Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, November 8, 2011

Kek Oren

salam

terhasilnya kek oren ini adalah kerana kecenderungan mak aku membuat fresh fruit juice. eh silap. bukan dia buat. aku yg kena buat. huhu.
sekali beli buah oren kt carrefour, mesti beli 2 plastik. 1 plastik ada 10biji. tp buah2 ni akan surut hanya bila aku ada. kalau aku blk umah sewa, x berusik la buah tu.so every weekend aku akan buat fresh orange juice dgn menggunakan fruit juicer. so setiap kali buat fresh orange, mesti baki2 serat tu akan dibuang. walaupun sebenarnya serat2 tu masih basah dan boleh digunakan lg mcm gmbr kt bawah ni





rasa rugi sungguh. sayang sgt bila dibuang. so aku pun mencari alternatif lain. godek2 pakcik google, resepi kek oren. akhirnya jumpa resepi kek oren. walaupun dlm resepi nak 1 biji oren, aku terpaksala tukar kepada serat2 oren ni. tetap sedap! ;-)
so meh aku kongsi resepi kek oren ni. SANGAT2 mudah. dpt daripada myresepi.

bahan2 :
1 cwn gula,
1 cwn minyak,
1 biji oren (buang biji. potong kecik2 dan buang urat2 putih)
3 biji telur
2 cwn tepung
1 sb baking powder

cara2 :

- ayak tepung bersama baking powder (aku mls nak ayak, jd aku guna tepung superfine hehe)
- masuk dlm blender : gula + minyak + oren yg dipotong kecik2 bersama kulit+ telur




- blend bahan2 tersebut smpi halus
- tuang bahan2 yg da blend dlm mangkuk
- masuk tepung dan baking powder sikit demi skit sambil kacau guna whisk.




- setelah adunan sebati, masuk dlm bekas/loyang
- bakar pada suhu 150 - 170c sehingga masak







masa tengah bakar tu, harum bau oren tu menusuk2 hidung. siap masak try makan satu masa panas2. peh! gile sedap wa cakap lu. ;-)

Friday, November 4, 2011

Nutella Mug Cake

hai hai hai.
minggu sudah bukan main rajin bakar membakar. minggu ni tersangat busy. hanya mampu memandang je oven buruk ku itu. huhu. tgh hari td nak blk ampang. cuti satu minggu woooo. ho yeah! jd haruslah mengangkut oven balik ke ampang. hehee

hr ni teringin sgt nak cuba nutella mug cake. da lama usha resepi ni tp tak terbuat. SANGAT2 simple. serius. semudah ABC. hehehe.. paling best x payah pakai oven. cuma pakai microwave biasa yg slalu kita guna untuk panas2 lauk. itu pun x lama. dlm 2 minit je. siap dengan sempurna! i tell u! try la! hasilnya :




ok resepi ni amik dari : Fazlinil Irma

irma, izinkan copy resepi ye ;-)

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan

mengikut irma, kalau korang nak cake tu moist lg, tambah susu ;-)


ni kek hasil tangan irma
cantikkan! x mcm kek aku. sememeh! huhu