Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, June 9, 2011

Hari Keluarga DPM

holla!

tahun ni seperti tahun2 sebelum ni, sekali lagi Diploma Pembangunan Manusia, KTT wat family day. so tahun ni Desa Waterpark adalah destinasi pilihan. yezza! thank you pada DPM 4 yang berjaya menganjurkan family day yg best ni! ;-)

why Desa waterpark? itulah yang kami mampu ;-) alhamdulillah... yang penting family day dapat dijalankan dengan seronok.

korang nak tau pakej dia bape? okeh kami amik pakej berharga rm32 yang mana ianya include tiket waterpark, 3 game yang dijalankan oleh pihak waterpark, lunch dan juga minum petang. oh ya lupa juga 1 kawasan khas untuk aktiviti family day. so consider ok la kan. lagi pun ni geng student. kalau company mampula nak cari waterpark mahal2 kan ;-)


Desa Waterpark



game? sangat best! awal2 aku da warning student2 aku yg aku xnk join apa2 game pun. aishh.. game air kot. terloncat2 dlm air. body cantik xpe gak. hahaha. and yes nasib baik aku x join. game2 tu mampu menjatuhkan semangat dan perasaan malu aku.hahaha biarlah budak2 tu je yg join. da nama nya pun remaja. xla nampak janggal. aku da tua kot. hahaha

game 1


game 2

tengok! nasib aku x main game! haha.

ok lepas game habis, aktiviti yang ditunggu2 sepanjang 1 sem. reveal S.A (secret admire). okeh ni adalah game turun temurun.setiap awal sem, setiap student dan lecturer perlu tanda 1 nama tanpa diketahui oleh orang tersebut. so sepanjang 1 sem tu kita kena bagi support dalam bentuk kad, hadiah, atau apa2 sahaja kepada nama tu. sronok kan. 1 sem dpt hadiah. tp ada jugak yg kedekut hj bakhil xnk bg apa2 hadiah.

so masa reveal tu nanti baru kita tau sape yg support kita slama nie.. mana2 yg bagi hadiah paling skit/xpernah bg hadiah, akan dikalungkan sebagai SA kedekut. menarik kan. hehe


reveal SA.
SA yg pakai inner shawl merah tu paling suka bg hadiah. so SA dia yg free hair tu sgt bertuah sebab dapat banyak hadiah. huhu. sem depan jadi SA sy plak eh. ;-p



SA kedekut


okeh lepas reveal SA, semua da x ingat dunia. mandi smpi kecut! hahaha. so xde gambar2 yer sebab sronok mandi. hilang tensi beb! main ombak mcm x hengat dunia.


event ni lg seronok sebab jemput juga 2 orang bekas penyelaras yang da membawa haluan hidup di tempat lain. tq kak nik and kak ju sebab sudi datang! rindu bekerja dgn kakak-kakak sekalian.


kak nik, kak ju dan aku


okeh sempena family day jugak, aku ada tempah kek BESAR punya. awal2 aku da ckp, aku nak kek warna ungu sbb itu color rasmi DPM. aku serah bulat2 pd tokeh kek utk design kek aku ikut suka dia. hasilnya, wallah! cantik. mendapat pujian semua student aku. plus kek sgt sedap!




mana aku beli kek? tokeh kek adalah kawan aku masa sama2 ngajar kat kolej negeri dlu. bisnes kencang punya. hehe aku pun mmg slalu tempah kek dan cupcake dgn dia.mmg puas hatila. jom jengah2 kat blog dia. klik kt logo passion bite ni eh.



family day ini juga akan menjadi family day terakhir buat DPM 6. pasni dorang da tamat belajar. da nak jejak kaki kt upm pulak. InsyaAllah... ada 10 orang tp yg turn up masa family day cuma 8 org. group dpm ni la yg paling kecoh. paling slalu jengah staffroom aku. paling rajin membantu lecturer. aku mesti akan rindu dgn dorang ni. huhuhu sedih~~



dpm 6

sudah pastinya sesi2 potong kek ni ada jugak berjurai2 air mata. ye sedih nak melepaskan dorg. tp itulah namanya kehidupan. bertemu dan berpisah ;-( semoga mereka lebih berjaya di UPM nnti insyaAllah...


No comments: