Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Wednesday, July 9, 2014

Cuti - cuti Kemboja : Day 2 part 1

salam. lama betul x update blog. huhu. ni baru nk update hr kedua di kemboja pada hal dah berabad pergi.. baru skrg nk sambung cerita :-p

okeh seperti yang da cerita dalam entry sebelum ni... klik SINI... Salleh x berapa setuju dgn itenerary kami sebab katanya kami x melawat dua tempat perlancongan utama yg sepatutnya kami pergi. tp memandangkan waktu terhad iaitu kami hanya ada waktu dr pg smpai tengah hari shj sebelum tour guide pick up kami, maka hanya satu je yg boleh kami pergi. so kitorg pilih S21. 

pg tu nk g breakfast, kami diberitahu breakfast non halal. staff hotel bg tau kami boleh request untuk breakfast di restoren wau (halal n milik org Malaysia) tp kena bg tau awal pd pihak hotel. tp sbb kami x bg tau maka kami hanya dpt breakfast di cafe hotel which is non halal :-(

since da ada restoran halal kt hotel, wat pe nak seksa kan diri makan kt tempat x halal kan. so jengahlah ke restoren wau. buffet breakfast if x silap 5USD. so kami breakfast situ je. adalah bihun goreng, nasi lemak n roti bakar. lepas breakfast sementara menunggu salleh datang, kami buat morning walk sekitar hotel. tengok pemandangan Phnom Penh di pagi hari :-)

 kt depan restoran wau


tak lama lepas tu salleh pun datang. Taraaaaaaaaaaa.................. waaah! hr ni bawak MPV mewah gitu! bukan tuk tuk lagi!



naik MPV ni mcm vvip pulak.hihihi. pttla harga tour pg ni mahal skit dr yg kami pernah survey.rupanya bukan naik tuk tuk tp mpv. xpelah. memandangkan pnhom penh ni panas! elokla tu naik mpv.sejuk skit. hihi. kata salleh mpv ni dia beli cash okeh! oh kt kemboja xde loan2. semua cash. beli rumah pun cash. ko hado?? hahaha. 

ok destinasi pertama kitorg adalah Royal Palace Riverside. Ada taman kt situ and terpampang besar raja kemboja yang baru menggantikan raja lama yang da mangkat. Bujang lg tau! hehehe



settle amik2 gambar, dengan segera ke Tuol Sleng Genocide Museum atau nama glamor dia S21. ini sebenarnya sebuah skolah tp telah dijadikan penjara oleh Pol Pot.  tiket masuk USD2 tp ni da include dlm pakej yg kena bayar pd salleh.


masuk ke S21 ni kita akan nampak satu kawasan kubur yang mana menurut salleh tu adalah kubur mangsa terakhir yang dibunuh masa Pol Pot hampir nak dijatuhkan. dan semua yg dibunuh tu adalah mereka2 yang bijak pandai. Pol pot ni mmg akan bunuh cerdik pandai yang ada di phnom penh sbb mereka x nk dgn kepandaian org2 ni akan melawan dan memberontak pemerintah pol pot.


kemudian masuk lagi ke bangunan2 yang ada dlm S21 tu mmg kita boleh tengok betapa terseksanya orang2 ni dikerjakan dek Pol pot. mcm2 bentuk penyeksaan yg menyayat hati. ada baby yang dihempas ke pokok, perempuan ditembak la. mcm2 lagi la. gambar2 mereka yang jadi tawanan pun ada. malah tempat kurungan dorang pun aduhai sedih sgt tengok! kejam sgt2! kami pun x berani nk jln sorang2. seram! huhu




da habis round S21, kita bole jumpa dua orang mangsa penjara S21 yg terselamat dan masih hidup. pakcik ni salah seorang mangsa. yg sorang lg x sempat nk bergambar sbb ramai sgt kerumun. huhu


okeh settle S21, bergegas pula ke Russian Market sbb Kak Ju nak mencari teko2 pujaan hati. haha. kak ju ni pengumpul teko. dia da survey da kt sini byk teko. okeh layannnnzzz je. hehe.Russian Market ni panas skit. ada mcm2 jual kt sini. tp kebanyakkan barang2 rumah la. pinggan mangkuk, perkakasan dapur, kain2, tudung n barang kraf. kt sini jugakla saya beli kasut Salomon. ikutkan harga kasut ni RM300-400. tp beli kt sini RM90+. ada mcm2 brand kasut tp salleh kata salomon je ori. lain x ori. okeh gua rembat satu since kasut yg dipakai x selesa. alasan! haha. kita dapat kasut, kak ju dpt teko! happy! :-)




da selesai shopping, salleh ajak makan ais krim. sebenarnya dr awal lg dia dok promo ais krim ni. namanya ais krim toto. salleh kata ni bukan toto yang kt malaysia eh.hahaha.dia kata ais krim ni sedap n dia selalu lepak sini makan ais krim. sy tanya halal ke. jawabnya mestila halal! jgn risau. okeh2 lupa dia belajar pondok dlu. hihi. okeh mmg sedap ais krim ni! da la panas kn masa tu. mmg menikmati sungguhla. 


selesai makan, terus balik hotel sbb nnti tour guide kami nk pick up kt hotel dan bawa kami ke hotel lain pula. hotel yang da ditempah oleh tour agent kami. so byr kt salleh USD45 (USD15 seorang utk tour pg n USD15 utk hr pertama). then blk bilik solat n turun bawah tunggu tour guide kami. next post kami sambung pulak dgn tour guide baru yeeee. nk tido da kol 3am. hihi. tata titi tutu