Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, April 24, 2009

PROTES!

cuba kamu bayangkan pejabat kamu itu mengalami kerosakan aircond dan ofis kamu itu tidak mempunyai tingkap2 untuk memberikan pengudaraan @ angin dari luar? panas bukan???

aaaaaahhhhhh.. itulah yang saye sedang alami skarang! please la abang operasi. da hampir 2 minggu aircond tu rosak. da berbuih2 mulut kami komplen. setiap hari kami seolah2 berada di kawasan "antartika!!" hahahaha... badan berpeluh2. habis keja semua orang bau masam! muahaha.

alasan : aircond rosak. xbleh repair lagi dah.
kami : beli baru!
alasan : dah wat proposol. hold kt dato'

aaahhh inilah payahnya dapat majikan haji bakhil! kebajikan pekerja xnk di jaga.

skrg ini pun kami separuh bergelap kerana hendak mengurangkan haba cahaya lampu. sadis bukan??? xpe. tunggu next week. biar saya bawak kipas seketul. letak depan meja nie. baru puas hati! kalau ada sesiapa yang terasa hati, nasibla!

Thursday, April 23, 2009

Iklan Sebentar....

citer BTN sambung nnti.
semasa blaja di UPM... selepas tamat blaja UPM... memasuki alam pekerjaan....
saya tidak pernah kisah tentang politik. tidak pernah peduli politik. dan ruangan politiklah adalah ruangan yang saya jarang2 baca di suratkhabar.

tetapi selepas saya ditugaskan untuk mengajar subjek2 Pengajian Malaysia, Hubungan Etnik dan Kenegaraan, mahu tidak mahu saya perlu menanamkan minat tentang politik. saya mula BELAJAR kembali silibus2 tersebut. dulu semasa belajar di UPM, saya hanya belajar kerana ia wajib di ambil. kini perlu mengajar, saya belajar kembali kerana terpaksa mengajar. paham ke? xpe abaikan kalau x paham. tetapi kerana keterpaksaan itu jugaklah membuka mata saya tentang politik.

baru saya tahu ttg pentingnya politik.
betapa pentingnya politik terutama kepada orang melayu..
dan sangat rugi besar kerana ramai generasi melayu muda tidak kisah ttg politik.
dan melalui BTN jugalah menambahkan lagi ilmu saya tentang kepentingan politik bagi orang melayu...kenapa?? nntikan entry saya akan datang. hehehe

ok stop bab politik. nnti korang jemu plak. biarlah enty akan datang saya fokus betul2 pada politik eh. barulah korang sume paham.
jadi kenapa entry ini saya selitkan bab politik?? kerana saya baru terbaca satu email berkenaan politik. silalah baca eh.. :-)

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah,
"Ayah, apa itu politik?".
Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.
Jawab ayah, "Politikitu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.
Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.
Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah.

Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?. Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!".

Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik"

Wednesday, April 22, 2009

Kursus BTN

Persekitaran Asrama BTN

Kem BTN Kuala Lipis

Peace!!


Wajah - wajah ceria hari pertama :-)

Apabila mendengar berita "wajib" hadir kursus BTN, ramai yg mengeluh.
kenapa pertengahan semester.banyak tugasan2 yang perlu disiapkan. memikirkan soalan utk final exam belum tersiap, menanda tugasan pelajar belum terhabis... pening!

Rakan setugas merangkap rakan serumah ditugaskan untuk menguruskan segala persiapan.
dan saya pula secara tidak rasminya menjadi pembantu. setiap kali berurusan di BTN N9, saya perlu hadir sama. minimum jumlah peserta adalah 60 orang. tarikh telah ditetapkan. Jumlah staf kolej? lebih skit sahaja dari 60 orang. so nak tak nak, semua harus pergi. kalau x jadi, kolej perlu menanggung RM25k. sape mau bayar??? so kesimpulannya semua diarahkan hadir.

Cheq Li (Timb Pengarah BTN N9) sangat bersemangat mahu turun padang dan menjadi fasilitator kami pada kursus tersebut. jadi dia menerangkan kepada kami pe modul2 dan aktiviti yang akan diadakan..

river crossing..... flying fox.... night walk.....

sronok! anggap jelah kursus ini sebagai satu cara utk release tension! masa kursus ni tak payah nak pk kerja! yebba yebba!

yeahaaa... perjalanan mmg semua ceria. almaklumlah nak pergi 'bercuti' hehehe
bila nak sampai hati semua berdebar! almaklumlaaa... nak kena buli. hehehehe

eh alamak.. masa untuk pulang da! oklah saya sambung di lain entry. muahahaha tata!
jangan mare....!

Wednesday, April 15, 2009

Peristiwa

Beberapa hari yang lepas, saya tido dgn sangat nyenyaknya. kenapa? kerana saya dapat mimpi besh!! pe mimpinya?? saya telah dipatuk ular. yeee.. DIPATUK ULAR. huhu
terjaga dari tido, saya segera memegang di tempat yang dipatuk. yelah, jika sakit bermaksud petanda buruk. jika tiada kesakitan, maka x perlu dirisaukan. jawapannya saya tidak berasa sakit. jadi kecohlah pagi itu saya menghebahkan tentang mimpi tersebut kpd housemate2 saya.

kak da: besar ke kecik ular tu
saya : kurus je kak da...
kak da : pe warna ular tu...
saya : hijau kak da!
kak da : hah incredible hulk kot yang nak melamar ko!

huhuhu.. apala kak da nie... bikin saya terencat saja. haha.

kak da : ala kak da dulu siap mimpi kena telan dek ular. x gak kawin. (hahaha)
ju : memangla x kawin kak da, da kena telan. bukan patuk.

xpelah... kita tunggu dan lihat eh :p

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

my very best friend, Adiza telah selamat melahirkan anak. yes baby girl!
nur aleesya insyiroh...
menurut kate iza, babynya ada lesung pipit!
oh x sabarnya nak melihat! tp jauh la pulak... nun di kulim
xpe2... 4hb mei saya akan ke sana. anakmu, anakku jua! hehehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

esok saya akan ke kuala lipis pahang!
ada kursus BTN sehingga ahad ini.
yeah! time utk release tension!
yebba yebba!
nnti saya update lg.

tata titi tutu!

Monday, April 13, 2009

lots of love

sedang tiada kerja di rumah kerana mahu menggunakan celcom broadband tapi coverage terlalu teruk.... maka inilah hasilnya utk orang yang sedang kebosanan.
ini adalah gambar frens & family.


Sunday, April 12, 2009

PROMOSI BARANGAN CHANTIK!!

Salam kepada semua rakan-rakan.
jomla tengok koleksi barangan Chinta Collection!


KLIK DI GAMBAR INI

@








Thursday, April 9, 2009

7 Perkara

Saya kena blog dengan adik saya…
7 fakta yang membosankan tentang owner blog ini

1. sangat suka makan
2. saya seorang yang baik hati :p
3. suka shopping
4. suka biru dan pink
5. ada tahi lalat di muka :p
6. suke memasak
7. seorang yang chomel :p

7 perkara yang menakutkan

1.Allah
2.Rollercoster atau yang sewaktu dengannya
3. kehilangan orang2 tersayang.
4. mati
5. dok hutan sorang2
6. kemalangan
7. kubur

7 lagu buat masa sekarang
1. Laskar Pelangi
2. Dan Sebenarnya : Yuna
3. Cinta yang sempurna : yuna
4. After midnite : yuna
5. Ada Masa : Infinatez
6. Lucky : Jason Marz
7. Aku punya kamu : Faizal Tahir

7 perkara yg selalu dsebut
1. sengal
2. bodoh
3. why
4. hampeh
5. orait
6. positif fadhlina…positif…
7. jom lunch! hehe

7 perkara yang bernilai
1. myself
2. family
3. Friends
4. laptop
5. handphone
6. my students
7. chinta collection

saya tidak mahu tag sesiapa. Jika anda berminat, silalah buat tag ini. Sekian…

Tuesday, April 7, 2009

Bon Appetit!

Pagi ini terima sms dari student.

Student : Cik, Nanti kalau free datanglah luch western yer. rm15 jer.

me : menu apa?

Student : bla..bla..blaa..

me : nasi ke (sbb mggu lepas saya dihidangkan nasi goreng nanas. sy tidak suke!)

student : x cik, ayam. memang sedap rasa dia

me : oklah saya pergi bertiga

Student : terima kasih cik

bila student telah mempelawa, x smpi hati nak menolak. konon nak bagi moral support lah.
jadi ini adalah menu2 saya pada hari ini...


Sweety Rainbow


Mushroom Couque Bullion

Black Aprricot Couque


Sweety Crunhy
walaupun sedap, tetapi tekak saya sedikit muak. kerana main course itu agak manis.
kesudahannya saya ke kedai dan membeli......

Ice Lemon Tea!
Hari ini juga saya belajar beberapa bahasa baru. tanya student apa maksud menu2 tu. tergeliat2 lidah nak menyebut.
oh rupanya bahasa perancis!
Couque : Ayam
Bullion : Sup

Sunday, April 5, 2009

Layan Movie

saya sangat kepingin menonton Talentime. tp belum sempat2 lagi. huhu
Esoklah! jom Kak Da! yeaaah...


video


Then coming soon 'Setem'. Arahan Kabir Bhatia. mcm besh!


video

Saturday, April 4, 2009

Prejudis

yes saya sangat prejudis dengan kaum lelaki tentang 1 perkara.
apabila lelaki menjejakkan kaki ke 1 kawasan yang mempunyai ramai perempuan, mereka jadi alpa dgn org yg dikasihi. x kisahla isteri ke... tunang ke... atau kekasih.

maaflah kalau prejudis ini salah kerana saya tidak maksudnya kepada SEMUA lelaki.
tetapi SEGELINTIR sahaja. ye saya mengaku masih ada lelaki yang sejati. masih ada lelaki yang setia pada yang satu. tapi berapa ramai bilangannya? saya telah berjumpa dengan banyak kes yang membuatkan prejudis saya semakin kuat. bukan hanya kes saya sahaja tetapi juga rakan-rakan saya.

cerita pertama:
3 years back saya ada seorang 'kawan'. younger than me. kami berkawan hampir setahun sebelum dia melanjutkan pelajaran ke poli. what happen to him? yes... dia mula ignore sy. dia ada kakak angkat yang akhirnya terangkat juga. ketika itu saya sudah tidak larat utk berduka lara kerana episod first love, saya lebih merana. jadi abaikan.

cerita kedua :
kawan saya study part time di ipta. program ni utk orang2 yang da bekerja. so ramailah lelaki2 macho yang poket berisi tetapi perasan bujang. umur da separuh abad tp masih mengejar rakan saya ini. sudahnya rakan saya ini tergesa2 menamatkan zaman bujangnya dgn insan tersayang kerana tidak tahan diganggu.

cerita ketiga:
rakan setugas saya bertunang awal thn ini. target utk wedding adalah jun09. en tunangnya mendapat tawaran kpli. setelah lbh sebulan dlm kpli, en.tunangnya membuat pengakuan berani mati. "saya terminat pulak sorang girl kt sini". Apa kes??? kalau korang jadi tunang dia, pe perasaan korang? bila tanya bab kawin, byk alasan. sudahnya mtk kawan saya tgguh smpi hjg thn. dan sekarang mula minta putus tunang. tak paham...tak paham...

byk lagi kes p&c yg saya x boleh ceritakan.
susah benar ye nak jupe lelaki berkualiti.
kuantiti ramai,tp kualiti hampes..
mmmm adios!

Wednesday, April 1, 2009

Ketenangan di City Park

semalam aku dan rakan serumah melancong ke City Park.
City Park ni mcm Tasik Permaisuri kt Cheras la.. tp aku rasa City Park lagi menarik.
Bersih dan ceria..

tujuan ke sini sbnrnya saja nak release tension.
nak merehat2kan otak. berjalan sekitar tasik sambil makan kepok lekor. hehe
sambil jln2, tgk org bagi ikan makan.
satu perkara yang aku suke kt city park, tasik bersih dan cantik. ikan plak berlambak2 dan besar2 belaka. kura-kura pun byk.

kat tepi city park ni siap ada jual roti dan makanan ikan.
roti tu bukan utk dimakan oleh manusia yer. tp utk ikan-ikan yg pelahap itu.
sekali campak makanan, berlumba2 semua ikan tu. kalau kura-kura tu alamat x dptla nak mengejar makanan tu. mulut2 ikan tu sentiasa ternganga2 menanti makanan. hehehe

see... tenang pe tgk ikan2 tu. mcm2 ikan ada.. keli... kap... tilapia pun ada. tp kalau suh makan confirm aku x lalu.

melihat kerakusan ikan2 tu, terasa mcm nak campak je kopok leko atau cup air. tp kesian plak nnti ada plak yg mati tercekik. hehhee

lebih sejam kt situ rasa tenang otak.
walaupun masalah tetap x hilang, but at least dptla merehatkan otak jap.
so next time leh dtg lg.

adios! huhu



ni la ikan-ikan kt City Park