Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, October 8, 2011

Resepi Pavlova!

Holla!
hr ni terlebih rajin nak bake muffin and pavlova. ikutkan dlu2 aku ni jenis x suka buat kek, kuih, muffin atau yg sewaktu dengannya. aku cuma minat masak heavy food je. tu sebab badan pun heavy. hehehe. tp tak tau dua menjak ni hobi membuat kek2, tart, muffin tetiba muncul. dr awal puasa hari tu aku terkinja2 nak blaja buat cheese tart. skali bila buat, x bape menjdi. frust jugak. terus diam jap minat tuh.

pastu awal bulan lepas masa shopping groceries dgn kawan, tetiba ternampak walnut. tetiba teringin nk buat muffin. klakar kan. tp projek tu tertangguh smpila hari semalam. jumaat malam tu aku habiskan masa mentelaah cara2 nak buat muffin dan pavlova. meleleh - leleh air liur. terus semangat datang. pagi ni terus ajak member teman cari barang.

actually hasil mentelaah aku ni, ada satu blog yg aku guna pakai resepi dia dan juga youtube sbb nak tgk gak cara2 buat. tengok resepi je kdg2 xleh nak bayang mcm ne bentuk dia. almaklumla aku ni belum mahir buat2 kek nie.

hasil carian resepi di blog : irma

hasil youtube : theklutzycook

ok resepi dia :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

topping :
250ml whipping cream
2 sudu gula icing
1/2 sudu esen vanila

cara-cara :
1. pukul telur putih secara perlahan dgn mixer smpi dia da bentuk soft peak form
2. ubah kelajuan lebih tinggi dan masuk gula sikit demi sikit.
3. pukul smpi dia jadi putih kilat.
4. masuk esen vanila dan pukul lagi. agak2 da sebati, stop mixer.
5. masuk cuka dan tepung jagung. kacau guna spatula plastik. x perlu pukul dengan mixer lg. (benda putih ni dorang panggil meringue)

6. lapikkan dulang pembakar dgn kertas minyak.
7. tuang meringue tadi bentuk bulatan. ikut suka korang la nak kebesaran dia mcm mana. yg ni aku buat bulat kecil dlu sbb baru nak try
8. bakar pada suhu 150'c sehingga dia bertukar jadi warna coklat.
9. da bakar jgn keluarkan dari oven lg. biar dia sejuk dlm oven.


cara topping :
1. pukul whipped cream smpi dia kental.
2. masuk gula dan esen vanila.

hias :
1. sapukan topping pada meringue, kemudian tabur buah2 fresh seperti strawberry, kiwi, mangga, grape dll.
2. kalau nak buat 2 lapis, letak satu lg meringue dan ulang lg langkah 1.

hasilnya, taraaaaaaa :



sedap gilos!
melt in ur mouth! yummy!

2 comments:

The.azuraLAH said...

awak pkai whipped cream brand apa? sedap x? heee :D

FaDh~LyNn~AloNg said...

whipped cream apa2 pun sdp huhu