Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, April 18, 2011

obes, obesiti, terobes

holla!
so isu hangat kerajaan Malaysia pada mggu ini adalah berkenaan obesiti di kalangan kanak-kanak. baru sedar ker? aku da lama kot obes. :-)


biasalah kat malaysia ni isu nya bermusim... time syiling runtuh, setiap mggu ada syiling runtuh. time video tuuuutttt, tiap2 hari cerita video tuuuuut! opppsss terlebih sudah ;-)


so skrg isunya kanak-kanak obes. okeh. mmg penting pun dibincangkan. tp kdg2 idea yg org2 besar ni bagi mcm idea budak kecik. okeh nak masukkan plak BMI dalam report card. nak tanya skit la, bape ramai mak bapak yg phm pasal BMI??? selama ni berat budak skolah kat dalam report card tu ada mak bapak kesah ke? mak bapa cuma kesah color apa setiap markah ujian anak dia dpt. kalau color merah, bontot anak ko pun merah la.

aku rasa jarang mak bapa tgk berat anak kt report card. x de plak mak bapak akan ckp

"oh beratnya anak aku!" lepas tengok berat kt report card. so x relevan!


tp pada pendapat aku untuk larangkan junk food di kantin2 dan kawasan sekitar skolah mmgla patut. walaupun aku rasa junk food bukanlah penyumbang terbesar anak kau jadi obes. dlu masa aku skolah rendah, junk food xde jual kt kantin. tapi selangkah kau keluar dari pagar sekolah, bermacam2 junk food menunggu kau. makcik tepi jalan dengan bakulnya, makcik tingkat bawah flat sebelah sekolah dengan berplastik2 keropok dan berbotol2 gula2.pilih saja yang berkenan.harga pun masih murah.


masuk skolah menengah, lagi payah nak tengok junk food. no more junk food and carbonated drink. harammmm! yg ada hanyalah air kotak dan hari2 air oren nyonya garang ;-) oh rindu pada BBGS huhu... selangkah keluar pagar skolah, xdenya ko nak nampak makcik2 jual junk food. yg ada hanyalah deretan kereta di atas jalan raya, deretan bangunan dan kalau kau lebih bertuah, kau boleh jumpa flasher! hahahaha. aku seorang yang tidak bertuah kerana x berjumpa dengan flasher. apakah??? ;-p okeh stop merepek. zaman aku skolah menengah x main lah kopok2 murah ni. yg ada hanyalah deretan kedai mahal. Mcd, kfc & pizza. *zaman aku skolah dulu dikira mahalnya sebab aku bukan anak pakcik jutawan*


tp apa - apa pun aku tetap berpegang teguh, bape bnyk sgtlah junk food boleh menyumbang kepada obesiti.

fav aku. hehe
aku sbnrnya lebih percaya kepada ibu bapa penyumbang terbesar kepada obesiti anak2. kenapa? pertama : mak bapak skrg adalah mak bapak moden. semua nak cepat dan pantas. semua nak senang. dan semua nak pikir anak sedap makan. cuba korang pikir masa bagi anak breakfast...... apa menu paling pantas??? yeah korang tgk skrg mak2 suka sgt gorengkan Sausages, nugget, drummet ayam.... ada x mak2 ni sediakan makanan berkhasiat mcm sandwich yg penuh dgn salad, bijirin dan lempeng. so sbnrnya makanan2 spt Sausages, nugget dan drummet ayam ni sbnrnya dlm kategori x sht sgt pun. nugget = campuran lemak2 ayam. heish.... kedua : untuk dinner, apa menu? mak2 yg bekerjaya skrg ni serba moden. alaa order mcd ke, piza ke kan senang. call je, tak pun drive thru jer... apa susah. aku balik da mlm penat kot nak masak. duit ada, call je la. see.... sape mangsa? anak jugak....cuba korg tanya anak2 skrg... apa makanan fav dorg. aku yakin jawapan nya mcdonald! kfc! pizza! so pikir2 kan la.....

ketiga :

apa aktiviti masa lapang anak2 korang? berpekdah ke? mmmm aku rasa skrg ni mak bapak lebih suka anak-anak melepak kat umah main play station, main facebook... alasan? senang nak pantau anak.. xdela anak terlibat gejala x elok. heishhh... gejala x sihatla anak kau dapat. mak2 pun lebih suka ukur shopping complex dan ayah2 pun lebih suka kira lubang golf daripada bawak anak2 beriadah dan beraktiviti sihat. so bagai di pam2 la anak kau kat umah. lepas makan, melepek depan pc...terbongkang depan tv tgk astro.



so aku rasa kerajaan kena pikirkan faktor lain jugak daripada kau sebok dgn bmi dalam report card atau nak haramkan junk food di sekolah. mak bapak plz alert dgn anak2. sok da jadi obes mcm aku ni ha baru la nak nyesal. hari2 bebel kat anak dok bising nape kau obes. anak plak jenuh menahan hati amarah dan kecil hati kena kata mcm2 dek mak bapak. jenuh mikir kaedah terbaik nak kurangkan obes tp pada masa yg sama mak bapak masih lagi menyumbang kepada pertambahan berat badan. heish!


so renungkan dan pikirkanlah ye... adios!



Sunday, April 17, 2011

cikgu Saifullah pujaan hatiku...


sape yang follow citer Gemilang angkat tangan??

aku yg akan jadi org pertama angkat tangan. heeee.... ;-p

serius masa first time tgk mcm kagum la tgk drama mcm nie. yela slalunya drama melayu mesti citer nangis2, syahdu syahdan atau lawak bodoh yg tak gelak bila tengok.huh.


makin lama tengok, makin jatuh cinta kat watak cikgu saifullah eceehhh... ;-p

fuh hensem! tu satu hal la. watak dia yg cool, soft spoken, bertanggung jawab... aduuuhhhh!

mencairkan jiwa wanita ini. ehek ehek. muntah x? hehee



tapi sebenarnya bukan hanya watak cikgu saifullah, semua watak dlm citer ni mmg best. dan semua mmg berjaya bawak watak masing2 terutama cikgu rohana. gile benci siut....

osmet aku smpi gelak2 tgk aku terangkat2 punggung sbb marah dgn cikgu roahana ;-p

tapi malam ni da episod akhir. sedih ;-(

harap2 lepas ni akan ada lagi cerita berkualiti yer. bukan citer adihero yang ngarut2 mcm cerita papaya, atau cerita lawak bodoh mcm senario... atau cerita sedih2 menangis2 sakan tak ingat dunia tp ending xde pekda. plz ye penerbit2 cerita melayu.


lepas ni akan merindui cikgu asmah dan of course cikgu saifullah

:-(

Monday, April 11, 2011

when you're gone

sayang, it feels so good to know you. who accept me and loves me for who i am. you are not looking for perfection because im not a perfect person. you are not judgemental. you are sooo kind... sooo charming and soo caring. when i need someone to laugh and to lean, you are always there for me. i miss you so much.

now, we were miles apart, but you are always in my heart. please take care of yourself. do contact me when u back to Malaysia and gud luck in your new job.

sayang, i dedicate this song to you....


I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

[Chorus]
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

[Chorus]

We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah

Saturday, February 19, 2011

macaron oh macaron

tercapai sudah hajat ku nak makan macaron. sebelum ni hanya kenal macaron melalui blog2 jer.
masa baru kenal macaron, mcm2 dok pikir.

"macaron?? menatang pe tuh?"

bila semua org dok kata gila meroyan kat macaron....

"sodap bonar ke macaron tuh?"

ada 2 blog yg aku baca tentang kesukaan dorg pada macaron.

http://nurulism.com/2010/07/23/macarons

http://1001resepi.blogspot.com/2011/01/macaroon-and-forty-two.html

so sejak tu aku mula la meroyan jugak nak merasa macaron. yang aku tau macaron ni hanya ada di cafe2 elit je yg harga rasa nak tercekik kalau tengok. mahel! cancel! berkecai hati ku. huhu.

alhamdulillah akhirnya keinginan tu tercapai jugak. rupanya ada org jual macaron secara online. canggih gitu... dunia moden skarang. sebut je apa nak. semua ada di tenet2 nie. heheee

so dpt jugak la beli macaron dgn harga yg affordable. 16 biji rm35. oklah tuh. beli kat


http://www.facebook.com/fadhlinaghani?v=wall&ref=notif&notif_t=share_wall_...create#!/profile.php?id=100001631126667

serius mmg sedap tp agak maneh la jugok tp sgt yummy! bak kata tekoh "oh macaron"

"when u bite it ...melt in ur mouth so so yummylicious"

serius. korang try la yer.


macaron saya! cute kan! ;-)



ada 2 flavor utk filling yg sy beli ni
blueberry dan vanilla. sgt yummy ok!



google kt tenet.

Wednesday, February 16, 2011

emosi tidak stabil

sekarang ni aku menjadi seorang yang sensitif. terlebih sensitif daripada biasa.
bermula dari tahun lepas, banyak peristiwa sedih yang berlaku dlm hidup aku.



yes aku bukan jenis manusia yang pandai meluahkan emosi di hadapan orang. aku lebih selesa beremosi sendirian. aku suka nangis sendiri2 di bilik. di depan orang, aku lebih menunjukkan aku cool, ceria. ntah. x pandai nak menangis depan orang. kadang2 orang kata aku xde perasaan, kadang2 orang kata aku baik sbb tidak kisah walau dibuli/dianiaya. dimarah. aku mampu menunjukkan wajah yang ceria. tp dalam hati, tuhan saja yang tahu.

kenapa? x tau. itu sifat semulajadi. mungkin kerana aku anak sulung. mungkin! atau mungkin aku da terbiasa berdikari. mungkin! mungkin juga aku tidak ramai kawan/teman baik. mungkin!
semuanya mungkin


tapi tahun lepas, aku di uji dgn pelbagai masalah hidup yang hebat! sangat hebat!
sehingga aku sendiri tak daya nak menepis lagi kesedihan. sebagai anak, aku kena tabah, kena kuat walau hati aku sakit sangat. aku x boleh menangis depan mak aku. aku kena kuat. sedangkan jiwa aku semakin hari semakin rapuh.


skarang aku semakin takut dengan diri aku. jiwa aku da lemah. aku mudah mengalirkan air mata. walau di tempat awam. walau di dalam kereta, walau di ofis.... kecewa semakin mendalam. aku takut satu hari nanti aku semakin membina tembok benci dalam diri aku. pada hal aku di didik, di ajar untuk menjadi seorang yang menghormati/tidak kurang ajar. tapi pada masa yang sama aku kecewa dengan apa yang terjadi, dengan sikap/perbuatan keji yang terpampang di depan mata aku. bagaimana lagi aku untuk menjadi insan yang kuat. aku x mampu.


pagi tadi, air mata aku tumpah lagi. i need a shoulder to cry on.
ya Allah.. berikanlah aku kekuatan & ketabahan untuk hari - hari yang mendatang.



Friday, February 4, 2011

Queen Sized

hai uols!

so tgk topic pun da tau nak citer pasal saiz2 besar punya hal nie. okeh. aku mmg sejak azali da berbadan comel. apa taknya. bibik aku dolu2 suka sumbat susu bila aku nangis.
(okeh mula nak salahkan orang lain. habis yg kau ni tak reti2 nak kontrol makan bila da besar pe hal plak. hehehe)

pe yg aku nak sentuh kat sini adalah bab mentaliti semua manusia di dunia ni. x kisah la ko kat us ke, london ke, italy ke atau pun malaysia, mentaliti mereka semua sama.

orang gemuk = x cantik = diejek/dihina

waktu ko kecik2, bila ko montel... fuh melambung2 orang puji ko.

"eh comelnya budak ni"
"eeee rasa nak cubit2 pipi budak ni'
"alalala cute nya diaaaa"


dan segala macam lagi yg comel2, yg kiut2, yang geram2 manja. tapi cuba bila ko da besar dengan berbadan comel???

"ya Allah, bape tan berat ko ni"
"makan je..mana x gemok!"
"oi gemok"
"kingkong!, gorila!"

dan segala lagi kata2 yang menghiris kalbu. seolah2 orang2 comel ni xde perasaan.

waktu aku sekolah2 dlu, aku ada sorang kawan lelaki yang suka panggil aku kingkong. pada hal dia sendiri pun x sedar diri bersaiz comel. maka aku panggil dia gorila. puas hati aku. tp waktu tu aku xde pun perasaan dendam. kami tetap berkawan baik. mungkin pada waktu tu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

bila aku da mula masuk alam remaja, perasaan kekecilan hati aku terhadap kata2 hirisan kalbu semakin menebal. serius hati aku slalu mengecut-ngecut beb. tak tau ar mungkin hormon tak stabil. tambah2 bila kawan2 sekeliling da mula ada bf, dan bercouple2. hahaha rasa mcm terdesak sgt x aku ni. ehhhhh. ni perasaan semula jadi okeh. munurut pensyarah aku, waktu2 teenagers ni la hormon2 kegatalan kita mula mengalir2 dlm badan. jadi aku x salah okeh berperasaan begitu. ;-p

so aku mula mengedik2 di cyber cafe. wooo masa tu adalah zaman kegemilangan mirc beb! bukan aku sorg, malah kawan2 aku pun gila chatting. so bermula lah agenda blind date. okeh jgn risau sbb aku blind date mesti di tempat awam. kedai mamak, kedai makan, mines dan sewaktu dengannya. kat puduraya pun penah! tapi of coz ditemani kawan2 satu kereta. hahahaha betapa ghairah nya kami ber blind date. okeh entry chatting dan blind date akan menyusul kemudian. entry kali ni lebih berkisar bab queen sized. heheeee.

so bermula lah juga kata-kata dan tingkah laku menghiris kalbu dari teman2 chatting. yeah aku tidak seperti yang mereka harapkan. muka tidak se cun nasya aziz, erra fazira atau setidak - tidaknya maya karin. hahaha. muka aku ada lah aku lah! badan pun tidak cun ala2 model. yela badan comel kan.

so ramailah yang mendiamkan diri, malah ada yang tidak muncul2 di tempat yg dijanjikan walapun aku perasan ada insan2 yang memerhati dari jauh. malah yg lebih teruk ada yang caci2 dan maki2 aku. fuh giler kentang siut hati aku mengecil2. sifat rendah diri amat menebal dlm diri aku..*sob sob sob*

tapi semakin aku dewasa, aku banyak belajar erti hidup. banyak pengalaman hidup yang menjadikan aku lebih matang dan menerima kenyataan hidup. aku juga semakin yakin dengan diri aku sendiri. aku semakin lali dengan kata2 atau tindakan yang menghiris kalbu. x kisah da beb!

skrg pun aku masih chatting walau jarang2. dan jika aku perasan yg teman2 chatting ni terkedu dgn kecomelan aku, aku da kisah da.

alah lantak ko. tak leh terima sudah. yang penting aku happy dengan diri aku

sebab pada aku, kalau dia xleh terima aku sbg kawan, ramai lg yang boleh terima aku seadanya aku. ramai kawan2 dan family yang menyayangi aku dan bg support dlm hidup aku. aku tak perlukan insan2 yang membuatkan aku sedih dan kecewa.

aku juga sudah ada keyakinan diri dan berani tampil ke depan. alhamdulillah....
soal jodoh? aku tau kdg2 family bising aku x dpt jdh kerana kecomelan aku. mmmmm
sekarang aku berserah pada Allah. setiap insan mempunyai jodoh mereka. cuma lambat atau cepat jodoh itu yang kita tidak tau. ada jodoh, alhamdulillah. xde jodoh, aku redha.

eh eh. apsal entry aku makin mcm sedih2. huhuhu. dan kenapa tetiba aku wat entry yg beremosi ni. fuh. ni semua kerana td aku tertengok satu cerita kat astro. tentang ketabahan seorang gadis plus size yg slalu kena buli dan diejek. dan ada org nak menghina dia, dia di calonkan untuk menjadi queen dalam satu majlis. kerana nak membuktikan diri dia mampu, dia bangkit dan menentang kumpulan2 yg popular dan cun2 di skolah. akhirnya dia ditabalkan menjadi queen di skolah dalam satu majlis. tajuk citer ni "Queen Size"

comel kan dia??


serius aku sangat touching okeh tengok cerita nie. smpi nangis2 aku tgk citer nie. i adore u beb!



hai hai
sy fadhlina comel!
hihihi

Thursday, February 3, 2011

Marche

marche?? pe tuh? huhu actually marche adalah restaurant di The Curve. seriously aku pun x penah jejak. so bila one of my friend bg tau mini gathering akan di buat di marche, i was like "eerrr... apa tuh?" hahaha haruslah kan. aku bukan golongan2 elit yg slalu g mkn kt The Curve. destinasi kedai mkn aku slalu mamak, kedai2 mkn tepi jln, paling2 grand pun kfc, domino's... ;-p nak makan kedai2 elit ni mungkin setahun tu boleh dikira dgn jari. habeh duit tak elit. hahaha.. opppss.. bersyukur dgn pe yg ada ;-) ala kdg2 bila duit elit pun, x terasa nak g kedai2 mcm tuh. i x biasa you! hihihi...



inilah dia marche. ada banyak kaunter2 makanan



aku amat excited nak g gathering. ala bukan ramai pun. 5 org jer. geng aku masa zaman blaja kt upm dolu-dolu. sai, Chai yen, ying ying, li san and me! yeah! sangat rindu zaman2 blaja dulu okeh! g kelas sesama, gap kelas 2 jam sempat g tgk wayang kat mines pastu bekejar2 nak masuk klas balik. haha. sakit2 otak wat assignment sama2, tolong2 sign attandence kalau ada yg ponteng kelas.. heeeeee ;-p kenangan terindah weh!


sai, yen, li san, wei ye, ying & me


oh ada tambahan korum. wei ye.. tp dia bukan geng masa blaja upm dulu. dia adalah ying's bestfriend. kami mmg da kenal rapat dgn dia.


our table telah di reserved atas nama ying ying


okeh kat marche ni ada byk kaunter2. kaunter minuman, kaunter pencuci mulut, kaunter main course, kaunter soup dll. rambang mata beb! tp harus sedar diri okeh. duit di poket tidak rambang. huhuhu. each of us akan dpt 1 helai kertas mcm kt bawah ni.


ini form kena hulur kat each kaunter yang kita order makan.
dia akan cop apa makanan yg kita order kat kolum yg berkenaan.


food dia?? ok! sedap2. aku mkn mix grilled, mushroom soup, garlic bread & iced lemon tea. and it cost me rm50++. still afordable dan reasonable la kan. ;-)


okeh ni main course aku. amacam menarik x?


mushroom soup yg sgt marbelos!!



licin! blluuuurppp! alhamdulillah ;-p


okeh selesai makan, biasalah sesi2 bergambar. haruslah kan. nak gather mcm ni bukan senang. masing2 da ada komitmen sendiri. so apa lagi, snap snap! ;-)