Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, November 8, 2011

Kek Oren

salam

terhasilnya kek oren ini adalah kerana kecenderungan mak aku membuat fresh fruit juice. eh silap. bukan dia buat. aku yg kena buat. huhu.
sekali beli buah oren kt carrefour, mesti beli 2 plastik. 1 plastik ada 10biji. tp buah2 ni akan surut hanya bila aku ada. kalau aku blk umah sewa, x berusik la buah tu.so every weekend aku akan buat fresh orange juice dgn menggunakan fruit juicer. so setiap kali buat fresh orange, mesti baki2 serat tu akan dibuang. walaupun sebenarnya serat2 tu masih basah dan boleh digunakan lg mcm gmbr kt bawah ni





rasa rugi sungguh. sayang sgt bila dibuang. so aku pun mencari alternatif lain. godek2 pakcik google, resepi kek oren. akhirnya jumpa resepi kek oren. walaupun dlm resepi nak 1 biji oren, aku terpaksala tukar kepada serat2 oren ni. tetap sedap! ;-)
so meh aku kongsi resepi kek oren ni. SANGAT2 mudah. dpt daripada myresepi.

bahan2 :
1 cwn gula,
1 cwn minyak,
1 biji oren (buang biji. potong kecik2 dan buang urat2 putih)
3 biji telur
2 cwn tepung
1 sb baking powder

cara2 :

- ayak tepung bersama baking powder (aku mls nak ayak, jd aku guna tepung superfine hehe)
- masuk dlm blender : gula + minyak + oren yg dipotong kecik2 bersama kulit+ telur




- blend bahan2 tersebut smpi halus
- tuang bahan2 yg da blend dlm mangkuk
- masuk tepung dan baking powder sikit demi skit sambil kacau guna whisk.




- setelah adunan sebati, masuk dlm bekas/loyang
- bakar pada suhu 150 - 170c sehingga masak







masa tengah bakar tu, harum bau oren tu menusuk2 hidung. siap masak try makan satu masa panas2. peh! gile sedap wa cakap lu. ;-)

Friday, November 4, 2011

Nutella Mug Cake

hai hai hai.
minggu sudah bukan main rajin bakar membakar. minggu ni tersangat busy. hanya mampu memandang je oven buruk ku itu. huhu. tgh hari td nak blk ampang. cuti satu minggu woooo. ho yeah! jd haruslah mengangkut oven balik ke ampang. hehee

hr ni teringin sgt nak cuba nutella mug cake. da lama usha resepi ni tp tak terbuat. SANGAT2 simple. serius. semudah ABC. hehehe.. paling best x payah pakai oven. cuma pakai microwave biasa yg slalu kita guna untuk panas2 lauk. itu pun x lama. dlm 2 minit je. siap dengan sempurna! i tell u! try la! hasilnya :




ok resepi ni amik dari : Fazlinil Irma

irma, izinkan copy resepi ye ;-)

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan

mengikut irma, kalau korang nak cake tu moist lg, tambah susu ;-)


ni kek hasil tangan irma
cantikkan! x mcm kek aku. sememeh! huhu

Thursday, October 27, 2011

menu menternak badan lg!

semalam x sedar diri membakar hotpot potatoes dgn selambak. pada hal kt rumah cuma 2 org je. hihihi. jd byk lebih hotpot potatoes mlm td. kami ni plak cepat bosan. byk lg resepi lain nak cuba memandangkan hr tuh masa book fair byk buku resepi mat saleh kami beli. eceeehh. Hehehe

so bg xnk membazir, pg2 aku da letakkan lebihan hotpot potatoes dlm aluminium foil yg kecik2 supaya mudah untuk bagi pd kawan2 ofis. Then tabur lagi cheeeeeesseeeeee! ;-p mcm kt bawah nie. Pastu bakar pd suhu 180 untuk tempoh 20min.



hasilnya, tadaaaaaa

Hotpot Potatoes

Salam
Sejak akhir2 ni mood aku nak try segala resepi mat saleh ni membara dlm jiwa. Siap angkut oven dr umah mak. Mak pun merelakan je sbb kalau kt umah pun, tak digunakan. Tersimpan elok smpi berhabuk. Maka dgn gigihnya aku mengangkut ke umah sewa. Dan setiap kali aku blk ampang, confirm dgn bahagia aku g shopping mcm2 brg untuk memasak. Mostly brg2 untuk membakar la mcm cheese, butter,olive oil, dll yg sewaktu dgnnya . osmet aku asyik geleng kepala je setiap kali aku pulang ke rumah sewa. Barang makin byk, masaknya sesekali.hahaha. siap dia ckp “ni bahan2 utk diet ke kakak” “peti ais kita makin penuh kakak’ ceit. Taula sebelum ni aku nak diet. Tp dia nengok brg2 nak memasak tu sngt la untuk menternak badan, tu yg dia pelik. Hahaha.

Hr tu aku dok ralit baca satu blog. aku klik la label western. Oh oh aku sunggu tertarik dgn resepi hotpot potatoes dia. Serius bila ia melibatkan cheese yg byk, air liur boleh meleleh! Hahaha.

So hr ni aku usahakan jugak untuk membakar hotpot potatoes. Ho yeaah! Menjadi! Dan sgt yummeeh! Keje aku kaut kentang yg bercheese itu shj. Huhuhu.

Oh aku ubah sikit resepi dia. memandangkan menu tu x de menu berat, aku campur skali sikit pasta supaya ianya mengenyangkan.hehee

resepi dr fazlinil Irma

Bahan-bahan :

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang. *aku guna daging cincang ramly
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur * yg ni aku tukar ke button mushroom sbb osmet aku x makan mix vegie
1 tin tomato yang dicincang. *aku guna Kimball sos spageti
1 sudu teh mixed herb *aku guna oregano
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis *aku guna corn oil
1 kiub ayam *x letak sebab xde.huhu
2 biji cili dipotong nipis. *letak cili api. Giler melayu.hehe
Garam


Topping :

5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.

cara - cara

1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.

2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.

3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.

4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.

5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

6- Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.



7 - Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Disarankan anda susun rapat sikit.. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)




8- Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.




9- Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa




ohoi mmg syiok mkn! ;-)

Saturday, October 22, 2011

MKK DPM SEMESTER PERTAMA 2011/2012

entry ini ditujukan untuk student2 ku sahaja.

DPM & DSK :
mohon maaf di atas kelewatan MKK sbb lately ni sy agak super bz. jd untuk tidak menghampakan awak semua sbb mggu depan da final, maka sy usaha siapkan mkk hari ni. supaya mudah awak nak target utk final nnti. Mana2 MKK yg bertulis merah itu, maksudnya AMARAN! Mana tugasan2 anda???!!! Dgn markah terkumpul mcm tu, harap maaf, anda tidak akan lulus exam plus sy rasa anda semua pun x boleh nak jawab final sbb x pernah hadir kelas sy. Sy x pernah nak restu awak dlm kelas sy. Full stop!





Monday, October 10, 2011

cinnamon muffin with cream cheese topping


holla!
hari ni buat muffin lg ;-)
tujuan buat muffin ni sebenarnya untuk student aku jual di kolej untuk dptkan dana aktiviti.
aku sponsor kos, duit hasil jualan masuk tabung dana. sesekali xpe. seselalu bankrap!

so hr ni buat cinnamon muffin dan letak topping cream cheese yg sgt yuummmeeh!

okeh nak resepi?

Resepi ni aku amik dr blog ni : 1001resepi

Tp aku ubah skit mengikut brg2 yg ada kt umah je hihi. Resepi asal kena letak parutan apple dan carrot, letak walnut dan kelapa parut. Tp aku xde bahan2 berikut di rumah plus nak kurangkan kos. Almaklumla nak jual kt student ;-)

Okeh ni resepi dia

bahan A
2 cawan tepung
1 1/4 cawan gula
3/4 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam (aku x letak sbb aku x tau nape garam x hancur. Ada masa aku terasa garam dlm muffin. Huhu)
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
(campurkan semua bahan dalam satu mangkuk)

bahan B
3 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
(campurkan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati)

kemudian korang campurkan bahan B ke dalam Bahan A. kacau sebati. Pastu letak adunan dlm cup muffin dan bakar 180’c selama 15 – 20 min


untuk topping :

1/4 cawan butter
1/2 cawan cream cheese
1 sudu kecil vanilla
3-4 sudu besar icing sugar

Pukul butter, cream cheese dan esen vanilla hingga dia kembang.

penulis blog yg aku amik resepi ni tulis : blend bahan hingga creamy. Aku dgn jujurnya masuk dlm blender. Tp x gerak2 blender aku. Huhu. Last2 pukul dlm mixer ;-p

okeh sambung resepi blk. Bila da kembang masuk gula icing.

Then letak atas muffin. Utk hias suka hati korangla nak letak aku. Aku letak hirisan strawberry je. siap untuk dimakan ;-)

satay willy

satay adalah one of my fav food. terutamanya satay ayam yg ada lemak2 kulit ayam. ho yeaah! okeh tau lemak itu tidak bagus. huhuhu.


sumber : pakcik google


kalau dolu2 paling best adalah sate samuri. tp semenjak dua tiga menjak ni, sate dia da x best. x rasa pun rempah2 perap tu. rasa manis gula ja.... cuma masih lg membeli sbb kuah dan sambal dia. uih.. sambal plg best. x jumpa kat kedai sate lain sambal mcm tuh.

sate samuri pun kdg2 aku rasa da x berkualiti. nasib x baik, dptla yg x sempurna masak. mentah beb! aih.. bisnes da maju tp kualiti makin mundur. ape cer.

muncul plak satey station. fuh bila muncul je kat area ampang waterfront, bersorak girang. tp....
errrr... mahal kot! secucuk 90sen. kalau makan sorang dua mungkin x terasa. bayangkan kalau makan satu family ramai2. tambah2 kalau ahli family tu comel kiut miut macam aku ni ha. confirm paling sikit sorg 5 cucuk. darab dgn 6 orang. bape dah? er... itu belum kita air. pun agak mahal. so sesekali bolehla. rasa? mmmmm bolehla.

hr tu dlm misi pencarian sate sbb ada tetamu nak dtg, ayah aku suh beli kt sg ramal. dia kata dgn dgn restoran yus. aku tergaruk2 gak kt ne sbb x familiar dgn kajang. tp dia x sebut sate apa. aku pun malas nak pk. susah2 beli je kt samuri.

tp tgh drive masuk ke kajang, eh eh aku ternampak restoran yus tuh. terus aku masuk simpang tuh. toleh2 kanan, ternampak sate willy. aku pnh dgr org cerita kesedapan dia. so call ayah tanya sate kt rest yus ke atau sate willy. ayah aku ckp sate willy!




dgn hati penuh excited aku pun membeli. ramai siut... yg membungkus pun bukan sikit2. x main belas2. sume puluh2. mcm aku gak la. sekali order 80 cucuk! hihi.

and ada jugak ketupat comel2. bukan nasi impit ye. ketupat.

aku mmg x sbr nak smpi umah. ha la dr kajang nak blk ampang di waktu ptg hari bekerja. tambah nak tunggu adik aku hbs keje kt bengkel dia kt kajang tu + jammed lg. korang bygla mcm mana traffik di waktu ptg di kawasan cheras leisure mall tuh. disebabkan ketidaksabaran, aku mkn secucuk. whoooaaaah sedap gilos! x cukup secucuk. 3 cucuk aku tibai! hahahaha.

ok pastu buang bahan bukti. lempar luar tingkap. hahahaha.

tp serius mmg sedap. terasa segala bahan2 perapan sate. satu family aku ckp sedap. x rugi korang beli. so pasni jom ramai2 pakat cari sate willy!

lokasi : sg ramal junction. (blkg restoran yus, dkt2 dgn sek. maahad hamidiah)