Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, September 4, 2009

Puasa si miskin vs puasa kita

saya dapat satu email dan saya copy & paste di entry sy untuk muhasabah kita bersama.

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bandingkan dengan puasa orang kita mcm mana kn. kalau x penuh satu meja tu x sah namanya. dulu2 masa bazar diperkenalkan, mmg saya dan keluarga slalu gi sana. macam2 nak beli. sampai x terhabis. tahun berikutnya saya dan keluarga sangat jarang ke bazar. sebab tau pembaziran akan berlaku. masa bulan puasa la saya dan adik rajin membuat kuih-muih sendiri. mcm2 kami wat. kuih ketayap, roti john, popiah dll. jimat beb! dan x membazir.

sejak duduk seremban ni plak lg saya belajar berjimat. housemate plak jenis x mkn byk. yang penting nasi kena ada. kuih cuma sejenis. kalau pergi bazar pun beli sejenis kuih. serius saya sangat kagum apabila dapat tahan diri dari membeli mcm2 kuih. sebenarnya duit terhad pun ye gak, hehehehe..

kadang2 saya terpikir kesian saya sbb duit x byk. nak makan mewah2 pun terpaksa tahan diri. tp bila terbaca email di atas, baru tersedar. bukan x tau kisah2 keluarga2 susah yg mcm dlm bersamamu tuh. cuma teralpa jer. sbnrnya lagi ramai yg susah dr kita. nak makan pun susah. jd marilah kita sama-sama muhasabah diri. huhu jadi ustazah plak saya hr nie. xpe.. ini pun untuk saya muhasabah diri sendiri. :-)

Thursday, August 20, 2009

nak makan kat William!!!

saya suka makan! muahaha! kat KL sangat mudah nak mencari tempat2 makan yang besh!
kat Seremban?? waaaa sedih! selalu buntu nak makan kat mana... di tambah xde rakan sekroni yang suka makan mcm rakan-rakan saya di kl.

tadi saya meng'explore' fb. tetiba terjengok ke blog lily. terjengok jugak entry beliau tentang william. ya! saya rindu nak makan kat William! besh siut......! amat syiok! tapi kalau hujung2 bulan tu jgn la pegi sana sbb confirm terkorek2 poket. saya pernah makan berdua dengan kawan saya. kami order 3 menu... daging preium (rm15) + black pepper steak (rm30) + meatball lasagna (rm20) + ice blended (rm6). X sedar dalam poket hanya ada rm65. tp jumlah kena bayar rm70!! terkial2 korek poket. bukan xde duit tp duit dlm bank! muahahaa.. dengan muka tebal ckp kt workers dia kami nak ke bank cucuk duit rm5. muahahaha. last2 dia bagi diskaun. muka tebal toksah citer la... tp mmg perut penuh giler. x hbs siap tapau lagi bwk blk.

kat william saya suka makan :

1. daging premium
2. steak
3. meatball lasagna
4. meatball carbonara
5. olive seafood
6. ice blended

itu je pun menu saya bila ke sana sbb saya xtau menu lain walaupun saya tengok org order macam2. kepala hanya terteleng2 tengok makanan orang lain sbb nak order xtau menu. huhu. thanks lily untuk menu yg dilistkan. next time leh order menu lain. muahahahah. tp bila??? huhuhu...

jom tengok blog lily kalau nak tau tentang William.siap ada gmbr lagi. gi la sana. x rugi! sodaaaaap! marbelos!

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

alamak sudah ada student Kolej Negeri yang mati kerana H1N1. kenapa sume org mcm rilex eh kt kolej nie. xpe2... pasni aku p cari topeng. takut la pulak kan... huhu

Sunday, August 9, 2009

Eryn's Big Day!

Selamat Pengantin Baru untuk Eryn dan Zurin! Sweet couple! ingat lagi masa kerja di Vads dahulu, 24 jam bergayut di telefon. Eryn adalah officemate merangkap housemate semasa di Vads dulu. a good friend of mine. senang berkawan dgn eryn. tidak pernah lokek dgn apa yg dia ada. tp awas! sekiranya anda adalah seorang pelokek, dia akan menjadi pelokek juga! hahaha.
eryn juga menjadi sahabat makan saya! minat kami adalah sama. we are food lover! hahaha. setiap bulan kami akan bermewah sekali sekala untuk aktiviti makan-makan. tp paling x lupa adalah setiap kali makan dia tetap menyatakan hasrat utk diet... tp kami tetap x diet. mulut tetap menyumbat makanan...haha...
perkenalan eryn dgn zurin diaturkan oleh kawannya. zurin seorg yg sgt baik. very nice person. selalu melayan celoteh erin memandangkan dia adalah seorang pendiam. padan la tu kan. hehe. dulu eryn slalu sebut... "ala fadh, dia x ensem.. tapi dia baik..." dan saya selalu sebut padanya "apalah yang ada pada rupa wahai cik eryn. baguslah kalau dia baik"

setelah hampir 9 bulan bersama susah dan senang, akhirnya saya dan eryn membawa haluan masing2. eryn bekerja di kl, manakala saya di seremban. namun persahabatan kami tetap tidak putus. sehinggalah eryn mengkhabarkan berita gembira. i was like..." Eryn! jadik juga ko dgn zurin! waaa congrats2!!" eryn tergelak besar melihat saya terkejut. i was happy for her. akhirnya dia berjumpa dgn prince charmingnya yang mampu membuat kan dia gembira dan bahagia. semoga mereka akan bahagia hingga akhir hayat.

dan majlis eryn ini juga menjadi medan pertemuan sahabat2 lama semasa berkhidmat di vads dahulu. sangat happy dapat jupe kawan2 lama... ada yg da berkawin, ada yg da bertukar kerja dan ada yg masing single mingle seperti saya.. hehehe

gembira melihat rakan2 bahagia bersama pasangan masing2. dan saya? masih menanti prince charming saya.. :-) doakan kebahagian saya juga ya!







Saturday, August 1, 2009

Demam

sekian lama saya tidak dilanda sakit demam yang teruk. sebelum ni pun demam biasa2 jer.
hari khamis da mula sakit tekak dan batuk2. gi klinik amik ubat then terus ke ofis. sejam dua kat ofis mula rasa x sedap badan.. pas makan ubat lagila mula kenoneng... x lama tu terus cabut blk umah. msg HR bagi tau saya MC. smpi umah mmg tido x ingt dunia la.. nasib baik ada cik alin yg baik hati membawa bubur Mcd. huhu.. pastu smbg tido lg.. ptg baru gi klinik. mlmnya da mula rasa makin teruk demam. walaupun mak offer nak amik kt seremban, tp x smpi hati plak nak suh dtg mlm2. Kak da suh saya blk kl. katanya sekurangnya2 family ada. boleh tlg jaga. kt seremban ni hanya ada saya dgn dia shj di rumah. soknya adik saya Dila dtg dr shah alam bw blk ampang. sakit toksah citerla.. kepala berdenyut giler, badan sakit2... ptg kena mrh dgn mak sbb x amik ubat demam. padahal badan panas. sblm gi klinik dila and mak tuamkan kepala.. mak pulak risau sbb almaklumlah skrg penularan H1N1.

g klinik doktor kata demam panas biasa... mak lega.. blk makan ubat, tido lg.... 2 hari ni mmg x daya nak pk apa pun... urusan kerja sume mtk tlg kawan coverkan. maaflah ye menyusahkan anda2 semua. hari ini baru rasa lega sedikit. . sudah boleh menjamah makanan kerana seblm ini lidah pahit. hanya mampu menelan roti bercicahkan milo. demam pun sudah kebah sedikit tp belum boleh bergiat cergas lg. hanya merehatkan diri di rumah...

Wednesday, July 29, 2009

Yang halus yang mulus...

saya memang mengalami masalah muka. yela rajin sangat kan nak wat rawatan muka. mauahaha. sedang kepenatan di ofis, saya mengular ke blog member. tetiba terlihat pulak dia mempromosi produk yang membawa kepada muka yang halus dan mulus. mauahaha... menarik jugak tu. so salahkan iza kerana mempengaruhi saya.

malam ini saya akan ke House of Healin untuk melihat produk berkenaan.
ngeh..ngeh..ngeh..

Monday, July 27, 2009

kembali semula

yay! rasanya da lama sgt tidak men'update' blog. 2 bulan ini terlampau bz dgn tugasan kerana terjebak dgn marketing. tp bz mcm mana pun masih sempat update facebook dan bermain pet society, barn buddy dan farmville. muahahaha.. huh skrg perlu melayan kerenah student yang memeningkan kepala pulak! cyaiyok.. cyaiyok...