Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, August 22, 2011

Iklan program Diploma jap

pe jadah tetiba ada entry iklan plak. huhu.. alkisahnya semalam baru lepas meeting akademik pensyarah bersama CEO bagi program UPM. CEO telah bg satu tugasan yang amat berat. as coordinator, aku perlu pastikan pengambilan untuk semester depan perlu ramai. apakah? aku coordinator program. bukan marketing exec. ceit.

anyway program Diploma Pembangunan Manusia ni adalah program kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia. dan kami merupakan satu-satunya IPTS yang menjalankan program ini.

kalau adik2 rasa sedih tak dapat tawaran belajar di IPTA, jgn risau. sebenarnya banyak IPTS yang memberi peluang kepada adik2 untuk belajar. sebenarnya banyak kelebihan belajar di IPTS. antaranya :

1. adik2 akan dapat tumpuan yang lebih dari para pensyarah. di IPTA jumlah student adalah terlalu ramai dan pensyarah tidak ada masa untuk memantau semua orang tambahan mereka semua sibuk dgn penyelidikan.

2. di IPTS adik2 akan terlibat dengan macam2 aktiviti. program DPM di KTT sentiasa aktif menjalankan pelbagai aktiviti. kalau di IPTA, adik2 terpaksa berebut peluang dengan ramai pelajar.

3. bg program DPM KTT, adik2 akan dijamin dpt menyambung degree DI UPM. kerana Fakulti Ekologi UPM akan mengutamakan lulusan DPM KTT untuk masuk ke program degree. jadi sape kata peluang ke IPTA tu xde.

so kalau ada kawan2, sedara2, adik2 yang masih tiada peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. mohla join kami diploma pembangunan manusia di Kolej Teknologi Timur.

so bawah ni ada beberapa gambar aktiviti2 DPM KTT.




para pensyarah KTT semasa konvo di UPM



pelajar DPM yang bergraduat



Dinner DPM KTT



Pelajar DPM menerima anugeran 'Pelajar Terbaik Keseluruhan Diploma' di Konvo UPM





Family Day DPM di Desa Waterpark



Family Day DPM meraikan pelajar akhir






BBQ di Bagan Lalang



Dinner DPM

No comments: