Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, October 25, 2009

sultan ditabalkan, rakyat berpoya2.

heh hari ni Tuanku Muhriz ditabalkan sbg Yang di-Pertuan Besar N9. jadi hari ini cuti umum bagi rakyat N9. rakyat N9 leh berpoya2..... yeay cuti lg! aktiviti utk hari ini....

1. bangun pagi konon2 nak gi jog kt City Park. yeaahhh akhirnya aku dgn kak da wat kuak lentang atas katil. hahaha. ah xpe... ptg ada leh gi. ngeh...ngeh...ngeh...

2. gi klinik. sakit tekak gila babas. nak telan air liur pun sampai terangkat2 kepala. tonsil aku da membesar bak juara smpi aku semput nak bernafas. bak kata doktor hospital ampang yang kerek merawat aku dulu ms aku sesak nafas, "cuba kalau saya letak epal dlm tekak awak mesti awk xleh nafas kan." hampagas tul!

3. konon2 nak gi tgk movie kt TGV jusco seremban 2. ropanya movie kami nak tgk tu da lama di pasaran. kesian kami kan ketinggalan LRT. jadik ubah plan. marathon citer korea la plak. DVD aku beli kt Batu Feringgi berabad kurun dulu x tengok2 lg. chaiyok2.

4. apa lg? ohhh terlupa plak.. wat kertas soalan final exam. lagi 1 minggu kena submit. adeh... malas tul!

itu aje ke aktiviti hari ini??? mmmmm dipikirkan lg.

Monday, October 19, 2009

aku si kaki besar

Sape si kaki besar??? Aku la!
Da ditakdirkan sejak azali aku ni kaki bersaiz giant. Dari zaman kanak-kanak ribena lg mak aku akan pening kepala bila tiba time nak bukak skola and time raya. Pening pikir nak cari kasut aku. Hehehe. Sampai satu tahap aku da xleh pikir kasut lawa2 atau fesyen2 da. Yg penting ada kasut saiz aku. Corak mcm mana pun x kisah da. Masukkedai kasut soklan mak aku senang jer "kasut saiz besar ada x? Adik kuar kan je mana2 kasut saiz besar.“
Huhu sian aku kan...

Dan skrg ni aku pun tiap kali cari kasut, mana yg aku berkenan, soklan aku senang jer.
"saiz paling besar bape? Sy nak saiz plg besar.“ Huhuhu

Kt kl ada satu kedai yg mmg byk saiz besar. Dkt2 area sogo. Central shoes. Tp aku pun tataula.. agaknya kaki saiz besar ni xleh wat yg cantik2 eh kasut dia. Buruk sungguh.
Dah tu bapak mahal. Cianla org2 mcm aku ni yg x berduit…. Huhuhu.

Gi dkt semua house plak, sandle biasa je… yg saiz kecik harga x lebih rm50. tp bila tiba saiz besar harga pun besar. Pada hal corak sama je dgn saiz kecik. Sepasang sandle tu mau rm60-rm80…gile ke apa.. pd hal beza saiz tu xla besar mana pun. X phm sungguh.

Skrg ni mmg x nafikan la byk kedai kasut da ada saiz2 besar... nak cari saiz 9 @ 10 x susah... jenama cleef...bonia...hawkey...vinci pun da ada jugak. Awal2 dulu aku rasa mcm aku muat la pakai saiz2 nie. Skrg ni mcm x phm la plak kan nape kasut2 ni nombor je besar tp sbnrnya kecik. Aku x muat dowh! Hanya cleef je yg aku leh masuk.

Tolong la wahai pengeluar2 kasut. Dgrla rintihan si kaki besar ini. Huhuhu... cian kami tau. Tawaf 10 kedai kasut, mungkin 1 kedai adalah saiz. Kalau nasib x baik, x jupe la yg muat pun. Pilihan pun x byk. Redha je la dgn corak yg terhad....Kalaula aku ni kaya raya, da lama aku wat kilang kasut sendiri. Aku bukak satu kedai kasut khas utk org2 berkaki besar mcm aku nie. Uhuk... uhuk... angan2 je la kan.


p/s : ni sbnrnya tadi pi carik kasut kt jusco wangsa maju. hangin kerana x dpt beli kasut :-p

Saturday, October 10, 2009

Banyaknya agenda setiap weekend di bulan Oktober

Salam Aidilfitri untuk sume kawan2. sorrylah kalau terlewat. lama benar da x update blog nie.
bz..+ malas. heheheeee

Bulan raya = Bulan makan la kan.
yezza! so setiap minggu banyak jemputan open house. plus jemputan kawin kekawan juge.
sampai nak wat open house sendiri tergaru2 carik tarikh yang sesuai. aiihhh....
mcm xde tarikh je. huhuhu.

satu lagi yg sakit hatinya bila bulan raya nie, weekend je confirm jalan akan jammed! giler bapak jammed! betul la org kl ni cuma beraya pada hujung minggu jerk. hari tu dari Puchong nak ke Gombak, LDP da mmg jammed la kan. so the altenative way is using Duke. aku pun tataula mana cik Yati bawak round satu kl. masuk shah alam, then nampak plak sign sg buluh, ipoh, pastu jln duta pengakhirannya baru nmpk Duke. huhu . serius aku pun konpius giler jap. yg pasti minyak keta aku yg ptt cukup terpaksa di isi semula. niat hati da nak cancel da jemputan di Gombak. tp x sampai hati plak kan. member da beria jemput. walau la hati sakit dgn jalan raya kan tp bestnya ialah perot aku mmg full giler with food. huhu.

itu last week punya citer. semalam ada jemputan kawin Yasmin. one of my classmate masa kat BBGS. congrats Min! semoga berbahagian ke akhir hayat :-)
semalam pun actually ada plan to buy birthday present malamnya. but end up dgn keseronokan berborak di open house kawan. hehee... yg seronoknya gi open house ni bila berjumpa dgn kwn2 lama yg da berabad lama giler x jumpe. so haruslah bersidai di rumah open house tu berjam2 lamanya. nasibla tuan umah yer.hehehe... for today pun still ada jemputan ptg nnti. ok diana, nantikan kemunculan aku yer. makanan tu simpan skit untuk memenuhkan perotku. heheeee...
And today the plan is to go to Midvalley! yeay!! lama gilos x gi since dok seremban. nak tengok Papadom! few friends telling me that the movie was so great! cant wait to watch that movie. kalau nak tunggu kat seremban nak tgk mmg hampes la kan. xde partner nak gi tgk. so Yati jom movie marathon! hehehee.... aiyahh.... berjalan je. keje x siap lg. aaaahhhh forget about work. time to release the tension! heheheheee..

next week pulak Mira's Wedding. and im sure the BBGSian will having a mini reunion @ Mira's place. syonoknya nak jupe kawan2 skolah. utk open house plak xde lagi utk next week. ade sape2 nak menjemput ke? hehehehe...

tarikh yg pasti ditunggu2 oleh BBGSian is on 31st Okt. yezzaaaaa... our reunion class of 99. uhhh da 10 years ye... tuanya kite. hukhuk.. vanue @ Prince Hotel. tp a day before that kena blk muar. majlis nikah sepupu yg chomel. like me! yeaaaahhh... hehehe. utk majlis sanding sabtunya tu x smpt nak tunggu lama as me having the reunion. x gi rugi beb. nak jumpe kwn2 lama plus da byr rm150. huhuhu.

see betapa setiap weekend di bulan Okt ini sentiasa dipenuhi jadual makan. heheheeeeeee.
oh diet eh.. uhuk2 dikecualikan di hujung minggula kan. :-p
iza jgn bebel kt aku eh. hahahahaa

Friday, September 4, 2009

Puasa si miskin vs puasa kita

saya dapat satu email dan saya copy & paste di entry sy untuk muhasabah kita bersama.

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bandingkan dengan puasa orang kita mcm mana kn. kalau x penuh satu meja tu x sah namanya. dulu2 masa bazar diperkenalkan, mmg saya dan keluarga slalu gi sana. macam2 nak beli. sampai x terhabis. tahun berikutnya saya dan keluarga sangat jarang ke bazar. sebab tau pembaziran akan berlaku. masa bulan puasa la saya dan adik rajin membuat kuih-muih sendiri. mcm2 kami wat. kuih ketayap, roti john, popiah dll. jimat beb! dan x membazir.

sejak duduk seremban ni plak lg saya belajar berjimat. housemate plak jenis x mkn byk. yang penting nasi kena ada. kuih cuma sejenis. kalau pergi bazar pun beli sejenis kuih. serius saya sangat kagum apabila dapat tahan diri dari membeli mcm2 kuih. sebenarnya duit terhad pun ye gak, hehehehe..

kadang2 saya terpikir kesian saya sbb duit x byk. nak makan mewah2 pun terpaksa tahan diri. tp bila terbaca email di atas, baru tersedar. bukan x tau kisah2 keluarga2 susah yg mcm dlm bersamamu tuh. cuma teralpa jer. sbnrnya lagi ramai yg susah dr kita. nak makan pun susah. jd marilah kita sama-sama muhasabah diri. huhu jadi ustazah plak saya hr nie. xpe.. ini pun untuk saya muhasabah diri sendiri. :-)

Thursday, August 20, 2009

nak makan kat William!!!

saya suka makan! muahaha! kat KL sangat mudah nak mencari tempat2 makan yang besh!
kat Seremban?? waaaa sedih! selalu buntu nak makan kat mana... di tambah xde rakan sekroni yang suka makan mcm rakan-rakan saya di kl.

tadi saya meng'explore' fb. tetiba terjengok ke blog lily. terjengok jugak entry beliau tentang william. ya! saya rindu nak makan kat William! besh siut......! amat syiok! tapi kalau hujung2 bulan tu jgn la pegi sana sbb confirm terkorek2 poket. saya pernah makan berdua dengan kawan saya. kami order 3 menu... daging preium (rm15) + black pepper steak (rm30) + meatball lasagna (rm20) + ice blended (rm6). X sedar dalam poket hanya ada rm65. tp jumlah kena bayar rm70!! terkial2 korek poket. bukan xde duit tp duit dlm bank! muahahaa.. dengan muka tebal ckp kt workers dia kami nak ke bank cucuk duit rm5. muahahaha. last2 dia bagi diskaun. muka tebal toksah citer la... tp mmg perut penuh giler. x hbs siap tapau lagi bwk blk.

kat william saya suka makan :

1. daging premium
2. steak
3. meatball lasagna
4. meatball carbonara
5. olive seafood
6. ice blended

itu je pun menu saya bila ke sana sbb saya xtau menu lain walaupun saya tengok org order macam2. kepala hanya terteleng2 tengok makanan orang lain sbb nak order xtau menu. huhu. thanks lily untuk menu yg dilistkan. next time leh order menu lain. muahahahah. tp bila??? huhuhu...

jom tengok blog lily kalau nak tau tentang William.siap ada gmbr lagi. gi la sana. x rugi! sodaaaaap! marbelos!

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

alamak sudah ada student Kolej Negeri yang mati kerana H1N1. kenapa sume org mcm rilex eh kt kolej nie. xpe2... pasni aku p cari topeng. takut la pulak kan... huhu

Sunday, August 9, 2009

Eryn's Big Day!

Selamat Pengantin Baru untuk Eryn dan Zurin! Sweet couple! ingat lagi masa kerja di Vads dahulu, 24 jam bergayut di telefon. Eryn adalah officemate merangkap housemate semasa di Vads dulu. a good friend of mine. senang berkawan dgn eryn. tidak pernah lokek dgn apa yg dia ada. tp awas! sekiranya anda adalah seorang pelokek, dia akan menjadi pelokek juga! hahaha.
eryn juga menjadi sahabat makan saya! minat kami adalah sama. we are food lover! hahaha. setiap bulan kami akan bermewah sekali sekala untuk aktiviti makan-makan. tp paling x lupa adalah setiap kali makan dia tetap menyatakan hasrat utk diet... tp kami tetap x diet. mulut tetap menyumbat makanan...haha...
perkenalan eryn dgn zurin diaturkan oleh kawannya. zurin seorg yg sgt baik. very nice person. selalu melayan celoteh erin memandangkan dia adalah seorang pendiam. padan la tu kan. hehe. dulu eryn slalu sebut... "ala fadh, dia x ensem.. tapi dia baik..." dan saya selalu sebut padanya "apalah yang ada pada rupa wahai cik eryn. baguslah kalau dia baik"

setelah hampir 9 bulan bersama susah dan senang, akhirnya saya dan eryn membawa haluan masing2. eryn bekerja di kl, manakala saya di seremban. namun persahabatan kami tetap tidak putus. sehinggalah eryn mengkhabarkan berita gembira. i was like..." Eryn! jadik juga ko dgn zurin! waaa congrats2!!" eryn tergelak besar melihat saya terkejut. i was happy for her. akhirnya dia berjumpa dgn prince charmingnya yang mampu membuat kan dia gembira dan bahagia. semoga mereka akan bahagia hingga akhir hayat.

dan majlis eryn ini juga menjadi medan pertemuan sahabat2 lama semasa berkhidmat di vads dahulu. sangat happy dapat jupe kawan2 lama... ada yg da berkawin, ada yg da bertukar kerja dan ada yg masing single mingle seperti saya.. hehehe

gembira melihat rakan2 bahagia bersama pasangan masing2. dan saya? masih menanti prince charming saya.. :-) doakan kebahagian saya juga ya!







Saturday, August 1, 2009

Demam

sekian lama saya tidak dilanda sakit demam yang teruk. sebelum ni pun demam biasa2 jer.
hari khamis da mula sakit tekak dan batuk2. gi klinik amik ubat then terus ke ofis. sejam dua kat ofis mula rasa x sedap badan.. pas makan ubat lagila mula kenoneng... x lama tu terus cabut blk umah. msg HR bagi tau saya MC. smpi umah mmg tido x ingt dunia la.. nasib baik ada cik alin yg baik hati membawa bubur Mcd. huhu.. pastu smbg tido lg.. ptg baru gi klinik. mlmnya da mula rasa makin teruk demam. walaupun mak offer nak amik kt seremban, tp x smpi hati plak nak suh dtg mlm2. Kak da suh saya blk kl. katanya sekurangnya2 family ada. boleh tlg jaga. kt seremban ni hanya ada saya dgn dia shj di rumah. soknya adik saya Dila dtg dr shah alam bw blk ampang. sakit toksah citerla.. kepala berdenyut giler, badan sakit2... ptg kena mrh dgn mak sbb x amik ubat demam. padahal badan panas. sblm gi klinik dila and mak tuamkan kepala.. mak pulak risau sbb almaklumlah skrg penularan H1N1.

g klinik doktor kata demam panas biasa... mak lega.. blk makan ubat, tido lg.... 2 hari ni mmg x daya nak pk apa pun... urusan kerja sume mtk tlg kawan coverkan. maaflah ye menyusahkan anda2 semua. hari ini baru rasa lega sedikit. . sudah boleh menjamah makanan kerana seblm ini lidah pahit. hanya mampu menelan roti bercicahkan milo. demam pun sudah kebah sedikit tp belum boleh bergiat cergas lg. hanya merehatkan diri di rumah...

Wednesday, July 29, 2009

Yang halus yang mulus...

saya memang mengalami masalah muka. yela rajin sangat kan nak wat rawatan muka. mauahaha. sedang kepenatan di ofis, saya mengular ke blog member. tetiba terlihat pulak dia mempromosi produk yang membawa kepada muka yang halus dan mulus. mauahaha... menarik jugak tu. so salahkan iza kerana mempengaruhi saya.

malam ini saya akan ke House of Healin untuk melihat produk berkenaan.
ngeh..ngeh..ngeh..

Monday, July 27, 2009

kembali semula

yay! rasanya da lama sgt tidak men'update' blog. 2 bulan ini terlampau bz dgn tugasan kerana terjebak dgn marketing. tp bz mcm mana pun masih sempat update facebook dan bermain pet society, barn buddy dan farmville. muahahaha.. huh skrg perlu melayan kerenah student yang memeningkan kepala pulak! cyaiyok.. cyaiyok...

Thursday, June 11, 2009

terjebak pulak kat seminar marketing

den kt dalam bilik seminar marketing! marketing?? sejak bila aku minat marketing nie...
rela dalam paksa. huhuhu... dlm bilik seminar ni dpt wireless. haaa keje haramla jwb nya. hahaa..
ntah pe sume bebel2 kt depan ni ttg marketing..... nak balikkkkkkkkk!

muka bosan!

Tuesday, June 9, 2009

Geram!!!!

aku da menaip selebar-lebarnya tetiba virus2 ni telah mendeletekan cerita aku! ha tula org suh dtg ofis wat kje, tp wat kje haram gi update blog! hamek ko!!
ahh da la sok je la aku taip balik. wat keje tu. bye!

09062009
selasa
8.45pm

Sunday, June 7, 2009

lawak gile ketawa sampai hilang stres

Hari ni mood utk keje xde ok! Serasa mahu MC sahaja...
badan den sengal2 kepenatan berlari-larian di sekitar Bukit Bintang.
Tp mengenangkan banyak kerja x siap lg, dan mengenangkan sian En. Nizam wat kje sorang2,
maka dengan lemah gemelainya gi jugakla ofis.

masuk opis, en.nizam ckp dato agak marah kerana banner x siap lg.
hellooo... semalam ahad ok. kami juga perlu bersosial... aku peduli hape! kawan baik aku kawin!
so hari ni masuk opis terus xde mood. 10.30 ni ada meeting plak. confirm kena bambu!
tp sebelum masuk meeting, wa sudah berpoya2 di opis.. bleh plak main tenet pepagi buta. weh wat keje la! huhu

termasuk plak kt blog adik aku, Dila. then termasuk plak kt blog kawan dia... bila baca serius aku pun terbahak2 ketawa cerita dia. nasib aku sorg je kt bilik nie.. ketawa tahan gaban yg mampu mengalirkan air mata. hahaha.. silalah baca kt SINI

stress aku hilangla jap..... tp nk masuk meeting ni.. doakan kebahagiaan aku. huahuahua

Penat tp besh

Semalam adalah majlis pernikahan kawan baik saya.
Dan hari ini adalah majlis bertandang pule..
Selesai acara nikah, jam 3 ptg kami terus menuju ke Bangi dan Putrajaya utk sesi outdoor.
Hari ini selepas majlis bertandang, 4pm kami terus ke Bukit Bintang pula utk sesi outdoor kedua.
saya sebagai rakan baik merangkap pengapit diminta utk menemani mereka.
yela... tukang teman, tukang touch up, tukang karut. hehe
sambil tumpang glamor ok~
almaklumlah.. wat photo session di tempat terbuka. jadi glamor la kejap :p~
cerita seterusnya akan di update kemudian eh
hari ni saya sangat penat... :p
main pukul2 bantal dgn pengantin plak

sesi di putrajaya bersama photographer yg sgt cool!

kat bangi lama


makan kek pulak


baru pas nikah

Sunday, May 31, 2009

tidur yang lena

rasa-rasanya da lama jugak la x dpt tdo yang lena.
kenapa? sbb skrg ni bumi da semakin panas.
saya ni kalau panas di waktu malam, mulalah ada masalah nak tido lena.
terpusing-pusing atas katil... siap kdg2 bawak spray air dlm bilik.
tido plak confirm x lena.. jap2 terjaga... masuk bilik air je berkali2...
pusing kipas smpi hbs speed pun mcm dok dlm sauna lagi..

malam td perlu teman ibu saya di hospital..
8.30 mlm katil da melambai2. huhuhu..
saya tdo dengan nyenyak nya smpilah subuh...
syiok betul tido ada aircond... katil pun besh je....
ikut hati mcm xnk bgn p keje. huhuhu

Saturday, May 30, 2009

Bandung Trip

Akhirnya saya diberi kesempatan untuk berkunjung ke Bandung.
Jenuh juga mengikat perut sbb nak kumpul duit. Nak shopping! hehehe
sebelum berpoya2, berhempas pulas dlu menghabiskan tugasan di pejabat.
jadi menanda paper exam student pun dalam keadaan hati berbunga riang.
jgn terkezutla kalau markah depa sume baguih2. hehehehe.

satu perkara yg x best adalah saya ini fobia kapal terbang. huhu
asyik nak pk benda2 x elok je. kalau boleh dlm flight tu nak tdo je..
x nk tgk keliling.. hehe
tp alhamdulillah selamat jua smpi di Bandung.



kami dijemput oleh Pak Sukiman (tourist guide kami sepanjang di sana)
gi lunch dlu baru lah pak sukiman bawak jln2 gi factory outlet.
saya menjadi jutawan sbb bawak duit 2 juta. hehehe.
dan kerana duit juta2 itulah saya takut nak berbelanja.
ntah... sume pakai ribu riban.. rasa mcm kalau belanja nnti duit x cukup. huhuhu
sudahnya kaum kerabat yg lain seronok berbelanja, saya hanya melihat. apa kes???

di Bandung mmg byk factory outlet... so aktiviti utama di bandung adalah shopping sje.
tp sempat juga melawat ke Tangkuban Parahu. kawah gunung berapi yg masih aktif.


Hari ketiga kami ke Jakarta. kt sana shopping lg.... huhu
kt Jakarta baru saya teruja nak bershopping. tp kt sini da x best seperti di Bandung... :-(
sedih..sedih.. nyesal pun ada....
ha sepanjang kt sini kitorg ni asyik membalun nasi padang jer. sbb itu je yg kami yakin bersih dan halal. huhuhu. smpi satu tahap saya da x boleh telan nasi padang. order spageti kt hotel.. :p
pe2 pun tahun depan sudah merancang utk ke sana lagi. kali ni betul2 mau bershopping sakan. hehe

Thursday, May 28, 2009

Mengapa wanita sangat istimewa

saya dapat ini daripada satu email....

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tidolah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...

check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...

ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...

on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."

dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...

check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...

papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Sunday, May 17, 2009

Jalan-jalan cari makan


Sejak otak da serabut dgn kerja, saye mmg da plan utk bercuti.
yati : partner in crime turut mengajak pergi bercuti.

kebetulan 4 Mei 09, Saye diminta oleh teman baik, Pn. x (bukan nama sebenar) utk menjadi saksi kes perbicaraan cerainya. So sambil menyelam sambil minum air. alang-alang nak ke sana, baik jalan2 terus ke Penang. Yati pun setuju utk ikut sama...

Memandangkan 1 Mei cuti umum, kami bercadang utk ke Melaka dulu. sbb nak makan ikan bakar di Umbai. start cuti 29 April - 4 Mei. Lama kn.. hehehe.

29 April:
Check in di Hotel Hallmark kt town. RM84. okla tu... Malam pi makan kt Umbai. tp x memuaskan hatila... x sodap!

30 April :
jalan2 kt Banda Hilir. Jalan kaki je dari hotel. lalu lorong2 blakang. syiok jugak. snap banyak pic :-)..... Petang 2pm bertolak ke Penang plak. smpi Penang 12am! hahaha sebab banyak benti makan. Rupenya Yati ni lebih kuat makan dari saye. badan kecik! menginap di Sungai Ara. Rumah makcik saye....

1 Mei :
1pm...
Berusaha mencari nasi kandar Line Clear. Siap beli map tuh! hahaha. Da jupe berpeluh2 makan sbb tempat tu panas. wahaha. tp mmg bestla.
gi Chow rasta beli jeruk. sedap...sedap....

2pm...
meneruskan misi ke Balik Pulau. Yati nak makan laksa sedap! smpi kol 3pm laksa lum siap lg. huhuu... lebih kurg setgh jam, melantak laksa plak. serius saye kenyang tahap gaban. tp Yati bole relaks je... tapau plak lagi 5 bungkus laksa. Yati nak simpan kt umah autie. muahahaha. dia memang hantu laksa!

balik singgah tgk view kt atas bukit. posing2 jap. pastu naik keta blk.. benti plak bila nampak replika durian. yati nak makan durian Balik Pulau! beli yg da siap kopek. 3 bekas RM20...

petang gi pasar malam je... malam cuma berehat di rumah sambil melayan daniel...

2 Mei :
pagi tiada aktiviti menarik. hantar makcik saya yang sarat mengandung ke hospital. dia tidak sht... jam 1pm baru semua selesai. makcik saya belanja makan kari kepala ikan. serius sedap mengorek2 kepala ikan. hehehehe... pas makan sume tumbang! :p

petang gi Batu Feringgi.. tp kami smpi kol 8mlm....nak shopping! makan dulu sblm bershopping. ngabiskan duit beli vcd! huhu. tp x sekronik yati. beli VCD smpi RM120! huhu... hbs shopping kol 10.. gi Padang Kota plak.. melahap pasembor, sotong kangkung, kerang bakar dan mee udang! seperti biasa, yati menjadi tukang habis makanan.. hehehe. blk pun da 12lbh.... zzzzzzz.....

3Mei :
Misi mencari baju kurung. dek kerana terlalu fokus utk bercuti, terlupa plak perlu ke mahkamah syariah. saya dan yati tidak membawa walau sehelai baju kurung. huhuhu. terbang plak duit beli baju kurung di Bukit Jambul.

tgh hari Yati beli lagi kari kepala ikan. seperti biasa.... pas makan sume tumbang! :-p

Petang bertolak ke Sg Petani plak. tiba jam 10mlm....

4 Mei :
Ke Mahkamah Syariah. agak cuak jugak sbb belum pernah jadi saksi. huhu. Peguam terpaksa bagi penerangan 2x sbb terlalu panik. hehehe.. Bicara selesai kol 11am.

respek pd sahabat baik saya kerana kuat mhadapi dugaan. bergelut melalui perbicaraan penceraian sedangkan dia baru sahaja melahirkan bayi pertama.

selesai kes, terus pulang ke seremban........smpi seremban 10pm..

sok keje dlm keadaan kepenatan. hahaha..
apa pun percutian mmg besh. duit terbang pun besh! huhu..

Monday, May 11, 2009

Dah xde keje.....

Hati da sakit & kecewa melayan kerenah student yang 1001 macam perangai. feningla!
Otak pun da jammed nak merenung laptop menyiapkan segala tugasan yang x pernah pupus.

Jalan penyelesaiaan....
bukak semua gambar2, belek2 gambar..... ketawa2 tgk gambar lucu.
tenang seketika otak!

try spek mase same2 gi Batu Feringgi


meniup kipas beca di Melaka


bergumbira di Agrotek


merenung masa depan di Cherating



di Langkawi

Thursday, May 7, 2009

Pelajar cemerlang... gemilang... terbilang...

Saye ada seorang student. Dia sangat yakin boleh lulus cemerlang tanpa hadir ke kuliah.

Kesalahan pelajar ini :

Tidak pernah hadir kuliah ~ Tidak pernah berjumpa saya untuk berbincang silibus ~ Hantar tugasan di saat2 final exam ~ tidak berjumpa saya untuk meminta maaf.

Terpandang je tugasan pelajar ini atas meja, saya segera membuka. Terasa nak terguling-guling plak membaca synopsis cerita.

Subjek : Pendidikan Moral
Tugasan : Cari sebuah VCD yang mempunyai unsur cerita moral. Berikan synopsis cerita dan huraikan isu moral yang diutarakan dalam cerita tersebut.

Dua tahun setelah kejadian di Final Fantasi IV, pemulihan atas kerusakan pada planet Gaia akibat Meteor yang hampir menghancurkan planet mulai diupayakan. Paat itu penduduk Midgar yang berhasil bertahan hidup mendirikan sebuah kota baru yang bernama Edge.

Final fantasy????? Apa patut saya buat dengan pelajar ini???? Huhuhuhu. Stres!

Friday, April 24, 2009

PROTES!

cuba kamu bayangkan pejabat kamu itu mengalami kerosakan aircond dan ofis kamu itu tidak mempunyai tingkap2 untuk memberikan pengudaraan @ angin dari luar? panas bukan???

aaaaaahhhhhh.. itulah yang saye sedang alami skarang! please la abang operasi. da hampir 2 minggu aircond tu rosak. da berbuih2 mulut kami komplen. setiap hari kami seolah2 berada di kawasan "antartika!!" hahahaha... badan berpeluh2. habis keja semua orang bau masam! muahaha.

alasan : aircond rosak. xbleh repair lagi dah.
kami : beli baru!
alasan : dah wat proposol. hold kt dato'

aaahhh inilah payahnya dapat majikan haji bakhil! kebajikan pekerja xnk di jaga.

skrg ini pun kami separuh bergelap kerana hendak mengurangkan haba cahaya lampu. sadis bukan??? xpe. tunggu next week. biar saya bawak kipas seketul. letak depan meja nie. baru puas hati! kalau ada sesiapa yang terasa hati, nasibla!

Thursday, April 23, 2009

Iklan Sebentar....

citer BTN sambung nnti.
semasa blaja di UPM... selepas tamat blaja UPM... memasuki alam pekerjaan....
saya tidak pernah kisah tentang politik. tidak pernah peduli politik. dan ruangan politiklah adalah ruangan yang saya jarang2 baca di suratkhabar.

tetapi selepas saya ditugaskan untuk mengajar subjek2 Pengajian Malaysia, Hubungan Etnik dan Kenegaraan, mahu tidak mahu saya perlu menanamkan minat tentang politik. saya mula BELAJAR kembali silibus2 tersebut. dulu semasa belajar di UPM, saya hanya belajar kerana ia wajib di ambil. kini perlu mengajar, saya belajar kembali kerana terpaksa mengajar. paham ke? xpe abaikan kalau x paham. tetapi kerana keterpaksaan itu jugaklah membuka mata saya tentang politik.

baru saya tahu ttg pentingnya politik.
betapa pentingnya politik terutama kepada orang melayu..
dan sangat rugi besar kerana ramai generasi melayu muda tidak kisah ttg politik.
dan melalui BTN jugalah menambahkan lagi ilmu saya tentang kepentingan politik bagi orang melayu...kenapa?? nntikan entry saya akan datang. hehehe

ok stop bab politik. nnti korang jemu plak. biarlah enty akan datang saya fokus betul2 pada politik eh. barulah korang sume paham.
jadi kenapa entry ini saya selitkan bab politik?? kerana saya baru terbaca satu email berkenaan politik. silalah baca eh.. :-)

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah,
"Ayah, apa itu politik?".
Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.
Jawab ayah, "Politikitu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.
Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.
Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah.

Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?. Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!".

Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik"

Wednesday, April 22, 2009

Kursus BTN

Persekitaran Asrama BTN

Kem BTN Kuala Lipis

Peace!!


Wajah - wajah ceria hari pertama :-)

Apabila mendengar berita "wajib" hadir kursus BTN, ramai yg mengeluh.
kenapa pertengahan semester.banyak tugasan2 yang perlu disiapkan. memikirkan soalan utk final exam belum tersiap, menanda tugasan pelajar belum terhabis... pening!

Rakan setugas merangkap rakan serumah ditugaskan untuk menguruskan segala persiapan.
dan saya pula secara tidak rasminya menjadi pembantu. setiap kali berurusan di BTN N9, saya perlu hadir sama. minimum jumlah peserta adalah 60 orang. tarikh telah ditetapkan. Jumlah staf kolej? lebih skit sahaja dari 60 orang. so nak tak nak, semua harus pergi. kalau x jadi, kolej perlu menanggung RM25k. sape mau bayar??? so kesimpulannya semua diarahkan hadir.

Cheq Li (Timb Pengarah BTN N9) sangat bersemangat mahu turun padang dan menjadi fasilitator kami pada kursus tersebut. jadi dia menerangkan kepada kami pe modul2 dan aktiviti yang akan diadakan..

river crossing..... flying fox.... night walk.....

sronok! anggap jelah kursus ini sebagai satu cara utk release tension! masa kursus ni tak payah nak pk kerja! yebba yebba!

yeahaaa... perjalanan mmg semua ceria. almaklumlah nak pergi 'bercuti' hehehe
bila nak sampai hati semua berdebar! almaklumlaaa... nak kena buli. hehehehe

eh alamak.. masa untuk pulang da! oklah saya sambung di lain entry. muahahaha tata!
jangan mare....!

Wednesday, April 15, 2009

Peristiwa

Beberapa hari yang lepas, saya tido dgn sangat nyenyaknya. kenapa? kerana saya dapat mimpi besh!! pe mimpinya?? saya telah dipatuk ular. yeee.. DIPATUK ULAR. huhu
terjaga dari tido, saya segera memegang di tempat yang dipatuk. yelah, jika sakit bermaksud petanda buruk. jika tiada kesakitan, maka x perlu dirisaukan. jawapannya saya tidak berasa sakit. jadi kecohlah pagi itu saya menghebahkan tentang mimpi tersebut kpd housemate2 saya.

kak da: besar ke kecik ular tu
saya : kurus je kak da...
kak da : pe warna ular tu...
saya : hijau kak da!
kak da : hah incredible hulk kot yang nak melamar ko!

huhuhu.. apala kak da nie... bikin saya terencat saja. haha.

kak da : ala kak da dulu siap mimpi kena telan dek ular. x gak kawin. (hahaha)
ju : memangla x kawin kak da, da kena telan. bukan patuk.

xpelah... kita tunggu dan lihat eh :p

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

my very best friend, Adiza telah selamat melahirkan anak. yes baby girl!
nur aleesya insyiroh...
menurut kate iza, babynya ada lesung pipit!
oh x sabarnya nak melihat! tp jauh la pulak... nun di kulim
xpe2... 4hb mei saya akan ke sana. anakmu, anakku jua! hehehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

esok saya akan ke kuala lipis pahang!
ada kursus BTN sehingga ahad ini.
yeah! time utk release tension!
yebba yebba!
nnti saya update lg.

tata titi tutu!

Monday, April 13, 2009

lots of love

sedang tiada kerja di rumah kerana mahu menggunakan celcom broadband tapi coverage terlalu teruk.... maka inilah hasilnya utk orang yang sedang kebosanan.
ini adalah gambar frens & family.


Sunday, April 12, 2009

PROMOSI BARANGAN CHANTIK!!

Salam kepada semua rakan-rakan.
jomla tengok koleksi barangan Chinta Collection!


KLIK DI GAMBAR INI

@








Thursday, April 9, 2009

7 Perkara

Saya kena blog dengan adik saya…
7 fakta yang membosankan tentang owner blog ini

1. sangat suka makan
2. saya seorang yang baik hati :p
3. suka shopping
4. suka biru dan pink
5. ada tahi lalat di muka :p
6. suke memasak
7. seorang yang chomel :p

7 perkara yang menakutkan

1.Allah
2.Rollercoster atau yang sewaktu dengannya
3. kehilangan orang2 tersayang.
4. mati
5. dok hutan sorang2
6. kemalangan
7. kubur

7 lagu buat masa sekarang
1. Laskar Pelangi
2. Dan Sebenarnya : Yuna
3. Cinta yang sempurna : yuna
4. After midnite : yuna
5. Ada Masa : Infinatez
6. Lucky : Jason Marz
7. Aku punya kamu : Faizal Tahir

7 perkara yg selalu dsebut
1. sengal
2. bodoh
3. why
4. hampeh
5. orait
6. positif fadhlina…positif…
7. jom lunch! hehe

7 perkara yang bernilai
1. myself
2. family
3. Friends
4. laptop
5. handphone
6. my students
7. chinta collection

saya tidak mahu tag sesiapa. Jika anda berminat, silalah buat tag ini. Sekian…

Tuesday, April 7, 2009

Bon Appetit!

Pagi ini terima sms dari student.

Student : Cik, Nanti kalau free datanglah luch western yer. rm15 jer.

me : menu apa?

Student : bla..bla..blaa..

me : nasi ke (sbb mggu lepas saya dihidangkan nasi goreng nanas. sy tidak suke!)

student : x cik, ayam. memang sedap rasa dia

me : oklah saya pergi bertiga

Student : terima kasih cik

bila student telah mempelawa, x smpi hati nak menolak. konon nak bagi moral support lah.
jadi ini adalah menu2 saya pada hari ini...


Sweety Rainbow


Mushroom Couque Bullion

Black Aprricot Couque


Sweety Crunhy
walaupun sedap, tetapi tekak saya sedikit muak. kerana main course itu agak manis.
kesudahannya saya ke kedai dan membeli......

Ice Lemon Tea!
Hari ini juga saya belajar beberapa bahasa baru. tanya student apa maksud menu2 tu. tergeliat2 lidah nak menyebut.
oh rupanya bahasa perancis!
Couque : Ayam
Bullion : Sup

Sunday, April 5, 2009

Layan Movie

saya sangat kepingin menonton Talentime. tp belum sempat2 lagi. huhu
Esoklah! jom Kak Da! yeaaah...





Then coming soon 'Setem'. Arahan Kabir Bhatia. mcm besh!


Saturday, April 4, 2009

Prejudis

yes saya sangat prejudis dengan kaum lelaki tentang 1 perkara.
apabila lelaki menjejakkan kaki ke 1 kawasan yang mempunyai ramai perempuan, mereka jadi alpa dgn org yg dikasihi. x kisahla isteri ke... tunang ke... atau kekasih.

maaflah kalau prejudis ini salah kerana saya tidak maksudnya kepada SEMUA lelaki.
tetapi SEGELINTIR sahaja. ye saya mengaku masih ada lelaki yang sejati. masih ada lelaki yang setia pada yang satu. tapi berapa ramai bilangannya? saya telah berjumpa dengan banyak kes yang membuatkan prejudis saya semakin kuat. bukan hanya kes saya sahaja tetapi juga rakan-rakan saya.

cerita pertama:
3 years back saya ada seorang 'kawan'. younger than me. kami berkawan hampir setahun sebelum dia melanjutkan pelajaran ke poli. what happen to him? yes... dia mula ignore sy. dia ada kakak angkat yang akhirnya terangkat juga. ketika itu saya sudah tidak larat utk berduka lara kerana episod first love, saya lebih merana. jadi abaikan.

cerita kedua :
kawan saya study part time di ipta. program ni utk orang2 yang da bekerja. so ramailah lelaki2 macho yang poket berisi tetapi perasan bujang. umur da separuh abad tp masih mengejar rakan saya ini. sudahnya rakan saya ini tergesa2 menamatkan zaman bujangnya dgn insan tersayang kerana tidak tahan diganggu.

cerita ketiga:
rakan setugas saya bertunang awal thn ini. target utk wedding adalah jun09. en tunangnya mendapat tawaran kpli. setelah lbh sebulan dlm kpli, en.tunangnya membuat pengakuan berani mati. "saya terminat pulak sorang girl kt sini". Apa kes??? kalau korang jadi tunang dia, pe perasaan korang? bila tanya bab kawin, byk alasan. sudahnya mtk kawan saya tgguh smpi hjg thn. dan sekarang mula minta putus tunang. tak paham...tak paham...

byk lagi kes p&c yg saya x boleh ceritakan.
susah benar ye nak jupe lelaki berkualiti.
kuantiti ramai,tp kualiti hampes..
mmmm adios!

Wednesday, April 1, 2009

Ketenangan di City Park

semalam aku dan rakan serumah melancong ke City Park.
City Park ni mcm Tasik Permaisuri kt Cheras la.. tp aku rasa City Park lagi menarik.
Bersih dan ceria..

tujuan ke sini sbnrnya saja nak release tension.
nak merehat2kan otak. berjalan sekitar tasik sambil makan kepok lekor. hehe
sambil jln2, tgk org bagi ikan makan.
satu perkara yang aku suke kt city park, tasik bersih dan cantik. ikan plak berlambak2 dan besar2 belaka. kura-kura pun byk.

kat tepi city park ni siap ada jual roti dan makanan ikan.
roti tu bukan utk dimakan oleh manusia yer. tp utk ikan-ikan yg pelahap itu.
sekali campak makanan, berlumba2 semua ikan tu. kalau kura-kura tu alamat x dptla nak mengejar makanan tu. mulut2 ikan tu sentiasa ternganga2 menanti makanan. hehehe

see... tenang pe tgk ikan2 tu. mcm2 ikan ada.. keli... kap... tilapia pun ada. tp kalau suh makan confirm aku x lalu.

melihat kerakusan ikan2 tu, terasa mcm nak campak je kopok leko atau cup air. tp kesian plak nnti ada plak yg mati tercekik. hehhee

lebih sejam kt situ rasa tenang otak.
walaupun masalah tetap x hilang, but at least dptla merehatkan otak jap.
so next time leh dtg lg.

adios! huhu



ni la ikan-ikan kt City Park

Sunday, March 29, 2009

Earth Hour

seminggu sebelum Earth Hour kami serumah da memang dok bercakap ttg nak bergelap nie.
teruja jugak sama-sama nak menyokong. kebetulan minggu ni x blk Ampang, so bolehla bersama-sama housemate menyokong earth hour nie.

Sabtu pun tibe....
pas maghrib gi pasar malam jap beli makan utk dinner.
sampai umah kol 8.20pm
cepat2 mandi sebab lagi 10min nak earth hour.
mandi spoloh minit tu.... huhuhu
siap2 depan tv.
tepat 8.30 aku dgn kak da bersemangat tutup lampu.
lampu jer... kipas & tv still on. hehhee
da tutup, jenguk kat tingkap.
ala... rumah kami je yang bersemangat join earth hour.
sedih... :(

sejam plak tu. nak tunggu lampu bleh bukak baru nak makan, kebulur plak.
sudahnya kami makan bergelap. nasib baik ada cahaya lampu :)
tepat 9.30 baru on balik lampu.
bangga sebenarnya menjadi sebahagian daripada komuniti yang join Earth Hour :)

Thursday, March 26, 2009

Motivation

BELIEVE
in yourself & all that you are
know that there is
SOMETHING
inside you that is
GREATER
than any obstacle
"Christian d. Larson"

Monday, March 23, 2009

Majlis Pertunangan

Sebulan lebih berhempas pulas, alhamdulillah majlis tunang Dila terlaksana sudah :)
Selama sebulan ini kami the Ghani’s daughter menjadi superwoman. Abah juga tiap hari menyiapkan kerja – kerja mencantikkan rumah. Sampai kadang2 tu risau juga kerana x nak pisang berbuah dua kali. Dulu masa adik ku Safwan nak bersunat, kami bertungkus lumus nak wat kenduri. Kesudahannya kenduri berjalan tanpa abah di rumah. Terlantar di hospital gara-gara terlalu kuat bekerja sehingga disyaki terkena sakit jantung. Tp sbnrnya sakit dada sbb stress jer.. Safwan pulak meraung-raung masa majlis sbb abahnya xde.

Nasib baik kali ini tidak terjadi perkara yang sama. Banyak kerja abah, kami anak2 perempuannya yg merupakan power puff girl tolong settle kan. Hehehehe.. wani org yg paling kuat kerja memandangkan dia yang dok kt ampang.

Sampai hari yg dinantikan, dila ckp dia xleh tdo malam tu. Siap mimpi buruk lagi tuh… mimpi pe?? Ttuuuuttt…rahsia! Hehehehe. Nak tau tanya sendiri kat adik aku tuh :)
Ni baru tunang, belum kahwin. Tp majlisnya macam majlis kawin. Almaklumlaaa… saudara mara pun sangat ramai. Belum masuk jiran dan kawan2. x jemput nnti kecik hati plak.

Paling best adalah cupcakes & kek hantaran. Cupcakes tu sgt sweet! Kek yang auntie Jah bagi pun SANGAT CANTIK eh! Siap beli tiket bas utk harga budak semata-mata nak bawak kek tu dr JB ke KL. Cupcakes plak order kt Paroi. Nasib baikla azhar merangkap bakal adik ipar aku tu baik hati hulur skit kt kitorg esoknya. Dpt gakla rasa kek2 itu. Walhal rasanya tetap sama dgn kek2 lain tp kepuasan itu tidak sama. Hehehe.

Masa majlis tu pun aku da x mampu nak jawab soalan2 sumbing!

"Alongnya biler lagi?"
"Laa ingat along tunang, rupanya dila.."

adoi aku x mampu nak jawab soalan2 itu kerana aku tiada jawapan utk soalan itu.
insyaAllah... ada rezki sok aku xkn luper jemput. ok!

So Dila, pasni simpan2 la duit tu eh. Setahun itu tidak lama…. Pejam celik pejam celik kejap je… nak kawin lagi besar belanja. Anyway congrats dear! Jaga Azhar tu baik2 eh :)
Cik Dila & Azhar

Hantaran Pihak Dila

Hantaran Pihak Azhar

Di Bilik

Monday, March 16, 2009

Pelajar Istimewa

Alhamdulillah melalui online tuition yg diperkenalkan oleh Noi, saya menerima seorang pelajar bernama Arifah.

So Arifah pelajar ting. 4 dan lemah dlm BM. Aiyoo.. BM form 4. susah gak tu. Tp memikirkan pendapatan yg agak lumayan, saya gagahkan juga. Asalnya saya agak keberatan kerana beberapa sebab :

- BM form 4 agak susah. Saya sendiri da lama meninggalkan alam persekolahan
- BM skrg ada KOMSAS yg mana sy TIDAK PERNAH belajar KOMSAS.

Tp sbb keluarga Arifah berusaha memujuk saya, so x smpi hati la plak. Jadi saya telah menggandakan usaha utk revise blk silibus. Jgn ingt sy hanya mengajar hentam keromo. Berdosa tu. Hehehe…

…………………………………………………..

Bila da dpt klien pertama, hati mula berbunga riang. Hehehe
Nak usaha lagi carik klien lain. Kali ni ada sharing partner plak. Kami edarkan flyers di sekitar kwsn rumah sewa.

Alhamdulillah kami menerima seorg lagi pelajar. Bapanya mahu kami mengajar 4 subjek utk form 1. Tetapi kali ini pelajar ini adalah istimewa.

“cikgu, tp anak saya ini istimewa sikit. Dia kemalangan semasa darjah 1. kepalanya cedera dan kakinya tempang. Kesian dia cikgu. Dia koma dan dari darjah 2 sampai darjah 4 tidak pergi ke sekolah. Anak saya ini slow learner cikgu.”

Apa perasaan korang bila mendengar kata-kata ayahnya?

Saya terdiam sebentar. Sbbnya saya tahu bukan senang nak mengajar kanak-kanak slow learner. Kerana saya sendiri mempunyai adik slow learner. Yes ia memerlukan tahap kesabaran yg sgt tinggi.

Dan bila si bapa mengetahui bahawa sy tinggal di sebelah lorong rumahnya, si bapa sgt2 gembira. Dan mlm td mereka sekeluarga dtg ke rumah saya utk berbincang. Sy berjumpa dgn bakal pelajar saya iaitu Didian, bapanya Mr. Balang dan ibunya yg sy lupa nk tanya nama. Huhuhu. Mereka berasal dr Sarawak dan baru berpindah ke Seremban.

Mereka sekeluarga sangat2 baik dan peramah. Didian sentiasa tersenyum pd saya. Masa nak balik, Didian asyik melambai dan sentiasa menyebut ‘Selamat Malam cikgu”

Oh saya sgt sedih. Serius sy hampir2 menangis melihat Didian. Seorang kanak-kanak istimewa yg innocent dan bersemangat mahu belajar. Chaiyook Didian! :-)

Friday, March 13, 2009

TAG

I've been tag by noi! hehee

1.Someone tells you they love you, you say…
Depends on who are they….i will say love u 2…

2.If you won a lot of money on the lottery, what would you buy first?
A new handphone… then pay back all my hutangssss…
Tp for sure xkn dpt becoz lottery is haram!

3.Do you miss anyone?
Yeap…very much

4.Who was driving the last time you were in a car?
Azlina.. tumpang gi koje..

5.Do you like your bed?
Yes…

6.Will this weekend be a good one?
Not really… have to replace back my tuition class

7.Do you think you can last in a relationship for 6 months or more?
Nope…

8.How is your hair?
Long hair..

9.Do you like your life asof now?
Yup

10.Do you wish someone would call or text you right now?
Yup..

11.Do you drink coffee?
Almost everyday

12.Does anyone call you babe or baby?
mmmm… yup

13.What were you doing yesterday at midnight?
I was reading story book till 3am! And now im sooooo sleepy! huhuhu

14.Do you like surprises?
Yes. But the good one only.

15.What are your plans for the future?
Looking for a better job… having a happy family

16.Have you ever set foot in a tanning bed?
Nope..

17.Do you make your bed everyday?
Yes

18.Your best friend tells you she is pregnant what is your reaction?
Happy & excited! My best friend’s due is on april. Her baby will be my baby tooooo hehe

19.Do you like pasta?
Im loving it!

20.Whisper or shout?
Whisper..

21.Swim or run?
Cant swim.. I don like to run. Can I walk?? Hehe

22.When did somebody tell you they loved you?
Cant remember…

23.Last person to annoy you?
Big2 boss yg sgt bossy!.

24.Do you wish your hair was shorter or longer than it currently is?
Shorter……

25.Do you have a secret that less than 3 people know about?
Yes..

26.Have you ever had a phone conversation with someone who lived in a different state?
Yes

27.Do you and your best friend have the same cell company?
Yes… its cheaper!

28.Are you good at persuading?
Nope

29.Are there a lot of people in your house?
Nope…

30.Does the same person call you every single day?
Nope…once in a while.

31.Last call received from who?
My housemate…

32.What are you doing tonight?
Lepak2 at home.. watching tv…

33.Do you have a guy friend you tell everything to?
Nope… not everything..

34.Are you friends with more guys or girls?
Girls..


sape yg aku nak tag :

1. wani

2. dila

3. suzie

Thursday, March 12, 2009

cuba mengikut seperti lirik Laskar Pelangi

" Menarilah dan terus tertawa... walau dunia tak seindah surga...
bersyukurlah pada yang kuasa....

i really love this song.
bila semakin lama hidup kt dunia ini, rasa macam terlalu banyak cabaran hidup yg perlu dilalui.
kalaula saya dapat memutarkan kembali waktu, pasti seronok utk kembali ke alam sekolah.

kenapa saya nak kembali ke alam sekolah :

bila waktu itu nak tergedik2, terlompat2, terbahak2, no one cares. ala budak sekolah... comel lagi kalau buat benda2 mcm tu. kalau sekarangla buat perangai mcm tuh... saya confirm akan di cop buang tebiat.

masa zaman sekolah hanya pikir belajar & periksa. sape peduli bab kerjaya, bab cinta, bab duit. mana ada pikir nak bayar segala bil, pikir nak kawin, pikir nak beli kereta, rumah.. tau masa tu hanya kawan2, duit blanja pun mak bagi...

zaman saya sekolah kawan-kawan ramai. semakin dewasa kawan semakin berkurang. dan yg saya pasti kawan di pejabat tidak sama seperti kawan semasa belajar. keakraban itu hanya dpt dilihat pada kawan belajar. menangis dan ketawa bersama. saya rindu dgn kawan2 saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kenapa lagu Laskar Pelangi itu sering berkumandang di laptop saya..
sebab lagu itu adalah motivasi bagi saya.
betapa hidup ini banyak cabaran dan dugaan.
dan sebenarnya prinsip saya amat simple. saya x suke terlalu memikirkan pelbagai masalah yang melanda dalam hidup saya.
saya bukan dr fadzilah kamsah atau prof izzie (renung2kan, selamat beramal! hehee)
saya perlu mencari 1 benda yang boleh motivate saya. apa eh sebenarnya masalah saya??
kdg2 kita akan bertanya kenapa aku x dpt seperti apa yg dia dpt? kenapa aku yg perlu terima cabaran ini? kenapa aku x setanding org itu? kenapa org tidak mahu memahami saya? kenapa dan kenapa? oh saya tiada jawapan!


eh apa sebenarnya saye merepek ni? kenapa saya sgt emosi pagi ini. yeeeeeeeee kerana minggu ini byk betul dugaan saya.

1. Laptop sy diserang virus yg saya sendiri download. ces konon antivirus. saya dgn teruja download. saya tertipu!

2. saya terpaksa cancelkan kelas tuition saya kerana terlampau banyak kerja last minute dari kolej. huh suke sangat bagi arahan kerja mcm tuh!

3. hari ini saya diarahkan ke Pasir Gudang pulak! Perlu ke sana utk marketing. tahukah wahai en.marketing bahawasanya saya ada kelas ganti tuition saya. xkn saya nak cancel lg!

4. hjg mggu ini saya x dapat join ahli keluarga saya membuat persiapan tunang adik saya. saya perlu ganti kelas tuition. sedihnya...

5. saya perlu menyiapkan menanda test 1 budak2 ni... tp saya masih baru separuh menanda.

6. memikirkan betapa saya perlu mencari side income utk menampung perbelanjaan saya. wawiwu. budjet melebihi gaji, mcm ne ni :p

dan sebenarnya byk lg mslh. sy tau sume org ada mslh hidup. huh biarlah. ada masa sy pk lg.
tatatititutu

Monday, March 9, 2009

Bosan!

hari ini aku sgt bosan. sume org keje accept aku. saje amik annual leave. lagi pun tgh mid sem break. so no point aku gi kolej. baik cuti. dok opis pun bosan gak.

sbnrnya aku ni ada beberapa rancangan utk hari ini....

1. gunting rambut : rambut aku da memanjang dan menebal. mak aku kate macam perempuan x semenggah. hahaha

2. tgk movie : aku nk sgt tgk citer pink panter 2. huhuhu

3. hantar resume : aku nk p submit resume kt kolej segi

4. jupe kwn : aku nk jupe beberapa org kwn aku yg aku rindu banget. sejak dok seremban, jrg dpt ketemu. wuaah...

tp apa hasilnya hr ni? hampes! sume plan xleh dilaksana. mengapa?
gara-gara menunggu ketibaan perabot yang dijanjikan pd kol 11.
skrg da kol 1! call kedai x angkt. apa kes???

Get to know yourself better

saya sangat teruja melihat personality test yg ada pada page suzie. i likeeeee! hehehe.
so here is the result for the test.

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.


Your views on education:
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve

anybody nak try can go to this website
http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

Thursday, March 5, 2009

Spa Q

dulu Bella skrg Spa Q pulak!
tiap hr me & my housemates merangkap teman sepejabat sentiasa nk blk cepat.
kalau da 5.30 tu sume da siap kemas meja.
kalau tetiba ada class 5.30 -7.30 mula wat muka sposen "alaaa spa q!"

kwn aku plak bising ckp spa q makin lama makin jahat. sakit hati tengok. hahaha sape suh tgk gak. tiap hari ngadap gak spa q.
kak da plak asal tgk datin sofira dgn norel "Ya Allah seksinya....."
tu belum lagi komen mrs Zafrul yg da jadi ala2 minah salleh. hehehe
walau apa pun komen, tengok gak hari2.

pe pun komen2 nya, hari2 kami ngadap spa q. best ape...
blk keje penat2, leh gak relaks kn otak. :)

sebenarnya xde point ape pun. hehehe
saje nk citer tentang spa q.
tata!

Monday, March 2, 2009

Dine-In Western

" Ingin nikmati makanan ala barat dan dilayan seperti di hotel?
nikmatilah keenakkan 4 hidangan ala barat beserta layanan istimewa dengan hanya RM15.."


wawiwu. menarik sungguh!
ini adalah projek pelajar perhotelan di Kolej Negeri.
Every Week mereka perlu mencari customer di kalangan lecturer, student @ anybody yg berminat utk menikmati makanan ala hotel dan serve seperti di hotel.
This week adalah utk lunch. next week pulak utk dinner.
So hari ini menikmati makan tengah hari yg special.
dgr pun da best kn. dine in western! belum tgk menu lagi tu.

MENU
Appetizer:
~North East Cracker


Soup:
~Sweet Corn Soup


Main Course:

~Fire Chicken Grill


Dessert:

~ Fruity Pudding



Hasilnya saya sangat kenyang betul dgn hidangan tersebut! :-)

saya bersama Ju di bilik makan

Monday, February 23, 2009

Birthday!

many thanks to my friends & especially to my family who wishes me and celebrating my birthday. yeap 6/2 was my birthday. Im already 27!

thanks to ju and others yg susah2 bought me a cake! and also tq Alin & Yani for the secret recipe's cheese cake! so terharu... thanks a lot friends!

to nazlin, iza, yana & erin, thanx for the wishes!
kamu2 memang x pernah lupa tarikh ini. muah!

untuk makcik, thank you so much for the card.
walaupun jauh di US, tetap ingat tarikh hari jadi kami2.
miss ya!

masa birthday, mak called "mlm ni abah nak belanja makan"
hehehe..so after work me rushed blk kl.

Me and my family had a dinner on top of Bukit Langat! tu sebenarnya adalah lookout point.
Can see the whole KL kt atas bukit tuh. for those yg nak having candle light dinner, tempat ni besh.


ni mase posing kt tepi bukit.

thanks Abah for belanja us makan!
kami makan di arabian restaurant.
me, mak & dila ordered chicken grill. abah of course la beriani lamb die! hehe
ordered jugak beriani with 1 whole chicken. serius bapak banyak.



sesi makan - makan

ni la meal saya malam itu


ni la nasi beriani tu.. sooooodap!


ni tatau air pe wani order

oh, sangat kenyang!
sooooo happy. dpt 2 hadiah yg sgt besh from my parents & my siblings.
Really love that present!
thanks abah,mak, wani, dila & my dear adik bujang kesayangan Safwan!


sesi membuka hadiah :-)

ni lah hadiah saye dpt dr family & ju :-)