Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, July 27, 2013

Cuti-cuti kemboja : Day 1

Jom sambung citer trip ke kemboja..

entry lepas (SINI) sy ada sebut kami ada beberapa masalah sebelum fly ke phnom penh. 2 minggu sebelum fly, tour agent call minta kami buat full payment. kami buat payment dan agent emailkan pada kami itenerary, voucher dan sedikit info ttg pnhom penh (waktu solat, currency dll). bila kami check itenerary, ada major perubahan yg sebenarnya agak merugikan kami kerana banyak aktiviti free & easy. setelah beberapa siri email, kami masih x puas hati sbb itenerary x seperti yg kami dpt di MATTA fair. jd kami ambil keputusan untuk dtg terus ke ofis tour agent. bila kami tjk kan itenerary sebenar, baru mereka sedar kesilapan tersebut. haishh... alhamdulillah masalah settle. masalah kedua, agent minta nama hotel yg kami booking sendiri. bila kami da bg, agent bg tau tiada reservation yg dibuat atas nama sy. haikkk... pd hal agoda sendiri da email confirmation booking. x boleh jadi ni... google web hotel. amik no tel, and sy cll hotel. hampa...pekerja hotel x boleh nk ckp english sgt. dia x phm apa sy ckp, dan dia pun x bole nk explain in english. apa yg sy fhm, dia kata boleh dtg terus ke hotel. haih... so sy print siap2 booking slip dr agoda. tawakal sajalaaaa...ok tiba harinya kami dgn excitednya ke LCCT. flight jam 3. kami smpi di LCCT jam 1pm dan solat dulu di LCCT sebelum drop luggage. flight ke kemboja ambil masa 2 jam. dan waktu kemboja adalah sejam lewat dr Malaysia. oh jgn lupa tukar siap2 duit ye. dr apa yg kami survey, peniaga sana suka guna matawang USD. so sy da siap2 tukar RM700 ke USD.

sampai di Phnom penh, tuk-tuk driver kami sudah menanti. en. Salleh Lee ni beragama islam. katanya dulu pernah duduk 7-8 tahun di terengganu belajar pondok. patutle fasih benor ckp melayu :-)
oh sebelum kami beredar, sy beli dulu local simcard utk memudahkan kami nnti di sana. roaming mahal tuuu.. sy pun nk gunakan kemudahan internet berbanding utk call. utk beli simcard harganya USD1 @ USD2 bergantung pd company. tp disebabkan sy nk tambah penggunaan internet so sy byr USD5 utk simcard + internet. bole guna internet untuk tempoh 2 minggu. wehoooo boleh whatsapp & fb unlimited!

perkenalkan driver tuk-tuk kami yang sgt suka bercakap... En Salleh lee  :-)


kami agak excited naik tuk-tuk ni. hehehe. kami singgah ke hotel dlu untuk drop beg. belum check in lg sbb en.salleh suh cepat2 sbb nk kejar ke Central Market (CM) sbb da nak tutup. di CM kami shopping sedikit cenderahati. beli tshirt, fridge magnet dan keychain. tp beli sikit dlu sbb xnk tergesa2. kak ju pula beli gelang tangan. oh ya bahagian dlm CM ni mmg ada bahagian khas untuk batu2 permata.tp hati2 ye sbb tkt terbeli yg tipu atau harga x berbaloi.mcm kami untungnya ada en.salleh so dptla bezakan. kebetulan di CM kami bertemu beberapa org M'sia. ada sorg tu beli gelang yg sama dgn kak ju. kak ju beli USD15 tp org tu beli USD25. huhuhu... jd hati2 la ye.sy x beli sbb x minat. pintu masuk CM ada 4-5.kdg2 boleh tersesat jugak sbb kita x biasa. tp xpe. sesat pun x memudaratkan. mundar mandir je la kuar masuk cr pintu betul. hehe


Central Market


okeh antara barangan yg kami aim di russian market backpack yg murah2. mcm2 jenama tp kami pilih jenama deuter. harga beg dr USD8 - USD15 ikut size. tp ingat bukan ori tau tp kualiti ok. kt sini pun byk jual peralatan dapur, baju2, kain silk dan tali pinggang. sy sempat rembat 1 beg deuter dan 2 tali pinggang :-)



 kami di CM


settle di Central Market, kami bg tau kami lapar. betul kami lapar sangat2. hehehe. jd en.salleh bawa kami ke kedai makan muslim. yeay! dpt rasa local food. mcm2 dlm menu. nasi goreng pun ada tau. mlm tu sy dan kak ju pilih sup siem reap dan daging masak loklak. pelik kan nama.tu sebab pilih. sj nk try. hihi.


haaa tu rupa makanan kami. rasa? terbaek...! sedap! sup tu sup ikan. ala2 pindang tp sedap. daging tu ala2 daging merah tp ada pencicah yg unik. serbuk perasa yg diperah limau. oh kalau mkn di kemboja, xyh order air sbb dorg mmg akan bg teh jasmin scr percuma. sedap!

 teh jasmin

oh lupa nk bg tau, masa en.salleh hantar ke hotel dia tanya ada nk jln2 ke.utk ke russian market dan night market ni kami dikenakan bayaran USD13 per trip bukan per person.kami on je.masa kami makan, en.salleh check itenerary kami. dia x berapa setuju dgn itenerary yg tour agent sediakan. sbbnya ada beberapa tempat pelancongan utama yg kami x pergi sedangkan itulah tarikan utama ke phnom penh. kebetulan esok pgnya en salleh free, dan kami pun xde apa2 program sbb wakil agent hanya akan pick up kami di hotel tgh hari, maka kami setuju dgn cadangan en salleh untuk bawa kami ke S21 dan Central Market dgn bayarang USD15 seorang. selesai makan, kami ke night market. ini satu lagi antara tempat yang patut pergi di phnom penh. ada shawl, silk, cenderahati dan local food. tp bg muslim, hati2 pilih makanan ye.

di night market kita akan nampak satu kawasan lapang yang dibentang tikar dan khemah untuk pengunjung duduk dan makan. agak menarik pemandangan tersebut :-)




di night market ada macam2 makanan tempatan tp x semua kita bole makan sbb x halal. en salleh suruh kami beli kuih seperti di gambar di bawah ni. kami kata halal ke? hehe. lupa pulak dia tu islam. en salleh kata mestilah halal. kalau x halal dia tanggung. ececeh... sedap jugak. ala-ala kuih onde2 kita juga cuma bezanya kita salut dgn kelapa parut. di phnom penh pula mereka tabur dgn hirisan kelapa muda.


ok satu lagi en. salleh suruh kami beli air tebu. katanya air tebu pnnom penh x sama mcm di M'sia. dalam hati sy dok ckp apa yg bezanya sbb tebu sama je rasa. huhuhu. tp bila minum.... fuuhhhhh! sedap weh! tebu kt sini diperah dgn limau nipis. serius sedap gilerrr! dan satu lagi turut dijual air labu. kami x beli mlm tu.


oh ya mlm tu juga kami di bawa ke Monument di tgh bandar. amik2 gambar je. cantikkan dgn lampu2 tu...


selepas selesai jalan2, akhirnya kami pulang ke hotel. dan alhamdulillah tiada masalah masa check in. balik bilik tidur dengan nyenyak!


Thursday, July 25, 2013

Cuti - cuti kemboja KUL - Phnom penh

Sebenarnya percutian ke phnom penh ni x pernah ada dlm list. hahaha. kebetulan pun sebelum beli tiket ke phnom penh, sy da beli tiket ke korea. korea ni pun takde dlm plan. alih2 member call bg tau tic tgh murah. mcm tu jugaklah kejadian phnom penh nie. tiba2 member lain lak call kata Air Asia tgh murah.

kak ju : "fadh, AA tgh murah ni. nak g phnom penh x?"
me : "haa?" (sebenarnya agak terkejut sbb mmg agak jarang nama phnom penh tu melintas di kepala. haha)

me like eeerrrr kenapa phnom penh. huhuhu. return tic lebih kurang RM280/pax (termasuk baggange) lebih kurangla. x bpe ingat sbb actually tic beli setahun awal.hahaha. tic beli may 2012. travel may 2013. hameekkk...
memandangkan tic beli setahun awal, kami pun rileks je. oh kami berdua saja yg pergi. plan asal nk backpack je. tp fikir2 balik, phnom penh ni belum kategori negara maju, maka kami x berani nk main terjah tambah2 kami berdua perempuan.so target nk survey kt MATTA fair mac 2013.

tic semua member yg tlg uruskan.sy cuma hulur duit.hihi. alih2 bila diberitahu tarikh, rasa nak fengsaaannnn! tarikh kejadian ke pnhom penh sgt dekat dgn tarikh kejadian ke korea! 5 hari ke phnom penh. balik dr phnom penh, seminggu selepas tu ke korea pulaaaakkkk... mata sy sudah berbentuk simbol duit..hadoi kena cari duit nih! keh keh keh. melancong mcm anak org kaya, pada hal poket koyak rabak. :-p

selepas hampir setahun berlalu....

ceh mcm drama tv. hehehe. so kami berdua ke MATTA fair. ada few pakej yg kami dpt cari. x banyak memandangkan phnom penh adalah tempat yang x fofulaaarrr... hahaha. apa yg kami dpt, pakej serendah RM690 hingga mencecah RM1k+. check setiap pakej punya itenerary utk sesuaikan dgn harga.

kami mmg nk cr muslim tour sbb phnom penh ni bukan kawasan islam. kebanyakkan pakej yg kami tanya x menyakinkan kami dr segi makanan. no Pork. bukan nya confirm halal. alhamdulillah kami dpt 1 pakej muslim dgn harga yg sgt reasonable. sebenarnya ikutkan kami ke sana 5hari 4mlm. tp memandangkan hari pertama tu flight kami smpi ptg, jd amat2 la rugi jika amik pakej 5h4m. jd kami pilih pakej 4h3m. pakej kami berharga RM680. so utk penginapan hari pertama kami akan booking hotel sendiri sbb bila minta tlg pd tour agent, dia mintak tambahan RM150 seorang HANYA utk hotel which pd kami sgt mahal. total 2 org RM300 hanya untuk penginapan. sy katakan pd kawan, NO!. kita cr hotel sendiri. hotel kami cr d agoda. selepas survey beberapa hotel di internet, kami booking new york hotel sbb kt hotel tu ada restoran melayu. harga? RM100 :-)  kongsi dua org baru rm50 sorg. bahagia sungguh rasa hihi.

kemudian kami terfikir pula siapa nak pick up dr airport ke hotel.hasil dr baca kt blog2, adalah few bloggers yg bg no tel tuk-tuk kt sana. tuk-tuk ni adalah main public transport di phnom penh.so sy email kpd 2 org driver tuk-tuk untuk dptkan harga khidmat dorg..oh selain amik dr airport, kami minta juga harga utk sight seing ptg tu di sekitar phnom penh. termasuk ke russian market.yela.kami smpi jam 3 waktu sana.xkn nk terperuk kt hotel.rugi kot dtg jauh2 cuma dok kt hotel. so  ok hasil dr email :

tuk-tuk 1 :
pick up airport : 9USD
sight seing full day : 40USD
sy email kembali dan bg tau kami akan smpi lewat.maksudnya half day tour only. dia reply bg tau rate half day 28USD

tuk-tuk 2:
pick up airport : 7USD
sight seing : driver ckp x sempat ke russian market sbb kami smpi ptg.hampir waktu untuk RM tutup.

melihat kepada rate yg lebih murah, dan kejujuran beliau bg tau kami xk sempat ke RM, maka kami amik driver tuk-tuk yg kedua.dan yg bestnya dia muslim. oh ya kami email dlm BI, dia reply dlm BM. lg kami seronok. hehehe :-)

ok tour pakej, hotel dan tuk2 da settle. tinggal tggu hari dan buat full payment seminggu sebelum terbang ke phnom penh.actually ada beberapa masalah sebelum kami fly.nnti sy ceritakan next entry ye!

to be continued....