Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, June 6, 2011

Trip ke sabah! yeay!

jom cuti2 malaysia! ;-)

yup aku mmg suka melancong. duit ada, jom jalan. duit takde dok senyap2 kt rumah k. tp kdg2 duit xde pun gatal gak nak jalan ;-p

so trip kali ni pun trip x dirancang. member aku rumaizah gi matta fair dgn kwn dia. dan dorg da terberkenan nak ke sabah. dia hello2 aku ajak join. pikir punya pikir punya pikir... (duit xde tu yg pikir lama tuh. huhu) last2 setuju gak la.

so this is my 2nd time in Sabah. first time dlu pun terpergi. ada majlis tunang sepupu aku. dpt org sabah masa blaja di ums. flight kitorg ahad kol 6.40am. so kol 3.30 da bangun bersiap. (nak zero fare so dptla waktu2 mcm ni.huhu)

2jam 30min aku rasa amat lama! yes aku fobia flight yer. so sape2 nk ajak cuti2 naik flight sila kemuka proposal sebulan awal supaya aku dapat menenangkn hati berfikirn positif dlm tempoh sebulan. hahaha

kami berempat. adik2 belaka. (mai, len kali bawak yg boleh wat calon2 suami.hahaha)
alhamdulillah kami dpt kereta sewa yg masih dlm keadaan elok dan baru. saga rm120 sehari. tanya kawan aku yg sama ke sabah, dorg sewa wira rm170!

hari pertama agak merewang2 sbb xde hala tuju sgt. tp awal2 acap nak ajak ke karambunai. aku pun mcm seronok gak sbb mcm penah dgr pantai dia cantik. tp smpi2 tengok ada entrance fee rm10/person. memandangkan da jln jauh, masuk jugakla. nothing special. sesuai utk mandi sahaja tp kami2 semua x bawak baju utk mandi. so hanya berposing sakan je la.

karambunai...

main chess gergasi.

posing2 di karambunai

posing lagi...



da bosan kt karambunai, kami keluar cari tempat menarik lain. tp mengalami kekejangan otak sekejap memikirkan apa lagi tempat menarik di kk town. kami pun x berapa familiar with kk. place of iterest di kk pun x byk. so we end up dengan menuju ke 1Borneo shopping mall. apa kes? x cukup lg ke shopping mall kt kl? hahaha. layan kan aje... we had our lunch here in 1 Borneo. gila lapar ok sbb breakfast roti yg da expired pemberian rumaizah! haha alhamdulillah tetap ada rezki. cewah!.

pastu pusing2 1Borneo, ke signal hill plak. tgk view kk. sini pun bergambar sampai lebam. apa lg aktiviti kan selain bergambar ;-)

signal hill

pemandangan dari signal hill. bangunan oren tu hotel kami ;-)


then kami pulang ke hotel sbb kepenatan. maklumla bangun 3 pagi kan. huhu. gila lajak tido smpi 7.30pm. niat hati nak ke pasar mlm. tp tgk semua keletihan + hujan lebat, sume pakat tarik selimut. (oh datang jauh2 ke sabah hanya tdo kt hotel je ke...huhuhu)kol 8.30 kot baru gerak ke tanjung aru untuk makan seafood.

seriously aku mmg giler2 nak makan seafood sbb dorg kata murah dan fresh. tp bila smpi agak frust la sbb cuma ada ikan bawal. IKAN BAWAL??? hello.. kl berlambak ok! tp pe nak wat mcm ne kan. perot da berkeroncong. bawal pun bawal la. nasib baik sedap. tp harga agak boleh tahan ye. ikan bawal sekor rm45. da blk kl baru dpt tau kat area pasar filipina berlambak org jual seafood bakar. huhuhu. xpe next time la.

balik kekenyangan. kena tido awal sebab esoknya nk gerak ke gunung kinabalu kol 4am.

so esoknya gerak dari hotel 4.30am... perjalanan agak mencabarla. sepanjang perjalanan hati sgt kagum dengan ciptaan Allah. cantik sgt pemandangan kt sana. tu lagi satu faktor kenapa kami posing smpi lebam.hehehe.

gunung kinabalu...



Timpohon View : pit stop sebelum smpi tempat mendaki.


smpi tempat mendaki, pelancong xleh suka suki masuk yer. yg nak mendaki kena mendaftar di entrance kinabalu park dan kena melalui mcm2 proses. tp bg yg hanya nak jln2 je di sekitar Timpohon Gate hingga ke layang-layang hut (kalau x silap) yg mana jauhnya adalah 3km kena byr rm5. xleh lebih dr 3km je ye. lebih kena daftar sebagai pendaki. tp kami jln x smpi 3km pun. almaklumla stamina x kuat. hihi plus kami ada byk agenda lain lg. takut x sempat ke kundasang dan ranau. oh ya kalau da masuk rm5 ni bleh dpt sijil. kena byr lagi rm5 untuk sijil.

taraaa dapat sijil yeay!

trail di gunung kinabalu

keluar dr kinabalu, kami ke ranau. hajat hati nak ke hot spring. ok kami x tau hr tu adalah cuti umum sempena pesta keamatan. so hot spring giler penuh manusia. nak tunggu turn mandi dlm tub? harap maap la. so kami mendaki sedikit untuk mandi air terjun walaupun pd mulanya aku xnk sbb lutut da gigil ye disebabkan panjat trail gunung.huhu. last2 panjat jugakla air terjun. and yes aku mandi guna jeans sbb kt atas xde toilet tukar baju.huhu

air terjun kipungit

selesai mandi, kami ke kundasang plak. sejuk toksah ckp. jln kt lantai masjid pun lompat2 sebab lantai sejuk! kt kundasang sronok tgk sayur. tp xleh beli byk2 sbb takut smpi kl da x fresh. cuma beli baby kailan dan timun jepun.


lepas tu singgah heritage hotel. hotel paling atas bukit kt kundasang. tgk view yg cantik. apa lg, posing lagi smpi lebam.hehe. terjumpa plak officemate kt sini.

pas posing2, singgah ke war memorial yg pada aku xlah war sgt. taman bunga je lebih. huhu.

war memorial.

eceh... ;-p

da lewat ptg baru turun blk ke kk. gile lama aku rasa sbb slow moving almaklumla cuti umum. acap da wat aksi2 yg bleh wat jantung aku gugur mlm tuh. huhuhu. bontot pun asyik terangkat2 tiap kali dia potong kt selekoh. huh. (acap, akak x kawin lg tau. so jgn buat begitu lg.huhu)

smpi kk dlm 8++ terus ke pasar mlm. hajat hati nak cari cenderahati buat kawan2 and family. tp xde pe sgt yg menarik. yg byk cuma pearl. mmmmm nak ke pasar filipina da tutup plak. so xdela shopping sgt. elokla tu sbb poket pun da rabak.huhu

kami balik kl esoknya. flight kol 9.30 am.... kesimpulannya trip ke sabah was fun! tp masih x puas hati sbb byk benda x sempat buat. sabah, tunggu lagi aku datang yer! huhuhu



4 comments:

brat2104 said...

Aku banyak kenal kanak2 je la.. Yang sebaya semua dah kawin.. huhu nak buat camne?

FaDh~LyNn~AloNg said...

xpe tingkatkan usaha! kita pasti jumpa. hahaha

nini said...

bestnya......dapat daki gunung...rindu sabah...=p

FaDh~LyNn~AloNg said...

nini : errr. daki x seberapa pun. badan x mampu bawak. hihihi...