Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, September 18, 2011

Try Masak!

Makan dan masak adalah aktiviti kegemaran aku. org slalu ckp aku pandai masak. eceh...
mula nak perasan. bolehla masak untuk beberapa menu. tp belum sampai tahap mahir mcm chef lg :-p

aku mahir memasak skarang pun adalah kerana mak aku. dari kecik kot da di ajar masak. sbb mak aku wanita berkerjaya. jadi dia da latih anak2 dia berdikari sejak kecik. dan mak aku pun x bape sihat. maka tugas2 di dapur telah banyak diambil alih oleh anak2. secara x langsung skill memasak semakin tajam. ;-p

sebenarnya bersyukur jugaklah sbb kalau x, aku akan jadi anak dara x reti masak. reti masak bukan hanya untuk isi perot bakal laki saja ok. bila ko reti masak, tekak dan perot ko pun sendiri akan jadi heaven! haha. ko bayangkan kalau ko x reti masak, hari2 makan lauk kedai. weh sumpah gila bosan. tekak pun loya.

dan resepi2 memasak bukan semua aku dpt dari turun - temurun. bukan semua aku blaja dgn mak aku. ada yg aku dpt dari sedara mara. bila makcik2 masak, aku perhati. pastu try sendiri. kdg2 bila da bosan dgn menu2 sama, aku dating dgn pakcik google. bila dating dgn dia, aku dapatla korek banyak resepi baru2. hehe

adala jugak beberapa web @ blog yg aku rajin jengah. dlu2 masa x mahir dgn tenet, pergi je tgk kat My Resipi atau Mesra.Net tp skrg aku da rajin jengah2 blog resepi. satu blog paling..paling.. aku suka singgah ialah 1001 Resepi ;-)

skarang semua benda di hujung jari. ko cari je apa2 kt google tu, insyaAllah boleh dapat. aku pun cari resepi kt google. kdg2 aku ubah suai ikut citarasa sendiri. bila ko da mahir masak, confirm ko masak main campak2 je. heheee...

ok aku bebel2 pasal masak ni sbb smlm aku baca paper. aku terjumpa artikel pasal satu web untuk belajar memasak. aku ulang ye BELAJAR MEMASAK. so bagi mereka2 yg xtau memasak, boleh singgah ke web ni. bagi yg da tau pun masih boleh jengah jugak. ada mcm2 jenis resepi. aku tekankan pada yg baru nak belajar memasak sbb web ni siap ada video cara2 memasak. tp bukan semuala.. so senang je kan kalau nak belajar memasak.

ok nama web tu TryMasak. Tagline dia Where Anyone can masak!

haaa kan aku da ckp td. bole belajar memasak bg org2 yg x reti memasak. so apa lagi... moh singgah kat website ni.. Selamat Memasak! ;-)









No comments: