Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, September 11, 2012

jom kita diet!

yeay! jom diet!
entry yg lepas sy ada cerita niat utk try susu SDII. tp memandangkan poket x tebal, kawan sy ajak join program diet yg dia baru join jugak. masa dia cerita program tu, i was pretty excited! harusla kan sbb ianya percuma plus siap ada dietitian yg kita boleh rujuk.

so appointment telah dibuat 27 ogos 2012. tiba harinya sy dgn perasaan semangat pergi ke fakulti perubatan UPM utk berjumpa dietitian. ropanya kt sini ada makmal kaunseling pemakanan. free untuk org ramai. dietitian di sini semua juga berkhidmat untuk pesakit2 di hospital serdang.jd sbb tu la kena wt appointment dlu sebelum dtg.




pg tu sy berjumpa dgn aishah, dietitian sy yg sgt comel dan baik. so utk sesi kaunseling yg pertama, sy perlu ditimbang berat, kira % lemak dan air dlm badan, serta ukur lilit pinggang. dietitian juga korek maklumat pemakanan sy. corak pemakanan dan corak aktiviti fizikal sy. lepas tu dia akan bg info mengenai diet yg betul br lah kami berbincang mengenai pelan diet yg akan sy cuba.

as i mentioned dlm previous entry, sy ni pengidap GERD. so sy akan mudah merasa lapar dan bila GERD dtg, sy akan mengalami panas perut, sakit dada dan kdg2 loya. jd sy risau jika sy diet, sy akan alami GERD sepanjang tempoh program. alhamdulillah dietitian sy merangka pelan diet yg sesuai untuk pengidap GERD mcm sy. nnti sy ceritakan mcm ne pelan diet tu.

selesai sesi kaunseling, sy dibekalkan dgn susu untuk tempoh seminggu. oh diet ini melibatkan susu juga. tp bukan SDII ye! ;-)

yg pasti sy dpt susu ini secara percuma untuk sebulan! hoooo yeah!




susu yg dibekalkan kepada sy secara mingguan. setiap minggu sy perlu berjumpa dietitian untuk penimbangan dan bekalan susu untuk tempoh seminggu lg.

korang mesti pernah tengok susu ni kan ;-)

ye susu ni ada dijual di farmasi. susu ni sebenarnya khas kpd pesakit2 yg da x boleh menerima makanan pepejal. jd susu ni mmg mempunyai complete nutrien bg setiap meal yg diperlukan oleh badan kita.

nnti sy ceritakan mcm mana susu ini berfungsi sbg meal replacement dan pelan pemakanan yg dicadangkan kpd sy. next entry ye!

so jom minum susu! oh susu ni sedap. rasa vanila ;-)


No comments: