Sebenarnya percutian ke phnom penh ni x pernah ada dlm list. hahaha. kebetulan pun sebelum beli tiket ke phnom penh, sy da beli tiket ke korea. korea ni pun takde dlm plan. alih2 member call bg tau tic tgh murah. mcm tu jugaklah kejadian phnom penh nie. tiba2 member lain lak call kata Air Asia tgh murah.
kak ju : "fadh, AA tgh murah ni. nak g phnom penh x?"
me : "haa?" (sebenarnya agak terkejut sbb mmg agak jarang nama phnom penh tu melintas di kepala. haha)
me like eeerrrr kenapa phnom penh. huhuhu. return tic lebih kurang RM280/pax (termasuk baggange) lebih kurangla. x bpe ingat sbb actually tic beli setahun awal.hahaha. tic beli may 2012. travel may 2013. hameekkk...
memandangkan tic beli setahun awal, kami pun rileks je. oh kami berdua saja yg pergi. plan asal nk backpack je. tp fikir2 balik, phnom penh ni belum kategori negara maju, maka kami x berani nk main terjah tambah2 kami berdua perempuan.so target nk survey kt MATTA fair mac 2013.
tic semua member yg tlg uruskan.sy cuma hulur duit.hihi. alih2 bila diberitahu tarikh, rasa nak fengsaaannnn! tarikh kejadian ke pnhom penh sgt dekat dgn tarikh kejadian ke korea! 5 hari ke phnom penh. balik dr phnom penh, seminggu selepas tu ke korea pulaaaakkkk... mata sy sudah berbentuk simbol duit..hadoi kena cari duit nih! keh keh keh. melancong mcm anak org kaya, pada hal poket koyak rabak. :-p
selepas hampir setahun berlalu....
ceh mcm drama tv. hehehe. so kami berdua ke MATTA fair. ada few pakej yg kami dpt cari. x banyak memandangkan phnom penh adalah tempat yang x fofulaaarrr... hahaha. apa yg kami dpt, pakej serendah RM690 hingga mencecah RM1k+. check setiap pakej punya itenerary utk sesuaikan dgn harga.
kami mmg nk cr muslim tour sbb phnom penh ni bukan kawasan islam. kebanyakkan pakej yg kami tanya x menyakinkan kami dr segi makanan. no Pork. bukan nya confirm halal. alhamdulillah kami dpt 1 pakej muslim dgn harga yg sgt reasonable. sebenarnya ikutkan kami ke sana 5hari 4mlm. tp memandangkan hari pertama tu flight kami smpi ptg, jd amat2 la rugi jika amik pakej 5h4m. jd kami pilih pakej 4h3m. pakej kami berharga RM680. so utk penginapan hari pertama kami akan booking hotel sendiri sbb bila minta tlg pd tour agent, dia mintak tambahan RM150 seorang HANYA utk hotel which pd kami sgt mahal. total 2 org RM300 hanya untuk penginapan. sy katakan pd kawan, NO!. kita cr hotel sendiri. hotel kami cr d agoda. selepas survey beberapa hotel di internet, kami booking new york hotel sbb kt hotel tu ada restoran melayu. harga? RM100 :-) kongsi dua org baru rm50 sorg. bahagia sungguh rasa hihi.
kemudian kami terfikir pula siapa nak pick up dr airport ke hotel.hasil dr baca kt blog2, adalah few bloggers yg bg no tel tuk-tuk kt sana. tuk-tuk ni adalah main public transport di phnom penh.so sy email kpd 2 org driver tuk-tuk untuk dptkan harga khidmat dorg..oh selain amik dr airport, kami minta juga harga utk sight seing ptg tu di sekitar phnom penh. termasuk ke russian market.yela.kami smpi jam 3 waktu sana.xkn nk terperuk kt hotel.rugi kot dtg jauh2 cuma dok kt hotel. so ok hasil dr email :
tuk-tuk 1 :
pick up airport : 9USD
sight seing full day : 40USD
sy email kembali dan bg tau kami akan smpi lewat.maksudnya half day tour only. dia reply bg tau rate half day 28USD
tuk-tuk 2:
pick up airport : 7USD
sight seing : driver ckp x sempat ke russian market sbb kami smpi ptg.hampir waktu untuk RM tutup.
melihat kepada rate yg lebih murah, dan kejujuran beliau bg tau kami xk sempat ke RM, maka kami amik driver tuk-tuk yg kedua.dan yg bestnya dia muslim. oh ya kami email dlm BI, dia reply dlm BM. lg kami seronok. hehehe :-)
ok tour pakej, hotel dan tuk2 da settle. tinggal tggu hari dan buat full payment seminggu sebelum terbang ke phnom penh.actually ada beberapa masalah sebelum kami fly.nnti sy ceritakan next entry ye!
to be continued....
Terima kasih... Kedai runcit?
6 years ago
5 comments:
wah..seronokkkkk... nanti cerita detail yer sbb maybe next pit stop kat situ.. heh heh..
hehe ok2. akan disambung ASAP ;)
Salam,
Boleh saya dapatkan alamat email driver tuk tuk tu?
wslm.
bole :-)
sallehlee@gmail.com
boleh cr fb dia juga dgn email ni :-)
Salam,
boleh share tak maklumat driver tuk tuk muslim tu dan berapa kadar yg die ambil? Nak ke sana bln dpn.
Post a Comment