Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, March 24, 2017

Percutian dan trip borong ke Guangzhou - Tips

Salam ollsss!
Allah lama betul blog ni tak ber update. Last update 2015! MasyaAllah… kesibukkan dengan kehidupan seharian smpi takde masa dah nk update blog. Tp kali ni mmg terasa nak sangat2 update blog sebab post kali ni saya nk bercerita ttg trip ke Guangzhou. Nak menulis ttg trip ni kerana masa sebelum nk ke Guangzhou, kami mencari tips dan info dr blog2 org lain. Byk info yg kami dapat tp tidak spesifik kepada info pusat2 borong. insyaAllah sy cuba nak bantu uolls utk bg info berkenaan pusat2 borong di Guangzhou. Tp info sy ni mungkin tidak lengkap sbbnya ini pun kali pertama kami ke sana. Sesat2 tu takyah cerita lah. Sebab kami pun main redah je.

Alkisahnya terjebaknya kami ke Guangzhou ni sebab nak pergi sendiri ke pusat2 borong kt sana. Maklumlah semua org dok gebang kt sana murah2 belaka kan. Jd memandangkan kami ni full time berniaga, maka mestilah perasaan nk ke sana tu berkobar2. Kebetulan masa Air Asia tgh promo, tiket dpt dlm RM400+. Maka kami grab terus. Masa offer tu sept 2016. Flight kami 14mac 2017 lepas.

Disebabkan sibuk dgn segala macam urusan, kami x byk masa nak google info berkenaan trip borong. Selama ni pun kalau trip bagpack mmg blog2 la yg kami jengah untuk dptkn info. Bila dah nk dkt2 tarikh baru masing2 sibuk cr info di blog2. Tp x byk info berkenaan nama2 pusat borong. Maka kami ambil keputusan untuk join kursus borong china. Ada beberapa kursus yg kami senaraikan. Lepas dah buat pilihan, maka kami ke kursus tersebut 2minggu sebelum trip kami. Masa tu hotel pun kami x booking lg dengan harapan segala maklumat berkenaan hotel dan pusat borong kami dpt dr kursus tu. Malangnya kursus tu terlalu general. Info2 yang kami dah dpt dr en.google dan blog2 itulah yang diterangkan dalam kursus berkenaan. Adalah tambahan info dan pengalaman2 mereka dlm trip borong ke china. Tp info berkenaan hotel dan pusat2 borong tiada! Kami bertanyakan tentang hotel. Organizer berat nk menjawab. Diberi jawapan selamat, boleh booking melalui mereka. Ada juga peserta yang tanya tentang pusat2 borong. Jawapan mereka “oh itu rahsia syarikat. Jika nak tau kena ikut trip borong kami ke china” ohhhhhh mcm tu pulak. Kami hadir kursus ini berbayar. Bukan percuma. Sedih okeh. Kami pulang dengan hati membara.

Masa dah suntuk. Maka kami terus booking hotel selepas google maklumat. Dr info blog2, hotel ni mmg dah jadi tumpuan org Malaysia yang memborong di sana. Oh ya salah satu perkara penting yg korang kena ambil kira ialah pastikan hotel berkenaan memberi keizinan untuk meletakkan brg2 borong korg di lobi hotel. Almaklumlah korg mesti borong mcm2 kan. Xmuat bilik! Huhu. So kami booking Hotel Clivia. Oh hotel ni tiada dalam agoda mahupun trivago hihi. Call booking je ye 😝

hotel kami di Guangzhou

haaa korg kena cari hotel yg izinkan korg letak kotak2 ni. 
sumber dari blog : http://kkshakira.blogspot.my/2013/04/guangzhouchina.html


Pagi petang kami menelaah di internet cari pusat2 borong. Alhamdulillah byk juga info berkenaan pusat2 borong yang kami dapat. So kami terus screenshot dan simpan siap2 dlm hp dan tab. Kena ingat di sana google tidak boleh digunakan tau. Haremmmmmm hahaha. Dulu2 whatsapp pun katanya xleh. Tp skrg dah boleh dah. Instagram dan facebook pun haremmmmmm katanya. 😝

Oklah sebelum kita nk citer2 pasal trip kami tu, meh la kami bg beberapa info penting dan perkara2 yg korang kena buat sebelum ke china.

Cuaca / musim
China ada 4 musim tau uollss.
musim sejuk : Dec - Feb (4-16celcius)
musim bunga : mac - may (15-22celcius)
musim panas : jun - ogos (20-29celcius)
musim luruh : sept - nov (19-22 celcius)

korang jgn pergi musim sejuk kalau nk memborong. kalau sekadar nk jln2 takpelah. sebabnya kalau pergi musim sejuk, nak bekerja pun tak selesa. memborong tu kira bekerjalah ye. hihi. lagi2 kalau korang nk borong pakaian.itu adalah waktu yg salah! sebabnya sepanjang musim sejuk korang akan jumpa winter coat sahaja! cuaca masa kami ke sana hari tu sedang2 elok je. suhu sekitar 15-17 celcius. sejuk2 dingin. sronok memborong waktu mcm ni. takla rasa lesu. psssttt padahal penat gila nak mati sampai seret2 kaki hahaha

oh ya satu lagi tidak sesuai ke sana masa Canton Fair sebab segalanya mahal.
1.       
Ahkak sejuk dik. huhuhu. suka sgt kt pokok ni. ni kat metro station berdekatan hotel kami


1.  Waktu / waktu solat dan kiblat
Waktu di China adalah sama di Malaysia. So takyah nk susah2 ubah jam korang. Or takyah nk perasan jet lag. Haha. Tp kena ingat waktu solat tak sama ye. Mereka lebih cepat mcm di sabah. 12.30pm dah zohor. 6.30pm dah maghrib. So kena alert dgn waktu solat. Kiblat kami di hotel dah mudah. Ada arah kiblat. Agaknya ramai sgt org Malaysia dok situ, maka dorg letak arah kiblat. Selebihnya kami tumpeng kedai makan untuk solat.

1.   Matawang
Matawang China dipanggil Yuen atau RMB. Tukar siap2 kt Malaysia. Masa kami pergi tu 100yuen bersamaan RM64. Sila alert dgn kalkulator. Oh ya diingatkan banyak kes2 duit tipu di Guangzhou. Kena hati2. Byk kes yg selalu kami baca, bila kita bagi duit, tanpa kita sedar mereka tukar dgn duit palsu lepas tu ckp kita bg duit palsu. Mereka sebut palsu = copy.
Mereka selalu ingatkan supaya masa urusniaga mata jgn lepas bila kita bg duit.jgn dok sibuk dok belek barang lain masa buat payment. Mereka ni cekap bab menipu. Tp sepanjang kami di sana, alhamdulillah belum lg terkena kes mcm ni. Mmg kami slalu dok tgk kat duit bila buat payment. Untuk kesan duit palsu, mudah je. Korang gosok2 jari kat kolar baju presiden yg ada kat duit kertas tu. Kena rasa kasar. Kalau licin semacam mcm kertas A4 tu, duit pelesuuuu la tu.


ni matawang China

yg ahkak bulatkan tu la kolar presiden yg korang kena rasa utk pastikan palsu atau tak.


1.   Pengangkutan
Kat sana pengangkutan utama adalah Metro. Mudah, pantas dan murah. Korang xyh nk tunggu lama2 mcm korang tunggu LRT kt Malaysia ni hihi. Kebanyakkan tempat mudah akses Metro. Sanggup atau tak je nk menapak 😝
Manusia sentiasa penuh. Korang xyhla nk sopan santun sgt ye sbb org2 dorg ni sume nk cepat dan redah je. So korang pun kena gigih redah dan rempuh haha.
Tiket metro murah dalam 2 – 4yuen sahaja. Kami dr airport ke hotel pun baru 7yuen. Murah tak murah haaaa. Setiap station ada beberapa exit. Ada tu dr A sampai K exit dia. Hamekkkk. So pastikan korang tau nk exit mana.

  hah korg nampak tak betapa banyaknya exit dia

jgn risau metro mereka mudah untuk difahami. sebelum ke sana korg study la dulu map metro Guangzhou. download siap2 sebelum ke sana utk kemudahan korang.

Selain metro, teksi pun mudah sgt di Guangzhou. Korg tahan je dan2 teksi berhenti tanpa kira di mana jua walaupun dorg belum ketepi dan kereta belakang sedang ikut teksi. Hahaha. Nasiblah ye pemandu belakang tu. Kalau korg nk jimat tenaga dan sayang kaki, maka naiklah teksi. Mcm kami sayang duit, maka gigih naik metro walau kaki dan seret2 haha.
Pastikan korang ada name card tempat yg korang nk tuju atau korang ada gambar tempat pusat borong. Sebab kalau korang sebut pun dorg x paham. Pastikan salah seorang duduk depan dan masa byr tolong alert. Takut isu duit pelesuuuu la. Bila nk turun, pastikan korang turunkan beg dlu baru bayar. Takut teksi bawak lari barang borong korang. Nangis tak berlaguuuu. Oh pastikan mereka guna meter. Setakat yg kami guna teksi biasa nya tambang dlm 10-20yuen. Paling jauh kami kena bayar 45yuen. Tu pun dengan pantas kami buka google map bila kami rasa mcm tak sampai2. Terkantoi plak bila map berbunyi hahaha. Lantak la asal x kena tipu. Nasib baik pemandu jujur haha.

Bas kami tak naik sebab semua tulisan cina. Tak paham! Nak tanya driver jauh sekali. Mmg dorg pun x phm. Kita pun tak paham huhu.

1.   Makanan
Ikut maklumat dr blog2, mereka ckp byk kedai makan halal di Guangzhou. Taaaaaaaapi kami tidak bernasib baik sbb suuuuuuuusah sgt nk jumpa kedai halal. Sama ada mmg xde atau kami dah terlalu penat sampai tak nampak tulisan halal. Huhu. Byk jugak nmpk McD dan KFC. Tp tak halal ye uollsss. Masa lapar tu meleleh je air liur. walaupun susah dpt jugalah sekali dua kami merasa local food mereka. selebih nya kami makan je di hotel. masak nasi dan bukak tin makanan huhu

Kad
Okeh ini sgt penting. Bila sampai hotel, sila ambil kad hotel banyak utk kemudahan korang. Sebab kalau naik teksi, korg tunjuk je kad hotel. Driver mudah fhm. Kalau korang memborong dan nk minta mereka htr brg korang ke hotel, hulur je kad hotel. Tak yah susah2 nk bagi nama hotel atau alamat hotel. Dorg x phm. Hulur kad, selesai masalah. Mcm tu jugak kalau korang memborong, pastikan korg ambil name card mereka. Sebabnya kalau korg nk pergi balik ke tempat tu, hulur je kad pd teksi. Dengan pantas mereka bawak ke situ. N satu lagi kad juga penting untuk korg deal lepas balik Malaysia. Masa di Guangzhou x beli pun takpe. Amik je name card. Nnti balik Malaysia, korg add wechat mereka. Pastu boleh dah berurusniaga. Semua kan di hujung jari! Jgn sebut name card sebab dorg x paham. Sebut ‘ka pien’ dengan pantas mereka hulur name card dan stapler. Haaaa utk apa stapler? Korg stapler la kt buku nota. Tulis nota skit tu name card kedai apa. Apa dorg jual, harga barangan. Supaya korang x lupa. Almaklumla semua dalam Bahasa cina. Korang paham? Jgn nnti balik Malaysia terkebil2 tengok kad x phm hahahaa
.

paham idok? ahkak pun x phm hahaha.


1.       Wechat
Okeh ini sgt penting. Kenapa? Sebab wechat adalah paling famous di sana. Mereka x guna whatsapp. Ada tp tak ramai. Dan wechat sebenarnya memudahkan korg utk berkomunikasi. Kenapa? Sebab wechat dorg boleh translate. Dorg akan taip dlm Bahasa cina, kita akan translate dlm BI. Mcm tu jugak bila kita taip dlm BI, dorg akan translate dlm Bahasa cina.
Google translate susah nk guna. Walaupun korang dah download awal2 application tu, tp bila internet xde, xleh guna. Lg pun kat sana kan google tarak!
Mcm kes kitorg, member dah hamper fade up nk cari kain sebab masuk2 kedai semua tak paham apa kitorg ckp. Nk guna google translate plak xleh sebab roaming problem masa tu. Last2 kami masuk je kedai kami tunjuk wechat. Lepas dorg scan code, kami tunjuk wifi. Dorg akan key in password wifi kedai dorg. Taraaaaaaa bermulalah sesi dealing dgn wechat! Dok depan2 tp tangan dok tekan wechat. Hahaha.


1.       Visa
Untuk ke china korg kena apply visa. Pastikan korg buat segera sebab nk siapkan visa ambil masa 4hari bekerja. Kalau korg nk urgent boleh tp silalah bayar harga yg mahal. Harga normal utk 4 hari bekerja RM88+ untuk single entry. Org2 biasa mcm kita ni single entry je la. Hihi. Borang korang boleh download di website. Isi siap2. Dan pastikan lengkap dengan segala requirement dorg nak.

a.  2 keping gambar passport (background putih) korg ckp je kt kedai gambar tu nk gmbr buat visa. Taula dorg
b.  Passport asal yg aktif. Ingat sekurang-kurangnya 6 bulan dr tarikh tamat tempoh
c.  Salinan fotostat muka depan passport (yg ada gambar kita)
d.  Salinan tiket kapal terbang
e.  Alamat hotel
f.   Intenerary korang atau list tempat2 korang nk pergi

Borang dah siap isi berserta dokumen yg diperlukan korang gi kt alamat ni:

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm). 

Pantas dan laju je kaunter dorg. Nk apply kt tingkat 5. Bayar masa nk collect visa. Dlm masa 4 hari bekerja korang boleh dtg collect di tingkat 6.


1.     Shipping
Ini sgt penting bg yg nak memborong. Korg takkan nk pikul berkilo2 naik kapal kan. Berat satu hal, nk byr luggage dah satu hal. Nk lalu kt kastam pun dah berhal-hal hahaha. So saranan adalah korg cari agent shipping. Korg kena daftar di Malaysia sebelum pergi ke Guangzhou. Ni kalau korg bawak duit riban2 dan mmg memborong untuk berniaga. Stakat korg beli utk family, abaikan je.


Keperluan diri

Kasut : SANGAT penting utk guna kasut yang sesuai. no high heels yee. sila bawa flat shoes atau sport shoes yg selesa sebab korang akan baaaaaanyak berjalan.

international adapter : kemudah korg nk charging hp nnti. sana x sama dgn malaysia. tp kalau dok clivia hotel xyh susah2 sebab dorg dah selaraskan bagi sama.

bag : bawalah beg yg sesuai. xyh nk bergaya dgn handbag bagai. sakit leher!

power bank : korg paham2 sendiri la ye hihi

ubat : panadol, pil chi kit tek aun, charcoal tablet atau apa2 ubatan yang lain. sakit kita xleh nak jangka kan.

baju : bawaklah yg sesuai. nasib baik bawak sweater hr tu. sejuk pagi2. 

tisu / wipes / botol kosong : toilet di sana tiada paip. so bawakla botol kosong ye

makanan : kami bawa mini rice cooker dan makanan dalam tin


 hah comel tak selipar ahkak. ceritanya kasut yg dibawa tu x selesa. dok cengkam ibu jari. sudahnya sakit kaki. ni selipar dlm bilik hotel. kita gunalah sebab selesa. hihi. maap hotel!

hah nampak handbag tu. mana nak angkut barang, mana nak kendong handbag, dah la berat sebab buh telekung bagai. sakit leher iollss huhu

                  hah dah beli bag galas kan. so kita usung bag galas. legaaaaa. hehe


okeh dah puas bebel pasal tips. nnti sambung next entry ttg trip kami ya!
1.    


4 comments:

Defimax Sdn Bhd said...

Boleh Tak recommend shipping agent tu...Saya nak pergi 21hb ni

Sha said...

Assalamualaikum,

Terima kasih sangat sangat for this post. Very helpful and informative. Saya pun plan untuk ke Guangzhou bulan depan. First timer, tak pernah lagi jejak kaki di bumi China. Plannya nak borong kain in bulk sebabnya kitorang ni buat business baju. Nak mintak adive, you rasa perlu ke kami hire a tour guide atau translator? Ingat nak cari student2 Malaysia je kat sana untuk jadi translator tapi tak berjaya lagi although dah google2. Also, nak tanya, yang shipping method you mention kene register in Malaysia dulu, ada suggestion of any shipping companies ke?
Last question, I ada terbaca a few websites yang dulu dulu katanya tak boleh bayar guna credit card dekat tempat nak borong2 ni. Betul ke?

I really hope you will reply to my questions sbb as you sendiri mention, pergi kursus ni tak menolong sgt pun actually =_=.

Thank you very much and appreciate your feedback and response.

-Sha

FaDh~LyNn~AloNg said...

defimax : boleh search bgst di fb. dia sediakan khidmat shipping dr guangzhou ke malaysia.

FaDh~LyNn~AloNg said...

sha : kalau u jenis gamble, x perlu hire. yg penting buat research di mana tempat nk cari kain. insyaAllah dpt jimatkan duit. translator pun x perlu. apa yg perlu adalah application wechat. bila jumpa supplier, terus on wechat n mintak wechat id dorg. dorg akan bg id code utk korg scan n add wechat dorg. bila da add, kerja dah jadi mudah! korg deal je guna wechat walaupun korg tgh face to face.
i boleh suggest bgst. sgt2 recommended. search bgst kt fb. mudah berurusan dgn mereka.
ttg kredit card kami x sure. sbb kami mmg byr cash je.