Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, April 3, 2012

Jus buah paling best!

satu perkara yang paling saya suka duduk di serdang ialah jus buah! yes. jus buah kt serdang ni mmg paling fresh dan sgt2 murah bagi kitorg. almaklumlah majoriti adalah pelajar. jadi harga xleh la nak mahal2. kalau nak dibandingkan jus buah sebegini yg di jual di tempat lain semuanya melebih rm5 segelas. kat sini kalau mix buah pun x sampai rm3!

lokasi : Flat ikan sri serdang


tengoklah deretan buah - buah yang ada kat kedai tuh. ada macam2 jenis buah.
pilih je nak mix dgn apa.




kalau korang semua dtg kat gerai jus buah ni, korang mesti rambang mata nak pilih buah apa. antara buah - buah yang ada :

1. lemon
2. orange
3. jambu
4. tembikai
5. epal
6. mangga
7. carrot
8. tembikai susu


itu senarai buah2 yang biasa kita minum. ada juga yg luar biasa untuk diminum

1. kedondong (campur dgn serbuk asam) pernah try...not bad!
2. tomato ----> errrr belum teringin nak try lg
3. batang saleri ----> erk! lagi tak teringin nak try! huhuhu
4. pisang (campur dengan susu) sedap!
5. peria -----> oh no~! xmo2 huhu
6. betik ---> lum ada hati nak try lg


banyakkan senarai buah2 dia. boleh mix2 lg. kalau skrg ni datang upm atas urusan kerja, mmg akan singgah sini untuk beli. rugi rasanya kalau x beli. huhuhu. awatlah kat tempat lain xde macam nie. minuman sihat ni!



Monday, April 2, 2012

Ahli keluarga baru!

Salam..
dengan happy nya nak cerita kat satu dunia yg family sy telah menerima ahli keluarga yg baru!
adik sy selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 1 April 2012. April fool boy! hehehe
baby ni dilahirkan di hospital putrajaya dgn berat 2.6kg.

ceritanya baby ni dijangka keluar 5 April. masa hari jumaat 30 mac tu doc ckp baru bukak 1cm. so dia suh adik blk dlu. sabtu sempat lg si ibu berjalan2 di midvalley dlm sakit2 tuh. sabtu mlm tu dalam kol 1am adik da tak tahan sakit, so bawak ke hospital putrajaya. ropa2 nya da bukak 4cm dan terus ke labour room. kami ni kat umah dgn bahagianya tido di umah sbb x sangka dia nak bersalin awal. sekali bila da subuh, adik ipar call bg tau adik da selamat bersalin. uik... sudah ka? x sempat kami2 nak cemas. hihihi.

sgt cute! suci dan bersih je muka. x macam kita2 ni da berkeladak dgn dosa. huhuhu.

baby ni namanya Wan Muhammad Mikhail. semoga Mikhail akan menjadi anak yg soleh dan anak yg baik. amin.... mak long syg sgt kat Mikhail. muahhh muahhh! ;-)