Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, March 16, 2009

Pelajar Istimewa

Alhamdulillah melalui online tuition yg diperkenalkan oleh Noi, saya menerima seorang pelajar bernama Arifah.

So Arifah pelajar ting. 4 dan lemah dlm BM. Aiyoo.. BM form 4. susah gak tu. Tp memikirkan pendapatan yg agak lumayan, saya gagahkan juga. Asalnya saya agak keberatan kerana beberapa sebab :

- BM form 4 agak susah. Saya sendiri da lama meninggalkan alam persekolahan
- BM skrg ada KOMSAS yg mana sy TIDAK PERNAH belajar KOMSAS.

Tp sbb keluarga Arifah berusaha memujuk saya, so x smpi hati la plak. Jadi saya telah menggandakan usaha utk revise blk silibus. Jgn ingt sy hanya mengajar hentam keromo. Berdosa tu. Hehehe…

…………………………………………………..

Bila da dpt klien pertama, hati mula berbunga riang. Hehehe
Nak usaha lagi carik klien lain. Kali ni ada sharing partner plak. Kami edarkan flyers di sekitar kwsn rumah sewa.

Alhamdulillah kami menerima seorg lagi pelajar. Bapanya mahu kami mengajar 4 subjek utk form 1. Tetapi kali ini pelajar ini adalah istimewa.

“cikgu, tp anak saya ini istimewa sikit. Dia kemalangan semasa darjah 1. kepalanya cedera dan kakinya tempang. Kesian dia cikgu. Dia koma dan dari darjah 2 sampai darjah 4 tidak pergi ke sekolah. Anak saya ini slow learner cikgu.”

Apa perasaan korang bila mendengar kata-kata ayahnya?

Saya terdiam sebentar. Sbbnya saya tahu bukan senang nak mengajar kanak-kanak slow learner. Kerana saya sendiri mempunyai adik slow learner. Yes ia memerlukan tahap kesabaran yg sgt tinggi.

Dan bila si bapa mengetahui bahawa sy tinggal di sebelah lorong rumahnya, si bapa sgt2 gembira. Dan mlm td mereka sekeluarga dtg ke rumah saya utk berbincang. Sy berjumpa dgn bakal pelajar saya iaitu Didian, bapanya Mr. Balang dan ibunya yg sy lupa nk tanya nama. Huhuhu. Mereka berasal dr Sarawak dan baru berpindah ke Seremban.

Mereka sekeluarga sangat2 baik dan peramah. Didian sentiasa tersenyum pd saya. Masa nak balik, Didian asyik melambai dan sentiasa menyebut ‘Selamat Malam cikgu”

Oh saya sgt sedih. Serius sy hampir2 menangis melihat Didian. Seorang kanak-kanak istimewa yg innocent dan bersemangat mahu belajar. Chaiyook Didian! :-)

No comments: