Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, September 4, 2012

Bermulanya di sini....

kurus itu menawan. bila kurus byk kelebihan yg kamu perolehi berbanding dengan org yg comel2. 


bila kau kurus, berlambak fesyen2 pakaian yg menarik2 yg boleh dipilih pd harga yg mampu dibeli. org comel? sudahlah susah nk cr size, harga berdenting-denting. fesyen?? lg sadis seolah2 org2 comel ni x minat nk bergaya2. kdg2 sedih dgn diskriminasi ni.


bila kau kurus, kau boleh melantak apa sj tanpa pandangan serong org sekeliling. tp bila kau comel, setiap kali kau bangun utk pergi ambil makanan, org da pandang kau semacam seolah2 kau akan menghabiskan semua makanan. mcm satu dosa pulak. kdg2 siap ada sound effect tambahan. ber das2 kata sinis yg kau terima.


bila kau kurus, bermacam2 kata pujian akan singgah di telinga kau. x cantik pun kata cantiklah! tp bila kau comel, bermacam2 kata kutukan dan hinaan yg kau terima seolah2 kau ni patung yg xde perasaan terluka untuk terima kata2 itu.


bila kau kurus, kau akan menjadi pilihan utama lelaki2 yg bermulut manis bersulam gula di bibir. bila kau comel, mula2 kau akan dgr ayat "i x kisah rupa paras, asalkan hati baik" tp mulut kata lain, hati kata lain..kau xkn jumpa lelaki yg akan kotakan janji itu.


itu adalah sebahagian drpd peristiwa hidup yg kamu akan alami bila berbadan comel. ini pengalaman sy sendiri selama 30 tahun hidup di bumi malaysia. ye.. saya banyak sangat makan hati dgn kata2 org sehinggakan suatu ketika dlu saya mempunyai self esteem yg sgt merudum.

sedari kecil sy da terbiasa dgn panggilan king kong oleh seorang kawan lelaki yg berbadan mcm gorilla. mungkin dia sendiri x perasan kot size badan dia. itu belum lg panggilan gemuk oleh org2 sekeliling. kanak2 kecil yg bertubi2 gelarkan saya gemuk. ye mereka masih budak2 dan sy membalas dengan senyuman di bibir tp hati yg merekah2 sedih.

bila melangkah ke menara gading, sy mengenal dunia remaja. pd masa itu sedang popular dgn irc dan blind date. saya juga terjebak sama. hati remaja yang meronta-ronta nak berkawan dgn insan berlainan jantina. itu adalah perkara normal bg remaja. tipulah kalau korg semua tidak alami perasaan itu. tp setiap kali itu jugalah sy dikecewakan. kdgkala kita bukan mengharapkan mereka itu menjadi teman istimewa. cukup sekadar sebagai teman baru. tetapi apa yg sy dpt selalunya adalah kata2 sinis menghiris kalbu. adeh ayat! haha.

family mmg sgt2 mengharapkan sy menjadi kurus kerana beberapa sebab
1. untuk lebih sihat
2. supaya mudah dpt jodoh! errrk! ye mereka sgt risau sy yg masih single.
3. mereka nk tgk sy cantik. hihi.

byk da usaha sy dan family. tp sbrnya semua usaha itu tidak bersungguh2. semangat hanya sekejap kemudian terus terdampar kemalasan. sehinggalah da berumur 30thn ni, body alarm clock sudah berbunyi. byk kesan2 sampingan sy alami akibat kecomelan ini.

sy mula sedar badan da cepat letih. walaupun sy berbadan comel, tp sy bukanlah jenis yg pasif. sy seorang yg aktif. malah boleh seharian dr pg smpi malam menguruskan sesuatu benda / berjalan2. namun bila da masuk 3 series ni, mcm ada perubahan besar dlm aktiviti seharian. bdn sy cepat lesu dan letih.

kesihatan sy tidak seperti dlu lg. sy mengalami Gerd/acid refluct yg teruk hinggakan sy ingat sy kena sakit berkaitan jantung sbb mengalami sakit dada yg teruk. tp itu semua akibat gerd. ni semua gara2 tak menjaga makan dan kesan obesiti. nasihat doktor : sila kuruskan badan!!

ok. sy mula berfikir2 nk kuruskan badan. tiap2 hari pulak tgk di wall kawan dok cerita psl SDII yg versi baru. byk sgt testimoni yg best2 dr pengguna SDII. skrg ni mcm seolah2 SDII tgh fofular sbg produk kurus yg sgt2 berkesan.


sy pernah membeli SDII versi lama. tp disebabkn rasa yg teruk, sy x lalu nk minum. sy cuma minum sekali lepas tu terus lontar jauh2 tin susu tu. huhuhu. jd untuk versi baru ni sy agak was2 walaupun mcm2 da kwn sy explain ttg kebagusan susu ni. nak lebih meyakinkan, siap ajak sy try minum. mlm lepas berbuka puasa di PICC, sy singgah ke rumah member utuk cuba. mmg rasa berbeza. lebih sedap! terus rasa mcm nk beli.tp sy tangguhkan niat sbb tgl seminggu nk raya. mcm mana nk diet masa raya hihihii.

oh oh ni bukan entry nk iklan SDII ye. tunggu smpi hujung cerita. hihi.

seminggu selepas ry, sy contact blk member. tp dlm pd tu, sy dok terpikir jugak. mampu kah sy??? setin berharga rm150. setin itu hanya untuk seminggu!!! bermakna sebulan sy kena byr rm600! mampukah???

nak dijadikan cerita, rupanya ada seorang kwn sy yg tgh join program diet yg free. bila dia tau sy nk beli SDII, dia x bg. alasannya why waste ur money! dia ajak sy join jupe dietitian. sy terus setuju! free beb! hihihi

untuk sahabat sy yg menjual SDII. mohon maaf sbb x jd membeli. bukan kerana tidak mempercayai SDII, tp poket yg tidak mengizinkan sy memiliki SDII. huhu

alhamdulillah... hasil berjumpa dgn dietitian itu mmg sgt memberansangkan. mungkin tidak selaju SDII berat sy turun. tp sikit2 lama2 jd bukit ye x. yg penting sabar dan jgn mudah putus asa..! next entry sy akan story mory lg ttg program diet sy! daaaaaaaaaaa

No comments: