Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Thursday, July 26, 2012

menu iftar yg sederhana

salam..
hr ni masuk hari keenam kita berpuasa.
setiap hr sy akan memikirkan menu apa utk berbuka. family sy pula x suka makanan berat seperti nasi berlauk untuk berbuka. nk yg ringkas dan mengenyangkan.

hr ni sy buat menu yg betul2 ringkas. hr tu masa karnival koperasi kt bukit jalil, sy ada beli garlic spread yg diusahakan oleh pengusaha melayu. murah dan byk. tu sebab sy bercadang untuk buat garlic bread. kalau da ada garlic bread, pastinya kena ada mushroom soup. kebetulan masa sibuk jengah2 blogger masakan, ternampak pula  resepi mushroom soup. fuh! apalagi! mmg ngamsoi la! kemudian tekak pula terasa nk makan bruschetta! ngada2 kan hihi. maka hr ni tersedialah mushroom & chicken soup yg boleh dimakan dgn garlic bread dan juga bruschetta! yummehhhh!



 ok meh sy bg resepi bruschetta ni. sy dpt dr saudari zarin dr blog kongsi resepi.

6 biji cendawan butang di hiris nipis nipis
dada ayam dipotong kecil ---> ini sy tambah
seulas bawang putih di potong dadu kecil2
1/2 biji bawang besar di potong dadu
2 tbs olive oil --> sy ganti dgn corn oil je.
1/2 tbs pepper
4 tbs thickened cream
2 sudu besar sos spageti kimball ---> sy tambah untuk bg rasa2 masam utk elak muak.
garam  secukup rasa
roti baguette dipotong2

CARA CARA
panaskan minyak
tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi
masukkan ayam. tumis sehingga ayam masak.
masukkan cendawan dan tumis lagi sehingga cendawan hampir garing (nampak macam keperangan kat bhgn tepi tu)
masukkan pepper dan garam dan gula secukup rasa
gaul sebati
masukkan thickened cream
masukkan sos spageti.
kacau biar sebati dan mesra
tutup api
siap

kemudian sapukan sedikit butter di atas roti baguette yg tlh dipotong2. kemudian toastkan baguette di dalam oven selama 5 minit atau sehingga agak garing

*sy x suka roti baguette sbb agak keras. jd sy tukarkan kpd roti gardenia jer. tetap sedap ;-)


 ok untuk resepi mushroom soup pula sy dpt dr koleksi masam-masam manis

 
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ dikisar ita tambah

Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam. 
Masak guna api yang perlahan. 
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti




Wednesday, July 25, 2012

menu iftar

salam ramadhan untuk semua sahabat2. terlambat skit untuk wish ramadhan. maaf la da lama x bersiaran ;-)

ramadhan kali ini sy memegang status suri rumah sepenuh masa. maka da tentu tugas untuk menyiapkan juadah berbuka tu diserahkan bulat2 pd sy. huhu. maka otak ni mulalah dikerah untuk pk menu2 yg best. ikutkan family sy ni jenis tak mau mkn nasi berlauk masa berbuka. mereka lebih gemar menu2 ringan tp mengenyangkan. lauk tetap masak tp biasanya akan dibawa ke sahur.

utk hr ini sy menyediakan nasi impit goreng untuk berbuka. menu ni sebenarnya mmg menjadi kegemaran family sy. jd kebetulan nasi impit untuk soto semalam masih ada berbaki, maka sy pun bercadang nk buat nasi impit goreng. tiba - tiba "along nnti nasi impit tu goreng eh" hehehe xpe mak. mak x suruh pun along da boleh bc fikiran mak tuh ;-)



alhamdulillah licin licau nasi impit tuh dikerjakan oleh adik dan mak sy. hihihi. 



ok resepi nasi impit goreng

bahan2

2 bungkus nasi impit yg telah direbus (dipotong dadu) *
bawang merah 5biji *
bawang putih 2 ulas *
cili merah 3 biji (kalau nk pedas boleh tambah cili api) *
ikan bilis setengah genggam *


bahan - bahan bertanda * diblend halus
panaskan minyak, tumis bahan2 yg dah diblend td sehingga naik minyak.
masukkan garam secukup rasa.
masukkan nasi impit yg dah dipotong dadu. seeloknya dadu kecil supaya rencah terasa.
tunggu sehingga rencah sebati dgn nasi impit dan garing sikit rencah.
tutup api dan siap untuk dihidang




untuk ayah pula dia x mnt nasi impit goreng.jd menu tambahan lain sy buat bihun tomyam. tak susah pun sbb pakai perencah tomyam segera. hihihi. jd bahan2 lain campak2 je. so xyh la bg resepi sbb gunv perencah segera semua pun boleh buat.. hihihi. so kita layan gambar jer ;-p



Tuesday, June 12, 2012

perasan saya

saya suka kamu....
tapi saya x pasti perasaan kamu.
walaupun kamu seperti suka saya, tp saya x yakin kerana kamu masih terikat dengan kisah lama.
jangan mudah mengata sayang, jika hati tidak bersungguh.
saya cuba mengelak supaya hati saya tidak terjatuh.
untuk masa sekarang, saya tiada jawapan bila kamu bertanya soal hati.
jika hati saya semakin jatuh, tetapi kamu masih dibayang kisah lama, jgn salahkan saya jika saya mengundur diri.
jika hati kamu telah tetap, kabarkan kepada saya.
apa pun saya gembira berkawan dengan kamu.

haih... entry jiwang karat sungguh! tp mmg inilah perasaan saya. moga hati saya tabah akan sebarang keputusan.....

Tuesday, April 3, 2012

Jus buah paling best!

satu perkara yang paling saya suka duduk di serdang ialah jus buah! yes. jus buah kt serdang ni mmg paling fresh dan sgt2 murah bagi kitorg. almaklumlah majoriti adalah pelajar. jadi harga xleh la nak mahal2. kalau nak dibandingkan jus buah sebegini yg di jual di tempat lain semuanya melebih rm5 segelas. kat sini kalau mix buah pun x sampai rm3!

lokasi : Flat ikan sri serdang


tengoklah deretan buah - buah yang ada kat kedai tuh. ada macam2 jenis buah.
pilih je nak mix dgn apa.




kalau korang semua dtg kat gerai jus buah ni, korang mesti rambang mata nak pilih buah apa. antara buah - buah yang ada :

1. lemon
2. orange
3. jambu
4. tembikai
5. epal
6. mangga
7. carrot
8. tembikai susu


itu senarai buah2 yang biasa kita minum. ada juga yg luar biasa untuk diminum

1. kedondong (campur dgn serbuk asam) pernah try...not bad!
2. tomato ----> errrr belum teringin nak try lg
3. batang saleri ----> erk! lagi tak teringin nak try! huhuhu
4. pisang (campur dengan susu) sedap!
5. peria -----> oh no~! xmo2 huhu
6. betik ---> lum ada hati nak try lg


banyakkan senarai buah2 dia. boleh mix2 lg. kalau skrg ni datang upm atas urusan kerja, mmg akan singgah sini untuk beli. rugi rasanya kalau x beli. huhuhu. awatlah kat tempat lain xde macam nie. minuman sihat ni!



Monday, April 2, 2012

Ahli keluarga baru!

Salam..
dengan happy nya nak cerita kat satu dunia yg family sy telah menerima ahli keluarga yg baru!
adik sy selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 1 April 2012. April fool boy! hehehe
baby ni dilahirkan di hospital putrajaya dgn berat 2.6kg.

ceritanya baby ni dijangka keluar 5 April. masa hari jumaat 30 mac tu doc ckp baru bukak 1cm. so dia suh adik blk dlu. sabtu sempat lg si ibu berjalan2 di midvalley dlm sakit2 tuh. sabtu mlm tu dalam kol 1am adik da tak tahan sakit, so bawak ke hospital putrajaya. ropa2 nya da bukak 4cm dan terus ke labour room. kami ni kat umah dgn bahagianya tido di umah sbb x sangka dia nak bersalin awal. sekali bila da subuh, adik ipar call bg tau adik da selamat bersalin. uik... sudah ka? x sempat kami2 nak cemas. hihihi.

sgt cute! suci dan bersih je muka. x macam kita2 ni da berkeladak dgn dosa. huhuhu.

baby ni namanya Wan Muhammad Mikhail. semoga Mikhail akan menjadi anak yg soleh dan anak yg baik. amin.... mak long syg sgt kat Mikhail. muahhh muahhh! ;-)


Thursday, March 29, 2012

Biru mata hitam ku

salam u ollsss! ;-)
entry kali ni nak citer pasal makan. jgn meleleh air liur ye tengok gambar2 nie. hehehe
sebenarnya bila fikir tentang menu, kami kaum wanita selalu blur dah nak masak apa.
bila berlaku pengulangan menu yg sama, bosan pulak. apa yg selalu terjadi, bukak peti ais pastu
menung lama2 tengok isi perot peti ais. pastu garuk2 kepala pikir apa nak di masak.
haih.... kalau masak menu2 fusion kang, tekak org tua bukan boleh terima. tapi nasib baiklah tekak2 orang rumah saya ni baik adik ke...mak ke...ayah ke... ipar duai ke... sume menerima menu western. menjilat2 jari lg kalau masak western. tp xleh selalu lah. bankrap nnti! hihi.

so weekend yg lepas sy cadangkan masak spageti. mak terus jawab : nak!
adik ipar sengih, adik sendiri pulak siap request menu tambahan. nak makaroni bakar.
masalah ialah bila ayah x gemar spageti. nasib baik dia gemar makaroni bakar. jd xde masalah! menu on! hehehehe

so segera menuju ke supermarket mencari bahan2. syiok betul mengambil barang2 nak masak.
so malam minggu hari tu siaplah spageti, makaroni bakar, mashed potato dan drumet goreng. nyum...nyum....




itu menu minggu lepas. semalam dok borak2 dgn member ofis. ntah mcm mana termasuk topik lamb chop. kebetulan pulak gaji baru masuk. terus ajak member p giant. kami nak masak lamb chop! hahahahaha. tanya adik, dia on aje. almaklumlah skrg menumpang umah adik. jadi nak masak apa2 kena tanya pendapat dlu ;-p

so kami ni pun masa lunch hour menuju ke giant. mula2 amik 4 ketul lamb. ada plak member request suh masakkan utk dorg jugak. tambah lg 2 ketul. uih sakan shopping semalam. siap menyalin menu yg member bagi dlu.
so hasilnya malam td : lamb chop, chicken chop, mashed potato & salad with thousand island. sedap! hihihi


Sunday, March 18, 2012

Monday Blues After Loooooong Break!

Monday oh Monday! hihuhihu

ni la simptom2 setelah looooooooooong break. satu minggu cuti yg sgt heaven!!
students cuti mid sem selama seminggu. maka sy pun dgn happynya isi borang cuti untuk seminggu. dan yeay! diluluskan!

heaven siut! plus mak pun cuti 2 hari. pagi2 xde nak rushing siap2 p ofis... bgn pagi pas solat, golek2 atas katil.... x pun g bilik mak, golek2, gomol2, cium2 mak, gosip2 dgn mak. oh bahagia!
agak2 da lapar, siap2 p breakfast dgn mak. cari kedai mkn. pas breakfast pi buat mcm2 aktiviti bersama. tanpa pikir keje, tanpa risau kena marah kt ofis.

sepanjang seminggu ni pg2 mesti bermalas2 kt katil. so bila pg ni nak kena p ofis, ya Allah liatnya nak bgn dr katil! huhuhu...

sepanjang seminggu bercuti, sebenarnya padat dgn mcm2 aktiviti. kuar pg, blk ptg. kdg2 mlm pun kuar. oh jgn pikir sy berpoya2. huhuhu. cop2. sikit2 tu ada la poya2. hihi. selebihnya berusaha mencari peluang untuk masa depan yg lebih baik. insyaAllah....

awal bulan hr tu telah tekad hati untuk hantar surat resign. biarlah orang nak kata saya trauma ke merajuk ke, itu semua penambah perencah kepada gosip2 dan kabar angin. walaupun kalau sebenarnya saya tidak perlu menghadapi 'sesi perbicaraan' hari tu yg mmg buat sy sentap dan kecil hati, sy tetap akan mengundur diri dr sini. alasannya hanya satu. saya nak fokus study.


belajar + bekerja = tugas yang sgt berat.

saya tau ada orang boleh lakukan sambil belajar dan bekerja. bagi saya, ia boleh dilakukan jika majikan tu memahami dan fleksibel. tp kalau ianya sebaliknya, lupakan je la. BIG NO! jawabnya result korang mmg akan hancus! yes itu yg berlaku pd sy. sy pernah kandas master di UPM atas sebab kerja shif. ini kali kedua sy buat master. and i wont let it happen again. tidak akan ada kandas yang kedua! lagi pun penyelia di UKM skrg ni seorang yg sgt mengambil berat. dan nak sy cepat habis siapkan thesis. tp komitmen kerja terlampau tinggi sehingga komitmen belajar terpaksa diketepikan. sampailah penyelia sy mula naik angin.huhuhuhu. maka setelah berbincang dgn family, bulatkan tekad untuk resign walau sebenarnya saya SANGAT2 sayang dengan students sy ;-(

eh eh td citer pasal monday blues, awat teralih ke cerita nak resign ni. huhuhu.
okeh sbnrnya disebabkan da nak berhenti, maka kena pikirkan jugak financial akan datang. mana mau dpt duit bulan2. keta mau bayar...hutang mau bayar... wooooo
nasib baik ada sikit side income hasil dr biz online. tp tu pun x seberapa. so memandangkan da cuti seminggu ni, ambil kesempatan untuk cari peluang luaskan lagi biz online.
oh no no bukan biz MLM atau biz klik sini dpt duit, klik sana dpt duit atau yg adik beradik tu. saya x pernah percaya biz mcm tuh. maaf bg org2 yg terlibat dgn MLM. ni cuma pendapat sy je.

so sepanjang seminggu ni sy sibuk cari premis. konon2 nak buat ofis supaya mudah dpt loan. da jumpa premis yg berkenan. murah dan cantik! ok puas hati. so pergi pula SME bank. maklumbalas dr bank mcm x menarik. atau sebenarnya org bank tu sendiri mcm malas nak layan kitorg. yelah kitorg ni nampak mcm budak2 je. (perasan! hihi)

kemudian ke Tekun pulak. wah kakak Tekun sgt baik! byk info dpt x mcm Tekun Sepang. abg Tekun sepang jgnla sombong2 sgt. Kami nak buat loan. kami bukan minta sedekah kat abg Tekun. jadi silalah berhemah dan melayan kami mcm klien anda yang lain. contohi kakak Tekun Ampang. lps jumpa kakak Tekun, semangat makin berkobar2. peluang nampak semakin cerah.

then ke Serdang pula. jumpa supplier yg boleh buatkan pakaian dgn jenama sendiri. wah! lagi menarik! ye ye sy nak ada jenama sy sendiri! lepas berbincang selama sejam lebih, hati berbunga riang. sy da nampak jln yg perlu dilalui. moga2 Allah akan permudahkan langkah sy nanti. Amin!

itulah yg berlaku selama seminggu. sehinggalah badan da terasa penat. mak kata lasak sgt dengan badan. jumaat mula terasa sakit2 sendi. demam! sabtu ahad cirit birit pulak! terlepek je. huhuhu. takpe mak. sy lasak2 demi masa depan. sy tak lasak2 untuk hiburan ;-)

jd mmg seminggu tu sy x sentuh langsung bab keje. bawak satu beg penuh nota2 lecture konon nak update slide show. hampeh! huhuhu.


hari ni bila masuk ofis, adoi mak blur! tak tau nak buat kerja apa. mcm memory dlm otak ni da lost! semangat pun da semakin pudar!

aduhai... saya ada sehingga 4 jun untuk bertapa di ofis ni. bagilah sy kekuatan yg cukup dan kesabaran yg lebih. kekuatan sy kini hanya pada students sy je. sy bertahan hanya untuk masa depan students sy. apa pun DPM tetap di hati saya.

oi oi monday blues plz go away! huhuhu