holla!
hari ni buat muffin lg ;-)
tujuan buat muffin ni sebenarnya untuk student aku jual di kolej untuk dptkan dana aktiviti.
aku sponsor kos, duit hasil jualan masuk tabung dana. sesekali xpe. seselalu bankrap!
so hr ni buat cinnamon muffin dan letak topping cream cheese yg sgt yuummmeeh!
okeh nak resepi?
Resepi ni aku amik dr blog ni : 1001resepi
Tp aku ubah skit mengikut brg2 yg ada kt umah je hihi. Resepi asal kena letak parutan apple dan carrot, letak walnut dan kelapa parut. Tp aku xde bahan2 berikut di rumah plus nak kurangkan kos. Almaklumla nak jual kt student ;-)
Okeh ni resepi dia
bahan A
2 cawan tepung
1 1/4 cawan gula
3/4 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam (aku x letak sbb aku x tau nape garam x hancur. Ada masa aku terasa garam dlm muffin. Huhu)
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
(campurkan semua bahan dalam satu mangkuk)
bahan B
3 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
(campurkan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati)
kemudian korang campurkan bahan B ke dalam Bahan A. kacau sebati. Pastu letak adunan dlm cup muffin dan bakar 180’c selama 15 – 20 min
untuk topping :
1/4 cawan butter
1/2 cawan cream cheese
1 sudu kecil vanilla
3-4 sudu besar icing sugar
Pukul butter, cream cheese dan esen vanilla hingga dia kembang.
penulis blog yg aku amik resepi ni tulis : blend bahan hingga creamy. Aku dgn jujurnya masuk dlm blender. Tp x gerak2 blender aku. Huhu. Last2 pukul dlm mixer ;-p
okeh sambung resepi blk. Bila da kembang masuk gula icing.
Then letak atas muffin. Utk hias suka hati korangla nak letak aku. Aku letak hirisan strawberry je. siap untuk dimakan ;-)
No comments:
Post a Comment