Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, October 27, 2011

Hotpot Potatoes

Salam
Sejak akhir2 ni mood aku nak try segala resepi mat saleh ni membara dlm jiwa. Siap angkut oven dr umah mak. Mak pun merelakan je sbb kalau kt umah pun, tak digunakan. Tersimpan elok smpi berhabuk. Maka dgn gigihnya aku mengangkut ke umah sewa. Dan setiap kali aku blk ampang, confirm dgn bahagia aku g shopping mcm2 brg untuk memasak. Mostly brg2 untuk membakar la mcm cheese, butter,olive oil, dll yg sewaktu dgnnya . osmet aku asyik geleng kepala je setiap kali aku pulang ke rumah sewa. Barang makin byk, masaknya sesekali.hahaha. siap dia ckp “ni bahan2 utk diet ke kakak” “peti ais kita makin penuh kakak’ ceit. Taula sebelum ni aku nak diet. Tp dia nengok brg2 nak memasak tu sngt la untuk menternak badan, tu yg dia pelik. Hahaha.

Hr tu aku dok ralit baca satu blog. aku klik la label western. Oh oh aku sunggu tertarik dgn resepi hotpot potatoes dia. Serius bila ia melibatkan cheese yg byk, air liur boleh meleleh! Hahaha.

So hr ni aku usahakan jugak untuk membakar hotpot potatoes. Ho yeaah! Menjadi! Dan sgt yummeeh! Keje aku kaut kentang yg bercheese itu shj. Huhuhu.

Oh aku ubah sikit resepi dia. memandangkan menu tu x de menu berat, aku campur skali sikit pasta supaya ianya mengenyangkan.hehee

resepi dr fazlinil Irma

Bahan-bahan :

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang. *aku guna daging cincang ramly
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur * yg ni aku tukar ke button mushroom sbb osmet aku x makan mix vegie
1 tin tomato yang dicincang. *aku guna Kimball sos spageti
1 sudu teh mixed herb *aku guna oregano
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis *aku guna corn oil
1 kiub ayam *x letak sebab xde.huhu
2 biji cili dipotong nipis. *letak cili api. Giler melayu.hehe
Garam


Topping :

5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.

cara - cara

1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.

2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.

3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.

4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.

5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

6- Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.



7 - Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Disarankan anda susun rapat sikit.. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)




8- Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.




9- Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa




ohoi mmg syiok mkn! ;-)

1 comment:

||alis|| said...

salam. sis saya mohon kopipes resepi ni ye, halalkan tau, hihi. tq :)