Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, March 29, 2012

Biru mata hitam ku

salam u ollsss! ;-)
entry kali ni nak citer pasal makan. jgn meleleh air liur ye tengok gambar2 nie. hehehe
sebenarnya bila fikir tentang menu, kami kaum wanita selalu blur dah nak masak apa.
bila berlaku pengulangan menu yg sama, bosan pulak. apa yg selalu terjadi, bukak peti ais pastu
menung lama2 tengok isi perot peti ais. pastu garuk2 kepala pikir apa nak di masak.
haih.... kalau masak menu2 fusion kang, tekak org tua bukan boleh terima. tapi nasib baiklah tekak2 orang rumah saya ni baik adik ke...mak ke...ayah ke... ipar duai ke... sume menerima menu western. menjilat2 jari lg kalau masak western. tp xleh selalu lah. bankrap nnti! hihi.

so weekend yg lepas sy cadangkan masak spageti. mak terus jawab : nak!
adik ipar sengih, adik sendiri pulak siap request menu tambahan. nak makaroni bakar.
masalah ialah bila ayah x gemar spageti. nasib baik dia gemar makaroni bakar. jd xde masalah! menu on! hehehehe

so segera menuju ke supermarket mencari bahan2. syiok betul mengambil barang2 nak masak.
so malam minggu hari tu siaplah spageti, makaroni bakar, mashed potato dan drumet goreng. nyum...nyum....




itu menu minggu lepas. semalam dok borak2 dgn member ofis. ntah mcm mana termasuk topik lamb chop. kebetulan pulak gaji baru masuk. terus ajak member p giant. kami nak masak lamb chop! hahahahaha. tanya adik, dia on aje. almaklumlah skrg menumpang umah adik. jadi nak masak apa2 kena tanya pendapat dlu ;-p

so kami ni pun masa lunch hour menuju ke giant. mula2 amik 4 ketul lamb. ada plak member request suh masakkan utk dorg jugak. tambah lg 2 ketul. uih sakan shopping semalam. siap menyalin menu yg member bagi dlu.
so hasilnya malam td : lamb chop, chicken chop, mashed potato & salad with thousand island. sedap! hihihi


Sunday, March 18, 2012

Monday Blues After Loooooong Break!

Monday oh Monday! hihuhihu

ni la simptom2 setelah looooooooooong break. satu minggu cuti yg sgt heaven!!
students cuti mid sem selama seminggu. maka sy pun dgn happynya isi borang cuti untuk seminggu. dan yeay! diluluskan!

heaven siut! plus mak pun cuti 2 hari. pagi2 xde nak rushing siap2 p ofis... bgn pagi pas solat, golek2 atas katil.... x pun g bilik mak, golek2, gomol2, cium2 mak, gosip2 dgn mak. oh bahagia!
agak2 da lapar, siap2 p breakfast dgn mak. cari kedai mkn. pas breakfast pi buat mcm2 aktiviti bersama. tanpa pikir keje, tanpa risau kena marah kt ofis.

sepanjang seminggu ni pg2 mesti bermalas2 kt katil. so bila pg ni nak kena p ofis, ya Allah liatnya nak bgn dr katil! huhuhu...

sepanjang seminggu bercuti, sebenarnya padat dgn mcm2 aktiviti. kuar pg, blk ptg. kdg2 mlm pun kuar. oh jgn pikir sy berpoya2. huhuhu. cop2. sikit2 tu ada la poya2. hihi. selebihnya berusaha mencari peluang untuk masa depan yg lebih baik. insyaAllah....

awal bulan hr tu telah tekad hati untuk hantar surat resign. biarlah orang nak kata saya trauma ke merajuk ke, itu semua penambah perencah kepada gosip2 dan kabar angin. walaupun kalau sebenarnya saya tidak perlu menghadapi 'sesi perbicaraan' hari tu yg mmg buat sy sentap dan kecil hati, sy tetap akan mengundur diri dr sini. alasannya hanya satu. saya nak fokus study.


belajar + bekerja = tugas yang sgt berat.

saya tau ada orang boleh lakukan sambil belajar dan bekerja. bagi saya, ia boleh dilakukan jika majikan tu memahami dan fleksibel. tp kalau ianya sebaliknya, lupakan je la. BIG NO! jawabnya result korang mmg akan hancus! yes itu yg berlaku pd sy. sy pernah kandas master di UPM atas sebab kerja shif. ini kali kedua sy buat master. and i wont let it happen again. tidak akan ada kandas yang kedua! lagi pun penyelia di UKM skrg ni seorang yg sgt mengambil berat. dan nak sy cepat habis siapkan thesis. tp komitmen kerja terlampau tinggi sehingga komitmen belajar terpaksa diketepikan. sampailah penyelia sy mula naik angin.huhuhuhu. maka setelah berbincang dgn family, bulatkan tekad untuk resign walau sebenarnya saya SANGAT2 sayang dengan students sy ;-(

eh eh td citer pasal monday blues, awat teralih ke cerita nak resign ni. huhuhu.
okeh sbnrnya disebabkan da nak berhenti, maka kena pikirkan jugak financial akan datang. mana mau dpt duit bulan2. keta mau bayar...hutang mau bayar... wooooo
nasib baik ada sikit side income hasil dr biz online. tp tu pun x seberapa. so memandangkan da cuti seminggu ni, ambil kesempatan untuk cari peluang luaskan lagi biz online.
oh no no bukan biz MLM atau biz klik sini dpt duit, klik sana dpt duit atau yg adik beradik tu. saya x pernah percaya biz mcm tuh. maaf bg org2 yg terlibat dgn MLM. ni cuma pendapat sy je.

so sepanjang seminggu ni sy sibuk cari premis. konon2 nak buat ofis supaya mudah dpt loan. da jumpa premis yg berkenan. murah dan cantik! ok puas hati. so pergi pula SME bank. maklumbalas dr bank mcm x menarik. atau sebenarnya org bank tu sendiri mcm malas nak layan kitorg. yelah kitorg ni nampak mcm budak2 je. (perasan! hihi)

kemudian ke Tekun pulak. wah kakak Tekun sgt baik! byk info dpt x mcm Tekun Sepang. abg Tekun sepang jgnla sombong2 sgt. Kami nak buat loan. kami bukan minta sedekah kat abg Tekun. jadi silalah berhemah dan melayan kami mcm klien anda yang lain. contohi kakak Tekun Ampang. lps jumpa kakak Tekun, semangat makin berkobar2. peluang nampak semakin cerah.

then ke Serdang pula. jumpa supplier yg boleh buatkan pakaian dgn jenama sendiri. wah! lagi menarik! ye ye sy nak ada jenama sy sendiri! lepas berbincang selama sejam lebih, hati berbunga riang. sy da nampak jln yg perlu dilalui. moga2 Allah akan permudahkan langkah sy nanti. Amin!

itulah yg berlaku selama seminggu. sehinggalah badan da terasa penat. mak kata lasak sgt dengan badan. jumaat mula terasa sakit2 sendi. demam! sabtu ahad cirit birit pulak! terlepek je. huhuhu. takpe mak. sy lasak2 demi masa depan. sy tak lasak2 untuk hiburan ;-)

jd mmg seminggu tu sy x sentuh langsung bab keje. bawak satu beg penuh nota2 lecture konon nak update slide show. hampeh! huhuhu.


hari ni bila masuk ofis, adoi mak blur! tak tau nak buat kerja apa. mcm memory dlm otak ni da lost! semangat pun da semakin pudar!

aduhai... saya ada sehingga 4 jun untuk bertapa di ofis ni. bagilah sy kekuatan yg cukup dan kesabaran yg lebih. kekuatan sy kini hanya pada students sy je. sy bertahan hanya untuk masa depan students sy. apa pun DPM tetap di hati saya.

oi oi monday blues plz go away! huhuhu