salam, hai hai hai...
so apa menu hari ni? pernah tak korang semua jemu dengan menu yang sama hampir setiap hari. gi cafe mamak, balik2 kari. gi cafe pakcik ali (bukan nama sebenar ;-p) pun hari2 asam pedas, kicap, sambal belacan dll... kadang2 bila g cafe, menung lauk lama2 sbb da x tau nk mkn pe. jemu nok! hahaha.
macam tu jugakla aku kadang2. bila ke dapur, buka peti ais menung sejam. pe nak masak eh. kadang2 da pening nk masak lauk pe. balik2 asam pedas, balik2 sup, xpun lemak cili api, xpun kari, tak pun bening...atau sambal. nak masak lauk pelik2, lidah aku je boleh telan. lidah mak bapak? harap maaf la mmg tak terima. pening tau pikir nak masak pe. ha tengok ko ingat senang nk jadi suri rumah berjaya. hehehe. tu masa zaman aku jadi penanam anggur berjaya.
tapi menjak2 da menyewa sendiri ni, jarang bebenor da masak. balik koje da penat. kalah orang da kawin. hahaha. pernah sekali aku dan osmet berborak2 sambil melepek tgk tv selepas balik kerja tentang isu memasak untuk dinner di hri bekerja buat anak2 dan suami jika kami da berkahwin sok. fuhhh! lu pikir la sendiri yer.
kebiasaannya untuk dinner kami beli bungkus jer. almaklumla balik keje pun kdg da lwt petang. perut da berkeroncong... kepenatan.... lagi pun beria masak, pastu makan berdua jer.huhu. so slalunya mmg balik kerja, mulalah bersms dengan osmet mlm nak makan pe. ngada nak bersms padahal staffroom sebelah2 jer.hahaha.
so ada satu hri tu kami decide nk try menu arab yg ada di area rumah sewa kami. nama kedai tu Baghdad Kafe. pernah nampak kuar paper. kalau x, aku pun tak perasan sbb dia tersorok skit. kalau x silap aku, tokeh kedai ni perempuan melayu yg kawin dgn lelaki arab.
so mlm tu kami pun menjengah lah ke Baghdad Kafe.
tempat tu agak tenang. orang pun x ramai. sangat santai dan selesa. x mcm kedai2 tomyam biasa tuh. dalam penat balik keje tu, best gak la dok di sofa yg empuk. ;-)
suasana cafe
menu? mmmmm of coz la menu arab. berminat nak try lamb mandy but then too expensive. menu yg sama di Al Rawsha cuma rm27. kt sini harga dia rm35. tp dorg ckp boleh share 2 orang. xpelah. tukar menu... so aku order menu special skit. lupa plak pe nama menu tuh. tp menu tu nasi yang disalut dengan roti! roti agak crunchy. sedap. nasi pun sedap. disertakan sekali dgn kebab ayam kalau x silap. harga not bad. rm13...kenyang gilos la.. apa x, da nasi, roti lagi! huhuhu
nasik ku....
okeh utk osmet dia x order lamb mandy tp dia order lamb kabsa. portion dia kurang skit la so sesuai utk sorang mkn. pun not bad jugak rasa dia. harga pun rm15 jer..
lamb kabsa
malam tu kami kekenyangan... blurrrpppp! alhamdulillah... perot kenyang hati senang! hahaha. balik umah dengan happy. terus nampak bantal dan katil ;-p burok perangai! actually menu yg ada di Baghdad kafe x byk pilihan. sgt terhad kalau nak compare dgn Saba. so xleh la kerap dtg. kalau Saba tu leh la kerap datang cuba mcm2 menu. cumanya duit la x kerap datang. hahaha. anyway BK ni bolehla untuk sesekali tukar selera.
so u olls... x nk try ke? hehehe... sesekali dapat menu arab, layaannnnnzzzzz!! ;-p
No comments:
Post a Comment