Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, December 31, 2011

Happy New Year


Alhamdullillah
2011 telah melabuhkan tirai. welcome 2012!
Sepanjang 2011 banyak perkara suka duka yang kita semua tempuhi. setiap orang berbeza pengalamannya. apa pun setiap yang baik itu kita jadikan panduan, yang x baik..yg kurang menjadi...yang tidak sempurna kita cuba perbaiki lg utk tahun 2012. InsyaAllah.

eh eh.. rasa semacam plak menulis dlm keadaan sangat2 berbudi bahasa.
azam tahun baru ke?? hihihii.

apa pun semoga 2012 akan memberi kita lebih kegembiraan, lebih kejayaan dan keredhaan Allah. apa azam tahun baru korang?? hmmm... azam tahun baru aku ni sama je la tiap2 tahun. selagi tak terpenuhi, selagi tu la azam tetap menjadi azam untuk tahun2 baru. hiihihi

apa azam aku eh? okeh aku wat list :
1. untuk menjadi bisnesswoman berjaya. InsyaAllah
2. mahir membuat kek dan cupcake
3. nak kurus. ini azam tiap2 tahun.huhuhu
4. cari calon suami (boleh?? haha)

okeh. tata.
happy new year!!!

Friday, December 9, 2011

choc moist cake

yeay 2posts in a day! heeeee
sebelum ni bukan main liat menulis. actually aku ni tgh kat Library UKM. menyiapkan proposal tesis aku yang da tertangguh berbulan2 lamanya.huhuhu.
habis apa jadah aku menaip entry ni kalau nak wat proposal ;-p

sebenarnya da tahap ketepuan melanda ni bila baca berderet jurnal dlm pendrive nie. jadi sekejap2 alih channel ke fb dan blog. ;-p

mnggu lepas aku wat choc moist cake. resepi dr kawan aku.serius mmg kek tu sedap! dan semua memuji kek aku tuh. kembang kuncup ;-p



menarik x rupa dia???? heheheee

okeh resepi sangat mudah. ni aku bg resepi kek ni eh.

250 gm butter

1 cawan gula kastor

1 cawan gula perang

1 ¼ tepung naik sendiri

¾ cawan serbuk koko

4 biji telur

1 tsp esen vanilla

1 cawan susu segar



Ayak tepung dan serbuk koko

Pukul butter dan gula2 sampai kembang.

Masuk esen, pukul lg

Masukan telur satu demi satu. Pukul sampai kembang

Masuk telur berselang dgn tepung. Gunakan kaedah kaup balik

Gaul smpi sebati.

Tuang bancuhan pada Loyang dan kukus selama 1 ½ jam


Untuk Ganache

250 gm coklat masak

150ml whipped cream

15gm butter


Campur coklat dan whipped cream.

Panaskan dengan api perlahan sampaila cair.

Tutp api dan masukkan butter.

Tunggu sejuk baru tuangkan atas kek.


me as a motivator!

holla!
last week i was approached by my colleague to conduct a motivational talk.
errrrr.... motivational talk? fuh fuh. mencabar sbb x pernah pun bg motivasi.
diri sendiri pun belum habis motivasi. heeeeeeeee.

aku suh dia bg pada kaunselor untuk handle. belum berani lg nak conduct. tp dia dok mujuk.
mmmmmm why dont i give a try. maybe itu menjadi satu langkah untuk menjadi motivator.
yes aku slalu berminat untuk join kawan2 melibatkan diri dlm dunia training. ive lots of friend yg conduct training. and aku pernah diajak untuk bg talk untuk training yg dorang anjurkan.
aku selalu menolak. bukan x berminat, it's just that i dunt have the courage to doing it... ;-(



so cuba meyakinkan diri. yes i accept the offer!
so buat slide. tp bukan buat slide yg penuh dgn tulisan. aku x suka bg talk dgn hanya baca slide. itu sgt membosankan! slide hanya panduan untuk aku bercerita. cukup sekadar sebaris ayat dan satu gambar. cewah citer mcm pakar motivasi je. hahaha. so siap sebelas slide. aku perlu berceloteh selama sejam setengah.

alhamdulillah khamis lepas ianya berjalan dengan lancar. wah aku boleh da conduct ceramah. motivasi lagi! ;-) tp sebenarnya untuk bg motivasi, bukan mudah. membaca itu perlu! pengisian yang bermutu itu penting! dengan banyak membaca baru kita boleh deliver pengisian yang bermutu. ;-)



insyaAllah akan membuat penambahbaikan. bukan hanya untuk diri sendiri. tp juga untuk student2 ku.


Sunday, December 4, 2011

Red Velvet in the house

salam...
kesian blog aku terbiar lama.huhu.
terpaksa menguruskan bisnes online yg sibuk beberapa minggu ni.
alhamdulillah rezki Allah itu sentiasa ada bg orang yg berusaha.
huih ayat da macam ustazah pilihan. huhuhu. betullah kan. kalau x berusaha, xkn Allah senang2 nak bg rezeki.

okeh sebenarnya da lama mendiamkan diri dari aktiviti membuat kek. minggu lepas tetiba terasa nak cuba buat red velvet. godek2 punya godek resepi kt beberapa blog, so misi pun bermula. ketang ketung ketang ketung di dapur, alih2 nak ubah la wat cupcake red velvet. so buatla satu adunan. kebetulan esoknya makcik aku nak buat kenduri doa selamat anak dia nak sunat. so mak aku pun cadangkan buatlah lebih untuk kenduri tu. dijangkakan 60 orang yg dijemput. maka dua adunanlah kena buat.

taraaaaaa.... siaplah cupcake red velvet aku. sedap! (ceh masuk bakul angkat sendiri. hehe)



nak jadi cerita pulak, masa kenduri tu adik aku yg tengah membuyut anak sulung x dapat hadir. dia plak terleleh air liur tengok cupcake tuh. mggu ni dia blk ampang, dia da sebut nak red velvet. so pagi2 td da memulakan projek wat cake red velvet. kali ni nak wat sebiji kek plak. xnk cupcake lg. belum mahir sgt. kek sikit terlebih bakar. huhu. tp still sedap bila digabungkan dengan topping cream cheese yg marbeles tuh! ;-p

ni lah hasilnya red velvet cake ku ;-)

Tuesday, November 8, 2011

Kek Oren

salam

terhasilnya kek oren ini adalah kerana kecenderungan mak aku membuat fresh fruit juice. eh silap. bukan dia buat. aku yg kena buat. huhu.
sekali beli buah oren kt carrefour, mesti beli 2 plastik. 1 plastik ada 10biji. tp buah2 ni akan surut hanya bila aku ada. kalau aku blk umah sewa, x berusik la buah tu.so every weekend aku akan buat fresh orange juice dgn menggunakan fruit juicer. so setiap kali buat fresh orange, mesti baki2 serat tu akan dibuang. walaupun sebenarnya serat2 tu masih basah dan boleh digunakan lg mcm gmbr kt bawah ni





rasa rugi sungguh. sayang sgt bila dibuang. so aku pun mencari alternatif lain. godek2 pakcik google, resepi kek oren. akhirnya jumpa resepi kek oren. walaupun dlm resepi nak 1 biji oren, aku terpaksala tukar kepada serat2 oren ni. tetap sedap! ;-)
so meh aku kongsi resepi kek oren ni. SANGAT2 mudah. dpt daripada myresepi.

bahan2 :
1 cwn gula,
1 cwn minyak,
1 biji oren (buang biji. potong kecik2 dan buang urat2 putih)
3 biji telur
2 cwn tepung
1 sb baking powder

cara2 :

- ayak tepung bersama baking powder (aku mls nak ayak, jd aku guna tepung superfine hehe)
- masuk dlm blender : gula + minyak + oren yg dipotong kecik2 bersama kulit+ telur




- blend bahan2 tersebut smpi halus
- tuang bahan2 yg da blend dlm mangkuk
- masuk tepung dan baking powder sikit demi skit sambil kacau guna whisk.




- setelah adunan sebati, masuk dlm bekas/loyang
- bakar pada suhu 150 - 170c sehingga masak







masa tengah bakar tu, harum bau oren tu menusuk2 hidung. siap masak try makan satu masa panas2. peh! gile sedap wa cakap lu. ;-)

Friday, November 4, 2011

Nutella Mug Cake

hai hai hai.
minggu sudah bukan main rajin bakar membakar. minggu ni tersangat busy. hanya mampu memandang je oven buruk ku itu. huhu. tgh hari td nak blk ampang. cuti satu minggu woooo. ho yeah! jd haruslah mengangkut oven balik ke ampang. hehee

hr ni teringin sgt nak cuba nutella mug cake. da lama usha resepi ni tp tak terbuat. SANGAT2 simple. serius. semudah ABC. hehehe.. paling best x payah pakai oven. cuma pakai microwave biasa yg slalu kita guna untuk panas2 lauk. itu pun x lama. dlm 2 minit je. siap dengan sempurna! i tell u! try la! hasilnya :




ok resepi ni amik dari : Fazlinil Irma

irma, izinkan copy resepi ye ;-)

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan

mengikut irma, kalau korang nak cake tu moist lg, tambah susu ;-)


ni kek hasil tangan irma
cantikkan! x mcm kek aku. sememeh! huhu

Thursday, October 27, 2011

menu menternak badan lg!

semalam x sedar diri membakar hotpot potatoes dgn selambak. pada hal kt rumah cuma 2 org je. hihihi. jd byk lebih hotpot potatoes mlm td. kami ni plak cepat bosan. byk lg resepi lain nak cuba memandangkan hr tuh masa book fair byk buku resepi mat saleh kami beli. eceeehh. Hehehe

so bg xnk membazir, pg2 aku da letakkan lebihan hotpot potatoes dlm aluminium foil yg kecik2 supaya mudah untuk bagi pd kawan2 ofis. Then tabur lagi cheeeeeesseeeeee! ;-p mcm kt bawah nie. Pastu bakar pd suhu 180 untuk tempoh 20min.



hasilnya, tadaaaaaa

Hotpot Potatoes

Salam
Sejak akhir2 ni mood aku nak try segala resepi mat saleh ni membara dlm jiwa. Siap angkut oven dr umah mak. Mak pun merelakan je sbb kalau kt umah pun, tak digunakan. Tersimpan elok smpi berhabuk. Maka dgn gigihnya aku mengangkut ke umah sewa. Dan setiap kali aku blk ampang, confirm dgn bahagia aku g shopping mcm2 brg untuk memasak. Mostly brg2 untuk membakar la mcm cheese, butter,olive oil, dll yg sewaktu dgnnya . osmet aku asyik geleng kepala je setiap kali aku pulang ke rumah sewa. Barang makin byk, masaknya sesekali.hahaha. siap dia ckp “ni bahan2 utk diet ke kakak” “peti ais kita makin penuh kakak’ ceit. Taula sebelum ni aku nak diet. Tp dia nengok brg2 nak memasak tu sngt la untuk menternak badan, tu yg dia pelik. Hahaha.

Hr tu aku dok ralit baca satu blog. aku klik la label western. Oh oh aku sunggu tertarik dgn resepi hotpot potatoes dia. Serius bila ia melibatkan cheese yg byk, air liur boleh meleleh! Hahaha.

So hr ni aku usahakan jugak untuk membakar hotpot potatoes. Ho yeaah! Menjadi! Dan sgt yummeeh! Keje aku kaut kentang yg bercheese itu shj. Huhuhu.

Oh aku ubah sikit resepi dia. memandangkan menu tu x de menu berat, aku campur skali sikit pasta supaya ianya mengenyangkan.hehee

resepi dr fazlinil Irma

Bahan-bahan :

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang. *aku guna daging cincang ramly
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur * yg ni aku tukar ke button mushroom sbb osmet aku x makan mix vegie
1 tin tomato yang dicincang. *aku guna Kimball sos spageti
1 sudu teh mixed herb *aku guna oregano
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis *aku guna corn oil
1 kiub ayam *x letak sebab xde.huhu
2 biji cili dipotong nipis. *letak cili api. Giler melayu.hehe
Garam


Topping :

5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.

cara - cara

1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.

2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.

3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.

4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.

5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

6- Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.



7 - Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Disarankan anda susun rapat sikit.. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)




8- Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.




9- Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa




ohoi mmg syiok mkn! ;-)

Saturday, October 22, 2011

MKK DPM SEMESTER PERTAMA 2011/2012

entry ini ditujukan untuk student2 ku sahaja.

DPM & DSK :
mohon maaf di atas kelewatan MKK sbb lately ni sy agak super bz. jd untuk tidak menghampakan awak semua sbb mggu depan da final, maka sy usaha siapkan mkk hari ni. supaya mudah awak nak target utk final nnti. Mana2 MKK yg bertulis merah itu, maksudnya AMARAN! Mana tugasan2 anda???!!! Dgn markah terkumpul mcm tu, harap maaf, anda tidak akan lulus exam plus sy rasa anda semua pun x boleh nak jawab final sbb x pernah hadir kelas sy. Sy x pernah nak restu awak dlm kelas sy. Full stop!





Monday, October 10, 2011

cinnamon muffin with cream cheese topping


holla!
hari ni buat muffin lg ;-)
tujuan buat muffin ni sebenarnya untuk student aku jual di kolej untuk dptkan dana aktiviti.
aku sponsor kos, duit hasil jualan masuk tabung dana. sesekali xpe. seselalu bankrap!

so hr ni buat cinnamon muffin dan letak topping cream cheese yg sgt yuummmeeh!

okeh nak resepi?

Resepi ni aku amik dr blog ni : 1001resepi

Tp aku ubah skit mengikut brg2 yg ada kt umah je hihi. Resepi asal kena letak parutan apple dan carrot, letak walnut dan kelapa parut. Tp aku xde bahan2 berikut di rumah plus nak kurangkan kos. Almaklumla nak jual kt student ;-)

Okeh ni resepi dia

bahan A
2 cawan tepung
1 1/4 cawan gula
3/4 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam (aku x letak sbb aku x tau nape garam x hancur. Ada masa aku terasa garam dlm muffin. Huhu)
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
(campurkan semua bahan dalam satu mangkuk)

bahan B
3 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
(campurkan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati)

kemudian korang campurkan bahan B ke dalam Bahan A. kacau sebati. Pastu letak adunan dlm cup muffin dan bakar 180’c selama 15 – 20 min


untuk topping :

1/4 cawan butter
1/2 cawan cream cheese
1 sudu kecil vanilla
3-4 sudu besar icing sugar

Pukul butter, cream cheese dan esen vanilla hingga dia kembang.

penulis blog yg aku amik resepi ni tulis : blend bahan hingga creamy. Aku dgn jujurnya masuk dlm blender. Tp x gerak2 blender aku. Huhu. Last2 pukul dlm mixer ;-p

okeh sambung resepi blk. Bila da kembang masuk gula icing.

Then letak atas muffin. Utk hias suka hati korangla nak letak aku. Aku letak hirisan strawberry je. siap untuk dimakan ;-)

satay willy

satay adalah one of my fav food. terutamanya satay ayam yg ada lemak2 kulit ayam. ho yeaah! okeh tau lemak itu tidak bagus. huhuhu.


sumber : pakcik google


kalau dolu2 paling best adalah sate samuri. tp semenjak dua tiga menjak ni, sate dia da x best. x rasa pun rempah2 perap tu. rasa manis gula ja.... cuma masih lg membeli sbb kuah dan sambal dia. uih.. sambal plg best. x jumpa kat kedai sate lain sambal mcm tuh.

sate samuri pun kdg2 aku rasa da x berkualiti. nasib x baik, dptla yg x sempurna masak. mentah beb! aih.. bisnes da maju tp kualiti makin mundur. ape cer.

muncul plak satey station. fuh bila muncul je kat area ampang waterfront, bersorak girang. tp....
errrr... mahal kot! secucuk 90sen. kalau makan sorang dua mungkin x terasa. bayangkan kalau makan satu family ramai2. tambah2 kalau ahli family tu comel kiut miut macam aku ni ha. confirm paling sikit sorg 5 cucuk. darab dgn 6 orang. bape dah? er... itu belum kita air. pun agak mahal. so sesekali bolehla. rasa? mmmmm bolehla.

hr tu dlm misi pencarian sate sbb ada tetamu nak dtg, ayah aku suh beli kt sg ramal. dia kata dgn dgn restoran yus. aku tergaruk2 gak kt ne sbb x familiar dgn kajang. tp dia x sebut sate apa. aku pun malas nak pk. susah2 beli je kt samuri.

tp tgh drive masuk ke kajang, eh eh aku ternampak restoran yus tuh. terus aku masuk simpang tuh. toleh2 kanan, ternampak sate willy. aku pnh dgr org cerita kesedapan dia. so call ayah tanya sate kt rest yus ke atau sate willy. ayah aku ckp sate willy!




dgn hati penuh excited aku pun membeli. ramai siut... yg membungkus pun bukan sikit2. x main belas2. sume puluh2. mcm aku gak la. sekali order 80 cucuk! hihi.

and ada jugak ketupat comel2. bukan nasi impit ye. ketupat.

aku mmg x sbr nak smpi umah. ha la dr kajang nak blk ampang di waktu ptg hari bekerja. tambah nak tunggu adik aku hbs keje kt bengkel dia kt kajang tu + jammed lg. korang bygla mcm mana traffik di waktu ptg di kawasan cheras leisure mall tuh. disebabkan ketidaksabaran, aku mkn secucuk. whoooaaaah sedap gilos! x cukup secucuk. 3 cucuk aku tibai! hahahaha.

ok pastu buang bahan bukti. lempar luar tingkap. hahahaha.

tp serius mmg sedap. terasa segala bahan2 perapan sate. satu family aku ckp sedap. x rugi korang beli. so pasni jom ramai2 pakat cari sate willy!

lokasi : sg ramal junction. (blkg restoran yus, dkt2 dgn sek. maahad hamidiah)

Sunday, October 9, 2011

sambut hari tua dgn western food!

holla!
bulan oktober adalah bulan kelahiran dua orang adik kesayangan aku. sorang 8hb, sorg lg 22hb. so da jadi kebiasaan kami akan celebrate birthday dorang sama2. senang xde dua kali keje.
mak aku awal2 seminggu sebelum 8hb da sebut kt aku. aku cadang buat western food sbb hr tu da janji dgn ayah aku nk wat lamb chop. mak aku setuju sgt2 dgn syarat dia nak spageti bolognese. aku no hal sbb dia menteri kewangan. hihihi.

aku dgn mak aku pun buat list menu : lamb chop, chicken chop, spageti bolognese, potato salad. aku plak kebetulan tgh mood nak bakar2 kek dan muffin ni, maka tambah menu. muffin. kek plak x beli. aku gantikan dgn pavlova. wah sungguh western gitu! hihi

nak jadi plak citer hr ni hari sambutannya tp aku sorg je available kat dapur! mak ayah aku ada wedding. adik lelaki aku? toksah buat citer la. terdampar je tgk tv. itu pun aku kerah suh kopek kentang. maka aku pun menjadi supermak eh aku belum jadi mak. huhu. okeh superlady pd hari ini. agenda bermula seawal kol 10. haha awal la sgt kan. ye ar pasaraya hero bukak kol 10. nak jugak g pasaraya hero sbb nak cari bahan2 nak buat muffin and pavlova.

habis shopping dlm kol 12 lebih. mula da bersilat kat dapur. partynya kol 4pm. party la sgt. cuma untuk 2 family je. hehe. phewww aku rasa mcm da kt dlm iron chef sbb kena siapkan tugas memasak dlm tempoh waktu yg terhad dgn menu yg pelbagai tp tenaga aku sorg je! iron chef?? hahaha *perasan! x layak lg kot.

siap masak sume bagi kol 3.30 cuma meringue pavlova utk layer kedua tgh membakar. siap bakar tetamu kami da dtg. apa lg. kelam kelibut aku nak siapkan pavlova. alih2 tgk cream x kental. berair. aiseyman! silap teknik daaaa! cream x bpe jadi. tp bedal je la.. huhu. buah pun main campak2 je kt pavlova. ;-p

alhamdulillah semua makan dengan tenang. sedap kot. *perasan lg! ;-p
now sudah sgt capek! oh esok isnin pulak ;-(

ok since ada yg mintak resepi chicken chop, maka aku letak resepi utk gravy marinate dia. oh lupa plak aku tukar menu dr chicken chop ke chicken grill. sbb x jumpa chicken yg da salut dgn bread crump.

bahan2 marinate lamb (aku marinate skali dgn ayam pastu grill kan)

sos cili life (aku mmg suka life. korang punya terpulang pd brand masing2)
sos tomato life
sos tiram
bbq sauce
gula (ikut kemanisan yg korang nak)
black pepper (tumbuk. ikut jugak korang nk byk mana)
corn oil (1 sudu)

ok sukatan sos2 tu bergantung korang nk byk mana gravy ni. kalau korang guna 1 cawan, so sukatan utk semua sos adalah 1 cawan. gravy ni pun bukan takat utk marinate je, boleh dijadikan sos gravy utk makan.sedap. thanks kepada kak wan yg bg resepi ni. serius sedap! lepas marinate dlm 2-3 jam, korang grill di non stick pan @ bakar dlm oven smpi masak ;-)

ok jom layan gmbr :








.

Saturday, October 8, 2011

Resepi Pavlova!

Holla!
hr ni terlebih rajin nak bake muffin and pavlova. ikutkan dlu2 aku ni jenis x suka buat kek, kuih, muffin atau yg sewaktu dengannya. aku cuma minat masak heavy food je. tu sebab badan pun heavy. hehehe. tp tak tau dua menjak ni hobi membuat kek2, tart, muffin tetiba muncul. dr awal puasa hari tu aku terkinja2 nak blaja buat cheese tart. skali bila buat, x bape menjdi. frust jugak. terus diam jap minat tuh.

pastu awal bulan lepas masa shopping groceries dgn kawan, tetiba ternampak walnut. tetiba teringin nk buat muffin. klakar kan. tp projek tu tertangguh smpila hari semalam. jumaat malam tu aku habiskan masa mentelaah cara2 nak buat muffin dan pavlova. meleleh - leleh air liur. terus semangat datang. pagi ni terus ajak member teman cari barang.

actually hasil mentelaah aku ni, ada satu blog yg aku guna pakai resepi dia dan juga youtube sbb nak tgk gak cara2 buat. tengok resepi je kdg2 xleh nak bayang mcm ne bentuk dia. almaklumla aku ni belum mahir buat2 kek nie.

hasil carian resepi di blog : irma

hasil youtube : theklutzycook

ok resepi dia :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

topping :
250ml whipping cream
2 sudu gula icing
1/2 sudu esen vanila

cara-cara :
1. pukul telur putih secara perlahan dgn mixer smpi dia da bentuk soft peak form
2. ubah kelajuan lebih tinggi dan masuk gula sikit demi sikit.
3. pukul smpi dia jadi putih kilat.
4. masuk esen vanila dan pukul lagi. agak2 da sebati, stop mixer.
5. masuk cuka dan tepung jagung. kacau guna spatula plastik. x perlu pukul dengan mixer lg. (benda putih ni dorang panggil meringue)

6. lapikkan dulang pembakar dgn kertas minyak.
7. tuang meringue tadi bentuk bulatan. ikut suka korang la nak kebesaran dia mcm mana. yg ni aku buat bulat kecil dlu sbb baru nak try
8. bakar pada suhu 150'c sehingga dia bertukar jadi warna coklat.
9. da bakar jgn keluarkan dari oven lg. biar dia sejuk dlm oven.


cara topping :
1. pukul whipped cream smpi dia kental.
2. masuk gula dan esen vanila.

hias :
1. sapukan topping pada meringue, kemudian tabur buah2 fresh seperti strawberry, kiwi, mangga, grape dll.
2. kalau nak buat 2 lapis, letak satu lg meringue dan ulang lg langkah 1.

hasilnya, taraaaaaaa :



sedap gilos!
melt in ur mouth! yummy!

Sunday, October 2, 2011

Hari perasan cantik!

ohoi! hari ini adalah hari perasan cantik bagi aku! :-)
sbbnya bila aku meng'offer' diri nak jadi model, ada org sudi nak buat photoshoot dgn aku. haha
dan lagi terharunya adalah sesi menggedik2 ini adalah seikhlas hati beliau tanpa sebarang bayaran dan sesungguh hati beliau mengambil gambar aku dan kawan aku. siap berterima kasih sbb kami sudi bergambar dgn beliau. ohoooiiii! akak lagi terharu dek. ko buat akak perasan cantik untuk berposing (mood nak perasan jap.choi!) x pernah umur akak ditawarkan jadi model utk berphotoshoot.hahaha.

ni sebenarnya adalah kali kedua. kali pertama dlu beliau telah mengajak untuk menjadi model di Tasik Titiwangsa. walaupun x pernah posing sakan, tp aku buat2 pandai.hahaha. beliau suh posing maka aku posing je la. aku siap pesan kt kawan aku yg sama - sama jadi model hr tu jugak : "kita kena yakin cantik! nak gambar jd model kena perasan"

maka hari itu aku jadi model serius. yela dlu tengok next top model, bila posing kena serius. hahaha konon! hasilnya :


so merasala aku jadi model masa tuh.
hari ini sekali lg nak berposing perasan yakin cantik! so pilih Lake Garden plak.
kuar umah 7.30 okeh. smpi sana 8.30 parking penuh. giler ramai umat. tp most of them dtg utk jogging. kami dtg utk posing! haha.
kami posing sambil senaman. apa tidak, mendaki2 kot kt lake garden tuh. berpoluh2 la jugak. huhu....
kali ni agak kekok pulak. sbb da lama kot sesi yg pertama dlu. smpi da lupa mcm ne nak jadi yakin cantik.hihihi... tp apa2 pun belasah je! model chubby yg comel! hihihi...
anyway ini berkemungkinan yg terakhir jd model perasan cantik. lepas ni xtau ada peluang lg ke tidak sbb beliau sudah mahu berkahwin. uhukk...uhukkk.. dek, pasni takde lg org nak amik gmbr kami seikhlas dan sesungguh hati. huhuhu...

jom layan gambar. gambar x upload semua. byk kot aksi kitorg yg perasan cantik! haha. takut korang muntah plak tengok liuk lentok kitorg ;-p