kedai sebelah Burger King.



ni la kedai dia yang menyebabkan kitorang teruja. sweet giler barang2 dia. adeh! ikut hati mcm2 nak beli. tp ikut duit, dpt beli skit jer lah.





comel2 kan barang dia. aduhai... mcm2 yang menarik hati. huhuhu. last2 lepas lama dok memilih (xleh pilih lama sangat. nnti terpaksa berbuka kt kedai ni plak. huhu) maka kami sepakat membeli 3 barang kat bawah nie... dila beli ukiran tu untuk wedding dia november nnti. gantung kat pintu bilik pengantin. so sweet huhu... aku beli tanda nama nak gantung kat cubicle dgn keychain untuk kunci keta sudah...