Blogger Backgrounds

Followers

MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, October 10, 2011

satay willy

satay adalah one of my fav food. terutamanya satay ayam yg ada lemak2 kulit ayam. ho yeaah! okeh tau lemak itu tidak bagus. huhuhu.


sumber : pakcik google


kalau dolu2 paling best adalah sate samuri. tp semenjak dua tiga menjak ni, sate dia da x best. x rasa pun rempah2 perap tu. rasa manis gula ja.... cuma masih lg membeli sbb kuah dan sambal dia. uih.. sambal plg best. x jumpa kat kedai sate lain sambal mcm tuh.

sate samuri pun kdg2 aku rasa da x berkualiti. nasib x baik, dptla yg x sempurna masak. mentah beb! aih.. bisnes da maju tp kualiti makin mundur. ape cer.

muncul plak satey station. fuh bila muncul je kat area ampang waterfront, bersorak girang. tp....
errrr... mahal kot! secucuk 90sen. kalau makan sorang dua mungkin x terasa. bayangkan kalau makan satu family ramai2. tambah2 kalau ahli family tu comel kiut miut macam aku ni ha. confirm paling sikit sorg 5 cucuk. darab dgn 6 orang. bape dah? er... itu belum kita air. pun agak mahal. so sesekali bolehla. rasa? mmmmm bolehla.

hr tu dlm misi pencarian sate sbb ada tetamu nak dtg, ayah aku suh beli kt sg ramal. dia kata dgn dgn restoran yus. aku tergaruk2 gak kt ne sbb x familiar dgn kajang. tp dia x sebut sate apa. aku pun malas nak pk. susah2 beli je kt samuri.

tp tgh drive masuk ke kajang, eh eh aku ternampak restoran yus tuh. terus aku masuk simpang tuh. toleh2 kanan, ternampak sate willy. aku pnh dgr org cerita kesedapan dia. so call ayah tanya sate kt rest yus ke atau sate willy. ayah aku ckp sate willy!




dgn hati penuh excited aku pun membeli. ramai siut... yg membungkus pun bukan sikit2. x main belas2. sume puluh2. mcm aku gak la. sekali order 80 cucuk! hihi.

and ada jugak ketupat comel2. bukan nasi impit ye. ketupat.

aku mmg x sbr nak smpi umah. ha la dr kajang nak blk ampang di waktu ptg hari bekerja. tambah nak tunggu adik aku hbs keje kt bengkel dia kt kajang tu + jammed lg. korang bygla mcm mana traffik di waktu ptg di kawasan cheras leisure mall tuh. disebabkan ketidaksabaran, aku mkn secucuk. whoooaaaah sedap gilos! x cukup secucuk. 3 cucuk aku tibai! hahahaha.

ok pastu buang bahan bukti. lempar luar tingkap. hahahaha.

tp serius mmg sedap. terasa segala bahan2 perapan sate. satu family aku ckp sedap. x rugi korang beli. so pasni jom ramai2 pakat cari sate willy!

lokasi : sg ramal junction. (blkg restoran yus, dkt2 dgn sek. maahad hamidiah)

Sunday, October 9, 2011

sambut hari tua dgn western food!

holla!
bulan oktober adalah bulan kelahiran dua orang adik kesayangan aku. sorang 8hb, sorg lg 22hb. so da jadi kebiasaan kami akan celebrate birthday dorang sama2. senang xde dua kali keje.
mak aku awal2 seminggu sebelum 8hb da sebut kt aku. aku cadang buat western food sbb hr tu da janji dgn ayah aku nk wat lamb chop. mak aku setuju sgt2 dgn syarat dia nak spageti bolognese. aku no hal sbb dia menteri kewangan. hihihi.

aku dgn mak aku pun buat list menu : lamb chop, chicken chop, spageti bolognese, potato salad. aku plak kebetulan tgh mood nak bakar2 kek dan muffin ni, maka tambah menu. muffin. kek plak x beli. aku gantikan dgn pavlova. wah sungguh western gitu! hihi

nak jadi plak citer hr ni hari sambutannya tp aku sorg je available kat dapur! mak ayah aku ada wedding. adik lelaki aku? toksah buat citer la. terdampar je tgk tv. itu pun aku kerah suh kopek kentang. maka aku pun menjadi supermak eh aku belum jadi mak. huhu. okeh superlady pd hari ini. agenda bermula seawal kol 10. haha awal la sgt kan. ye ar pasaraya hero bukak kol 10. nak jugak g pasaraya hero sbb nak cari bahan2 nak buat muffin and pavlova.

habis shopping dlm kol 12 lebih. mula da bersilat kat dapur. partynya kol 4pm. party la sgt. cuma untuk 2 family je. hehe. phewww aku rasa mcm da kt dlm iron chef sbb kena siapkan tugas memasak dlm tempoh waktu yg terhad dgn menu yg pelbagai tp tenaga aku sorg je! iron chef?? hahaha *perasan! x layak lg kot.

siap masak sume bagi kol 3.30 cuma meringue pavlova utk layer kedua tgh membakar. siap bakar tetamu kami da dtg. apa lg. kelam kelibut aku nak siapkan pavlova. alih2 tgk cream x kental. berair. aiseyman! silap teknik daaaa! cream x bpe jadi. tp bedal je la.. huhu. buah pun main campak2 je kt pavlova. ;-p

alhamdulillah semua makan dengan tenang. sedap kot. *perasan lg! ;-p
now sudah sgt capek! oh esok isnin pulak ;-(

ok since ada yg mintak resepi chicken chop, maka aku letak resepi utk gravy marinate dia. oh lupa plak aku tukar menu dr chicken chop ke chicken grill. sbb x jumpa chicken yg da salut dgn bread crump.

bahan2 marinate lamb (aku marinate skali dgn ayam pastu grill kan)

sos cili life (aku mmg suka life. korang punya terpulang pd brand masing2)
sos tomato life
sos tiram
bbq sauce
gula (ikut kemanisan yg korang nak)
black pepper (tumbuk. ikut jugak korang nk byk mana)
corn oil (1 sudu)

ok sukatan sos2 tu bergantung korang nk byk mana gravy ni. kalau korang guna 1 cawan, so sukatan utk semua sos adalah 1 cawan. gravy ni pun bukan takat utk marinate je, boleh dijadikan sos gravy utk makan.sedap. thanks kepada kak wan yg bg resepi ni. serius sedap! lepas marinate dlm 2-3 jam, korang grill di non stick pan @ bakar dlm oven smpi masak ;-)

ok jom layan gmbr :








.

Saturday, October 8, 2011

Resepi Pavlova!

Holla!
hr ni terlebih rajin nak bake muffin and pavlova. ikutkan dlu2 aku ni jenis x suka buat kek, kuih, muffin atau yg sewaktu dengannya. aku cuma minat masak heavy food je. tu sebab badan pun heavy. hehehe. tp tak tau dua menjak ni hobi membuat kek2, tart, muffin tetiba muncul. dr awal puasa hari tu aku terkinja2 nak blaja buat cheese tart. skali bila buat, x bape menjdi. frust jugak. terus diam jap minat tuh.

pastu awal bulan lepas masa shopping groceries dgn kawan, tetiba ternampak walnut. tetiba teringin nk buat muffin. klakar kan. tp projek tu tertangguh smpila hari semalam. jumaat malam tu aku habiskan masa mentelaah cara2 nak buat muffin dan pavlova. meleleh - leleh air liur. terus semangat datang. pagi ni terus ajak member teman cari barang.

actually hasil mentelaah aku ni, ada satu blog yg aku guna pakai resepi dia dan juga youtube sbb nak tgk gak cara2 buat. tengok resepi je kdg2 xleh nak bayang mcm ne bentuk dia. almaklumla aku ni belum mahir buat2 kek nie.

hasil carian resepi di blog : irma

hasil youtube : theklutzycook

ok resepi dia :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

topping :
250ml whipping cream
2 sudu gula icing
1/2 sudu esen vanila

cara-cara :
1. pukul telur putih secara perlahan dgn mixer smpi dia da bentuk soft peak form
2. ubah kelajuan lebih tinggi dan masuk gula sikit demi sikit.
3. pukul smpi dia jadi putih kilat.
4. masuk esen vanila dan pukul lagi. agak2 da sebati, stop mixer.
5. masuk cuka dan tepung jagung. kacau guna spatula plastik. x perlu pukul dengan mixer lg. (benda putih ni dorang panggil meringue)

6. lapikkan dulang pembakar dgn kertas minyak.
7. tuang meringue tadi bentuk bulatan. ikut suka korang la nak kebesaran dia mcm mana. yg ni aku buat bulat kecil dlu sbb baru nak try
8. bakar pada suhu 150'c sehingga dia bertukar jadi warna coklat.
9. da bakar jgn keluarkan dari oven lg. biar dia sejuk dlm oven.


cara topping :
1. pukul whipped cream smpi dia kental.
2. masuk gula dan esen vanila.

hias :
1. sapukan topping pada meringue, kemudian tabur buah2 fresh seperti strawberry, kiwi, mangga, grape dll.
2. kalau nak buat 2 lapis, letak satu lg meringue dan ulang lg langkah 1.

hasilnya, taraaaaaaa :



sedap gilos!
melt in ur mouth! yummy!

Sunday, October 2, 2011

Hari perasan cantik!

ohoi! hari ini adalah hari perasan cantik bagi aku! :-)
sbbnya bila aku meng'offer' diri nak jadi model, ada org sudi nak buat photoshoot dgn aku. haha
dan lagi terharunya adalah sesi menggedik2 ini adalah seikhlas hati beliau tanpa sebarang bayaran dan sesungguh hati beliau mengambil gambar aku dan kawan aku. siap berterima kasih sbb kami sudi bergambar dgn beliau. ohoooiiii! akak lagi terharu dek. ko buat akak perasan cantik untuk berposing (mood nak perasan jap.choi!) x pernah umur akak ditawarkan jadi model utk berphotoshoot.hahaha.

ni sebenarnya adalah kali kedua. kali pertama dlu beliau telah mengajak untuk menjadi model di Tasik Titiwangsa. walaupun x pernah posing sakan, tp aku buat2 pandai.hahaha. beliau suh posing maka aku posing je la. aku siap pesan kt kawan aku yg sama - sama jadi model hr tu jugak : "kita kena yakin cantik! nak gambar jd model kena perasan"

maka hari itu aku jadi model serius. yela dlu tengok next top model, bila posing kena serius. hahaha konon! hasilnya :


so merasala aku jadi model masa tuh.
hari ini sekali lg nak berposing perasan yakin cantik! so pilih Lake Garden plak.
kuar umah 7.30 okeh. smpi sana 8.30 parking penuh. giler ramai umat. tp most of them dtg utk jogging. kami dtg utk posing! haha.
kami posing sambil senaman. apa tidak, mendaki2 kot kt lake garden tuh. berpoluh2 la jugak. huhu....
kali ni agak kekok pulak. sbb da lama kot sesi yg pertama dlu. smpi da lupa mcm ne nak jadi yakin cantik.hihihi... tp apa2 pun belasah je! model chubby yg comel! hihihi...
anyway ini berkemungkinan yg terakhir jd model perasan cantik. lepas ni xtau ada peluang lg ke tidak sbb beliau sudah mahu berkahwin. uhukk...uhukkk.. dek, pasni takde lg org nak amik gmbr kami seikhlas dan sesungguh hati. huhuhu...

jom layan gambar. gambar x upload semua. byk kot aksi kitorg yg perasan cantik! haha. takut korang muntah plak tengok liuk lentok kitorg ;-p













Thursday, September 29, 2011

Johnny English!

Watched this movie today at The Mines with my housemate. biasalah baru dpt gaji. so nak enjoy2 ;-) This movie was really damn funny!!!! we were laughing like hell from the start till the end of the movie.



my fav scene

some of the johnny characteristic seem similar with the character of mr bean but he still undeniably hilarious. Rowan Atkinson never fails to make me laugh in his movies. giler lawakss!

so for those yang belum lg tengok this movie, i strongly recommended you all to watch this movie! terbaeeekkkkk! ;-)

ps : the Johnny's Rolls Royce was super cool! how i wish it could be mine! huhu

Sunday, September 18, 2011

Try Masak!

Makan dan masak adalah aktiviti kegemaran aku. org slalu ckp aku pandai masak. eceh...
mula nak perasan. bolehla masak untuk beberapa menu. tp belum sampai tahap mahir mcm chef lg :-p

aku mahir memasak skarang pun adalah kerana mak aku. dari kecik kot da di ajar masak. sbb mak aku wanita berkerjaya. jadi dia da latih anak2 dia berdikari sejak kecik. dan mak aku pun x bape sihat. maka tugas2 di dapur telah banyak diambil alih oleh anak2. secara x langsung skill memasak semakin tajam. ;-p

sebenarnya bersyukur jugaklah sbb kalau x, aku akan jadi anak dara x reti masak. reti masak bukan hanya untuk isi perot bakal laki saja ok. bila ko reti masak, tekak dan perot ko pun sendiri akan jadi heaven! haha. ko bayangkan kalau ko x reti masak, hari2 makan lauk kedai. weh sumpah gila bosan. tekak pun loya.

dan resepi2 memasak bukan semua aku dpt dari turun - temurun. bukan semua aku blaja dgn mak aku. ada yg aku dpt dari sedara mara. bila makcik2 masak, aku perhati. pastu try sendiri. kdg2 bila da bosan dgn menu2 sama, aku dating dgn pakcik google. bila dating dgn dia, aku dapatla korek banyak resepi baru2. hehe

adala jugak beberapa web @ blog yg aku rajin jengah. dlu2 masa x mahir dgn tenet, pergi je tgk kat My Resipi atau Mesra.Net tp skrg aku da rajin jengah2 blog resepi. satu blog paling..paling.. aku suka singgah ialah 1001 Resepi ;-)

skarang semua benda di hujung jari. ko cari je apa2 kt google tu, insyaAllah boleh dapat. aku pun cari resepi kt google. kdg2 aku ubah suai ikut citarasa sendiri. bila ko da mahir masak, confirm ko masak main campak2 je. heheee...

ok aku bebel2 pasal masak ni sbb smlm aku baca paper. aku terjumpa artikel pasal satu web untuk belajar memasak. aku ulang ye BELAJAR MEMASAK. so bagi mereka2 yg xtau memasak, boleh singgah ke web ni. bagi yg da tau pun masih boleh jengah jugak. ada mcm2 jenis resepi. aku tekankan pada yg baru nak belajar memasak sbb web ni siap ada video cara2 memasak. tp bukan semuala.. so senang je kan kalau nak belajar memasak.

ok nama web tu TryMasak. Tagline dia Where Anyone can masak!

haaa kan aku da ckp td. bole belajar memasak bg org2 yg x reti memasak. so apa lagi... moh singgah kat website ni.. Selamat Memasak! ;-)









Monday, September 5, 2011

main masak - masak

i am food lover! heeeee. yerp selain tu aku suka masak. lebih rela memasak dr mengemas rumah. dan aku suka cuba resepi baru terutamanya western food. selalunya aku mintak tolong pakcik google untuk cari resepi. dunia da moden kan. skrg ni xde alasan lg kata x tau masak. ko nak masak pe? italian? japanese? korean? sume bagai ada kt pakcik google. tp aku suka sgt masuk 1 blog resepi. akak ni mmg suka sgt masak western sbb anak2 dia suka makan western. dan aku kagum akak ni sentiasa ada stock bahan western dan dia boleh main campak2 apa je bahan. bertukar2 bahan ikut stock yg ada. sepanjang bulan pose, mmg hari2 aku jengah blog akak tu utk tgk resepi. ni blog akak tu. KLIK

so hari tu selepas jengah blog akak tuh, aku cadang nak masak baked macaroni. ada 2-3 resepi termasuk resepi akak blog tuh. tp memandangkan aku x nk membazir, aku x ikut 100% resepi2 tuh. guna je bahan yg kt umah. kebetulan aku ada sos prego yg kt bawah ni. so guna jela. jgn membazir... :-)


aku cuma beli macaroni dan mozarella cheese. mcm ne aku masak? sonang yo... ;-)

1. mula2 rebus macaroni, pastu bila da masak, toskan.

2. bawang besar dan bawang putih potong dadu. tumiskan. agak2 dalam 5min, masuk sos prego tuh. pastu masuk la macaroni.

3. kacau smpi sos dia likat skit. pastu masuk dlm bekas pembakar.

4. tabur cheeseeeeeeeeeeee..... pastu bakar la smpi cheese kuning. siap! heee...

kalau korang nak macaroni bakar yg guna sos tomato, korang boleh gi kat blog yg aku link kt atas td. pastu aku layan kan dgn puding cocktail bersusu... fuh! layan habis. x susah pun. ko buat je puding castard mcm biasa. tp masa agak2 nak likat tu masuk buah2 cocktail. da likat tuang dlm bekas pastu sejukkan dlm peti ais.

utk kuah, korang panaskan susu cair atas api, masuk telur, gula skit, pastu air buah cocktail tu. kacau. kemanisan tu agak2 ikut suka rasa korang. pastu tuang kuah dlm puding. ;-)

mmg bahagia aku buka puasa hr tu. hehehee